Sudut Test Mouse Kiri

Tinggalkan pesanan anda di sini

Khamis, 3 Jun 2010

Kuala Terengganu : 4 pelajar sudah beranak, tinggal 16 lagi tengah mengandung

Aduh!!! Terasa ibarat kepala dihempap dengan batu seberat 1 tan bila terbaca cerita ini di Metro. Begitu hebat sekali pembangunan dan kemajuan di negeri Terengganu Darul IMAN sehingga terjadi peristiwa yang menempah neraka ini.

Tentunya sudah ada pihak yang sedang mencari arah untuk menunding jari, menunjuk salah kepada satu-satu pihak. Mak ngoh sendiri pun nak kata pun tak kena. Nak kena tak kata...Huhu

Dalam berita yang dasyat ini mengkhabarkan bahawa telah ada 4 orang pelajar di sekolah yang sama telah melahirkan anak dan bayi luar nikah yang terakhir dilahirkan pada Ahad lepas. Sekarang, ada 16 orang lagi pelajar perempuan sedang mengandungkan anak luar nikah di sekolah tersebut. Wah...ramai lah nanti dapat cucu yer. 20 orang cucu.

Yang menyedihkan, perkara tersebut telah disembunyikan oleh pihak sekolah dan pihak ibubapa semata-mata nak tutup malu. Aik...tahu pun malu? Time anak keluar rumah, tak pulang ke rumah, time anak membonceng motosikal kekasih tak ada pula mak bapa dorang nih nak malu. Itulah...terlalu memberi kebebasan kepada si anak.

Perkara ini terbongkar apabila ada seorang pelajar yang melaporkan perkara memalukan ini kepada PIBG sekolah. Sebaik sahaja mengetahui perkara ini, PIBG telah mengadakan mesyuarat tergempar namun Pengetua sekolah tersebut tidak menghadirkan diri. Anak orang buat dosa, orang lain kena tanggung malu. Inilah dia. Anak dara orang yang rosak, pihak sekolah yang malu. Mak bapa rileks jer...Kemudian, sekolahlah yang disalahkan. Guru agama Islam lah yang salah kerana tidak menyerapkan pengetahuan agama kepada pelajar. Bagus lah.

Perkara ini bukanlah khabar angin semata-mata kerana pihak JPN Negeri Terengganu telah pun mengetahui perkara tersebut dan pengawai JPN sendiri telah membuat kenyataan akhbar.

Jadi macamlah yer? Entahlah...tepuk dada tepuk dahi jer lah yer semua. Lagipun ini bukan kes pertama pelajar beranak. Hampir semua sekolah menengah, ada kes pelajar beranak. Pernah ada kes pelajar beranak dalam kelas waktu rehat. Tapi itulah, kita bersikap mendiamkan diri sebab jaga maruah dan malu. Tapi bila didiamkan. Masyarakat tidak sedar tentang masalah ini dan yang tahu cuma ibubapa dan beberapa orang guru biasanya guru kaunselor dan guru disiplin sahaja. Memang betul, di sekolah pun tidak semua guru tahu mengenai kes macam nih. Semuanya disorok.

Soroklah lagi... bangkai yang dah mati lama-lama akan diketahui juga. Sebab ada bau.

2 ulasan:

  1. Rasa mcm nak menangis je rsnye sy mak ngah.. bila baca "tinggal".. 16 lagi mengandung..

    BalasPadam
  2. Hu... Saya guru pelatih... Dengar2 khabar budak2 sekolah rendah pun dah pandai buat adegan yang terkutuk ni. Katanya pernah lihat 'aksi' ibu bapa. Dia pun try la bersama kakak nya.. yang juga masih di sekolah rendah. Dunia sekarang...

    BalasPadam

sila komen jika sudi :)

Labels

~Komen Terbaru~

Get This Recent Comment Widget!