Ya Allah... terkejutnya makngoh. Baru sekejab tadi dlm pukul 12 15 tgh mlm dapat whatsapp dari seorang tukang potong rumput dgn ayat di bawah
"Ok lagi"
"Klu panjang oyak la"
Terus cepat2 makngoh block nombor tu...delete semua msg dan terlupa dan skrinshot.
Mungkin dia maksudkan rumput tapi gila apa msg bini orang pasal rumput tengah2 mlm.
Sorry. Makngoh mmg terlalu negative thinking. Terus menyesal sebab pernah contact org tu minta potong rumput bulan lepas. Jumpa iklan dia di fb. Kemudian dia request fren di fb.. makngoh decline n block. Makngoh perasan dia selalu tengok status whatsapp makngoh ... so makngoh hide status dari dia.
Semoga makngoh dan keluarga dijauhi dari org2 yg berniat tak baik dan semoga sentiasa diberi keselamatan.
Sudut Test Mouse Kiri
Entri Popular
Tinggalkan pesanan anda di sini
Sabtu, 13 Julai 2019
Sabtu, 29 Jun 2019
Kos baiki | Kos tukat compresor aircond Viva
Aircond kereta viva makngoh tak rasa sejuk. Tapi try bawa gak dalam perjalanan hampir sejam. Pastu bau hangit..tengok2 dah berasap. Rupanya compressor dah jem.
Esoknya beli compressor aircond RM285 tak ori dan xde warranty pun bawa gi bengkel minta tukar. Siap dalam sejam lebih je dengan kos upah RM150. Tauke bengekl cakap patutnya kena tukar semua baru bagus sebab apa ntah dah kotor. Nanti compressor tu rosak lagi. Alahai... nape tak cakap awal2. Kalau tak kami suruh tukar semua benda la. Ambil kereta bawa balik umah...kereta jadi mcm xcukup nafas. Tercungap2. Jadi hantar balik ke bengkel mintak dia tengokkan...dia cakap tu masalah enjin lak. Kena bawa ke bengkel lain untuk cek enjin.
Disebabkan kekurangan masa sibuk dengan kerja pergi pagi balik petang...jadi kami tak sempat nak hantar kereta. Makngoh bawa la jugak kereta yang tercungap2 tu pegi keje yg jaraknya dalam 10km. Kadang2 bunyi bising tali aircond. Jadi makngoh off aircond buka tingkap sampai pening kepala sebab panas.
Akhirnya... kereta kembali berasap. Tak sampai 2 minggu pas repair. Kali ni bawa g bengkel cina dekat Wakaf Bharu. Tauke bengkel tu bagus...terang satu satu siap tolong tuliskan benda yang kena tukar dan suruh kami gi beli. Akhirnya settellah masalah aircond kereta. Hantar Khamis..Jumaat pagi dah siap.
Kos upahnya RM500. Kos barang sila tengok resit di bawah.
Selepas tukar semua baru tu dengab paipnya sekali baru enjin Viva tu rasa aman...dan tiada mcm tersedut2. Sebelum bertahun2 dah bunyi enjin tu macam xsmooth bawa gi servis pun tak okay gak.
Diconteng oleh
mak_ngoh_selamoh
Jumaat, 28 Jun 2019
Kerabu Tomato dan Nanas
Teringat kenangan masa mengajar di Sabah. Kantin di sana ada sediakan kerabu tomato untuk guru2. Itulah pertama kali makan kerabu tomato. Tapi sebab dah balik Kelantan... kita buat kerabu ikut pengaruh Siam sikit.
Bahan-bahan
3 biji tomato merah dihiris
Nenas dihiris
2 ulas bawang merah dihiris
Sebiji bawang besar dihiris
Cili hijau dan cili merah dihiris
Sedikit daun ketumbar juga dihiris kasar
Garam
Gula
Sos limau
Sos ikan
Air limau nipis.
Caranya mudah
Gaul je semua bahan. Sebatikan rasa ikut suka
Bahan-bahan
3 biji tomato merah dihiris
Nenas dihiris
2 ulas bawang merah dihiris
Sebiji bawang besar dihiris
Cili hijau dan cili merah dihiris
Sedikit daun ketumbar juga dihiris kasar
Garam
Gula
Sos limau
Sos ikan
Air limau nipis.
Caranya mudah
Gaul je semua bahan. Sebatikan rasa ikut suka
Diconteng oleh
mak_ngoh_selamoh
Selasa, 25 Jun 2019
Anda pakar? Tak bermakna anda tahu semua
Hari ini kecewa bertemu dengan doktor gigi yang agak terkenal.
Permintaan makngoh taknak ditunaikan, beri cadangan yg makngoh tak setuju pastu dengan angkuh ayatnya"jangan guna kerusi saya untuk berfikir sbb sy ada ramai lagi patient di luar"
MasyaAllah. Tak apalah. Dah tak nak beri service awk. Sekarang klinik gigi banyak. Doktor gigi pun ramai je yang bagus.
Alhamdulillah. Pergi klinik gigi lain.
Elok je doktor tu buat. Selesa dan tak rasa ada tampalan.
Makngoh cuma nak buat tampalan gigi depan yang jarang tapi makngoh ada masalah deep bite. Nasib baik ada doktor yang nak tlg boleh adjust supaya tampalan tak bergesel dgn gigi atas. Rupanya boleh je dan tak susah pun.
Diconteng oleh
mak_ngoh_selamoh
Rabu, 12 Jun 2019
Kematian itu pasti
Hari ini dikejutkan dengan kematian ibu kepada seorang pelajar makngoh yang berada di tingkatan 3. Kasihan pelajar tu, terlalu muda untuk merasai kehidupan tanpa ibu. makngoh sendiri tak mampu hidup tanpa ibu walaupun sudah ada keluarga sendiri.
jumaat lepas semasa sambutan hari jadi anak kedua, mak sedara yang meninggal dunia. Juga seorang guru. meninggalkan anak bongsu berusia 6 tahun.
rasanya ramadhan dan syawal tahun ni banyak kes kematian insan yang berdekatan makngoh dan juga insan-insan terkenal. Dnars, YB Zaki, Adamidam.
jumaat lepas semasa sambutan hari jadi anak kedua, mak sedara yang meninggal dunia. Juga seorang guru. meninggalkan anak bongsu berusia 6 tahun.
rasanya ramadhan dan syawal tahun ni banyak kes kematian insan yang berdekatan makngoh dan juga insan-insan terkenal. Dnars, YB Zaki, Adamidam.
Diconteng oleh
mak_ngoh_selamoh
Langgan:
Catatan (Atom)
Labels
AFF
(3)
ALLAH
(127)
artis
(30)
award
(2)
bajet 2011
(5)
bencana
(1)
berita
(171)
blog
(33)
bola
(37)
buang bayi
(4)
cerpen
(5)
doa
(6)
ibubapa
(6)
iklan
(7)
ilmu
(34)
istana
(7)
kartun
(4)
kelate
(75)
kemalangan
(6)
kesihatan dan kecantikan
(9)
khidmat masyarakat
(3)
kisah benar
(16)
lain-lain
(5)
lawak
(15)
matematik
(5)
neraka
(5)
pelik
(33)
penderaan
(12)
pendidikan
(131)
penerbangan
(4)
peperiksaan
(9)
pergigian
(1)
peribadi
(87)
Piala Malaysia
(8)
piala presiden 2011
(1)
politik
(3)
prestasi blog
(6)
puasa
(10)
puisi
(4)
resepi
(33)
solat
(13)
sosial
(85)
sukan
(13)
Sukan Asia Guangzhou
(3)
surat pekeliling
(2)
tips dan petua
(31)
tutorial
(1)
video
(15)