Sudut Test Mouse Kiri

Tinggalkan pesanan anda di sini

Jumaat, 25 Mac 2011

Info Guru dan Cikgu : E-GTukar dan E-Operasi 2011

Kalau tahun-tahun lepas, kita guru-guru hanya tahu pasal e gtukar dan data emis untuk pertukaran sekolah. Tetapi tahun ini, KPM telah kenalkan satu lagi aplikasi internet iaitu E-Operasi khas untuk menyimpan data-data guru.

Sebelum tu, makngoh nak kongsi maklumat yang makngoh dapat dari laman web E-Gtukar
http://epgo.moe.gov.my/   iaitu mengenai permohonan pertukaran.

 Permohonan Pertukaran Guru Antara Bahagian/Negeri, Antara Daerah dan Dalam Daerah bagi Pertukaran Jun 2011 untuk guru DGA 29, DG 41, DG 32 (KUP) dan
DG 44 (KUP) melalui e-GTukar akan dibuka mulai 1 hingga 22 April 2011.

Keputusan Permohonan Pertukaran Guru Jun 2011 dijangka dikeluarkan mulai 22 Mei 2011.

Sila semak dan kemaskini maklumat anda melalui guru PK1 dengan segera sebelum sesi pertukaran bermula.


Jika masih menghadapi masalah untuk membuat permohonan e-GTukar, sila hubungi Jabatan Pelajaran Negeri masing-masing.
Cara untuk guru menyemak maklumat diri pula adalah dengan masuk laman web E-Operasi iaitu
http://apps.moe.gov.my/eoperasi . Difahamkan nanti, jika guru tidak mengemaskini maklumat dalam E-Operasi, maka mungkin guru akan bermasalah dalam E-Gtukar nanti yang akan dibuka pada 1 April.

Untuk kemaskini maklumat E-operasi, guru perlu daftar akaun terlebih dahulu. Namun, jika guru pernah gunakan E-gtukar pada tahun lepas, maka guru boleh gunakan username dan password yang lama itu. Makngoh dah masuk tengok maklumat makngoh dalam E-operasi. Memang banyak yang perlu dikemaskini, mungkin sebab makngoh baru pindah.

Namun, bukan semua maklumat yang boleh dikemaskini. Kalau tak silap makngoh, hanya MAKLUMAT PERIBADI DAN MAKLUMAT PASANGAN sahaja yang boleh dikemaskini. Maklumat lain, guru perlu berhubung dengan PK1 atau lebih tepatnya guru data sekolah untuk kemaskini. 


Selain tu juga, bukan hanya guru yang mahu minta tukar sahaja perlu kemaskini E-operasi. Guru lain juga perlu mengemaskini data mereka dalam e-operasi. Mungkin e-operasi ini nanti lebih berdayafungsi berbanding dengan Emis....

Di sini, makngoh sertakan juga url Emis untuk guru yang masuk melihat maklumat peribadi. Seperti biasa, untuk log in Emis, guru perlu masukkan nombor ic, password pun nombor ic gak. http://emisonline.moe.gov.my/  Inilah yang makngoh tak suka mengenai Emis online. Bukannya kawan-kawan kita tak tahu nombor Ic kita kan? Tak best la jugak orang tengok maklumat Emis kita. Macam tak ada privasi. Tapi E-Operasi ni bagus sebab orang tak tahu username dan password kita.


p/s :walaupun baru jer pindah sekolah, makngoh nak cuba minta tukar lagi ke tempat yang berhampiran dengan suami dan keluarga...tak boleh la berjauhan dengan mereka lebih-lebih lagi dengan keadaan berbadan dua ni. Selamat cuba minta tukar sekolah kepada guru-guru yang mahu pindah. Semoga semuanya berjaya. Amin...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila komen jika sudi :)

Labels

~Komen Terbaru~

Get This Recent Comment Widget!