Sudut Test Mouse Kiri

Tinggalkan pesanan anda di sini

Sabtu, 15 Ogos 2015

Ubat klinik bagi merawat ketumbit

Bulan lepas makngoh 'secara tiba-tiba' diserang ketumbit. Bangun awal pagi sakit mata, semakin bengkak hinggalah rasa sakit bila tunduk time solat.

Disebabkan 'malu' dan sakit dengan mata yang bengkak, makngoh pun ke klinik kerajaan tempat berhampiran makngoh untuk mendapatkan ubat dan MC. Dapatlah sehari MC dengan ubat panadol dan Ointment. Makngoh ada minta ubat surutkan bengkak ataupun apa-apa antibiotik tapi doktor cakap tak perlu sebab nanti akan surut sendiri. Adeh, memanglah akan surut sendiri. Tapi memerlukan masa yang lama sedangkan makngoh ni orang bekerja yang perlu mengadap beratus-ratus orang setiap hari. Apapun, doktor tu nasihatkan tuam ketumbit dengan telur yang telah direbus dan bersihkan bulu mata dengan kapas.

Malamnya, makngoh pun siapkan RPH untuk esok hari dengan harapan mata kurang bengkak tapi bangun pagi esoknya mata masih bengkak malah makin teruk sebenarnya. Kena cahaya pun sakit. Mahu tak mahu, terpaksa cari klinik swasta minta ubat antibiotik. Alhamdulillah, doktor tu cakap, awak tak payah minta, memang saya akan beri antiobitok dan ubat tahan sakit, 





Hari ke-4 ketumbit, barulah rasa kurang bengkak dan hilang senak mata. Urat-urat sekitar leher dan hidung pun rasa tak sakit. 2 3 hari sebelum nih, urat-urat area situ pun terasa sakit.

Nasihat makngoh, kalau anda kena ketumbit dan perlukan ketumbit itu hilang dengan kadar segera, carilah klinik swasta. Hihi.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila komen jika sudi :)

Labels

~Komen Terbaru~

Get This Recent Comment Widget!