Sudut Test Mouse Kiri

Tinggalkan pesanan anda di sini

Selasa, 10 Ogos 2010

sambungan .....Hari Syak

Ini adalah sambungan entri petang tadi mengenai Kekeliruan Hari Syak.

Makngoh terjumpa lagi maklumat mengenai Hari Syak ni dari IslamGRID.

Dari `Amar bin Yasir r.a., katanya: "Barangsiapa berpuasa pada hari yang diragukan maka sesungguhnya ia telah menderhaka kepada (Rasul Allah) Aba al-Qasim s.a.w."(1)

(Hadith Hasan Sahih - Riwayat Abu Daud dan Tirmizi)

"Hari syak" atau "hari yang diragukan" yang tersebut ialah hari yang ketiga puluh dan bulan Sya'ban yang tidak diketahui dengan jelas sama ada ia dan bulan Ramadhan atau dari bulan Sya'ban, kerana rukyah mengenainya (yang diperkatakan orang pada 29 Sya'ban) tidak sabit atau saksi yang melihatnya tidak diterima pengakuannya oleh pihak yang berkuasa disebabkan fasiknya dan sebagainya.

Larangan yang tersebut haram hukumnya dan tidak sah puasanya.(2)

Dalam pada itu ada pengecualian, iaitu kalau seorang pada hari itu mengerjakan puasa qadha atau puasa nazar, maka yang demikian tidak dilarang.

Demikian juga kalau ia biasa mengerjakan puasa sunat yang tertentu seperti "puasa hari Isnin" dan kebetulan jatuhnya pada "hari syak" yang tersebut maka itu tidak dilarang.

Yang dilarang ialah mengerjakan puasa yang tidak bersebab atau "Hari syak" itu diniatkan dari bulan Ramadhan.

____________________________

1. Riyad al-Salihin (447) dan `Ibanat al-Ahkam (1:368) "Aba al-Qasim" (Bapa kepada al-Qasim) yang tersebut dalam hadith ini ialah gelaran Rasulullah s.a.w., kerana salah seorang dari putera-putera Baginda bernama "al-Qasim".

2. Sabil Al-Muhtadin (2:142).

Datuk Bandar New York nak bina masjid di bekas tapak Pusat Dagangan Dunia yang dibom 11 september tu...


Nah, itulah isu hangat di New York sekarang apabila Datuk Bandar iaitu Micheal Bloomberg membuat kenyataan kontroversi bahawa beliau menyokong cadangan untuk membina sebuah masjid di bekas tapak Pusat Dagangan Dunia.

Bagi mereka yang tidak tahu, Pusat Dagangan Dunia itu telah dibom pada 11 September 2001 dan kononnya dibom oleh penganas Islam. Sejak pengeboman itulah Osama Laden dikenali dunia. Hampir 3000 orang mati akibat pengeboman tersebut.

Pembinaan masjid di New York ini, tujuannya adalah untuk mengenang semula ahli bomba yang terkorban dalam usaha menyelamat semasa pengeboman itu berlaku. Dengar ceritanya, ada ahli bomba yang Islam.

Tindakan berani Datuk Bandar ini dikutuk oleh ahli keluarga mangsa 11 September,pemimpin Republikan peringkat tempatan dan kebangsaan, termasuk bekas Gabenor Alaska, Sarah Palin serta bekas Speaker Dewan, Newt Gingrich , Liga Anti-Fitnah (ADL) dan kumpulan hak asasi Yahudi, menyuarakan bantahan. TETAPI ADA juga ahli politik yang tidak berani bersuara dan melibatkan diri dengan isu masjid tersebut.

Masjid itu yang akan dibina dua blok dari bekas tapak Pusat Dagangan Dunia New York akan menjadi sebahagian daripada bangunan 13 tingkat Pusat Islam yang berharga kira-kira AS$100 juta (RM320 juta). Ia juga akan mempunyai auditorium yang boleh memuatkan 500 orang, kolam renang dan gimnasium.
Pelik pula bila melibatkan kolan renang dan gimnasium ni. Kita tunggu dan lihat je lah.

Projek masjid ini adalah projek Cordoba Initiative,pengarahnya Imam Feisal Abdul Rauf, kumpulan aktivis yang giat meningkatkan hubungan antara Islam dengan Barat.

ekeke ekeke...bulan Ramadhan menjelma...dah pasang hajat nak jadi baik...

Ya, itulah yang selalu diperdengarkan bila Ramadhan menjelma.

1) Yang berpakaian seksi mula nak berbaju longgar dan terus berbaju kurung sepanjang bulan puasa.

2) yang tidak bertudung mula nak bertudung di bulan puasa

3) yang make up tebal mula menipiskan make up

4) yang main-main solat mula nak serius solat.

5) yang banyak cakap mula cuba untuk kurang bercakap yang tidak berfaedah.

6) yang jarang pegang al-quran mula membelek kitab itu

7) yang banyak makan mula berhajat nak kurangkan makan

8) yang tak pakai sarung kaki mula shopping sarung kaki

9) yang tak pernah-pernah bangun malam, mula bangun malam.

10) yang suka mengumpat, mula cuba kurangkan mengumpat

11) yang berlisptik mula tak berani nak pakai lisptik

Baguslah tu, bulan Ramadhan memproses kita menjadi orang yang lebih baik dan mendidik kita ke arah kesempurnaan.

Bukankah hendak berubah baik tidak perlu menunggu bulan tertentu? Namun tidak dinafikan, tidak salah memulakan perubahan diri dengan bulan Ramadhan kerana bulan ini memberikan pahala yang berlipat kali ganda.

Persoalannya, sejauhmanakah kita tetap pendirian dan beristiqamah dengan azam dan hajat nak jadi baik itu? Adakah kita berubah baik untuk bulan puasa sahaja kemudian setelah takbir raya kita kembali dengan perangai lama.

Makngoh teringat pula rancangan hiburan tv3 tahun lepas, bila 2 orang pengacara hepi go laki itu mula bermain-main dengan istilah puasa. Nak salam ...eh eh eh tak boleh sebab puasa...nak cakap banyak-banyak....eh eh eh tak boleh sebab puasa.... LAST-LAST ada orang kecam! Ingat puasa ni main-main ker???

Kekeliruan Hari Syak : Hari Haram Berpuasa iaitu Hari 30 Sya'ban.

Tadi ada beberapa pertindihan pendapat mengenai hari haram puasa. Ramai yang sudah tahu hari ini adalah hari tengok anak bulan.

Jadi...boleh ke berpuasa hari ini? Iaitu hari 10 ogos 2010 bersamaan 29 Sya'ban 1431 H. - Soalan lebih tepat, bolehkah puasa ganti hari ini?

Ada pendapat mengatakan hari ini masih boleh berpuasa sebab hari ini bukan Hari Syak dan hari Syak jatuh pada 30 Sya'ban iaitu esok kalaulah 1 Ramadhan tidak menjelma esok.

Tetapi ada juga pendapat mengatakan hari ini HARAM berpuasa walau apa jenis puasa pun kerana hari ini adalah hari Syak dan hari tengok anak bulan. Mana satu?

Makngoh lampirkan beberapa rujukan makngoh-:
1) Blog Tazkirah Awam mengatakan -:

Haram berpuasa pada hari-hari berikut:

a. Hari raya fitrah (raya puasa)

b. Hari raya adha ( raya haji)

c. Hari-hari tasyrik iaitu hari ke sebelas, dua belas dan tiga belas daripada bulan zulhijjah.

d. Hari yang yang di syak akan awal ramadhan.

e. Mana-mana hari selepas lima belas haribulan syaaban, jika bukan puasa qadha atau nazar atau bukan hubungan dengan puasa yang dahulu daipadanya atau bukan hari yang ia beradat puasa.

*** Harus berpuasa pada hari syak atau hari-hai selepas lima belas haibulan syaaban, jika puasa itu qadha atau nazar atau kifarat atau berbetulan hari yang ia biasa puasa seperti puasa sunat hari isnin dan puasa hari khamis.


2. Rahmat Blog pula mengatakan -:

Berpuasa pada Hari yg Diragukan (HARI SYAK) Dari Ammar bin Yasir ra berkata “Barangsiapa yg berpuasa pada hari yg diragukannya bererti ia telah durhaka kepada Abul Qasim .”

Menurut Turmudzi hadis ini hasan lagi shahih dan menjadi amalan bagi kebanyakan ulama. Hadis itu juga merupakan pendapat Sufyan Tsauri Malik bin Anas Abdullah ibnu Mubarok Syafi’i Ahmad serta Ishak. Kebanyakan mereka berpendapat jika hari yg dipuasakannya itu termasuk bulan Ramadhan hendaklah ia mengqadha satu hari sebagai gantinya. Dan jika ia berpuasa pada hari itu krn kebetulan bertepatan dgn kebiasaannya maka hukumnya boleh tanpa dimakruhkan.

Dari Abu Hurairah ra Nabi saw bersabda “Janganlah kamu mendahului puasa Ramadhan itu dgn sehari dua hari kecuali jika bertepatan dgn hari yg biasa dipuasakan maka bolehlah kamu berpuasa pada hari itu.”

3. Makngoh juga merujuk Jabatan Agama Islam Selangor, tapi jawapannya tidak begitu terperinci iaitu -:

Hari Syak iaitu hari yang apabila ia ragu tarikh sebenar Ramadhan (30 Sya'ban). Ini berdasarkan hadith dari Ammar bin Yasir r.a yang bermaksud :
" Sesiapa berpuasa pada hari syak, sesungguhnya dia telah menderhaka Abu Al-Kasim (Muhammad) s.a.w."


4. Koleksi Soal Jawab Agama pula memberikan jawapan yang lebih bagus
iaitu -:


Hari syak ialah hari yang ke 30 dalam bulan Syaban. Bulan di dalam Islam samaada 29 atau 30 hari. Telah sahih hadith dari Nabi saw yang melarang kita berpuasa pada hari syak dan sehari atau dua hari sebelum masuknya bulan Ramadhan.

Namun begitu larangan ini tidak termasuk bagi orang yang sudah menjadi kebiasaannya berpuasa, seperti seorang yang sentiasa berpuasa pada hari Isnin dan Khamis sebagai contoh, dan berkebetulan hari syak itu jatuh pada hari Isnin atau Khamis. Maka orang sebegini tidak termasuk dalam larangan tersebut, ini kerana Nabi saw bersabda:

Maksudnya : “Jangan kamu semua mendahului Ramadhan dengan puasa sehari atau dua hari, melainkan bagi seorang lelaki yang ia sentiasa dengan berpuasa, maka bolehlah dia berpuasa.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Maka berdasarkan hadith ini, apabila seseorang yang telah menjadi kebiasaannya berpuasa pada hari Isnin sebagai contoh, kemudian berkebetulan pula hari syak itu jatuh pada hari isnin tersebut maka dia boleh berpuasa sunat pada hari tersebut dan tidak ada larangan untuknya.

Berdasarkan hadith ini, apabila diharuskan puasa sunat pada hari syak yang jatuh pada hari, yang mana seseorang itu kebiasaannya dia berpuasa padanya, maka mengqadha puasa Ramadhan yang lalu pada hari syak adalah lebih utama untuk dikatakan harus. Ini kerana qadha Ramadhan itu adalah suatu yang wajib dan menangguhkan qadha Ramadhan hingga selepas Ramadhan adalah suatu yang tidak dibenarkan.

al-Imam al-Nawawi di dalam al-Majmu’ berkata :

“Berkata sahabat-sahabat kami (dari mazhab al-Syafie) : “Tidak sah puasa pada hari syak dari masuknya Ramadhan tanpa khilaf…, Jika dilakukan padanya puasa qadha atau Nazar atau kafarah, ianya diterima, ini kerana apabila diharuskan puasa padanya (hari syak) dengan puasa sunat yang telah menjadi kebiasaan, maka puasa fardhu (seperti Qadha dan seumpamanya) adalah lebih utama (untuk dikatakan harus, ini seperti mana waktu-waktu yang diharamkan solat, kerana jika pada seseorang itu ada puasa qadha ramdhan sehari, maka sesungguhnya dia mesti mengqadhakannya, kerana waktu qadhanya telah menjadi sempit
"

5. Soaljawab Agama ada juga bercerita mengenai Hari Syak iaitu -:

Madzhab Syafi’iy tidak mengharamkan puasa pada hari syak sebagaimana dakwaan Dr Tariq Sweidan. Imam Nawawi (alMajmoo’, 6/400) menjelaskan boleh.

a. Hadith dalam Riadhus Saalihin adalah hadith Bukhari-Muslim dari Abu Hurayrah ” Janganlah seorang darimu mendahului puasa Ramadhan dengan berpuasa sehari atau dua hari sebelumnya kecuali bagi orang yang biasa berpuasa , maka tidak mengapa dia berpuasa pada hari itu.”

Maka jika seseorang biasa berpuasa senin dan khamis, maka Juma’at dan Sabtu sebelum 1 Ramadhan itu dia tidak boleh berpuasa. Jika dia biasa berpuasa Nabi Daud (puasa selang seli), maka bolehlah. Katakan dia puasa pada hari Khamis, maka puasa Nabi Daud AS jatuh seterusnya pada hari Sabtu, maka hari Sabtu dibolehkan puasa.

b. Memang jumhur membolehkan berpuasa pada hari syak berpandukan hadith Bukhari-Muslim dari Abu Hurayrah itu. Bagi orang yg tidak biasa berpuasa sunat yang konsisten, maka diharamkan berpuasa atasnya pada hari Juma’at dan Sabtu sebelum Ramadhan 2006.

Komentar akan hal ini Syeikh Muhammad Saleh alUthaimiin (syarh Riadhus Salihiin, 3/394) berkata pendapat yang tepat ialah diharamkan puasa pada hari syak.


~~~~~~~~~~~~~~~~~ ****************~~~~~~~~~~~~~~~~
Jadi, bagaimanakah pendapat yang telah anda pegang?

Permasalahan utama yang makngoh keliru...
1) Bolehkah puasa qada' hari ini 10 Ogos 2010 (29 Sya'ban 1431 H)?
2) Bolehkah puasa qada' pada hari Syak (30 Sya'ban 1431 H)

Disebabkan kekeliruan ini dibahaskan oleh ustazah dan golongan agama tempat makngoh bekerja dan masing-masing tidak bertemu kesimpulan sendiri jadi makngoh sendiri tidak berani meletakkan kesimpulan.

p/s : makngoh tak puasa hari ini. Puasa ganti dah beres :) syukur.

baca sambungan di sini

Isnin, 9 Ogos 2010

Bab Matematik yang keluar SPM 2010

MATHEMATICS PAPER 1
40 marks
40 questions in 1 hour and 15 minutes
Must answer all the questions


Form 1 – 3
1. Polygons I & II ( Form 1-3)
2. Algebraic Expression ( Form 1-3)
3. Linear Equations ( Form 1-3)
4. Algebraic Formula (Form 1-3)
5. Statistics 1 & II (Form 1-3)
6. Transformations I & II
7. Indices ( Form 3)
8. Linear Inequalities (Form 3)
9. Trigonometry I (Form 3)

Form 4
1. Standard Form
2. Sets
3. The straight line
4. Statistics III
5. Probabilities I
6. Circles III
7. Trigonometry II
8. Angles of Elevation and Depression
9. Lines and planes in 3-dimensions

Form 5
1. Number bases
2. Graphs of functions II
3. Matrices
4. Variations
5. Probability II
6. Bearings
7. Earth as a Sphere

MATHEMATICS PAPER 2
CONSISTS OF SECTION A and SECTION B
2 hours and 30 minutes

SECTION A
11 questions with 52 marks
Must answer ALL the questions


Form 1 – 3
1. Solid Geometry - kena kira volume @surface area solid.
2. Circles I & II - kena kira area of sector @ area of cirlce @ perimeter @ length of arc
3. Linear Equations -persamaan serentak yang boleh diselesaikan guna kaedah penghapusan @kaedah matriks atau kaedah gantian. Digalakkan guna kaedah matriks untuk pelajar lemah.

Form 4
1. Quadratic Expressions and equations -mula-mula tukarkan equation dalam bentuk general form, kemudian faktorkan dan keluarkan 2 nilai unknown.
2. Sets - hanya lorekkan rantau persilangan @kesatuan yang diminta
3. Mathematical Reasoning -senangnya. Hanya karangan matematik tanpa pengiraan yang kompleks.
4. The straight line - apa-apa soalan pun mesti ingat y = mx + c
5. Lines and planes in 3-dimensions- identify angle dan kira angle itu samada sudut antara satah-line @sudut antara satah-satah. Ada kaedah senang untuk cari sudut tu. Cuba tanya guru anda kaedah itu.

Form 5
1. Graphs of functions II - lorekkan rantau ketaksamaan pada graph dan biasanya anda kena lukis satu graf linear yang mudah.

2. Matrices - matriks songsang...ingat rumusnya. Kemudian selesaikan linear equation guna kaedah matriks. WAJIB guna kaedah matriks tak boleh guna kaedah penghapusan dan kaedah gantian.

3. Gradient and area under a graph -Pelajar Fizik tentu sudah biasa dengan soalan ini. Kalau keluar graf distance-time > soalan akan tanya speed. Kalau keluar graf speed-time > soalan akan tanya acceleration dan distance. Yang penting kena tahu di mana kedudukan uniform speed, stationary, acceleration dan deceleration di GRAF.

4. Probability II - dalam buku teks dan buku latihan, soalan probability bukan main susah tapi yang keluar SPM senang je. Percayalah. Kalau mampu list all the outcomes...maka bolehlah jawab soalan seterusnya bab probability.
*jika tak keluar soalan sets Form 4, akan keluar soalan Graphs of functions II Form 5 yang akan keluar. Begitulah sebaliknya Tahun 2009, Graphs of Fuctions II Form 5 sudah keluar. Tahun ini, kemungkinan keluar bab Set Form 4.

SECTION B
48 marks
1 question 12 marks
Given 5 questions answer 4 questions only


Form 4
1. Statistics III -anda kena mahir buat ogive, histogram and frequency polygons. Biasanya akan diberi satu jadual kosong yang perlu anda isi berdasarkan maklumat pada soalan.

Form 5
1. Graphs of functions II - melukis graf yang cantik, licin dan kemas pada kertas graf. Alahai senang jer ni.

2. Tranformations III - perlukan imaginasi anda juga. Siapkan diri dengan alatan seperti jangka sudut dan jangka lukis. Tapi jika yang keluar sudut 90 dan 180, sebenarnya hanya guna bucu pembaris atau bucu kertas sahaja.

3. Earth as a sphere -ramai pelajar yang tidak berminat menjawab soalan ini. Sebenarnya bab ini sangat menarik dan menyeronokkan. Cari location, cari latitude @longitude, shortest distance , distance dan penggunaan rumus yang ada knot. Rujuk buku apa itu knot.

4. Plans and elevations -tajuk kegemaran pelajar dan pilihan rata-rata pelajar. Tiada pengiraan serius. Biasanya anda perlu melukis pandangan atas dan pandangan sisi. Tapi berhati-hati, garis TIDAK BOLEH comot, double line, bergerigi atau nampak tidak kemas. Guna pensil yang tajam dan lukislah dengan kemas. Berhati-hati dengan dotted line. Biasanya dotted line memberi anda 1 markah. Tapi kena tahu di mana perlu lukis dotted line (jika ada dalam soalan)

Aku Datang sekolah sebab cikgu nak mengajar bukan sebab aku yang nak belajar!



  1. Cikgu tak boleh masuk kelas sebab ada mesyuarat tergempar. Pelajar bertepuk tangan dan bersorak girang. "YES" itulah perkataan yang mereka sebut berulang-kali.


  2. Cikgu pesan,kelas minggu depan tak ada sebab cikgu perlu mengikuti kursus. Pelajar bersorak gembira dan ye ye ye...Tak payah bawa buku esok. Gembiranya.


  3. Cikgu beri kerjarumah, pelajar mula beralasan. "Ala, cikgu...banyaknya kerjarumah" "Tak cukup masa la cikgu nak buat kerjarumah"...Tapi mengadap facebook dan blog sampai lewat malam, tak apa pulak.


  4. Bila cikgu, beri nota lebih dan minta pelajar salin, pelajar dah bising. Sakit tangan la cikgu nak salin. Banyak sangat dah nota ni. Padahal baru ciput yang cikgu bagi. Tak boleh nak penat sikit. Langsung tiada sikap nak dapatkan ilmu.


  5. Cikgu masuk kelas. Pelajar malas-malas sebab penat baru lepas PJK, tadi main bola sepak dan bola jaring. "Okay, buka buku"kata cikgu....Pelajar jawab "alah ,cikgu ...tak payah mengajarlah. Kami penat ni cikgu. Tadi main bola. Besok-besoklah cikgu mengajar"

*** bukan semua pelajar macam kat atas tu...
tapi memang ada pelajar macam tu***

Labels

~Komen Terbaru~

Get This Recent Comment Widget!