Sudut Test Mouse Kiri

Tinggalkan pesanan anda di sini

Ahad, 15 Januari 2012

Senarai persediaan ibu mengandung ke hospital

Ibu-ibu muda atau yang mengandungkan anak sulung tentu tiada pengalaman nak bawa, nak kemas apa untuk ke hospital apabila dah tiba waktu bersalin. Macam makngoh hari tu pun tak tahu apa-apa, tapi masa mengandung 6 bulan makngoh dah ready dua  beg ke hospital dalam kereta. Satu beg barang baby dan satu beg barang makngoh.  Maklumlah, makngoh jauh dari suami dan keluarga jadi kena pandai-pandai sendiri dan buat persediaan awal.

Di sini, makngoh cadangkan barang-barang persediaan yang perlu dibawa ke hospital.

A) Beg bayi
  1. pakaian bayi sekurang-kurangnya 3 pasang
  2. sarung tangan dan sarung kaki
  3. tuala bayi
  4. selimut 
  5. botol susu
  6. kain lampin
  7. lampin pakai buang
  8. topi bayi
  9. minyak Yue Yee Cap Limau
  10. Minyak telon bayi
  11. Kapas putih
  12. Tisu basah / kapas lembab
  13. Putik kapas
  14. Bantal kecil
B) Beg ibu
  1. kad pengenalan
  2. buku merah ibu mengandung
  3. GL (surat pengesahan kakitangan awam) -3 salinan jika berkaitan.
  4. Baju ibu biasanya blouse atau tshirt
  5. kain batik
  6. Baju yang cantik sikit untuk pulang dari hospital
  7. Pad bersalin
  8. Stoking (wajib)
  9. Seluar dalam
  10. Sabun, berus gigi dan ubat gigi
  11. Sikat rambut
  12. Bedak, minyak wangi
  13. Tuala mandi
  14. Selipar
  15. Minyak angin, minyak urut dan lain-lain.
  16. Biskut dan makanan ringan
  17. Kamera ataupun kamera telefon je
  18. Charger telefon
Semoga semuanya selamat kepada ibu-ibu yang sedang menunggu kelahiran bayi.

Khamis, 12 Januari 2012

TErbaru ; SBPA ditangguhkan

12/01/2012 8:10pm

KUALA LUMPUR 12 Jan. – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) akan disemak semula.

Semakan tersebut bertujuan untuk menyelesaikan isu-isu yang dibangkitkan oleh pihak-pihak tertentu berkaitan dengan pelaksanaan SBPA.

"Setelah semakan semula tersebut dimuktamadkan, SBPA akan berkuat kuasa mulai 1 Januari 2012 seperti yang dijanjikan kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, Jemaah Menteri semalam memutuskan supaya pelaksanaan SBPA itu disemak semula.
Katanya, semakan SBPA itu dibuat setelah berbincang dengan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS).

Najib berkata, semakan semula itu tidak meliputi keputusan untuk melanjutkan umur persaraan kepada 60 tahun dan oleh itu, ia akan dilaksanakan mulai 1 Januari tahun ini. – BERNAMA

Selasa, 10 Januari 2012

Opsyen umur persaraan paksa SBPA | Pilih semula opsyen bersara

Makngoh pasti sudah ramai guru yang telah tandatangan borang opsyen umur persaraan paksa SBPA sejak bulan Disember 2011 lagi ketika tandatangan borang skim SBPA.

Ingatan makngoh, pastikan guru-guru telah menandatangan borang opsyen umur persaraan paksa tersebut dengan merujuk kepada Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 13 Tahun 2011 kerana ada sekolah yang tersilap buat rujukan pekeliling.

Mengikut borang yang diberikan kepada guru-guru tentu guru yang terbaca satu perenggan seperti di bawah

Opsyen ini hanya untuk kekal umur persaraan paksa sekarang atau memilih umur persaraan paksa 60 tahun. Pengawai tidak boleh memilih umur persaraan paksa selain daripada itu. Contohnya, sekiranya telah dipilih umur persaraan paksa 58 tahun pada tahun 2008 di bawah Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2008 - Tawaran Opsyen Pelanjutan Umur Persaraan Wajib kepada 58 Tahun, pengawai tidak dibenarkan memilih persaraan paksa 55 tahun atau 56 tahun

Faham apa syaratnya? Itulah yang diminta oleh pihak Cuepacs agar guru-guru dan juga penjawat awam yang lain boleh pilih semula opsyen persaraan masing-masing.

Mohon dibenarkan penjawat awam pilih semula opsyen persaraan

10/01/2012 7:45pm

SERDANG 10 Jan. - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) hari ini meminta agar penjawat awam yang tidak memilih opsyen umur persaraan 60 tahun dibenarkan menandatanganinya semula.

Presiden Cuepacs, Datuk Omar Osman berkata, ini kerana pihaknya menerima banyak aduan bahawa ada penjawat awam tidak memilih opsyen itu kerana tidak diberi penerangan sewajarnya.

"Jadi bila pihak Cuepacs sudah memberikan penjelasan berhubung perkara itu barulah mereka faham dan berhasrat untuk menandatangani opsyen itu,” katanya kepada pemberita selepas majlis Himpunan Transformasi dan Ikrar Intergriti Pembantu Makmal Penolong Pegawai Sains Institusi Pengajian Tinggi Awam di sini.

Selain itu, beliau juga meminta agar penjawat awam yang dipaksa memilih opsyen skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SPBA) tanpa disertakan penyata pergerakan gaji dibenar memilih semula sama ada kekal dengan Skim Saraan Malaysia (SSM) atau sebaliknya.

"Ini kerana ada yang hanya diberikan penyata kenaikan di bawah skim SBPA selepas tandatangan borang tersebut dan kemudian mendapati ada beberapa kemusykilan dalam dalam pergerakan gaji yang ditawarkan,” katanya. - BERNAMA


Notakaki : Oh....mungkin sebab itulah istilahnya persaraan paksa...kui kui ku

Best email of this year | Jika anda susah, orang lain lagi susah


Semasa taklimat guru tadi, pengetua sekolah makngoh ada bercerita mengenai slaid di bawah. Insaf sekejab makngoh melihat kesusahan orang lain. Betul, makngoh susah, orang lain lagi susah. Syukur dengan apa yang makngoh ada dan makngoh akan berusaha untuk benda yang makngoh tiada terutamanya mengenai isu pertukaran makngoh. Makngoh ingin bersama anak dan suami di Kelantan. Voted the best_email_of_this_year1

Isnin, 9 Januari 2012

Download Sistem Maklumat Murid Versi 4.0 | SSM Versi 4.0

 Makngoh rasa awal-awal tahun ni ramai guru-guru kelas yang mencari perisian download Sistem Maklumat Murid (SMM) Versi 4.0

Tadi makngoh cuba copy CD yang guru data sekolah makngoh bagi, tapi CD ROOM makngoh pula buat hal. Nasib baik teringat nak cari di google dan rupanya banyak je link untuk download SMM ni.

Dalam banyak-banyak link, makngoh jumpa yang link dari  JPN Kedah. Okay je.

Selamat download ye cikgu-cikgu dan selamat mengisi maklumat murid.


PropertyValue
NameAplikasi SMM Versi 4
DescriptionSistem Maklumat Murid Versi 4
FilenameSMMv4.exe
Filesize2.31 MB
Filetypeexe (Mime Type: application/x-executable)
Creatoradmin
Created On: 07/22/2009 20:49 

Klik di bawah untuk dapat SMM Versi 4.0
Download

Sabtu, 7 Januari 2012

Berbahagialah mereka-mereka yang dapat bersama keluarga

Tak tahu di mana silapnya, isu pertukaran guru menjadi isu panas di telinga guru-guru namun menjadi isu dingin dan bisu di peringkat kementerian mahupun pemimpin tertinggi.

Bukan tak mohon pindah tapi dah berkali-kali minta tukar. Bukan tak layak malah dah terlebih layak. Bukan alasan tidak kukuh malah alasan dah teramat kukuh tapi sayangnya mereka yang ada kabel pula berjaya bertukar, cikgu-cikgu yang lebih layak terbiar lagi tanpa pembelaan.

Tahukah KPM betapa deritanya seorang ibu yang jauh dari anak lebih-lebih lagi anak yang baru berumur 3 bulan. Mana naluri orang-orang KPM apabila menolak mentah-mentah alasan ibu untuk bersama anak dan suami dengan jawapan negeri yang dipohon penuh, penuh dan penuh.


Bukan makngoh seorang yang mengalami situasi macamni, ramai lagi guru-guru wanita yang bergelar ibu terpaksa berjauhan dengan anak-anak, permohonan pertukaran sentiasa ditolak, buat lagi rayuan tapi tetap ditolak. Sampai bila kami harus bersendirian di tempat orang tanpa keluarga?

Kami manusia biasa. Kami manusia lemah. Kami ada perasaan. Hanya ALLAH sahaja yang tahu betapa menderitanya kami setiap hari menghitung hari cuti untuk pulang ke kampung menemui anak-anak. Itu pun, jika ada cuti, kadang-kadang hujung minggu pun kami terpaksa lagi ke sekolah dengan pelbagai aktiviti.

Kerajaan berbangga dengan SBPA, skim naik gaji kakitangan kerajaan, namun terus terang dari hati makngoh, makngoh lebih rela tidak naik gaji asalkan dapat bertugas di tempat yang berhampiran dengan anak dan suami makngoh. Apalah guna gaji naik sedangkan hati tidak gembira.

Iya, memang negeri yang makngoh pohon KELANTAN itu sentiasa penuh dan sentiasa tepu, tapi makngoh mohon ke PPD BESUT Terengganu pun ditolak. Janganlah diambil mudah perasaan seorang ibu. Setiap malam kami menangis merindui anak-anak kami, setiap waktu kami menangis di dalam hati walaupun bibir kami senyum.

Bagaimana kami nak bertugas dengan penuh komitmen, dengan penuh semangat sedangkan hati kami di tempat lain. DAN kami berjanji akan bertugas dengan bersungguh jika kami ditempatkan berhampiran dengan anak-anak kami.

Kepada pengawai-pengawai Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Kementerian Pendidikan Malaysia, tolonglah kami guru-guru yang berjauhan dengan anak-anak. Anak-anak kami juga perlukan kasihsayang seorang ibu bukan sahaja murid perlukan guru. Tolonglah dengar rintihan kami, kasihankanlah kami dan anak-anak kami.Izinkanlah kami berpindah ke tempat kami. Semoga jasa pengawai-pengawai dibalas syurga oleh ALLAH S.W.T

YA ALLAH tolonglah kami hamba-hambaMu yang dalam kesusahan jiwa dan hati ini.

Sesungguhnya kebahagiaan seorang ibu adalah berada di sisi anak-anak, mendodoikan anak yang menangis ingin tidur, menyusukan anak yang kelaparan dan menjaga anak ketika dia sakit. Tolonglah izinkan dan benarkanlah kami bertukar ke sisi anak-anak kami.

Labels

~Komen Terbaru~

Get This Recent Comment Widget!