Sudut Test Mouse Kiri

Tinggalkan pesanan anda di sini

Selasa, 18 Mei 2010

Cis...Wanita Islam pertama menang Ratu Cantik USA


LAS VEGAS - Seorang gadis berketurunan Arab Lebanon, Rima Fakih yang berusia 24 tahun menjadi wanita Islam pertama memenangi gelaran Ratu Cantik USA kelmarin.

Pertandingan itu yang disertai oleh 51 peserta berlangsung di Planet Hollywood Resort & Casino, Las Vegas.

Berasal dari Dearborn, Michigan, Rima berhijrah ke Amerika Syarikat (AS) bersama ibu dan bapanya sewaktu dia masih bayi. Rima kemudiannya dibesarkan di New York dan belajar di sebuah sekolah Katolik sebelum berpindah ke Michigan pada tahun 2003.

Pada pertandingan itu, dia mewakili negeri Michigan.

Dia hampir terjatuh semasa memperagakan gaun malam. Para peserta perlu memperagakan gaun malam, memakai coli dan seluar dalam pada acara pakaian renang selain perlu menjawab beberapa soalan tertentu pada sesi temu ramah.

Semasa ditanya sama ada pil perancang kelahiran harus dibayar oleh insurans kesihatan, Rima menyatakan ia patut dilakukan kerana kos perancang itu melibatkan kos mahal. Gadis cantik itu akan mewakili AS dalam pertandingan Ratu Cantik Universe 2010.

Rima juga memperoleh hadiah tinggal percuma di sebuah pangsapuri di New York, diberikan wang perbelanjaan harian, gaji yang tidak didedahkan jumlahnya dan pelbagai perkhidmatan kecantikan serta kesihatan profesional.

Semasa ditanya bagaimana perasaannya selepas memenangi mahkota kemenangan, Rima berkata: "Tanyalah saya selepas saya memakan piza."

Rima memberitahu penganjur pertandingan bahawa keluarganya mengamalkan kepercayaan Islam dan Kristian.

Panel juri terdiri daripada lapan orang termasuk bintang bola keranjang, Carmelo Anthony dan pemilik sebuah hotel, Phil Ruffin. - Agensi .
Reflection : Perempuan nih menang sebab orang kafir mahu malukan orang Islam jer. Orang kafir mahu beritahu 1 dunia tahu bahawa orang Islam sekarang tak pegang ajaran agama pun. Semoga perempuan nih bertaubat dan hentikanlah memalukan agama sendiri. Kalau tak mahu taubat gak..laknatullah.

2 ulasan:

  1. apa kaitanya dgn isu agama pula..ala...pakai tudung pun tapi klu perut buncit blm nikah sama jugakan....rasanya kita tak da hak nak nilai orang lain, baik jaga tepi kain sendiri......dia da memang cantik, tu pasal boleh menang...daripada nak buka isu ni baik buka isu tu ha....yg banyak sangat kes bapa makan anak sendiri atau kes rogol kat luar tu...nak caci ke nak maki ke....ni...ppuan ni tak kacau pun hidup kita....mak bapa dia tak kesah, yg kita nak bising2 tu apasal...baik korang jaga tu anak darah korang yg ada kat rmh, jangan nanti nampak je pakai tutup aurat tapi rupanya perangai lebih dasyat dari yg pakai bikini......

    BalasPadam
  2. M May, you islam ke bukan Islam? I assume bukan Islam. sesungguhnya dlm al-quran n hadis Nabi telah menyebut supaya perempuan Islam mesti bertudung. Kalau ada orang islam yang jawab bertudung pun belum tentu baik bermakna dia ingkar perintah ALLAH. Bertudung tetapi buat jahat dengan tidak bertudung dan buat jahat, lain timbangannya. tak sama. Tidak bertudung tetapi prangai baik...tetapi mendapat balasan ALLAH kerana mendedahkan aurat. WALLAHUALAM.

    BalasPadam

sila komen jika sudi :)

Labels

~Komen Terbaru~

Get This Recent Comment Widget!