Sudut Test Mouse Kiri
Entri Popular
Tinggalkan pesanan anda di sini
Jumaat, 30 Julai 2010
Khamis, 29 Julai 2010
tak percaya hanya 21 orang pelajar hamil luar nikah...
KUALA LUMPUR: Sebanyak 21 kes pelajar mengandung dan bersalin anak luar nikah sejak 2006 hingga sekarang dikesan Kementerian Pelajaran Malaysia.
Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, 12 daripadanya berlaku di sekolah luar bandar dan sembilan di kawasan bandar.
“Siasatan kementerian menunjukkan 20 kes berdasarkan suka sama suka antara pasangan manakala satu kes membabitkan kes rogol,” katanya.
Ketika menjawab soalan Senator Datuk Azian Osman di persidangan Dewan Negara di sini, semalam, beliau berkata, semua kes berlaku dalam kawasan perumahan masing-masing.
Menurut beliau, maklumat itu diperoleh daripada Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah, sekolah-sekolah dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.
“Sebagai usaha menyelesaikan masalah sosial membabitkan pelajar sekolah, kementerian menerusi perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling menganjurkan program penerangan mengenai seksualiti, perhubungan antara lelaki dan perempuan serta adab dan tatacara bagaimana untuk bergaul dengan kawan-kawan,” katanya.
Beliau berkata, kebanyakan kes berlaku kerana naluri kedewasaan yang ingin mencuba selain mendapat kebebasan keterlaluan daripada keluarga.
“Selain usaha pihak sekolah, kementerian juga menasihati ibu bapa atau penjaga supaya lebih prihatin dan mengambil tahu perhubungan anak-anak mereka dengan memantau perubahan tingkah laku harian mereka,” katanya. - Bernama
~~~~ anda percaya...hanya 21 orang jer sepanjang 4 tahun keblakangan ini?
~~~~adakah sekolah tidak buat laporan kepada KPM tentang kes pelajar mengandung?
~~~~adakah KPM mahu menutp angka sebenar?
tolong baca yang ini pulak > 4 dah beranak, 16 tengah mengandung
Hajarul Aswad : Asal Usul dan Petua Supaya dapat Ciumnya

Hajarul Aswad (الحجر الأسود) yang bermaksud batu hitam merupakan salah satu batu yang terdapat di penjuru Kaabah. Secara kasar batu itu berukuran diameter 30 sentimeter dan 1.5 meter dari paras bawah.
Kalau berkaitan dengan Kaabah maka ia terletak di salah satu bucu Kaabah di mana apabila orang yang ingin mengerjakan haji ingin memulakan tawaf mereka maka mereka hendaklah memulai tawaf itu dengan membetulkan bahu kiri mereka ke arah Hajarul Aswad berpusing sebanyak tujuh kali dan akhir sekali dengan akhir di Hajarul Aswad juga. Pada awal tawaf bermula dari Hajarul Aswad dan mengakhirkannya di Hajarul Aswad juga.
Asal Hajarul Aswad
Ketika Nabi Ibrahim a.s bersama anaknya membina Kaabah banyak kekurangan yang dialaminya. Pada mulanya Kaabah itu tidak ada bumbung dan pintu masuk. Nabi Ibrahim a.s bersama Nabi Ismail bertungkus kumus untuk menjayakan pembinaannya dengan mengangkut batu dari berbagai gunung.
Dalam sebuah kisah disebutkan apabila pembinaan Kaabah itu selesai, ternyata Nabi Ibrahim masih merasakan kekurangan sebuah batu lagi untuk diletakkan di Kaabah.
Nabi Ibrahim berkata Nabi Ismail berkata, "Pergilah engkau mencari sebuah batu yang akan aku letakkan sebagai penanda bagi manusia."
Kemudian Nabi Ismail a.s pun pergi dari satu bukit ke satu bukit untuk mencari batu yang baik dan sesuai. Ketika Nabi Ismail a.s sedang mencari batu di sebuah bukit, tiba-tiba datang malaikat Jibril a.s memberikan sebuah batu yang cantik. Nabi Ismail dengan segera membawa batu itu kepada Nabi Ibrahim a.s. Nabi Ibrahim a.s. merasa gembira melihat batu yang sungguh cantik itu, beliau menciumnya beberapa kali. Kemudian Nabi Ibrahim a.s bertanya, "Dari mana kamu dapat batu ini?"
Nabi Ismail berkata, "Batu ini kuterima daripada yang tidak memberatkan cucuku dan cucumu (Jibril)."
Nabi Ibrahim mencium lagi batu itu dan diikuti oleh Nabi Ismail a.s. Sehingga sekarang Hajar Aswad itu dicium oleh orang-orang yang pergi ke Baitullah. Siapa sahaja yang bertawaf di Kaabah disunnahkan mencium Hajar Aswad. Beratus ribu kaum muslimin berebut ingin mencium Hajar Aswad itu, yang tidak mencium cukuplah dengan memberikan isyarat lambaian tangan sahaja.
Menurut tradisi Islam, Hajarul Aswad datang dari syurga dan warnanya putih tetapi bertukar warna kerana ramai orang mengerjakan haji dengan membawa bersama-sama mereka dosa-dosa yang mereka lakukan .
Menurut banyak riwayat, antara lain daripada Abdullah bin Umar bin Khattab, Hajar Aswad berasal dari syurga. Riwayat oleh Sa’id bin Jubair r.a daripada Ibnu Abbas daripada Ubay bin Ka’b r.a, menerangkan bahawa Hajar Aswad dibawa turun oleh malaikat dari langit ke dunia. Abdullah bin Abbas juga meriwayatkan bahawa Hajar Aswad ialah batu yang berasal dari syurga, tidak ada sesuatu selain batu itu yang diturunkan dari syurga ke dunia ini.
Riwayat-riwayat di atas disebutkan oleh Abu al-Walid Muhammad bin Abdullah bin Ahmad al-Azraki (M.224 H/837 M), seorang ahli sejarah dan penulis pertama sejarah Mekah.Tidak ditemukan informasi yang jelas tentang siapa yang meletakkan Hajar Aswad itu pertama kali di tempatnya di Kaabah; apakah malaikat ataukah Nabi Adam a.s.
Pada mulanya Hajar Aswad tidak berwarna hitam, melainkan berwarna putih bagaikan susu dan berkilat memancarkan sinar yang cemerlang.Abdullah bin Amr bin As r.a (7 SH-65 H) menerangkan bahawa perubahan warna Hajar Aswad daripada putih menjadi hitam disebabkan sentuhan orang-orang musyrik. Hal yang sama diungkapkan pula oleh Zubair bin Qais (M. 76 H/65 M).
Dikatakannya bahawa sesungguhnya Hajar Aswad adalah salah satu batu dunia yang berasal dari syurga yang dahulunya berwarna putih berkilauan, lalu berubah menjadi hitam kerana perbuatan keji dan kotor yang dilakukan oleh orang-orang musyrik.
Namun, kelak batu ini akan berwarna putih kembali seperti sedia kala. Menurut riwayat Ibnu Abbas dan Abdullah bin Amr bin As, dahulu Hajar Aswad tidak hanya berwarna putih tetapi juga memancarkan sinar yang berkilauan. Sekiranya Allah s.w.t tidak memadamkan kilauannya, tidak seorang manusia pun yang sanggup mamandangnya.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Hajarul Aswad itu diturunkan dari syurga, warna lebih putih daripada susu dan dosa-dosa anak cucu Adamlah yang menjadikannya hitam.”
Batu Hajarul Aswad akan dibangkitkan pada hari kiamat, dengan mempunyai 2 lidah dan 2 mata dan boleh berkata-kata serta memberitahu ” Ya tuhanku dia kucup (cium) aku, dia betul-betul ikhlas“
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Demi Allah! Allah akan membangkitkannya (Hajarul Aswad) pada hari kiamat, baginya sepasang mata untuk melihat dan lidah untuk berkata-kata; menjadi saksi kepada sesiapa yang mengusapnya dengan kebenaran.” (Hadis riwayat al-Tirmizi)
Walapun ia adalah batu, ia hidup. Siapa yang menciumnya, ia akan menjadi saksi. Kalau tidak dapat mengucupnya, cukuplah sekadar istilam (mencium dari jauh secara isyarat). Quran juga tahu siapa yang membaca dan mengucupnya. Quran juga menjadi saksi dan lawyer di hari kiamat. Begitu juga kulit dan bumi menjadi saksi bercakap di sana:
Fussilat Dan (setelah berlaku yang demikian), berkatalah mereka kepada kulit-kulit badan mereka: Mengapa kamu menjadi saksi terhadap kami? Kulit-kulit badan mereka menjawab: Allah yang berkuasa menjadikan tiap-tiap sesuatu pandai berkata-kata, telah menjadikan kami dapat berkata-kata dan Dialah yang menciptakan kamu pada mulanya dan kepadaNyalah kamu dikembalikan (untuk menerima balasan)
Pada tahun 606 M, ketika Nabi Muhammad s.a.w berusia 35 tahun, Kaabah mengalami kebakaran besar sehingga perlu dibina kembali oleh Nabi Muhammad s.a.w dan kabilah-kabilah terdapat di Mekah ketika itu. Ketika pembangunan semula itu selesai, dan Hajar Aswad hendak diletakkan kembali ke tempatnya, terjadilah perselisihan di antara kabilah-kabilah itu tentang siapa yang paling berhak untuk meletakkan batu itu di tempatnya. Melihat keadaan ini, Abu Umayyah bin Mugirah dari suku Makzum, sebagai orang yang tertua, mengajukan usul bahawa yang berhak untuk meletakkan Hajar Aswad di tempatnya adalah orang yang pertama sekali memasuki pintu Safa keesokan harinya.
Ternyata orang itu adalah Muhammad yang ketika itu belum menjadi rasul. Dengan demikian, dialah yang paling berhak untuk meletakkan Hajar Aswad itu di tempatnya. Akan tetapi dengan keadilan dan kebijaksanaannya, Muhammad tidak langsung mengangkat Hajar Aswad itu. Baginda melepaskan serbannya dan menghamparkannya di tengah-tengah anggota kabilah yang ada. Hajar Aswad lalu diletakkannya di tengah-tengah serban itu. Baginda kemudian meminta para ketua kabilah untuk memegang seluruh tepi serban dan secara bersama-sama mengangkat serban sampai ke tempat yang dekat dengan tempat diletakkannya Hajar Aswad. Muhammad sendiri memegang batu itu lalu meletakkannya di tempatnya. Tindakan Muhammad ini mendapat penilaian dan penghormatan yang besar dari kalangan ketua kabilah yang berselisih faham ketika itu.
Awalnya, Hajar Aswad tidak dihiasi dengan lingkaran pita perak di sekelilingnya. Lingkaran itu dibuat pada masa-masa berikutnya. Menurut Abu al-Walid Ahmad bin Muhammad al-Azraki (M. 203 H), seorang ahli sejarah kelahiran Mekah, Abdullah bin Zubair adalah orang pertama yang memasang lingkaran pita perak di sekeliling Hajar Aswad, setelah terjadi kebakaran pada Kaabah. Pemasangan pita perak itu dilakukan agar Hajar Aswad tetap utuh dan tidak mudah pecah.
Pemasangan pita perak berikutnya dilakukan pada 189 H, ketika Sultan Harun ar-Rasyid, Khalifah Uthmaniah (memerintah tahun 786-809 M), melakukan umrah di Masjidil Haram. Ia memerintahkan Ibnu at-Tahnan, seorang pengukir perak terkenal ketika itu, untuk menyempurnakan lingkaran pita perak di sekeliling Hajar Aswad dan membuatnya lebih berkilat dan berkilau.
Usaha berikutnya dilakukan oleh Sultan Abdul Majid, Khalifah Uthmaniah (1225-1277 H/1839-1861 M). Pada tahun 1268 H, baginda menghadiahkan sebuah lingkaran emas untuk dililitkan pada Hajar Aswad, sebagai pengganti lingkaran pita perak yang telah hilang. Lingkaran emas itu kemudian diganti semula dengan lingkaran perak oleh Sultan Abdul Aziz, Khalifah Uthmaniah (1861-1876 M). Pada 1331 H, atas perintah Sultan Muhammad Rasyad (Muhammad V, memerintah pada tahun 1909-1918), lingkaran pita perak itu diganti dengan lingkaran pita perak yang baru. Untuk menjaga dan mengekalkan keutuhannya, Hajar Aswad sering dililit dan dilingkari dengan lingkaran pita perak.
Ciuman sebagai sunnah semata-mata
Menurut ajaran Islam, mencium Hajarul Aswad merupakan sunnah Nabi S.A.W. semata-mata, dan ini ditegaskan oleh Khalifah Umar Al-Khattab.
Apabila manusia mencium batu itu maka timbullah perasaan seolah-olah mencium ciuman Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail. Ingatlah wahai saudara-saudaraku, Hajar Aswad itu merupakan tempat diperkenan doa. Bagi yang ada kelapangan, berdoalah di sana, Insya Allah doanya akan dikabulkan oleh Allah. Jagalah hati kita sewaktu mencium Hajar Aswad supaya tidak menyengutukan Allah, sebab tipu daya syaitan kuat di Tanah Suci Mekah.
Ingatlah kata-kata Khalifah Umar bin Al-Khattab apabila beliau mencium batu itu (Hajar Aswad) : "Aku tahu, sesungguhnya engkau hanyalah batu biasa. Andaikan aku tidak melihat Rasulullah S.A.W menciummu, sudah tentu aku tidak akan melakukan (mencium Hajar Aswad)."
Petua supaya dipermudahkan mencium Hajarul Aswad
1) Buat solat Sunat Taubat dan solat sunat Hajat
2) istighfar dan kenang kembali dosa-dosa sebelum ini
3) zikir laiilahaillah
4) selawat
5) Betulkan niat kita nak cium batu tu.
Rasulullah s.a.w berpesan kepada Sayyidina Umar yang pergi bersama rombongan 124,000 sahabat pergi membuat haji bersamanya ” Ya Umar, jangan kamu menyusahkan orang lain dengan sebab kamu ghairah hendak mengucup hajaraul aswad.
Kalau ada peluang kucuplah, tapi jangan berebut hingga menyusahkan orang lain. Menyusahkan dan menyakitkan orang islam yang lain besar dosanya.

Rabu, 28 Julai 2010
Pelajar sekarang > sangat kurang ajar
Mak ngoh merujuk kepada berita di Metro yang melaporkan pelajar samseng seramai 4 orang bertindak memukul 2 orang rakan mereka bersenjatakan kayu : semasa guru sedang mengajar.
Lebih biadab lagi, kumpulan pelajar terbabit memaki-hamun guru berusia 50-an itu yang menegur tindakan mereka.
Akibat insiden itu, mangsa, Tan Wei Long, retak tulang tangan kanan manakala rakannya, B Alagendran, cedera di kepala serta badan.
Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Che Suza Che Hitam mengesahkan mengenai kejadian itu dan lima pelajar ditahan untuk membantu siasatan. Pelajar samseng tersebut direman empat hari bermula semalam dan disiasat mengikut Seksyen 324Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan parah.
Mak ngoh terfikir, bagaimana kalau mak ngoh adalah guru tersebut? Kalau mak ngoh salah bertindak, nanti tak pasal-pasal mak ngoh kena saman pulak. Kang masuk tv dan suratkhabar terus naik trafik blog nih...ERK!
Mak ngoh sebenarnya memendam dan menjeruk perasaan menangani kes pelajar kurang ajar ni. Mak ngoh ada banyak pengalaman berdepan dengan pelajar kurang ajar. Sangat menyakitkan hati hingga kadang-kadang menangis zahir dan kadang-kadang menangis dalam hati.
Hari selasa lepas, mak ngoh mengajar math kelas 5C. Kelas SPM. Dalam 5 orang pelajar (girls + boys) langsung tidak memberikan perhatian. Mereka berkumpul di tengah-tengah kelas dan berbual rancak dengan suara yang tinggi. Sesekali mereka menganggu dan mengusik pelajar lain yang nak belajar. Bukan sekali dua mereka buat perangai macam tu. Sampaikan mak ngoh fikir, biarlah mereka. Malas dah nak menegur manusia yang sudah buta hati macam tu. Kalau ditegur, mak ngoh pula dikata guru garang, guru tak sporting dan guru sangat tegas. Tapi dalam hati ni, rasa terguris dengan perangai pelajar macam tu. Sangat terguris.
pelajar yang buta hati tegurlah macamana pun, takkan berubah. Keras batu, kalau dicurah air boleh juga berlekuk dan hati hitam manusia kalau disiram dengan ajaran agama boleh jadi putih. Tapi kalau mengucap 2 kalimah syahadah pun tak pandai, sembahyang pun tidak, macamana tu...
Nasib baik ada Aduan Rakyat TV3
Dulu, bila penduduk ke JBA, macam-macam alasan yang diberikan. Ada staf JBA yang tidak melayan dan tak pedulikan penduduk tersebut. Ada staf yang endah tak endah, Ada staf kurang ajar berkata "nak air, pergi tv3!".
Sekarang, penduduk dah panggil Aduan Rakyat dan memang betul tv3 masuk felda tersebut. Baru tahu, siapa yang buat kerja, siapa yang tak buat kerja. Eloknya, berhentikan saja staf JBA yang tak buat kerja tu. Makan gaji buta kalau macam tu.
Timbalan Pengarah (Jabatan Bekalan Air) JBA Pahang yang turun padang memohon maaf di atas masalah tersebut.
"Bila tv3 datang, barulah datang buat kerja"kata seorang penduduk tersebut.
Mak ngoh puji sangat rancangan tv3 yang berguna macam ni. Barulah ada gunanya media, menolong mereka yang bermasalah.
Ini tidak asyik-asyik musik, asyik-asyik hiburan yang tiada manfaat.
p/s : Nasib baik di negeri Pahang, kalau di negeri Kelantan, habislah!
Jangan hebohkan amalan baik kita...
Namun yang tidak manis sangat, sejak moden ini...setiap kali berpuasa,,,setiap itu juga status di facebook, twitter, friendster, myspace dan blog diupdate dengan istilah-istilah untuk memberitahu kawan-kawan bahawasanya dia puasa sunat atau dia puasa ganti.
Begitu juga dengan amalan-amalan baik yang lain. Ada orang yang terlalu gembira untuk menwar-warkan amalan tersebut di laman sosial. Amalan memberi sedekah, amalan bangun malam untuk solat sunat, amalan menolong orang di tepi jalan, amalan belanja makan dan macam-macam amalan.
Apa gunanya dikongsi perkara itu di laman sosial? Bukannya kawan-kawan di laman sosial yang memberikan pahala untuk setiap amalan tersebut. Silap-silap, amalan yang telah dibuat itu termasuk kategori amalan dengan niat untuk menunjuk-nunjuk sahaja. Nak ke macam tu?
Eloknya, diam-diam saja. Tak perlu dihebohkan pun. Biarlah ALLAH saja yang mengetahui kerana ALLAH itu Maha Mengetahui.
Pernah dengar tak, kalau sedekah tu, bila tangan kanan memberi ibaratnya tangan kiri tak tahu pun.
Kenapa mak ngoh buat entri ni? Sebab mak ngoh selalu terbaca status di laman sosial kawan dan ada blog yang memberitahu amalan baiknya.
Yang baik itu dari ALLAH, yang kurang itu dari makngoh.
Sekian. :)
