Sudut Test Mouse Kiri

Tinggalkan pesanan anda di sini

Ahad, 2 Januari 2011

Makngoh dapat tukar ke KL...yahoo ke huwaaa?

Tengah makngoh baring-baring melayari blog Elia kekasih Khairul Fahmi Che Mat tu, tiba-tiba....

.
.
.

telefon makngoh berdering. Ada sms dari nombor yang tidak dikenali yang berbunyi

"esk da mula hr persekolahan...ckgu mengajar d sekolah baru kan...sya doa kan agar ckgu dmura kan rezki d tmpat br tu ......zul 5c"

Eh..eh cepat pula tersebar berita yang makngoh akan berpindah sekolah. Di facebook pun pelajar-pelajar dah mula say bye-bye. Aik...macam mahu menghalau aje...ekekeke.

Lupa pula makngoh nak share dalam blog yang makngoh dapat bertukar sekolah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.  Makngoh dapat yang rayuan keputusan keluar 24 Disember 2010 hari itu. Keputusan bulan November makngoh apply ke Kelantan...tak dapat pung :( so sad.

Jadi, apabila dapat KL ni, makngoh diam-diam jer. Sebenarnya langsung tidak excited dapat pindah. Lain pula dengan kawan makngoh yang sangat gembira dapat pindah ke KL. Kalau dapat pindah ke Kelantan or Terengganu memang makngoh akan bergumbira sangat-sangat tetapi KL...suatu tempat yang tak pernah makngoh impi untuk berbakti. Uiks....adakah makngoh tak bersyukur?

Namun, bila difikirkan hubby dan family ada baiknya makngoh pindah ke KL. Dekat dah dengan Kelantan dan jimat dah satu tiket kapal terbang. Kasi X tiket ke Sabah. Saat menaip entri ni pun, makngoh belum buat keputusan betul-betul lagi. Barang pun belum dipacking. Nasib baik hubby pula tidak paksa makngoh pindah dan tidak marah jika makngoh nak terus mengajar di bumi Sabah ni.

Apakah yang terbaik sebenarnya? Mungkin esok ada jawapan dah sebab esok pejabat JPNKL buka, jadi makngoh boleh telefon tanya dan usha mereka mengenai sekolah baru nanti. Jika rasa best makngoh pindah ler....jika tak best makngoh duduk jer lah di sini setahun lagi. ERK!!! boleh ke gitu?


huwaaaaa.................

Kalau tak boleh tidur malam ni, bacalah dan fahamilah kata-kata di bawah ni yer...
kadang2 terlalu asyik mengejar penyelesaian bagi sesuatu masalah.
Apabila penyelesaian telah ditemui, terlupa pula masalah kepada penyelesaian itu.

1 ulasan:

  1. Jika sudah dipertimbang, ikutlah keputusan yang sudah diambil. Pasti ada kejayaan dan kegembiraan.

    Selamat berpindah MAKNGOH.. Mana tahu nanti ada peluang dapat pindah ke Kelantan....

    BalasPadam

sila komen jika sudi :)

Labels

~Komen Terbaru~

Get This Recent Comment Widget!