Sudut Test Mouse Kiri

Tinggalkan pesanan anda di sini

Ahad, 8 Ogos 2010

Kisah benar : Nafsu tak mengira usia, rupa dan kelulusan pendidikan

Makngoh nak berkongsi satu kisah benar mengenai kehidupan suami isteri. TAPI tujuan makngoh bukan nak mengutuk, memburukkan atau menyalahkan mana-mana pihak.

Tujuan makngoh bercerita ini untuk dijadikan sempadan dan tauladan untuk pihak isteri mahupun pihak isteri.

Kisah ini berlaku di Kelantan, daerah mana dan kampung mana tu biarlah rahsia. Isterinya bertugas sebagai nurse dan sentiasa sibuk dengan syif malamnya. Suami pula bertugas sebagai guru dan mereka sudah ada 3 orang anak, darjah 3, darjah 1 dan umur 5 tahun yang bongsu.

Menyedihkan, apabila setiap kali si isteri pergi kerja malam...si suami membawa pulang kekasih hati ke rumah mereka untuk memadu asmara dalam istilah lain berzina. Si anak pula, samaada anak mereka telah tidur ataupun anak dihantar ke rumah emak suami untuk dijaga ketika isteri bekerja.

Perlakuan suaminya itu berulang berkali-kali sampaikan orang kampung sudah tidak tahan dan memberitahu kejadian tu kepada si isteri awal tahun ni, bulan Januari lepas.

Namun, si isteri tidak percaya dan bertanya hal sebenar kepada suami.

Si suami pula, bila isteri bertanya tentang hal itu, dia terus melenting dan maki hamun isteri. Dalam meradang itu, dia menceraikan isterinya.

Lepas bercerai, isteri tinggal di rumah tu dan si suami menyewa di di tempat lain. Tetapi bila hujung minggu, suaminya tetap ke rumah itu memotong rumput dan bercucuk-tanam. Rupanya dia menyesal tetapi sudah terlanjur menceraikan isteri. Anak mereka yang tiga orang tu pula, dipisahkan. Yang bongsu tinggal bersama emak suami dan 2 orang lain tinggal bersama masih tinggal dengan ibunya.

Dalam pada itu, orang-orang kampung juga ada bertanya tentang masalah sebenar rumahtangga mereka. Kata suaminya
~~~dia sunyi. Isteri tiada di malam hari sibuk dengan kerja. Bila isteri pulang kerja, dia pula yang kena pergi kerja. Jadi mereka tiada masa bersama.

~~ isterinya tak jaga makan pakai dia. Makan minumnya dia yang kena cari sendiri.

~~anak-anak terabai sebab isterinya sibuk dengan kerja.

Namun, menurut isterinya pula -:
~~ sebelum dia pergi kerja, makan malam disediakan siap di atas meja. Tapi langsung suaminya tak sentuh makanan tu. Suaminya balik kerja di siang hari pun, isterinya sediakan makan minum. Bukannya tidak buat apa-apa.

~~ anak-anak cuma tidak bersamanya di waktu malam sahaja. Di siang hari, dia tetap menjaga anaknya.

~~ hubungan suami isteri mereka...biarlah mereka sendiri yang tahu.

Bulan 5 lepas, suaminya pun telah berkahwin dengan kekasih yang selalu dibawa pulang tu. Rupanya, kekasihnya itu seorang ustazah bertudung labuh mengajar di sekolah rendah dan baru sahaja mula mengajar hujung tahun lepas. Sangat menyedihkan dengan perwatakkan ustazah itu.

Ini baru bulan 8...tetapi ustazah itu sudah mengandung 8 bulan dan baru je mengadakan majlis lenggang perut.

Isteri yang ditinggalkan suaminya tu pula, menyewa di rumah lain bersama 2 orang anaknya. Rumah mereka itu sekarang dalam proses untuk dijual.

Sungguh sedih, rumahtangga musnah hanya disebabkan nafsu serakah semata-mata. Ambillah pengajaran dari kisah ini.

Sabtu, 7 Ogos 2010

Diumumkan semua Pelajar Sekolah Mak Ngoh Dapat Laptop FREE !!!!!!


Nah, adakah anda terkejut dengan tajuk entri ini? Ini bukanlah gimik semata-mata dan bukanlah sandiwara semata-mata sebab memang itu hakikatnya.


Yer, benda baik macam nih tak mo lah disorok-sorok. Dah memang itu yang kerajaan buat untuk sekolah-sekolah. Ada sesetengah sekolah yang mak ngoh dengar, guru-gurunya yang dapat laptop percuma ni tapi sekolah mak ngoh, kerajaan bagi pada pelajar-pelajar.


Tadi, wakil dari Ahli Parlimen Libaran, Sandakan datang ke sekolah ke mak ngoh buat pengumuman LAPTOP 1 MALAYSIA yang mengembirakan semua pelajar-pelajar ni. Bukan main bersorak budak-budak tadi.


Sebenarnya, kami guru-guru dah tahu 2 minggu lepas tentang pemberian laptop ni, dan guru kelas telah menghantar nama pelajar mengikut kad pengenalan kepada guru data sekolah. Guru data sekolah yang menghantar senarai nama pelajar tu untuk tindakan pihak atasan.


Tapi, kami guru-guru diam-diam dulu tunggu pengumuman rasmi dari pihak Parlimen Libaran.


Habis sahaja pengumuman tu, pengacara majlis pun kata

" Nampaknya, selepas ini ramai pelajar sekolah yang cuba cari streamyx dan broadband. Selepas ini, tentu ramai yang berjaga sampai lewat malam untuk main facebook"


Pelajar ketawa. Pengetua senyum kambing je. Kami guru-guru, senyum simpul. ekeke kee.


Kemudian, pengacara majlis tu sambung lagi

"Tetapi bukan itu yang diharapkan, kami harapkan dengan pemberian laptop ni, pelajar dapat manfaatkannya untuk tujuan pembelajaran dan ke arah yang positif. Semoga laptop ini dapat menyuntik semangat pelajar untuk belajar dengan lebih rajin"


p/s : baru diumumkan dapat. belum dapat lagi

Siapa mahir, tolong jawab soalan ni


semalam mak ngoh ada buat entri pasal gambar di atas tu. Nak ulang balik, macam membazir ink blog ni jer wink wink, so bacalah di sini .


Tapi sebetulnya, mak ngoh tak faham la dengan kempen-kempen nuffnang ni. Memang dah rujuk blog lain. Tapi...

Adakah bermakna, kalau dapat iklan utk kempen terumpuk ini?

! iklan sepatutnya sentiasa ada dalam blog?

!! atau iklan cuma ada sehingga cukup unik visitors yang ditetapkan dalam masa sehari iklan kemudian iklan akan stop dan ulang balik esok harinya?

!!! atau apa-apa lah. Tak faham.

Sebab blog mak ngoh ni tak ada pun iklan munchy's music tu...

erk! payah jugak kan bila orang tua main blog. ekeke keekkek. wink. wink.

tiba-tiba jadi SANGAT berminat dengan iklan nuff ni.. :)

Jumaat, 6 Ogos 2010

membebel pasal aurat versi kelate




adeh...dop pehe weh
jenis manusia sekejab bertudung
sekejab free hair...
bertudung pun napok leher..
napok sanggul, pisoh wat tinggi

...napok dado , pisoh nok tunjuk ratai


napok lurah pungung


napok lurah V



...jgn kato remaja,
hok tua-tua pun tak insaf lagi !!!

......insaflah wahai manusia weh




bo bo lah duk wak sedak ati


duk pk nok insaf pah pah ni


kaba-kaba dop dam insaf


baru nyesal




ingat aurat rambut dan aurat tubuh badan ni


mainan mudoh ko?




kalu anok daro > bapa pun tanggung dosa


kalu bini ore > toklaki pun tanggung dosa


erk! makngoh dapat pendapatan terumpuk rupanya...

Lor, sehari 2 ni mak ngoh sibuk dan tak sempat cek akaun nuff. lagipun, kalau makngoh cek akaun nuff, makngoh tengok analytics je. Jarang klik tempat earning. tadi makngoh cek , rupanya ada 1 iklan dalam list pendapatan terumpuk. Dah ada pun RMnya tapi makngoh tak tau mula sejak bila lagi iklan ni.

alhamdulillah... setelah 5 bulan main blog secara serius, akhirnya dapat juga iklan macam ni. Walaupun lambat tapi tetap syukur


tapi, bila tengok blog, tak ada pun iklan tu...

tak faham ...

harapan : agar mereka yang rajin klik tu, klik lah iklan nuff di blog makngoh ni...makngoh tak marah...kliklah sampai hang blog ni pun tak per.

ekekee

Khamis, 5 Ogos 2010

Kadang-kadang, naik geram ler tengok TV3 nih!!!

Nak tahu naper mak ngoh kadang-kadang geram dengan tV3. Iklan drama seram tv3 tu. Macam-macam iklan seram dan tak pernah habis-habis.

Kalau duduk sorang-sorang, malam-malam plak tu, memang patutlah naik geram dengan tv3 nih.

Nampak gayanya, sudah tidak sesuai kalau kanak-kanak menonton tv3 sendirian. Mana taknya, dorang tengok cerita kartun tapi time iklan tu, pergi siar iklan seram. Kasihan kanak-kanak tu.

Arrrr tak suka.

Labels

~Komen Terbaru~

Get This Recent Comment Widget!