Sudut Test Mouse Kiri

Tinggalkan pesanan anda di sini

Khamis, 31 Mac 2011

Hukum terlebih atau terkurang bilangan kali basuhan anggota wuduk

Makngoh tak pandai nak buat ayat untuk tajuk di atas. Agak-agaknya lah, anda faham ke tidak tajuk di atas tu? Harap-harapnya faham la yer.

Makngoh ada baca tentang soalan muslim yang menyatakan dia sering terlupa berapa kali dia membasuh anggota wuduk. Jadi dia bertanya apakah hukum dia terlebih atau terkurang membasuh anggota wuduknya.

Jawapan ustaz -:

Makruh hukumnya membasuh atau menyapu lebih dari tiga kali basuhan atau sapuan yang yakin atau kurang daripada itu.

Sabda Rasulullah s.a.w sebaik sahaja selesai berwuduk dengan membasuh atau menyapu tiga kali :

Maksudnya :" Demikianlah wuduk (yang sempurna dan dituntut). Sesiapa yang menambah lebih daripada ini, atau kurang (daripada ini) maka sesungguhnya dia telah berlaku tidak baik dan zalim"
                                                                                                                    (Hadis riwayat Abu Daud)

Iman Nawawi r.h berkata dalam kitab Majmuknya :

Hadis ini adalah sahih. Makna hadis tersebut ialah sesiapa yang beriktikad bahawa yang usnah itu ialah membasuh atau menyapu lebih daripada tiga kali atau kurang daripadanya maka dia telah berlaku tidak baik dan zalim. Ini kerana dia telah menyalahi sunah yang telah ditunjukkan oleh Nabi s.a.w.

Wallahuallam.

Rabu, 30 Mac 2011

Perak dah haramkan poc-poco, negeri lain bila pula?

Dah lama, bahkan bertahun-tahun dah makngoh dengar cerita dan penjelasan dari ustaz-ustaz yang mengatakan poco-poco ini tidak boleh dilakukan oleh orang Islam kerana ada simbolik agama Kristian. Ustaz-ustaz tersebut tidak menjelaskan secara terperinci, cuba mereka kata

"Cuba cikgu fikir dan ingat step-step pergerakkan poco-poco, sebenarnya bentuk apa yang terhasil?"

Belum sempat makngoh habis fikir, tapi kawan-kawan yang lain ada bisik "Simbol salib"

Namun, ada juga rakan-rakan lain yang menidakkan pendapat ustaz-ustaz tersebut. Katanya mereka bukan apa pun...sebab poco-poco hanyalah sekadar senaman.

Itu dulu, cerita bertahun-bertahun dulu dan makngoh tidak buat aktiviti poco-poco sejak sekian lama dah. (memang tak bersenam pun)

Hari ini, Kosmo siarkan berita di bawah -:

Perak haramkan tarian poco-poco

IPOH – Tarian poco-poco yang popular sebagai aktiviti riadah dalam kalangan suri rumah dan penjawat awam ketika menghadiri kursus dan majlis keraian telah diputuskan sebagai haram oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak baru-baru ini.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, tarian tersebut diharamkan kerana ia mempunyai unsur kepercayaan agama lain iaitu Kristian selain pemujaan roh.

Katanya, keputusan sebulat suara itu dicapai pada Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak kali ke-186 yang bersidang dari 24 hingga 26 Januari lalu.

“Kajian mendapati tarian yang sering diamalkan di Jamaica itu bercirikan agama Kristian. Oleh itu haram bagi orang Islam mengamalkannya,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~******
p/s : Sabtu ni, cikgu-cikgu ada LDP....dengar kata ada tarian poco-poco gak nih. Confirm dah makngoh tak join. :)

Nasihat untuk wanita bersuami, SUAMI HANYALAH TETAMU

Makngoh tertarik dengan rencana yang makngoh baca dari utusan hari ini. Rencana tersebut adalah emel dari seorang isteri yang menasihatkan para wanita mengenai tanggapan mereka terhadap suami, "SUAMI HANYALAH TETAMU"

Selamat menghayati luahan dan nasihat dari wanita ini. Yang baik jadikan teladan yang buruk jadikan sempadan.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~****~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Saya berpendapat kebanyakan masalah yang sering melanda rumahtangga berpunca daripada skap wanita sendiri yang terlalu sayangkan suami, sanggup mengabdikan diri asalkan suami sayang, walaupun ada kalanya boleh menjerat diri.'' Demikian cerita Marlisya dalam e-melnya.

''Bertambah gigil bila ustaz kata syurga di bawah tapak kaki suami, maka isteri jadi lebih takut, taat membabi buta tanpa mengira sama ada suami itu penzina, peminum, kaki pukul dan tak bertanggungjawab, hingga mereka lupa masa depan sendiri. Pada saya isteri seperti itu hanya membodohkan diri sendiri.

''Kebanyakan suami berpendapat kasih sayangnya setinggi gunung, melimpah ruah sehingga boleh dikongsi ramai wanita yang menjadi isteri-isteri ataupun kekasih. Kerana itulah saya berpendapat suami adalah tetamu dalam kehidupan saya. Suami boleh datang dan pergi sesuka hatinya. Hari ini dia boleh sayangkan kita esok lusa dia boleh berubah dan mencintai orang lain pula.

''Jadi nasihat saya kepada isteri berpada-padalah memberi cinta, kasih dan sayang kepada suami, janganlah sampai menghambakan diri. Kerana jika bercerai suami tetap dipanggil sebagai bekas suami, sudah tiada hubungan lagi dengan kita. Ketika itu jika nasib kurang baik, anak-anak pun dia buat-buat tak kenal kerana tak mahu bertanggungjawab.

''Demikian juga halnya dengan anak-anak yang saya ibaratkan juga sebagai tetamu. Sewaktu kecil kita jaga, didik dan membesarkan mereka. Itu tanggungjawab kita, tetapi setelah berkahwin, mereka ada keluarga sendiri, akhirnya kita semakin jauh daripada hidup mereka, hanya sesekali mereka datang menjengok kita ibarat tetamu.

''Memberi kasih sayang, cinta kepada manusia biarlah berpada-pada, kecuali kepada Allah. Ada isteri terlalu fanatik mencintai suami hingga sanggup mengabaikan diri sendiri. Pada saya itu isteri bodoh.

''Saya bercakap dari pengalaman sendiri. Pernah 20 tahun dulu suami saya jatuh cinta dengan seorang janda dan bercadang untuk berkahwin. Janda itu kawan baik saya. Bila berita tersebut tersebar saya telefon ibu janda itu dan nasihatkan beliau supaya izinkan anaknya berkahwin.

''Ketika itu saya ada dua orang anak. Tetapi saya setitik air mata pun tak tumpah kerana peristiwa itu. Rasanya tak berbaloi saya nak menangis. Sambil menolong suami memasukkan pakaian dalam beg, saya kata padanya; ''Saya reda awak kahwin dengan wanita itu sekiranya dia lebih baik daripada saya. Mungkin juga Allah nak pertemukan saya dengan lelaki yang lebih baik daripada awak.'' Agaknya kata-kata saya pedas, akhirnya dia tak jadi kahwin, mungkin dia fikir jika saya dirceraikan dia takut saya berkahwin dengan lelaki lain yang mungkin lebih baik daripadanya. Dia jadi cemburu.

Kewangan

''Kini setelah 30 tahun berkahwin dan ada tiga orang anak, kesimpulannya saya rasa tidak perlu mencintai suami 100 peratus, sebaliknya saya jadi isteri yang mementingkan diri sendiri. Saya berkira dalam soal kewangan walaupun 80 peratus perbelanjaan rumah, saya yang sumbang seperti duit pasar, termasuklah duit pengasuh anak ketika mereka kecil dan duit tuisyen setelah mereka besar. Saya reda, biarlah Allah beri keberkatan kepada saya.

''Nasihat saya isteri jangan bergantung 100 peratus pada suami, buat simpanan sendiri, jangan buka akaun bank simpanan bersama, jangan beritahu jumlah duit kita, jangan jadi penjamin kalau suami nak pinjam bank. Kerana kalau ada simpanan sendiri anda tak takut jika suami buat hal, kerana kita pun boleh letak jawatan jadi isteri dengan hati tenang.

''Nasihat emak penuh berkias kepada saya ketika berkahwin dulu, katanya; ''kalau sayang sangat suami jangan tidur dalam perut suami.'' Puas saya fikir apa maksut emak rupanya emak pesan jangan terlalu percayakan suami walaupun kita sayang dia.

''Ayah pulak ketika saya kahwin dia hadiahkan sebilah kapak kecil (yang saya simpan sampai kini). Ia sebagai simbolik supaya saya jadi isteri yang tabah, cekal dan berani mempertahankan diri dari segala dugaan dan ancaman. Sungguh dalam makna dan nasihat emak ayah kepada saya.

''Jika ada masa saya pergi melancong keluar negara, ke Eropah, Korea dan China atau ke mana sahaja saya teringin. Hati saya tenang di samping anak-anak yang masih menuntut, sebab lepas kahwin saya lambat dapat anak. Kini suami semakin sayangkan saya. Mungkin dia sedar kesilapannya dan merasa rugi kalau ceraikan saya.

''Kepada isteri-isteri yang masih terperangkap dengan masalah dan perangai suami, kerana kesilapan sendiri terlalu mencintainya sepenuh hati, bawalah bersabar. Anda masih belum terlambat untuk membetulkan keadaan demi masa depan anda. Dekatkan diri dengan Allah semoga anda mendapat ketenangan dan ganjaranNya.

''Kepada ibu bapa yang ada anak perempuan yang akan atau sudah berkahwin titiplah nasihat agar mereka dapat menempuh hidup ini dengan hati terbuka, berani dan cukup bersedia menghadapi masalah rumahtangga.

''Jika ada anak lelaki nasihat mereka supaya jadi suami bertanggungjawab, kerana kebanyakan punca keruntuhan rumahtangga hari ini adalah kerana kaum lelaki tidak tahu jalankan tanggungjawab seperti yang diamanahkan oleh Allah.

''Ingatlah wahai suami semua, hidup anda dan kita semua bukan di dunia ini sahaja, akhirat kelak kita akan mendapat balasan setimpal dengan apa yang kita lakukan semasa hayat kita. .

''Bagi saya hidup ini terlalu singkat kerana itu wanita perlu mencari sendiri kebahagian, jangan tunggu orang lain membahagiakan kita dan lebih penting jangan perbodohkan diri untuk keselesaan orang lain, walaupun suami sendiri.

''Sebaiknya isteri juga mesti mencari keselesaan hidup di dunia dan di akhirat.'' Pesanan Marlisya menutup cerita.



~~~~~~~~~~~~~~~~~~***~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Ada betul juga apabila Marlisya menyatakan bahawa masalah  rumatangga berpunca dari suami yang tidak patuh dengan ajaran agama dan dalam istilah lain dayus.

Isnin, 28 Mac 2011

Pok Ke atau Tok Ke rawat Aids

Yang makngoh baca dan dengar cerita kononnya, hempedu pokke atau tokke ini boleh digunakan untuk merawat penyakit Aids. Masa makngoh tinggal di Sandakan dulu, walaupun di kawasan perumahan elit, ada orang cina sanggup buat sangkar macam reban ayam untuk pelihara cicak pokke ini. Siap ada anjing lagi tu yang menjaga cicak ni. Macamana makngoh tahu cina tu pelihara pokke? Sebab rupanya pokke ini berbunyi "pokke....pok...ke"...jadi kita tahu la yang dia tu pok ke...hehe.

Bulan 2 lepas, makngoh balik kampung...orang kampung juga sibuk bercerita pasal pokke. Rupanya cicak pokke ini bukannya susah nak dapat. Memang ada orang kampung yang bela cicak ini, malah mereka tidak tahu ke mana harus dijual cicak ini walaupun kononnya dikatakan harga cicak ini mencecah jutaan ringgit.
Ada pembeli yang sekadar datang melihat dan membelek cicak tersebut tetapi akhirnya tidak beli pun. Mungkin kerana berat cicak yang ringan atau pun mungkin bukan jenis pokke yang boleh dijadikan ubat....kut...maybe...kut.

Jadi, apabila makngoh terbaca kisah senyum kambing dalam utusan ni, mungkin betul juga........auta semata-mata.....

Planet Nibiru langgar bumi 2012?


DAKWAAN dan hipotesis mengenai penemuan dan fenomena di angkasa menjadikan bidang astronomi dan astrofizik begitu unik dan penuh dengan misteri.

Bayangkan, dengan banyaknya objek di ruang angkasa dan timbulnya pelbagai macam andaian kewujudan hidupan lain, mendorong kepada kajian yang lebih teliti menggunakan peralatan yang canggih dan sensitif.

Sebab itu sebarang penemuan 'planet' atau fenomena angkasa menimbulkan perdebatan yang menarik.

Tidak lama dulu, munculnya apa yang didakwa sebagai pseudo sains iaitu dakwaan daripada beberapa individu bahawa bumi ini akan hancur.

Kalau benar berlaku maka belasungkawalah bumi.

Kehancuran itu berpunca daripada perlanggaran dengan planet Nibiru yang dijangka berlaku tahun depan.
Teori Nibiru melanggar bumi muncul pada 1995 mulanya selepas individu bernama Nancy Lieder.

Beliau mengasaskan laman web Zetatalks dan mendakwa mempunyai kebolehan dihubungi oleh extra terrestrial (ET) dari sistem bintang Zeta Reticuli menerusi implan yang dipasang pada otaknya.

Beliau mendakwa telah dipilih untuk memberi amaran dunia bahawa pada 2003 berlaku satu perlanggaran melibatkan sistem suria.

Lieder mendakwa beliau diberi amanah untuk memberi amaran kepada manusia bahawa satu objek ,planet X akan memasuki bahagian dalam sistem suria pada Mei 2003 dan berlanggar menyebabkan Bumi mengalami anjakan kutub yang akan memusnahkan manusia (namun begitu tarikh tersebut telah digugurkan).

Bagaimanapun perkara itu tidak berlaku dan isu itu berkembang di laman-laman web yang dikendalikan oleh kumpulan-kumpulan yang mempercayai kemusnahan bumi (doomsday ) mengaitkannya dengan fenomena perlanggaran planet X dengan bumi pada tahun 2012.

Planet X itu kemudiannya dikaitkan dengan Planet Nibiru meskipun planet berkenaan (Nibiru) sebenarnya merupakan kajian penulis Zecharia Sitchin yang memberikan interpretasi berkaitan mitologi tamadun Sumeria dan Babylon.

Prof. Datuk Dr. Mohd Zambri Zainuddin turut menjelaskan bahawa, teori tersebut sebenarnya bersandarkan kepada kalendar masyarakat Maya yang membuat kalendar pada zaman mereka dan hanya mampu tercatat/direkod sehingga hujung bulan Disember tahun 2012.


''Namun ada yang menganggap bahawa itu petanda akhir zaman,"katanya.

Yang jadi isu kata beliau ialah Lieder yang mendakwa pada 2003 planet X akan datang sedangkan ia hanyalah sebuah komet.

Pada masa sama, seorang ahli Zeta talk , Mark Hazlewood mengambil idea Lieder dan menulis sebuah buku berjudul Blindsided : Planet X Passes in 2003.

Berdasarkan kajian Sitchin pula berkenaan Nibiru atau Marduk, daripada naskhah Babylon, sebuah planet gergasi akan melalui Bumi setiap 3,600 tahun.
Hasil kajian Sitchin ini dibukukan dan diberi judul The End of Days yang mana antara kandungannya ialah kali terakhir Nibiru melintas Bumi ialah pada 556 sebelum Masehi.

Ini bermakna, selepas 3,600 tahun pada tarikh 556 Sebelum Masehi ialah pada tahun 2900 Masehi.
Namun begitu Sitchin percaya bahawa planet itu mungkin datang lebih awal dan beliau meramalkan antara tahun 2090 dan 2370 Masehi.

Masih banyak lagi dakwaan dakwaan muncul berhubung fenomena rekaan ini tetapi pada akhirnya ia meninggalkan banyak reaksi kepada manusia, berhubung jangkaan-jangkaan pada masa akan datang.

Ia akhirnya berkaitan dengan kepercayaan manusia kepada perkara-perkara yang misteri, dewa dan fantasi.

Seperti juga penamaan planet yang mengambil nama dewa, manusia tidak dapat lari daripada ketinggian 'kekuasaan' yang lebih hebat daripada mereka.

Apa pun dalam konteks sains astronomi, kajian ini selalunya dibawa kepada Kesatuan Astronomi Antarabangsa (IAU), sebuah badan yang diasaskan pada 1919 bertujuan mempromosi bidang sains angkasa.

Badan ini menjadi tempat rujukan untuk pengesahan dan pengiktirafan mengenai penemuan objek di alam semesta ini.

Ini termasuk penamaan planet dan pengesahan fenomena angkasa.

Ditulis oleh -:
LAUPA JUNUS
laupa.junus@utusan.com.my

Ahad, 27 Mac 2011

Alhamdulillah : Pendapatan Terumpuk yang kelima

Semalam makngoh sedikit sedih sebab BE makngoh MAS MH Buddy LB dah pun bergerak menjadi Pendapatan Meter. Jadi makngoh harapkan Digi Super Reload jer lah yang jadi BE.

Tadi, alhamdulillah. Ada lagi satu BE hadiah dari Nuffnang iaitu DIGI Justin Bieber pula datang
 menapak di blog usang makngoh. :) I like.


p/s : makngoh terfikir, kalau blogger macam makngoh yang macam chipsmore dalam blog...
jab ada jab tak ada .....boleh dapat BE, tentu mereka yang melekat dalam blog dalam BE RM ribu riban kan?

Apa-apa pun rezeki dan nasib masing-masing...
lagipun bukan earning blog yang makngoh utamakan.
Saja hobi makngoh merepek dan membebel dalam blog time tak ada kerja.


Hukum warnakan rambut

Ramai orang, bila bab warnakan rambut terus diletakkan hukum HARAM. Sedangkan sebenarnya dalam Islam hukum warnakan rambut itu dilihat dari pelbagai aspek seperti tujuan warna, jenis warna dan pihak-pihak yang terlibat dalam proses mewarnakan rambut serta kesan warnakan rambut keapda diri, keluarga dan masyarakat.

Hukum warnakan rambut boleh menjadi SUNAT jika rambut diwarnakan kerana uban dengan menggunakan apa-apa warna selain warna hitam.

Hukum warnakan rambut boleh menjadi HARUS jika mewarnakan rambut untuk tujuan jihad dan jika si isteri mewarnakan rambut bagi tujuan berhias untuk suami.

Hukum warnakan rambut boleh menjadi MAKRUH jika tujuan mewarnakan rambut itu supaya dilihat lebih soleh dan alim. Makruh juga jika mewarnkan rambut dengan warna putih supaya kelihatan lebih tua dan matang supaya mendapat tempat dalam masyarakat atau diterima pandangannya.

Hukum warnakan rambut boleh menjadi HARAM jika mewarnakan rambut dengan warna hitam kecuali bagi tujuan warnakan dalam hukum SUNAT seperti keterangan di atas. Haram juga warnkan rambut sehingga serupa dengan perlakuan orang bukan Islam. Penggunaan pewarna yang tidak halal dan menggunakan khidmat mereka berlainan jantina yang bukan muhrim juga boleh menyebabkan hukum warnakan rambut menjadi haram.

Jadi bagi orang perempuan, apakah hukum mewarnakan rambut? Bagi makngoh, jika perempuan bergelar isteri warnakan rambut untuk suami itu dikira boleh, tetapi bagaimana pula dengan artis-artis kita yang warnakan rambut untuk tontonan khalayak ramai? Bukan artis jer la, mana-mana perempuan yang tak tutup aurat rambut dan selain itu juga warnakan rambut....apa kes yang macam tu?

Sabtu, 26 Mac 2011

Tahniah polis Teregganu tangkap pelajar ponteng.

Diulang lagi tajuk di atas, makngoh ucapkan tahniah, syabas dan terima kasih kepada polis di Terengganu yang berjaya menangkap seramai 53 orang pelajar yang ponteng sekolah. Menurut  Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Terengganu, Azahar Abu Bakar, berkata 13 pelajar ditahan dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gong Badak), SMK Bukit Besar (14), SMK Bukit Tunggal (sembilan), SMK Seri Budiman (tujuh) dan masing-masing tiga dari SMK Bukit Guntong; SMK Agama Tok Jiring dan SMK Ibrahim Fikri serta dua SMK Panji Alam.
Usaha ini dan pendedahan ini bukanlah untuk memburukkan nama JPN Terengganu atau nama sekolah, namun sebenarnya adalah untuk membantu pelajar itu sendiri. Kita dan kami, tidak mahu menutup pekong di dada. Itu yang makngoh sangat harapkan walaupun memang ada beberapa .......yang berdiam diri dan menyembunyikan masalah disiplin pelajar masing-masing.

Apabila Terengganu buat macam nih, makngoh menunggu pula giliran negeri lain menangkap dan memberi taklimat khas kepada ibubapa pelajar ponteng sebab mengikut permerhatian makngoh, banyak lagi negeri lain yang kritikal dengan masalah pelajar ponteng nih.

p/s : dah la ponteng, dimaki hamun pula guru dan polis yang tangkapnya. Isk...isk...budak zaman sekarang. Semoga berubah ke arah kebaikan dan insaflah.

Jumaat, 25 Mac 2011

Kosmo, kenapa buat tajuk Gadis Kelantan?

Gempar beberapa surat khabar hingga jadi muka depan dengan cerita gadis dari negeri Kelantan yang cuba bunuh diri dengan terjun dari tingkat 3 KB Mall semalam.

Tajuk di Kosmo "Gadis Kelantan cedera terjun tingkat 3"
Tajuk di Metro "Jatuh atas tilam"
Tajuk di Berita Harian "Tilam selamat gadis terjun bangunan"

Gambar dari Kosmo dan Metro







persoalan makngoh dan kawan-kawan kenapa perlu ditaip negeri Kelantan? Siap ada kawan yang buka post di facebook, pelik dengan tajuk Kosmo nih. Negeri lain tak ada kes bunuh diri ke? Adakah ini satu-satunya kes pertama bunuh diri di Malaysia?

Ini lagi tajuk pasal Kosmo dan Kelantan

http://makngohselamoh.blogspot.com/2010/08/kosmo-orang-kelantan-suka-bergaduh.html?showComment=1301361444718

Info Guru dan Cikgu : E-GTukar dan E-Operasi 2011

Kalau tahun-tahun lepas, kita guru-guru hanya tahu pasal e gtukar dan data emis untuk pertukaran sekolah. Tetapi tahun ini, KPM telah kenalkan satu lagi aplikasi internet iaitu E-Operasi khas untuk menyimpan data-data guru.

Sebelum tu, makngoh nak kongsi maklumat yang makngoh dapat dari laman web E-Gtukar
http://epgo.moe.gov.my/   iaitu mengenai permohonan pertukaran.

 Permohonan Pertukaran Guru Antara Bahagian/Negeri, Antara Daerah dan Dalam Daerah bagi Pertukaran Jun 2011 untuk guru DGA 29, DG 41, DG 32 (KUP) dan
DG 44 (KUP) melalui e-GTukar akan dibuka mulai 1 hingga 22 April 2011.

Keputusan Permohonan Pertukaran Guru Jun 2011 dijangka dikeluarkan mulai 22 Mei 2011.

Sila semak dan kemaskini maklumat anda melalui guru PK1 dengan segera sebelum sesi pertukaran bermula.


Jika masih menghadapi masalah untuk membuat permohonan e-GTukar, sila hubungi Jabatan Pelajaran Negeri masing-masing.
Cara untuk guru menyemak maklumat diri pula adalah dengan masuk laman web E-Operasi iaitu
http://apps.moe.gov.my/eoperasi . Difahamkan nanti, jika guru tidak mengemaskini maklumat dalam E-Operasi, maka mungkin guru akan bermasalah dalam E-Gtukar nanti yang akan dibuka pada 1 April.

Untuk kemaskini maklumat E-operasi, guru perlu daftar akaun terlebih dahulu. Namun, jika guru pernah gunakan E-gtukar pada tahun lepas, maka guru boleh gunakan username dan password yang lama itu. Makngoh dah masuk tengok maklumat makngoh dalam E-operasi. Memang banyak yang perlu dikemaskini, mungkin sebab makngoh baru pindah.

Namun, bukan semua maklumat yang boleh dikemaskini. Kalau tak silap makngoh, hanya MAKLUMAT PERIBADI DAN MAKLUMAT PASANGAN sahaja yang boleh dikemaskini. Maklumat lain, guru perlu berhubung dengan PK1 atau lebih tepatnya guru data sekolah untuk kemaskini. 


Selain tu juga, bukan hanya guru yang mahu minta tukar sahaja perlu kemaskini E-operasi. Guru lain juga perlu mengemaskini data mereka dalam e-operasi. Mungkin e-operasi ini nanti lebih berdayafungsi berbanding dengan Emis....

Di sini, makngoh sertakan juga url Emis untuk guru yang masuk melihat maklumat peribadi. Seperti biasa, untuk log in Emis, guru perlu masukkan nombor ic, password pun nombor ic gak. http://emisonline.moe.gov.my/  Inilah yang makngoh tak suka mengenai Emis online. Bukannya kawan-kawan kita tak tahu nombor Ic kita kan? Tak best la jugak orang tengok maklumat Emis kita. Macam tak ada privasi. Tapi E-Operasi ni bagus sebab orang tak tahu username dan password kita.


p/s :walaupun baru jer pindah sekolah, makngoh nak cuba minta tukar lagi ke tempat yang berhampiran dengan suami dan keluarga...tak boleh la berjauhan dengan mereka lebih-lebih lagi dengan keadaan berbadan dua ni. Selamat cuba minta tukar sekolah kepada guru-guru yang mahu pindah. Semoga semuanya berjaya. Amin...

Isnin, 21 Mac 2011

Akad nikah di masjid tiru amalan Kristian?

makngoh petik dari kosmo

 

 

Akad nikah di masjid didakwa amalan Kristian 

KANGAR - Menjadikan masjid sebagai lokasi akad nikah adalah menyimpang daripada amalan Rasulullah, kata seorang anggota Majlis Fatwa Perlis, Datuk Ahmad Jusoh.

Beliau berkata, Rasulullah pernah mengingatkan umat Islam supaya tidak melakukan akad nikah dalam masjid kerana ia meniru penganut Kristian yang menikah dalam gereja dan Yahudi di rumah ibadat mereka.

Ahmad yang juga ahli Majlis Hal Ehwal Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berkata, walaupun pernah berlaku peristiwa akad nikah dalam masjid pada zaman Rasulullah namun, ia berpunca dari kehadiran seorang wanita ke dalam masjid yang mahu dirinya dikahwini.

makngoh > tunggu ulasan dari ulamak lain.

Khamis, 10 Mac 2011

Hukum mencuci pakaian menggunakan mesin basuh automatik dan semi auto

Pernahkah anda terfikir, bersih atau tidak pakaian yang anda cuci dengan menggunakan mesin basuh?
Menurut pendapat ulamak, membersihkan pakaian dengan menggunakan mesin basuh dibolehkan dan pakaian yang dibersihkan itu hukumnya suci tetapi dengan syarat pakaian tersebut tidak terkena NAJIS.




Namun, yang menjadi persoalannya adalah membasuh pakaian yang bernajis atau pakaian yang terkena najis seperti darah, nanah, tahi, dan lain-lain. Maka, hukum pakaian yang dicuci itu tidak suci kerana air yang tidak sampai 2 qullah dalam takungan mesin basuh itu.

Jika menggunakan mesin basuh semi auto, anda hendaklah membilas pakaian tersebut dengan mengalirkan air yang diganti beberapa kali. Kemudian, barulah pakaian tersebut dimasukkan ke ruang pengering utnuk dikeringkan.

Jika menggunakan fully auto, sedikit masalah timbul kerana ketika membilas pakaian, mesin tersebut tidak mengalirkan air pada pakaian sebaliknya menakung air dan merendam semula pakaian. Oleh sebab pakain belum suci (atau bernajis) maka seluruh takungan air itu jadi bernajis. Begitu juga untuk bilasan kedua. Kemudian, pakaian yang masih belum suci itu akan dikeringkan menjadikannya tetap tidak suci.


Jadi, jika anda inginkan pakaian anda suci, makan hendaklah pakain-pakaian di dalam mesin dibilas dengan air suci.  Selain itu, bagi pakaain yang bernajis, hendaklah dibersihkan terlebih dulu sebelum dimasukkan ke dalam mesin basuh. Jangan campur adukkan pakaian bernajis dengan pakaian tidak bernajis lebih-lebih lagi seperti telekung solat, sejadah dan lain-lain.
Apa yang amat penting dan perlu diambil kira ketika membasuh pakaian bernajis atau tidak, mestilah mengalirkan air mutlak pada pakaian tersebut pada bilasan yang terakhir atau boleh juga mencelup pakaian itu ke dalam air yang banyak (lebih 2 qullah) seperti kolam, atau anak sungai yang mengalir.

Rabu, 9 Mac 2011

Alhamdulillah : Pendapatan Terumpuk yang keempat

Syukur alhamdulillah. Mungkin rezeki baby, baru hari Isnin lepas makngoh dapat BE Digi Super Reload,

 hari ini makngoh cek nuffnang, dapat lagi satu BE MAS MH Buddy.
Duit untuk hari ini adalah 28 sen.

Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit kan?

Pemurah betul nuffnang.



Terima Kasih nuffnang kerana sudi hadiahkan BE kepada blog makngoh yang tak seberapa ini.

Selasa, 8 Mac 2011

Piala Presiden 2011 : Kelantan 2, Selangor 0

Malam semalam telah diadakan perlawanan Piala Presiden Kelantan dan Selangor.

Tahniah makngoh ucapkan kepada pemain junior Redwarriors yang berjaya menembusi gol Selangor. Pemain yang menjaringkan gol adalah Mohd Aris Zaidi pen-83, Tuan Mohd Hafizie-92.

Isnin, 7 Mac 2011

Alhamdulillah : Pendapatan Terumpuk yang ketiga

Tadi, sambil baring-baring makngoh blogwalking ke blog si adik yang comel ni http://erinzezryana.blogspot.com/ 

dalam blognya, dia bercerita yang dia dapat BE. Membaca ceritanya tentang nuffnang, maka makngoh tergerak hati nak cek earning nuffnang makngoh yang slow-slow jer.

Alhamdulillah, tak sedar pun sejak bila dapat BE Digi Super Reload. Tengok-tengok ada duit RM2... hehe. Tak selindung tanpa malu, makngoh tunjuk ler RM 2.

Tak sangka juga makngoh bulan ni dapat BE sebab makngoh sekarang tak begitu aktif update blog. Sibuk dan sentiasa penat sampaikan hilang mood nak menulis dan merepek di blog. Lagipun status nuffnang makngoh berubah dari glitterati kepada ahli biasa bulan lepas. Semuanya gara-gara sebab makngoh tercopy paste iklan di suratkhabar ke dalam blog. Apabila sedar status dah tukar, jadi makngoh delete entri yang menayangkan iklan tersebut. Tak sangka pula dengan cepat, nuffnang tukar kembali status kepada glitterati dan bagi BE.

Bila tengok ada galakkan dari nuffnang ni, maka  makngoh berkobar-kobar kembali nak bergiat secara aktif merepek di alam maya.
Terima kasih nuffnang. Syukur, alhamdulillah!

Labels

~Komen Terbaru~

Get This Recent Comment Widget!