Sudut Test Mouse Kiri

Tinggalkan pesanan anda di sini

Selasa, 18 Mei 2010

Bekas suami nora danish wat kejutan tuk fasha sendat



KUALA TERENGGANU: Riuh-rendah jadinya lokasi penggambaran drama bersiri terbitan Zeel Productions berjudul Duyung Aridinata di Pulau Lang Tengah, Terengganu, apabila mereka tiba-tiba dikejutkan kehadiran sebuah helikopter, tengah hari semalam.

Lebih mengejutkan semua pelakon dan kru penerbitan drama bersiri yang menjalani penggambaran di pulau itu sejak 4 Mei lalu apabila sekumpulan VIP yang singgah di pulau itu disertai bekas suami pelakon drama popular, Nora Danish iaitu Toh Muda Rizal Ashram Ramli bertujuan membuat ‘surprise’ kepada seorang pelakon utama drama bersiri itu, Nur Fasha Sandha Hassan.

Fasha yang sebelum ini sering dikaitkan dengan Rizal bagaimanapun mendakwa tidak mengetahui langsung perancangan jejaka berstatus duda yang juga ahli perniagaan berjaya itu untuk datang memberikan kejutan kepadanya.

Helikopter yang membawa Rizal dan beberapa temannya mendarat di kawasan lapang kira-kira 50 meter dari chalet tempat semua pelakon menginap dan menjalani penggambaran kira-kira jam 1 tengah hari.

Wartawan Harian Metro yang berkunjung ke set penggambaran itu untuk membuat liputan di sebalik tabir, bagaimanapun hampa kerana tidak berpeluang melihat kejadian itu, sebaliknya hanya sempat melihat kelibat helikopter peribadi yang berselisih di tengah lautan menuju Pulau Lang Tengah.

Fasha ketika dihubungi untuk mengulas kejadian itu hanya menyatakan Rizal dan beberapa teman mempunyai perancangan untuk membuat kejutan di lokasi penggambaran selepas mendapatkan tahu dirinya terbabit pembikinan drama bersiri berkenaan di pulau peranginan itu.

Bagaimanapun, katanya kehadiran Rizal di set penggambaran tidak disangka dan melangkaui imaginasinya.

“Benar Rizal datang menaiki helikopter untuk memberi kejutan kepada saya. Saya terkejut dengan kehadirannya hari ini (semalam). Saya tergamam melihat kelibatnya yang tiba-tiba muncul menaiki helikopter peribadi dari Kuala Lumpur.

“Tujuan Rizal hanya untuk memberikan kejutan kepada saya dan tidak bermaksud apa-apa. Kebetulan Rizal datang waktu makan tengah hari, jadi saya dan krew penerbitan yang lain sempat menjamu selera bersama ketika waktu rehat,” katanya yang masih terkejut.

Pelakon lain yang turut menyaksikan kehadiran Rizal dengan helikopter termasuk Zachery Francis, Shakila, Zain Saidin, pengarah drama, Adam Hamid serta penerbit yang juga Pengarah Urusan Zeel Productions Sdn Bhd, Fadzil Teh.

Fasha ketika ditanya mengenai hubungannya dengan Rizal, bagaimanapun cuba mengelak untuk bercerita panjang kerana gusar penjelasannya akan disalah tafsir.

Malah, pelakon filem Berlari Ke Langit dan Anak Halal itu menafikan segala spekulasi yang membabitkan dirinya kononnya dilamun cinta.

Fasha enggan mengulas lanjut mengenai persoalan kejutan yang dilakukan itu, sebaliknya hanya menyifatkan Rizal yang berusia 34 tahun sebagai teman yang sentiasa menyokong kerja seninya selain menjadi pendengar setia.

“Saya akui ramai pihak akan mula membuat spekulasi terhadap isu ini, namun saya tidak mahu memberi sebarang kenyataan berhubung perkara ini kerana lebih penting ialah tanggungjawab saya kepada drama yang masih berbaki tiga hari selepas 15 hari saya berkampung di sini.

“Saya perlu fokus untuk habiskan kerja saya dan kehadiran Rizal adalah semata-mata untuk melawat saya di sini dan itu tidak langsung menjejaskan prestasi saya di lokasi penggambaran.

“Apa yang boleh saya simpulkan hubungan kami masih di fasa mengenali antara satu sama lain. Terlalu awal untuk saya berbicara soal jodoh kerana 2010 adalah zaman kebangkitan saya. Jadi, mustahil untuk saya memusnahkan misi itu hanya kerana isu seperti ini,” katanya.

Reflection : Ek eleh

Jadi isteri sanggup lepas tak mampu bayar denda khalwat...

Jerat kasih denda khalwat
Oleh Mohd Harzrul Aminuddin dan Ahmad Ismail

2010/05/18 MUAR: Dua wanita yang tidak mampu membayar denda RM3,000 setiap seorang selepas didapati bersalah oleh mahkamah syariah kerana berkhalwat, lega apabila muncul seorang lelaki budiman sanggup menghulurkan wang tanpa menyedari ia ibarat jerat percintaan apabila mereka terpaksa menjadi ‘isteri sanggup’ semata-mata kerana mahu mengelak dihumban ke penjara.

Begitu nasib wanita yang dibiarkan sendirian menanggung denda mahkamah, sedangkan pasangan khalwat mereka yang sebelum ini seronok memadu asmara ketika dicekup pihak berkuasa agama hanya mementingkan diri sendiri.

Kisah pelik tetapi benar ini menimpa dua wanita yang kini bermadu iaitu Azah dan Ani (bukan nama sebenar) yang masing-masing berusia 25 dan 32 tahun apabila terpaksa menjadi isteri kedua dan ketiga seorang usahawan berusia 55 tahun itu.

Azah, 32, berkata dia mendirikan rumah tangga dengan lelaki berusia 55 itu dua tahun lalu.

“Sebelum itu saya ditangkap berkhalwat dengan pasangan di sebuah rumah di Segamat dan akibatnya, kami didakwa di mahkamah sebelum didenda selepas didapati bersalah.

“Mulanya, saya ingat teman lelaki jujur, tetapi tanggapan saya meleset apabila dia yang disangka sanggup sehidup semati bertindak di luar batas dan hanya membayar denda untuk dirinya.

“Saya terkejut dengan tindakannya (teman lelaki) kerana sebelum perbicaraan dia berjanji akan bertanggungjawab membayar denda yang dikenakan di mahkamah,” katanya.


Azah berkata, dia kaget dengan tindakan teman lelakinya yang sanggup membiarkan dirinya terkontang-kanting mencari duit untuk membayar denda atau menghadapi risiko dipenjara dua tahun.

“Saya hanya mampu menangis di luar mahkamah selepas hukuman dijatuhkan. Saya terpaksa meminta penangguhan kepada mahkamah untuk berusaha menjelaskan denda itu,” katanya.

Suri rumah berkenaan berkata, sehari selepas itu, dia didatangi seorang usahawan yang menyatakan kesanggupan untuk membantu melunaskan bayaran denda.

“Bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal, saya segera menyatakan persetujuan, namun tidak lama kemudian baru niat lelaki itu terserlah apabila saya terpaksa memenuhi satu syarat sebelum dia bersetuju membayar denda terbabit. Syaratnya ialah berkahwin dengannya.

“Takut dengan hukuman penjara, saya bersetuju dengan perjanjian berkenaan dan terpaksa mengahwini lelaki itu kira-kira sebulan kemudian,” katanya.

Azah berkata, walaupun terpaksa, dia mengaku hidup bahagia dengan suami dalam keadaan serba mencukupi walaupun bergelar isteri kedua.

Menurutnya, setahun kemudian, dia dikejutkan dengan khabar angin suaminya berkahwin satu lagi dengan seorang gadis berusia 20-an menerusi taktik jerat kasih yang sama.

Isteri ketiga yang hanya dikenali sebagai Ani, kini berusia 25 tahun, berkata dia bermadu dengan Azah selepas terpaksa berkahwin dengan suami, juga melalui taktik ‘isteri sanggup’.

Seperti Azah, Ani juga ditangkap berkhalwat dengan pasangannya, namun tidak mampu menjelaskan denda dikenakan mahkamah.

Bagi mengelakkan kejadian itu diketahui keluarga, dia terpaksa memberikan persetujuan terhadap syarat yang dikenakan lelaki yang menawarkan bantuan kepadanya sebelum mengadakan upacara akad nikah sebulan selepas itu.

“Kami (Ani dan Azah) bahagia dengan suami walaupun terpaksa berkongsi kasih dan melalui perjanjian yang pelik pada awalnya,” katanya ketika ditemui di rumah Azah di Sungai Abong di sini.

Namun, di sebalik kebahagiaan dua madu ini, pada masa sama kedua-dua wanita terbabit melahirkan kerisauan terhadap sikap suaminya yang seakan-akan ghairah mencari isteri melalui perjanjian pelik terbabit.

Kedua-dua suri rumah sepenuh masa itu yang masing-masing dihadiahkan sebuah kereta bimbang muncul pula madu keempat melalui kaedah jerat percintaan seperti yang dialami mereka sebelum ini.

Reflection : Pelik jugak... hm..bukan ker kalau tak boleh bayar denda, masuk penjara. Ini mesti kes nak idup senang jer, sebab tu sudi kawin dengan laki tu...

Seks dalam kereta lepas tu lapor dirogol plak

GEMAS – Akibat berang, bapa menyerbu dan membelasah seorang lelaki berumur 26 tahun yang leka memadu kasih dengan anak perempuannya di dalam sebuah kenderaan di Felda Jelai 2, di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 2.45 pagi itu, bapa berkenaan tidak dapat menahan perasaan marahnya apabila mengetahui anak perempuannya berumur 18 tahun melakukan perbuatan tidak senonoh dengan lelaki terbabit yang bekerja sebagai buruh.

Menurut sumber, semuanya bermula apabila seorang penduduk berhampiran menyedari pasangan itu memadu kasih dan memaklumkan kepada bapa gadis berkenaan.

“Tanpa melengahkan masa, bapa gadis itu dan penduduk kampung menyerbu pasangan terbabit.

“Ketika serbuan, berlakulah insiden bapa gadis berkenaan membelasah pasangan anaknya itu, sebelum menyerahkannya ke Balai Polis Gemas untuk tindakan lanjut,” katanya.

Sumber berkata, buruh berkenaan mengalami lebam pada bahagian muka dan bengkak bahagian bibir.

“Remaja perempuan terbabit kemudiannya membuat laporan polis di Balai Polis Gemas, jam 9 pagi tadi (semalam) dan mendakwa dirogol sebanyak dua kali.

“Sementara suspek pula dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tampin untuk siasatan lanjut,” katanya.

Menurutnya, ketika serbuan dilakukan, pasangan itu juga didapati khayal dan keletihan, dipercayai telah melakukan hubungan seks.
“Gadis itu dikatakan keluar rumah pada sebelah petang dan bersiar-siar di pekan Gemas.

“Bagaimanapun, sebelum menghantar gadis berkenaan pulang, pasa­ngannya cuba membawanya ke rumahnya,” katanya.
Sumber berkata, gadis itu enggan naik ke rumah kerana takut perbuatan mereka diketahui keluarga lelaki terbabit.

“Sebab itu, pasangan berkenaan mengambil keputusan melakukan perbuatan tidak bermoral itu dalam kereta,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Wooi Kooi Cheang ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan itu dan pihaknya masih menjalankan siasatan mengenai kejadian itu.

Reflection : Budak pompuan nih bukan dirogol. Tapi dia sendiri rela. Mungkin dah malu dengan orang kampung, dia cakap la plak dia rogol. Gatal2 la budak pompuan sekarang nih. Eloknya bapa budak pompuan nih, belasah gak anak pompuan dia. Jangan belasah lelaki tu jer. Suka sama suka sebab tu jadi.

Amboi...Ustazah pun pandai wat video lucah





KUALA LUMPUR - Menjijikkan apabila seorang ustazah sebuah sekolah agama di sini yang lengkap berjubah, bertudung dan bersarung tangan tergamak melakukan hubungan seks di dalam bilik asrama pelajar dengan seorang warden.

Perbuatan terkutuk ustazah itu dan pasangannya terbongkar selepas rakaman video yang diambil ketika mereka melakukan hubungan seks tersebar secara meluas hingga diolah dalam empat siri yang berbeza tetapi melibatkan 'pelakon' yang sama.

Berdasarkan kepada percakapan mereka, rakaman itu dibuat kononnya untuk mengabadikan kenangan cinta mereka sejak enam bulan lalu.

Kosmo! mendapati dalam video seks pertama selama tujuh minit yang disebarkan itu, ustazah berkenaan pada mulanya seperti takut-takut apabila pasangannya cuba merakamkan aksi mereka menggunakan telefon bimbit.

Pelajar dan teman lelaki tanam bayi ditahan

MELAKA - Tindakan seorang pelajar perempuan sebuah sekolah menengah di sini bersama teman lelakinya menanam bayi lelaki yang baru dilahirkannya terbongkar apabila mereka ditahan di Taman Melaka Baru di sini Rabu lalu.

Pasangan berusia 15 tahun itu ditahan selepas polis menerima satu laporan yang dibuat oleh ibu pelajar perempuan terbabit yang terkejut apabila mendapati keadaan anaknya yang berlumuran darah sebaik pulang dari tempat kerja.
Reflection : Inilah kalau dah gatal sangat. Terlalu menurut hawa nafsu.

Cis...Wanita Islam pertama menang Ratu Cantik USA


LAS VEGAS - Seorang gadis berketurunan Arab Lebanon, Rima Fakih yang berusia 24 tahun menjadi wanita Islam pertama memenangi gelaran Ratu Cantik USA kelmarin.

Pertandingan itu yang disertai oleh 51 peserta berlangsung di Planet Hollywood Resort & Casino, Las Vegas.

Berasal dari Dearborn, Michigan, Rima berhijrah ke Amerika Syarikat (AS) bersama ibu dan bapanya sewaktu dia masih bayi. Rima kemudiannya dibesarkan di New York dan belajar di sebuah sekolah Katolik sebelum berpindah ke Michigan pada tahun 2003.

Pada pertandingan itu, dia mewakili negeri Michigan.

Dia hampir terjatuh semasa memperagakan gaun malam. Para peserta perlu memperagakan gaun malam, memakai coli dan seluar dalam pada acara pakaian renang selain perlu menjawab beberapa soalan tertentu pada sesi temu ramah.

Semasa ditanya sama ada pil perancang kelahiran harus dibayar oleh insurans kesihatan, Rima menyatakan ia patut dilakukan kerana kos perancang itu melibatkan kos mahal. Gadis cantik itu akan mewakili AS dalam pertandingan Ratu Cantik Universe 2010.

Rima juga memperoleh hadiah tinggal percuma di sebuah pangsapuri di New York, diberikan wang perbelanjaan harian, gaji yang tidak didedahkan jumlahnya dan pelbagai perkhidmatan kecantikan serta kesihatan profesional.

Semasa ditanya bagaimana perasaannya selepas memenangi mahkota kemenangan, Rima berkata: "Tanyalah saya selepas saya memakan piza."

Rima memberitahu penganjur pertandingan bahawa keluarganya mengamalkan kepercayaan Islam dan Kristian.

Panel juri terdiri daripada lapan orang termasuk bintang bola keranjang, Carmelo Anthony dan pemilik sebuah hotel, Phil Ruffin. - Agensi .
Reflection : Perempuan nih menang sebab orang kafir mahu malukan orang Islam jer. Orang kafir mahu beritahu 1 dunia tahu bahawa orang Islam sekarang tak pegang ajaran agama pun. Semoga perempuan nih bertaubat dan hentikanlah memalukan agama sendiri. Kalau tak mahu taubat gak..laknatullah.

Labels

~Komen Terbaru~

Get This Recent Comment Widget!