Sudut Test Mouse Kiri

Tinggalkan pesanan anda di sini

Selasa, 10 Januari 2012

Opsyen umur persaraan paksa SBPA | Pilih semula opsyen bersara

Makngoh pasti sudah ramai guru yang telah tandatangan borang opsyen umur persaraan paksa SBPA sejak bulan Disember 2011 lagi ketika tandatangan borang skim SBPA.

Ingatan makngoh, pastikan guru-guru telah menandatangan borang opsyen umur persaraan paksa tersebut dengan merujuk kepada Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 13 Tahun 2011 kerana ada sekolah yang tersilap buat rujukan pekeliling.

Mengikut borang yang diberikan kepada guru-guru tentu guru yang terbaca satu perenggan seperti di bawah

Opsyen ini hanya untuk kekal umur persaraan paksa sekarang atau memilih umur persaraan paksa 60 tahun. Pengawai tidak boleh memilih umur persaraan paksa selain daripada itu. Contohnya, sekiranya telah dipilih umur persaraan paksa 58 tahun pada tahun 2008 di bawah Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2008 - Tawaran Opsyen Pelanjutan Umur Persaraan Wajib kepada 58 Tahun, pengawai tidak dibenarkan memilih persaraan paksa 55 tahun atau 56 tahun

Faham apa syaratnya? Itulah yang diminta oleh pihak Cuepacs agar guru-guru dan juga penjawat awam yang lain boleh pilih semula opsyen persaraan masing-masing.

Mohon dibenarkan penjawat awam pilih semula opsyen persaraan

10/01/2012 7:45pm

SERDANG 10 Jan. - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) hari ini meminta agar penjawat awam yang tidak memilih opsyen umur persaraan 60 tahun dibenarkan menandatanganinya semula.

Presiden Cuepacs, Datuk Omar Osman berkata, ini kerana pihaknya menerima banyak aduan bahawa ada penjawat awam tidak memilih opsyen itu kerana tidak diberi penerangan sewajarnya.

"Jadi bila pihak Cuepacs sudah memberikan penjelasan berhubung perkara itu barulah mereka faham dan berhasrat untuk menandatangani opsyen itu,” katanya kepada pemberita selepas majlis Himpunan Transformasi dan Ikrar Intergriti Pembantu Makmal Penolong Pegawai Sains Institusi Pengajian Tinggi Awam di sini.

Selain itu, beliau juga meminta agar penjawat awam yang dipaksa memilih opsyen skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SPBA) tanpa disertakan penyata pergerakan gaji dibenar memilih semula sama ada kekal dengan Skim Saraan Malaysia (SSM) atau sebaliknya.

"Ini kerana ada yang hanya diberikan penyata kenaikan di bawah skim SBPA selepas tandatangan borang tersebut dan kemudian mendapati ada beberapa kemusykilan dalam dalam pergerakan gaji yang ditawarkan,” katanya. - BERNAMA


Notakaki : Oh....mungkin sebab itulah istilahnya persaraan paksa...kui kui ku

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila komen jika sudi :)

Labels

~Komen Terbaru~

Get This Recent Comment Widget!