Sudut Test Mouse Kiri

Tinggalkan pesanan anda di sini

Khamis, 19 Januari 2012

Bodoh punya cikgu!!!

Semasa taklimat guru minggu lepas pengetua sekolah makngoh pesan jika ada pelajar bergaduh guru WAJIB masuk campur. Kami guru-guru angguk. Makngoh tak tahu apa yang bermain di fikiran guru-guru itu, tapi di fikiran makngoh beberapa persoalan timbul -:

a) masuk campur ketika bergaduh, macamana kalau pelajar pula yang tumbuk makngoh? Dah la makngoh ni perempuan (ayu gitu)  kalau patah gigi makngoh macamana? Boleh ke guru saman pelajar? Ingat tak kisah di Johor guru perempuan ditumbuk dan dibelasah kerana masuk campur pelajar bergaduh.

b) masuk campur ketika bergaduh, kalau salah tindakan...makan diri cikgu kembali. Pernah tengok macamana orang  bergaduh? Masa itu syaitan iblis telah mengilai ketawa di otak pelajar bergaduh. Mereka tak kenal dah siapa guru siapa orang siapa binatang. Guru tegur elok-elok tak mahu dengar. Guru pula manusia bukan robot. Guru pun boleh hilang sabar. Guru pun bukan kalis syaitan iblis. Guru TERtumbuk pelajar kangggg...tak ke makan diri?

c) tak masuk campur ketika bergaduh, biarkan saja pelajar bergaduh. Macamana kalau salah seorang atau semua mereka itu TERBUNUH di tempat kejadian. Suratkhabar pun cepat-cepat tulis. Orang itu orang ini mula bercakap " cikgu buat apa? " "pihak sekolah buat apa?" guru disiplin buat apa?" bla bla bla kesimpulan guru makan gaji buta la.

Jadi, sebagai guru makngoh berada di persimpangan dilema. Nasib baik setakat ini tiada lagi berlaku pergaduhan depan mata makngoh. Janganlah ada pergaduhan depan mata makngoh sehingga makngoh bersara pada umur 58 tahun nanti. InsyaALLAH. Namun untuk keselamatan diri makngoh, makngoh dah mula fikirkan pelan B, iaitu panggil guru lain masuk campur dan makngoh secara perlahan-lahan meloloskan diri. Guru lain pula bukan sebarang guru, makngoh mahu panggil pengetua atau PK jika ada apa-apa hal.

Kenapa pula makngoh buat tajuk cikgu bodoh. Lor, ini sebab kes di Perak pasal guru tumbuk pelajar bergaduh sampai pengsan budak tu. Isk...isk..bodoh betul la cikgu tu. Kang sekarang terima masalah. Of course la kena tukar sekolah nanti dia tu.....ye ye ye boleh tukar sekolah.


Jom baca kisah budak tu dalam Kosmo -:


TELUK INTAN – Datuk kepada seorang pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Abdul Rahman Talib di sini kecewa apabila cucunya yang mendakwa dipukul seorang guru sekolah kelmarin telah menjadi mangsa perbuatan pihak yang sepatutnya mendidik dan bukan bertindak di luar batas undang-undang.(makngoh pun kecewa gak)
 
Zulkefli Lope, 61, berkata, tindakan keterlaluan guru terbabit menyebabkan cucunya, Muhammad Ziqril Hakin Mohd. Farol pengsan dan terpaksa dirawat di Hospital Teluk Intan di sini.

Tambah mengecewakan Zulkefli ialah dia selaku penjaga pelajar itu hanya mengetahui kejadian tersebut daripada rakan sekelas Muhammad Ziqril Hakin selepas waktu sekolah.

“Sudahlah saya tidak dimaklumkan langsung, cucu saya itu pula ditinggalkan bersendirian di perhentian bas untuk pulang ke rumah selepas mendapat rawatan di hospital. (bongok punya cikgu, punyalah pemalas nak tolong hantar ke rumah pun tak boleh. Walaupun minyak kereta memang tak boleh claim tapi mana tanggungjawab guru?)

“Saya akui dia nakal sebab berkelahi di sekolah dan saya tak kisah dia dirotan tapi janganlah dibelasah sampai begitu sekali,” kata Zulkefli ketika ditemui di rumahnya di Kampung Baru Batu 8, Jalan Changkat Jong di sini semalam. (memang macam tu lah alasannya. Kalau guru rotan pulak jawapan diberikan, memang dia nakal tapi berikanlah dia nasihat. Janganlah sampai dirotan")

Dalam kejadian kelmarin, Muhammad Ziqril Hakin mendakwa dipukul tiga kali di muka dan leher oleh seorang guru sehingga pengsan.

Kejadian pukul 12.30 tengah hari itu berlaku selepas pelajar berkenaan berkelahi dengan seorang pelajar lain hingga menyebabkan guru terbabit masuk campur.

Dalam pada itu, Pengarah Pelajaran Perak, Datuk Mohd. Rauhi Mohd. Isa memandang serius kejadian tersebut dan telah mengarahkan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Hilir Perak membuka kertas siasatan.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ada 2 kemungkinan sahaja di sini
a) mangsa tumbukan guru ini seorang pelajar yang baik tetapi dikacau oleh pelajar lain hingga menyebabkan dia bergaduh.

b) mangsa tumbukan guru ini memang seorang pelajar yang bermasalah menyebabkan guru memang sudah aim budak tu. Guru sudah muak dengan dia.

Nasihat makngoh kepada budak yang kena tumbuk tu-:

pergi sekolah untuk pelajar. Jangan main-main. Kasihan datuk sudah tua, nenek sudah tua, kita bukan orang kaya. Pelajaran sahaja yang boleh ubah kehidupan kita. Kena belajar rajin-rajin untuk balas jasa datuk yang menjaga kita.

Nasihat makngoh kepada guru yang kena tumbuk tu -:
Terlanjur perahu boleh diundur...yang lain boleh sambung sendiri. Begitulah apabila kita berdepan dengan pelajar yang macam-macam ragam. Kena pandai kawal kesabaran. Kena belajar jangan sentuh pelajar.  JANGAN SENTUH PELAJAR, walaupun dia salah. Nasib baik SBPA masih lagi dalam kajian, kalau tidak....

3 ulasan:

  1. sekolah saya pon banyak je cikgu bodoh.. ada yg msk kelas lukis lucah2 kononnya lawak le tu.. ada yg konon garang sampai x tau nak respect murid. dia ingat mentang2 dia cikgu murid tu hina ke? maki hamun.. sebab tu gred cikgu mcm x tinggi2 dok DG rendah je... action je lebih. berapa kerat je cikgu yg bijak.. sbb tu ramai orang dah TAK PANDANG tinggi profession perguruan sekarang (kecuali kat ceruk ulu je yg kuno x terhubung dgn dunia luar sgt) walau bagaimanapun saya sayang guru saya yg baik2 yg dah berjaya membuatkan saya berjaya tempatkan diri di usm kos perubatan.. :) guru senior & baru byk perbezaannya.. profession perguruan mula smakin dipandang negatif.. buktinya dah byk sgt kes2.. bdk memang akan ada je yg nakal n jahat tapi nape d negara maju mereka berjaya atasi & byk top universiti. malaysia? hm... segalanya berpunca drpd sekolah yakni guru..

    BalasPadam
  2. negara maju berjaya atasi apa?
    negara maju pelajar mereka lebih teruk nilai moral dan akhlak.
    itulah sekarang arah pelajar kita sedang tuju.

    semua org cuma tahu bandingkn guru negara maju dgn guru negara malaysia.
    tugas2 guru tiada yg mahu banding.
    negara maju 1 kelas 15 orang pelajar 2 pembantu guru
    negara kita 1 kelas 45 orang pelajar tanpa pembantu guru
    di situ telah nampak bebanan tugas guru

    sy pernah ikuti kursus bersama pensyarah dari Kanada.
    katanya dia sangat terkejut dgn sistem pendidikan kita yg sangat2 membebankan guru.

    sambil melawak lagi dia kata di kanada "guru tiada aktiviti pada hujung minggu"
    tempat kita...hujung minggu pun guru ke sekolah ...berkursus, pelajar kokum, jaga sekolah, hias kelas etc

    BalasPadam
  3. sye jujur . cukup menyampah dengan cikgu yg baru baru ni . sye lebih suke cikgu veteran . yg banyak pengalaman . cikgu baru ni eksyen . menyampah tengok . n adik sye ade sorang oku . x pernah nak layan baik baik . seriusly . rse nak pegi cekup muka cikgu tu .

    BalasPadam

sila komen jika sudi :)

Labels

~Komen Terbaru~

Get This Recent Comment Widget!