Sudut Test Mouse Kiri

Tinggalkan pesanan anda di sini

Rabu, 5 Januari 2011

Semalam badminton bermasalah, hari ini karate pula

Apa nak jadi dengan sukan negara. Setelah bola sepak mula menaik maju, badminton pula mula meragam. Bukan kerana kalah dalam pertandingan tetapi kerana masalah kejurulatihan yang tidak diketahui punca yang sebenar.

Hari ini, karate pula dilanda masalah kejurulatihan apabila Persekutuan Karate Malaysia (MAKAF) memecat jurulatih kebangsaan, P. Arivalagan.  Ekoran dari pemecatan itu, atlet  karate kebangsaan memaklumkan akan meninggalkan pasukan kebangsaan jika MAKAF terus dengan niatnya. Anggota skuad kebangsaan yang mempunyai 20 atlet, termasuk sembilan atlet elit, akan mengadakan perjumpaan dengan pegawai MAKAF Khamis ini bagi membincangkan isu Arivalagan.

FAKTA :
  1. Arivalagan berjaya bimbing skuad negara membawa pulang dua pingat emas dari Sukan Asia, Guangzhou pada November lalu.
  2. Sukan Asia 2010 Di Guangzhou, skuad karate negara di bawah bimbingan Arivalagan menang dua pingat emas yang disumbangkan oleh Ku Jin Keat dalam acara Kata lelaki dan R. Puvaneswaran dalam acara Kumite lelaki bawah 55kg
  3. Arivalagan juga berjaya membimbing atlet kebangsaan memenangi lapan pingat emas pada Sukan SEA 2007 dan Sukan SEA 2009.
  4. Majoriti atlet akan undur diri jika Arivalagan dipecat.
p/s : malas pula nak senaraikan kejayaan-kejayaan yang telah dicapai dan dihasilkan oleh Misbun Sidek. Tentu anda semua dah tahu. Terlalu banyak kejayaan negara yang ditunjangi oleh Misbun Sidek.

Habis madu sepah dibuang ker aper nih?

Selasa, 4 Januari 2011

Video | Benarkah Karam Singh Walia Hina Melayu?



sumber video : Youtube

Reaksi mereka yang memberi komen di youtube menyatakan ;
1) Karam mungkin membuat silap tetapi orang Melayu kena maafkan memandangkan ketika itu Karam mabuk.

2) Karam telah banyak berjasa kepada orang Melayu. Adakah memang benar Melayu mudah lupa?

3) Ramai yang tidak setuju dengan cara yang tidak diplomasi orang Melayu yang marahkan Karam pada malam kejadian. Malah ramai yang tidak puas hati (dalam komen) apabila ada yang minta Karam bayar bil satu kedai malam itu.

4) Ada yang membela Karam kerana dia telah menyatakan minta maaf berulang kali.

Hari ini, di dalam suratkhabar pula menyatakan akan menyiasat mengenai perkara di atas.


p/s : Karam mabuk, itu dia punya pasal ler. Dia bukan Islam (walaupun dia (penerima tokoh maal hijrah?)
 Tak kisahlah dia nak mabuk ker aper. Orang Melayu Islam mabuk, berzina, buang anak, dedah aurat,  itu yang patut dimuatnaik dalam youtube, boleh juga ramai-ramai hentam dan bagi nasihat. Huhuhu.

Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH) | Alamat | Nombor telefon | Nombor Faks

Makngoh dapati dalam analisis nuffnang, ada keyword mengenai 'bahagian pengurusan sekolah harian'.
Mungkin, bahagian ini dicari dalam google oleh -:
a) guru-guru yang baru mendapat penempatan pertama
b) guru-guru yang ingin mendapatkan penempatan
c) guru-guru yang telah diterima tukar sekolah
d) guru-guru yang ingin tukar sekolah/daerah/negeri/negara
e) mereka yang tidak dapat dikenalpasti

Jadi, makngoh nak kongsilah alamat, nombor telefon dan nombor faks bahagian ini dan lebih khusus makngoh sertakan Sektor Pengurusan Sekolah Menengah. Kalau sekolah rendah, tukar je namanya.

Sektor Pengurusan Sekolah Menengah (SPSM)
Bahagian Pengurusan Sekolah Harian,
Aras 3 & 4, Blok E2,                                                                                                         
Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaaan Persekutuan,
62604 Putrajaya,                                                                                                     
Kementerian Pelajaran Malaysia,
Putrajaya.

Nombor telefon unit menengah
 603 8884 9500
Nombor faks unit menengah
603 8888 6673


Kalau tak pasti, nak telefon ke unit mana dalam BPSH, anda telefon nombor di bawah ini -:
Nombor telefon unit kaunter 603 8884 9370

p/s : rayuan perpindahan makngoh hari tu, makngoh faks ke nombor di atas dan kemudiannya telefon ke nombor tu lagi. Seorang pengawai wanita menjawab panggilan makngoh. Dia tanya dah anak ke belum dan dia nyatakan amat susah untuk masuk ke Kelantan kecuali opsyen English. Kemudian, makngoh jawab, tak kisahlah ke Terengganu or Pahang pun tak apa. Dia kata, nantikan kami cuba tolong.

Last-last dapat KL..... jadi..sekarang tunggu surat pindah. Bila la tu?

terimakasih BPSH kerana meluluskan rayuan perpindahan makngoh:)

Abby kata Memey perempuan gatal | Memey dituduh tinggal serumah dengan Norman?


cantiklah baju memey nih... sopan :)

Pelakon Memey Suhaiza atau nama sebenar Suhaiza Suhaimi kecewa dengan tindakan bekas isteri tunangnya, Abby Abadi yang menjadikan laman sosial Facebook untuk menyerangnya secara peribadi.

Dalam status Facebook milik Abby yang dihantar pada Isnin, Abby meluahkan perasaan marah apabila panggilan telefonnya kepada Norman Hakim untuk berurusan mengenai anak mereka yang hendak ke sekolah pada hari pertama persekolahan pada tahun ini dijawab oleh Memey.

Menerusi Facebook itu juga, Abby turut menyindir Memey sebagai perempuan gatal selain mendakwa Memey seolah-olah begitu berbangga kerana mahu menunjuk mereka tinggal serumah.

“Salahkah saya jawab panggilan telefon bagi pihak tunang saya? Saya bukan buat salah besar sehingga dia hendak marahkan saya sampai macam tu sekali? Saya terkejut dengan tindakan Abby selepas dimaklumkan oleh seseorang ketika tiba di lokasi penggambaran.

“Nak ikutkan secara logik, ia bukan isu besar dan Abby tergamak menulis sebegitu rupa dalam Facebook sehingga ia boleh ditatap oleh ramai orang,” katanya kepada mStar Online, Isnin.

Menurut Memey, ketika telefon tersebut berbunyi dia tidak menyedari ia panggilan daripada Abby kerana tidak tertera nama pemangil. Menurutnya, tindakan tersebut juga telah menimbulkan persepsi buruk segelintir masyarakat terhadapnya.

“Saya mahu buka buku baru untuk tahun ini, tapi dia mulakan dengan buat persepsi buruk terhadap saya. Perkara ini juga melibatkan maruah saya.

“Saya malas mahu besarkan keadaan dan saya hanya nasihatkan agar dia fikirkan dahulu sesuatu perkara secara rasional,” katanya.Tambah Memey, dia berharap untuk tahun baru 2011 ini tiada lagi sengketa antara dia dan pelakon tersebut.

“Saya tahu dia tidak suka saya, diantara kami memang tidak boleh berbaik tapi tolonglah jangan timbulkan sebarang sengketa,” katanya.

Dalam pada itu, Memey turut mengakui terpaksa menangguhkan perkahwinannya dengan Norman pada penghujung tahun ini.

“Sepatutnya kami merancang untuk berkahwin pada 8 Januari ini tetapi tidak sempat untuk buat persiapan. Selepas bertunang banyak rezeki yang datang terutama tawaran untuk berlakon bersama Norman.

“Insya-Allah beberapa tarikh telah dipilih pada penghujung tahun ini tapi mungkin juga ia akan dilakukan lebih awal iaitu pertengahan tahun ini jika kami berdua sudah bersedia,” katanya yang sedang membuat penggambaran drama Bola Cinta musim kedua.

p/s : alamak terkantoi ke si Memey dan Norman nih?

Datuk Misbun Sidek letak jawatan | Punca Misbun Sidek letak jawatan

Di bawah hanyalah petikan laporan berita dari akhbar tempatan. Makngoh tidak membuat sebarang pandangan. Sila klik pada tajuk untuk melihat sumber berita tersebut.

 

> 'Berilah saya masa'

Oleh Mohd Hilmie Hussin

“SAYA hanya boleh pesan kepada Chong Wei (Datuk Lee Chong Wei) supaya selamatkan diri sendiri sebelum kita cuba selamatkan orang lain,” kata jurulatih badminton negara Datuk Misbun Sidek di kediaman keluarganya di Banting, Selangor, lewat petang semalam.

Kenyataan penuh bermakna itu keluar dari mulutnya menjawab pertanyaan sekiranya Lee Chong Wei mahu mengikut jejak meninggalkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Usaha menjejaki Misbun untuk mendapatkan penjelasan lanjut mengenai isu peletakan jawatan berkuat kuasa semalam bagaimanapun masih gagal menemui jawapannya.

 
Walaupun berjaya menemui jurulatih itu, beliau masih enggan berbicara dan mendedahkan apa sebenarnya yang berlaku.

“Seperti saya katakan sebelum ini, saya belum sedia untuk memberi sebarang ulasan. Berilah saya masa... biarkan semua ini reda dulu,” kata Misbun yang berjaya mengangkat Chong Wei ke ranking nombor satu dunia sejak 2008 hingga kini.

Biarpun lebih banyak membisu daripada menjawab persoalan, beliau tetap menghormati permintaan wartawan apabila menjawab beberapa pertanyaan yang dirasakan tidak akan menyinggung mana-mana pihak.


 
“Saya sedia bertemu Nadzmi (Presiden BAM, Datuk Mohd Nadzmi Salleh) jika dia mahu jumpa, atas dasar bekas majikan,” katanya.

Namun ketika ditanya sama ada akan kembali bersama BAM Misbun berkata: “Kita tengoklah, kalau... (tidak meneruskan ayat).”
 
Bagaimanapun emosinya terusik apabila diajukan soalan mempersoal kesetiaannya pada negara dengan mengambil tindakan meletak jawatan ketika negara memburu emas pertama Sukan Olimpik.
 

“Terpulang kepada orang, apa mereka nak cakap, tapi selama ini...,” kata Misbun sambil mengurut dada menahan sebak.

Peletakan jawatan Misbun ini menyebabkan Chong Wei bertolak ke Taiwan untuk Siri Super Final petang semalam diiringi Tay Seu Bock.

>Tengku Kamil tak terkejut

Oleh Asrol Awang
TIMBALAN Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tengku Kamil Ismail Tengku Idris Shah tidak terkejut dengan tindakan Datuk Misbun Sidek meletakkan jawatan sebagai jurulatih perseorangan negara, Sabtu lalu.

Menurutnya, ini kerana sebelum ini beliau sudah mendengar desas-desus bahawa jurulatih itu tidak berpuas hati dengan sistem latihan dan kejurulatihan baru.


“Saya tidak terkejut dengan keputusan Misbun kerana itu hak beliau untuk bebuat demikian,” katanya.

Beliau turut mengakui selain Lee Choong Wei ingin keluar daripada BAM, beberapa pemain lain juga dikatakan bakal membuat keputusan sama.


BAM mahu jumpa Misbun 

PERSATUAN Badminton Malaysia (BAM) mahu mendengar penjelasan dari mulut Datuk Misbun Sidek sendiri berhubung peletakan jawatannya sebagai jurulatih perseorangan badminton negara, kata Pengurus Besarnya, Kenny Goh.
 
Beliau berkata mesyuarat akan diadakan dalam masa terdekat selepas Presiden Datuk Seri Nadzmi Mohd Salleh pulang dari luar negara bagi mendengar penjelasan Misbun serta berbincang mengenainya.

Katanya BAM akan mengeluarkan kenyataan rasmi melalui Nadzmi selepas penjelasan tersebut.

“Buat masa ini masih terlalu awal bagi BAM untuk membuat sebarang komen dan lebih elok perkara ini dibawa ke mesyuarat dalaman bersama Misbun untuk mendapatkan penjelasan terperinci bagi mengenali punca sebenar beliau bertindak demikian,” katanya.

Sehubungan itu beliau meminta spekulasi berhubung peletakan jawatan Misbun dihentikan.

Goh yang terkejut dengan surat peletakan jawatan Misbun itu bagaimanapun berharap ia dapat diselesaikan sebaik mungkin agar tigak menggugat prestasi skuad badminton yang tersenarai dalam program “Road To London 2012“.
 


Katanya, dengan ketiadaan Misbun, tugas melatih Lee Chong Wei akan digalas seorang lagi jurulatih perseorangan, Tey Seu Bock, bagi menghadapi Kejohanan Super Series Masters Finals di Taiwan bermula esok.

“Kebetulan kejohanan Super Series kali ini di bawah kendalian Tey. Sebelum ini, dalam kejohanan tertentu, pemain akan dikendalikan Misbun dan Tey,” katanya.


Shabery tunggu penjelasan BAM

MENTERI Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek (gambar) masih menunggu penjelasan daripada Persatuan Badminton Malaysia (BAM) bagi mencari punca terhadap tindakan mengejut Datuk Misbun Sidek meletak jawatan jurulatih perseorangan lelaki kebangsaan.
 
Ahmad Shabery berkata beliau akan bertemu dengan Presiden BAM, Datuk Seri Nadzmi Mohd Salleh yang akan pulang ke tanah air dalam masa terdekat ini bagi mendapatkan penjelasan sebelum beliau bertemu dengan Misbun.

“Masih terlalu awal untuk kita buat andaian dan dalam masa sehari dua ini saya sengaja membiarkan perkara ini berlalu bagi membolehkan kedua-dua pihak mendapat pertimbangan yang sewajarnya bagi menyelesaikan perkara ini,” katanya.

 
Kementerian, tambahnya, ingin mencari punca masalah tersebut tanpa menyalahkan mana-mana pihak.

“Setelah mendapat pejelasan daripada kedua-dua pihak barulah kita cari jalan bagi menyelesaikan masalah itu.

“Apa pun keputusaan yang bakal dibuat nanti mestilah tidak membelakangkan kepentingan negara kerana badminton mampu memberi sumbangan pingat pada Sukan Olimpik London 2012 nanti,” katanya. Ahmad Shabery berkata beliau tidak menyalahkan pemain perseorangan nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei mengambil keputusaan untuk keluar daripada BAM kerana faham dengan tekanan yang bakal dihadapinya.



“Sudah pasti Chong Wei akan rasa tertekan apabila jurulatih dianggap bapanya sendiri membuat keputusan untuk letak jawatan,” katanya.

Ini masalah saya dan BAM - Misbun

KUALA LUMPUR -Datuk Misbun Sidek mengambil sikap berdiam diri berhubung isu peletakan jawatan sebagai jurulatih dari Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Wartawan Utusan Malaysia menjejaki beliau sehingga ke kediamannya di Taman Ukay Perdana, Ampang dekat sini, bagi mendapatkan penjelasan berhubung keputusannya itu, namun Misbun tetap enggan membuka mulut mendedahkan punca beliau berbuat demikian.

Daripada persoalan hangat mengapa beliau meletak jawatan, sehinggalah perancangan masa depannya, satu demi satu soalan cuba ditanyakan kepada Misbun dengan harapan dapat 'mencungkil' sesuatu, namun tiada satu pun yang berakhir dengan jawaban.

"Minta maaflah, saya tidak mahu mendedahkan apa-apa berhubung perkara ini.
"Ini merupakan masalah saya dan persatuan (BAM), ia tidak perlu didedahkan kepada umum," katanya.
Ditanya sama ada BAM telah menerima peletakan jawatan beliau, Misbun sekadar menjawab: "Saya sudah serahkan surat letak jawatan."

Namun, dari raut wajahnya, bekas jaguh badminton perseorangan negara itu yang terkenal dengan servis 'S' suatu ketika dulu, beliau kelihatan memendamkan sesuatu yang amat berat untuk ditanggung.
Walaupun enggan mendedahkan apa yang tersurat di hatinya, Misbun tetap melayan mesra kunjungan wartawan Utusan Malaysia yang datang ke kediamannya.

Walau ditanyakan berulang kali, Misbun tetap dengan pendiriannya untuk tidak mahu, atau juga mungkin belum bersedia untuk penjelasan atau alasan mengapa beliau meletak jawatan.
 

‘Saya okay dengan Misbun’


Kes tangkap khalwat di Kedah

Kes pertama
Pasangan Melayu masing-masing berusia 19 pernah ditangkap November 2010 tetapi tahun ini mereka ditangkap sekali lagi di sebuah rumah sewa kakak angkat perempuan tersebut.. Lelaki terbabit berasal dari Titi Gajah manakala teman wanitanya dari Pumpong. Kalau asyik kena tangkap jer...elok kahwin jer la dik.

Kes kedua
Remaja perempuan berusia 16 tahun ditangkap bersama kekasihnya warga Myanmar ditangkap di sebuah rumah di Jalan Alor Mengkudu. Remaja perempuan itu mengaku telah berhenti sekolah dan lelaki Myanmar itu pula bekerja sebagai buruh binaan. Mereka diserahkan ke IPD Kota Setar.

Labels

~Komen Terbaru~

Get This Recent Comment Widget!