Sudut Test Mouse Kiri

Tinggalkan pesanan anda di sini

Khamis, 5 Ogos 2010

cikgu di pendalaman sarawak

jom tenangkan minda dan kosongkan fikiran mengenai cikgu di sarawak yang ditumbuk oleh pelajar tu.

ada orang kata cikgu tu yang salah, ada orang kata pelajar yang salah dan ada yang kata keduanya salah.

Tengok jer lah kartun di bawah ni :


bukan makngoh yang buat kartun ni. tapi mereka yang punya idea tersendiri mengenai guru di sarawak. Maklumlah, masyarakat kita ada macam-macam pemikiran tersendiri.

ops, petang tadi makngoh dapat rambutan dari student. Mama budak tu yang kirim,... bulan lepas pun kirim rambutan juga. Belakang rumah budak tu penuh dengan pokok rambutan sebab tu lah, sampai rambutan untuk makngoh. Kebetulan, mak ngoh memang rapat dengan dia. Masa Hari Guru tu pun , mama budak belikan makngoh hadiah. Makngoh sangat terharu dengan penerimaan sesetengah ibubapa terhadap guru semenanjung di sini.

ERK!!! Makngoh tak minta pun yer.

Ada seorang budak lelaki kelas 5B beria-ia nak bawakan makngoh buah durian 5 biji dari kebunnya. Esoknya, datang buat pertukaran, nak bawa mangga pula. Kemudian, sampai sekarang ...diam je...Haha....lucu lah budak-budak ni. :)

p/s : tiada markah tambahan kalau memberi guru anda buah-buahan atau hadiah atau rasuah. Guru jangan powww pelajar. Tak cukup lagi gaji???

Rabu, 4 Ogos 2010

Ekoran Video Pelajar Sarawak Maki Hamun dan Tumbuk Guru > Guru yang bersalah bukan pelajar

Fakta Video
~Dirakamkan oleh rakan pelajar yang maki hamun guru tersebut.
~Pelajar yang maki hamun guru tu berumur 15 tahun dan di Form 3
~Kejadian itu berlaku 3o Julai 2010 di sebuah sekolah menengah di Sarawak


NAMUN makngoh mahu tegaskan di sini, bukan semua pelajar di MALAYSIA ini kurang ajar dan perlu dikenakan tindakan disiplin. Entri makngoh bukan mahu mengutuk bahawa semua pelajar Malaysia kurang ajar. Apa yang patutnya, pelajar yang TELAH melakukan kesalahan dan kurang ajar ITU perlu dikenakan tindakan. Bukannya dibela dan dimaafkan. Tindakan sebegini boleh memberi tauladan kepada pelajar lain. TEtapi kalau pelajar sebegini dibela, makinlah naik tanduk pelajar-pelajar lain. GURU TIADA KUASA!

Ekoran video yang tersebar meluas di Youtube dan ramai yang muatturun video tersebut, maka MEMAKSA PIHAK Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Hashim Adnan BERSUARA -:

Dalam pandangan tulus ikhlas pihak NUTP tersebut mengatakan bahawa-:

1. Tayangan video kurang empat minit itu tidak menggambarkan tahap disiplin keseluruhan pelajar di negara ini dan menyifatkan kejadian berkenaan sebagai kes terpencil.
(komen makngoh : kes terpencil kerana kes-kes lain tu guru tak rekod video dan guru tak hebohkan. Ada kes yang guru diamkan sahaja demi masa depan pelajar. Tanyalah, sekolah mana yang tiada kereta guru dirosakkan dan sekolah mana tiada pelajar yang herdik guru?. Betapa rendahnya martabat guru di mata pelajar)

2. Kita tidak boleh membuat andaian mengenai kejadian atau tidak boleh kata masalah disiplin begitu serius. Tidak perlulah kita sensasikan kejadian ini kerana masih banyak lagi kes yang tidak dibincangkan secara mendalam oleh mana-mana pihak.
(komen makngoh : kes apa yang belum dibincangkan secara mendalam? Kes gaji guru dinaikkan? Kes elaun-elaun guru? Apa guna guru ditabur dengan gaji dan elaun tinggi kalau setiap hari berdepan dengan pelajar kurang ajar yang mencabar nilai seorang guru. Adakah guru dibayar untuk diherdik dan dimaki hamun oleh pelajar yang semestinya pelajar itu dibela di mata masyarakat. Guru tidak mahukan gaji yang melimpah ruah, guru perlukan penghormatan di mata masyarakat)

3. Kita tidak tahu kejadian itu sepenuhnya apa yang kita nampak pelajar marah dan kemudian menumbuk guru berkenaan. (komen makngoh : walau apapun kejadian sebenar, seorang pelajar tidak boleh meninggi suara dan memukul guru. Itu adab seorang pelajar yang harus dipatuhi dan diamalkan. Namun pelajar ini, tidak beradab kerana dia tahu,,, dia takkan disalahkan oleh masyarakat)

4. Beliau meminta guru sebagai orang yang lebih dewasa dan banyak pengalaman memainkan peranan masing-masing untuk mengawal dan meredakan kemarahan pelajar terbabit.
(komen makngoh : guru lebih dewasa jadi guru kenalah sentiasa mengalah dengan pelajar? Maknanya guru bersabar dan diam sahaja bila dimaki hamun oleh pelajar? Bila ditumbuk, guru diamkan sahaja kerana guru lebih dewasa? Mengapa tidak amalkan prinsip, pelajar lebih muda dari guru...pelajar kena hormati guru.

5. Saya difahamkan pelajar itu berusia 15 tahun dan berada di Tingkatan Tiga dan dalam usia sebegini kita tahu mereka cepat marah… cepat bertindak.
(komen makngoh : usia cepat marah dan cepat bertindak? mengapa pula pelajar tingkatan 3 yang lain boleh mengawal marah dan mengapa pelajar tersebut diberi pengecualian dengan mengatakan mereka cepat marah dan cepat bertindak? Orang tua pun cepat marah dan cepat bertindak. Semuanya manusia.

6. Bagaimanapun, guru perlu menggunakan pengalaman mereka untuk mengawal keadaan.
(komen makngoh : Asyik-asyik guru juga. Guru kena guna pengalaman sendiri. Mengapa pelajar tak guna ajaran ibubapa supaya lebih menghormati guru? Atau ibubapa yang tidak ajar anak supaya hormat guru?

APA YANG MAKNGOH FAHAM DARI PENYATAAN NUTP INI, PIHAK NUTP MEMBELA PELAJAR TERSEBUT DAN MENYALAHKAN GURU YANG TIDAK PROFESIONAL DALAM MENANGANI KES PELAJAR KURANG AJAR.

SELAIN ITU, PIHAK GURU JUGA DIHEBOHKAN DENGAN CERITA YANG KONONNYA PIHAK NUTP MENYALAHKAN GURU TERSEBUT YANG TIDAK MESRA - PELAJAR.


Kalau NUTP selaku badan persatuan guru pun tidak mampu membela guru dan seperti ibubapa menyalahkan guru, pada siapalah guru nak mengadu?
MAK NGOH MASIH PUNYA HARAPAN BAHAWA KEMENTERIAN PELAJARAN TERUTAMANYA YB DOKTOR MOHD PUAD ZARKASHI (TIMBALAN MENTERI PELAJARAN) MEMBERI RESPON YANG POSITIF
UNTUK PIHAK GURU.

Siapa yang belum tengok lagi video panas itu boleh klik di sini
nutp = kesatuan perkhidmatan pelajar kebangsaan???

Keputusan Akhir Liga Super Tahun 2010

Selepas tamat 26 perlawanan
JUARA
Selangor 63 mata
NAIB JUARA
Kelantan 59 mata
KETIGA
Terengganu 50 mata
KEEMPAT
Johor FC 43 mata
KELIMA
Kedah 38 mata
KEENAM
Negeri Sembilan 38 mata
KETUJUH
T-Team 38 mata


KEPUTUSAN GAME 3 OGOS 2010


Pahang 3 vs Johor FC 0
Terengganu 1 vs KL PLus 0
Johor 0 vs Kuala Lumpur 1
Perlis 2 vs Negeri Sembilan 0
Kedah 2 vs Selangor 0
Kelantan 0 vs T-Team 0
Perak 4 vs Pulau Pinang 0

Selasa, 3 Ogos 2010

Tahukah anda apa nama manja B Sathianathan?


Sebelum cite panjang, tadi mak ngoh turun bawah, ingat nak tengok game Kelantan lawan T-team di tv2 tapi housemate mak ngoh tengah tengok Tilawah Al-Quran di tv1 jadi tak tergamaklah mak ngoh nak tukar cenel :/ keempunan nak tengok last game untuk Liga Super tahun ni.

Okies, berbalik kepada tajuk kita...

B Sathianathan tu jurulatih bola sepak negeri kelate yer...(info bagi orang yang tak tahu)

Penyokong Red Warrior mengelarkan B Sathianathan dengan nama


"ABE YA"

Abe Ya adalah nama panggilan yang biasa digunakan di Kelantan. Biasanya nama yang selalu dipanggil Abe Ya adalah Zakaria.


Maklumlah orang Kelantan suka ringkaskan sesuatu perkataan ataupun nama.

Contohnya -:
biskut = sekut

makan = maKe

sembahyang = maye

longkang = loke




Sekarang... 1 Malaysia
memberikan nama Abe Ya kepada
B Sathianathan


MAKNGOH SANGAT BERTERIMA KASIH KEPADA
ABE YA

KERANA JASA BELIAU MENYUNTIK SEMANGAT
KEPADA PASUKAN BOLA SEPAK KELANTAN
DAN MEMBAWA RED WARRIORS
KE TANGGA KEDUA LIGA SUPER

P/S : Abe Ya mahir doh ko kecek kelate? Pandai doh ko make budu?

Ben Ashaari cuci blog, mak ngoh pun nak cuci gak lah

gambar google

INI NOTIS PEMBERSIHAN DAN PENCUCIAN


Semalam kalau tak silap, Ben buat entri mengatakan beliau mahu membersihkan blog beliau.


Mak ngoh pun terfikir ada bagus juga membersihkan blog. Bersihkan apa? Sebenarnya mengemaskinikan senarai blog list follower dan blog list yang mak ngoh follow.


Mengapa dan kenapa? Sebab, link list blog mak ngoh pun ada terdiri daripada mereka yang tidak update blog dan mereka yang tak nampak jejak pun di blog mak ngoh. Mak ngoh rasa tak adil kepada orang lain yang bersusah payah mengharungi rintangan dan cubaan untuk berkunjung ke blog mak ngoh tetapi mak ngoh tak letak pun url blog mereka di dalam blog ni. Oh tak patut mak ngoh ni kan?


Encik Ben memang terkenal dengan kreativiti beliau dan beliau buat link list dengan nama Terompah, selipUr Jepun (xtau nape ben taip selipur) dan Kaki Ayam tetapi mak ngoh rasa makngoh tak mo bagi nama kepada list nih. Cukuplah sekadar di nama Blog Followers. (sebab mak ngoh tak kreatif...ekeke kekee)


Sebelum tu juga, nak berterima banyak-banyak kepada Ben sebab beliau letakkan blog mak ngoh yang tak seberapa nih dalam list blog dia. Kalau tak silap mak ngoh, semasa beliau mula-mula letak link blog mak ngoh ni, follower makngoh sangatlah ciput, entri mak ngoh pun entah apa-apa je dan design blog mak ngoh pun tak menarik. Ini buktikan beliau tak sombong dalam memilih-milih link blog untuk dipamerkan. Jasamu dikenang encik ben.


Okies, itu saja notis pembersihan. Kalau ada follower yang mahu link blog anda dimasukkan, boleh tinggalkan komen. Tapi mereka yang selalu datang ziarah blog nih, mak ngoh tak lupa url anda! Jangan risau... :)


*Mungkin pembersihan bermula hujung minggu ni sebab itu je waktu mak ngoh free sebebas-bebasnya maka bolehlah makngoh lap, mop dan vacuum url list blog ni.

Hari ni Mak ngoh ponteng sekolah lagi

Huhu hehe hoho....

sejak akhir-akhir ni bukan sekali dua mak ngoh tak pergi sekolah. Kasihanlah budak-budak dah rugi beberapa waktu P&P sebab gurunya tiadanya.

Sekarang kan dah nak dekat exam, jadi guru-guru dijemput menghadiri kursus pemarkahan, bengkel menjawab soalan dan macam-macam lagi. Guru-guru tersebut, termasuklah mak ngoh.

Antara kursus yang mak ngoh ikut seminggu dua ni -:
1) Bengkel skor Matematik
2) Bengkel skor Matematik Tambahan
3) hari & esok : Kursus Koperasi yang melibatkan semua koperasi baru di Sandakan & Tawau
4) Isnin depan Bengkel Skor SPM Fizik
5) 21 Ogos Bengkel Kajian Tindakan.

Antara kursus tersebut, yang paling mak ngoh rasa bermanfaat kursus Matematik SPM. Macam-macam petua, cara pemarkahan, tips mengajar dan tips-tips menjawab soalan diajar. Sangat bermakna. Nak juga mak ngoh masukkan tips-tips tersebut dalam blog ni, tapi...matematik kan, kena buat pecahan...kena buat rajah-rajah, kena buat graf....dan kena guna simbol-simbol...susahlah juga nak ditaip dalam blog.

Tapi,,,mak ngoh ada idea nak menaip dan melukis benda-benda matematik nih, cuma benda tu mengambil masa. Nantilah mak ngoh cuba. Walaupun mungkin tak ada orang yang nak baca tips-tips macam tu, tapi mak ngoh harap ada pelajar-pelajar SPM yang mencari tips berguna sebelum menjawab soalan SPM matematik, matematik tambahan dan fizik.

Jadi, mak ngoh akan mencuri masa-masa yang mungkin ada terselit di mana untuk menyiapkannya.

Erk, sekarang kami juga sibuk dengan EXcel Exam dan juga Trial Exam. Jadi...memang jarang-jaranglah mak ngoh update blog. :)

Labels

~Komen Terbaru~

Get This Recent Comment Widget!