Sudut Test Mouse Kiri

Tinggalkan pesanan anda di sini

Ahad, 25 Julai 2010

Fuh, Kelate Berpesta Gol 9- 0 ...

KELANTAN 9
Indra Putra Mahayuddin (m-12,27)
Akmal Rizal Ahmad Rakhli (m-32)
Ramzul Zahini Adenan (m-35)
Muhammad Zamri Ramli (m-45)
Muhammad Izwan Salahuddin (m49,66)
Mohd Nizab Ayub (m-74)
Mohd Rizal Fahmi Ab Rosid (pen m-89)

PRACHINBURI FC 0

KOTA BHARU – Kelantan berpesta gol setelah mengalahkan pasukan divisyen satu Liga Thailand, Prachinburi FC 9-0 dalam perlawanan persahabatan antarabangsa yang berlangsung di Stadium Sultan Muhammed Ke-IV, Kota Bharu malam tadi.

Tanda-tanda The Red Warriors bakal berpesta gol bermula dengan gerakan menarik seawal minit ke-4 perlawanan, menerusi larian overlapping Mohd Farisham tetapi percubaan beliau terus ke dakapan penjaga gol lawan.

Sementara pasukan pelawat dilihat tidak bermaya mengekang kehebatan pemain Kelantan yang jauh bersedia menghadapi perlawanan persahabatan ini sebagai aksi pemanas badan sebelum menentang KL Plus pada hari Rabu ini.

Minit ke-12, ketua pasukan, Indra Putra Mahayuddin membuka tirai pesta gol Kelantan apabila rembatan kencang berjaya menghasil gol pertama Kelantan setelah menerima hantaran lintang oleh Muhd Badhri Radzi.

Selang seminit kemudian, Prachinburi FC turut melakukan percubaan ke pintu gol Kelantan tetapi rembatan Nik Wan sekadar tersasar jauh.

Indra Putra menjaringkan gol kedua peribadinya pada malam tadi pada minit ke-27, juga melalui rembatan kencang menewaskan Zaheit Kariya dipintu golnya setelah menerima hantaran lintang Akmal Rizal

Gol ketiga Kelantan menyusul lima minit kemudian apabila Akmal Rizal memanfaatkan hantaran Hairuddin Omar dengan mengelecek penjaga gol lawan seterusnya merembat kencang ke gawang gol yang disifatkan gol paling mudah pada perlawanan malam tadi.

Hairuddin Omar sekali lagi menjadi perancang utama kepada sumbangan gol malam tadi setelah hantaran lintangnya pada minit ke-35, mudah disempurnakan oleh pemain gantian, Ramzul Zahini Adenan menghasilkan gol keempat Kelantan.

Minit-minit akhir separuh masa pertama, Kelantan menutup tirai aksi cemerlangnya dengan memperolehi gol kelima menerusi Muhammad Zamri Ramli yang mudah melepasi penjaga gol lawan setelah menyambut baik hantaran Wan Zaman Wan Mustapha.

Bersambung babak kedua, Kelantan tidak perlu menunggu lama untuk menambahkan jaringan keenam. Minit ke-49, Muhammad Izwan Salahuddin merembat kencang menewaskan penjaga gantian, Zulkifri didalam kotak penalti.

Muhammad Izwan Salahuddin menambah koleksi gol peribadinya pada minit ke-66 menerusi rembatan setelah menerima hantaran daripada Mohd Nizab Ayub.

Gol lapan The Red Warriors terhasil pada minit ke-74, kali ini menerusi Mohd Nizab Ayub sendiri yang melakukan rembatan kencang menewaskan Zulkifri sekali lagi setelah menerima umpanan daripada Muhammad Izwan Salahuddin.

Sementara itu, pasukan pelawat yang sekali sekala menyerang hanya mempunyai satu-satunya peluang terbaik pada minit ke-77, tetapi rembatan pemain gantian, Azfar terus ke dakapan Syed Adney.

Mohd Rizal Fahmi Ab Rosid menutup tirai pesta gol Kelantan ke atas pasukan pelawat pada minit-minit akhir perlawanan menerusi sepakan penalti. Tindakan penjaga gol pasukan pelawat menjatuhkan Mohd Nizab Ayub didalam kotak penalti membolehkan Kelantan dihadiahkan sepakan penalti oleh pengadil perlawanan.

Kesebelasan utama pemain :

KELANTAN – Syed Adney Syed Hussien, Azizi Matt Rose (Zairul Fitree Ishak), Mohd Daudsu Jamaluddin (Nik Mohd Shahrul Azim), S Subramaniam (Mohd Rizal Fahmi Ab Rosid), Mohd Farisham Ismail(Mohd Shawalruddin), Muhd Badhri Radzi (Wan Zaman Wan Mustapha), Indra Putra Mahayuddin (KP) (Muhammad Zamri Ramli)(Mohd Aris Zaidi), Khairan Eroza Razali (Muhammad Izwan Salahuddin), Mohd Norfarhan Muhammad (Mohd Nizab Ayub), S Chanturu (Hairuddin Omar), Akmal Rizal Ahmad Rakhli (Ramzul Zahini Adenan)(Sharudy Aziz).

FORMASI : 4-4-2

PRACHINBURI FC – Zahiei Kariya (Zulkifri),Nik Azmi (Asmin)(Azfar), Tirayut, Sukrinai, Meedee (Ismail), Mhd Amree, Sofie (Nik Wan), Unainan, Samail, Yamal (Wane Sakree), dan Suhaimi.

FORMASI : 4-4-2

STATISTIK PERLAWANAN

Percubaan tepat : Kelantan (8) Prachinburi FC (1)
Percubaan tersasar : Kelantan (5) Prachinburi FC (7)
Sepakan sudut : Kelantan (3) Prachinburi FC (1)
Sepakan percuma : Kelantan (10) Prachinburi FC (19)
Offsaid : Kelantan (7) Prachinburi FC (0)
Kekasaran : Kelantan (12) Prachinburi FC (10)
Kad kuning : Prachinburi FC (Sukrinai,Samail dan Tirayut)
Kad merah : Tiada bagi kedua-dua pasukan
Masa tambahan : Tiga minit
Penguasaan bola : Kelantan (60%) Prachinburi FC( 40%)

PEGAWAI PERLAWANAN

Pengadil :Mat Suburi Mohd Isa
Penolong Pengadil 1: Mohd Ezanee Mohd Said
Penolong Pengadil 2: Harun Ismail
Pegawai Keempat : Ahmad Farees Mat Suburi
General Koordinator: Arif Hassan
Komissioner Perlawanan : Abd Ghani Omar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila komen jika sudi :)

Labels

~Komen Terbaru~

Get This Recent Comment Widget!