Sudut Test Mouse Kiri

Tinggalkan pesanan anda di sini

Rabu, 1 September 2010

Kuasa blog dan kuasa blogger

Jangan dianggap blog itu hanya sebuah penulisan online yang tiada nilai dan tiada pengaruh. Betul kan? Malah, pada zaman sekarang blog adalah satu satu sumber ilmu dan sumber pembacaan mengantikan buku. Makngoh sendiri mengakui, sumber bacaan makngoh sekarang adalah lebih kepada blog. Tentu blogger yang lain pun sama.

Mungkin inilah transformasi kemajuan yang dibawa bukan sahaja di negara kita tetapi di serata dunia. Zaman sekarang blog amat berpengaruh hingga boleh mengugat keharmonian politik dalam sesebuah negara.

Tengok sahaja negara kita. Pada pilihan raya yang lepas, blog dilihat sebagai medium baru untuk pihak-pihak tertentu berkempen, membuat cerita dan menyampaikan cerita. Walaupun semua itu belum tentu kesahihah dan kebenarannya namun ternyata kaedah itu berkesan untuk menarik pengundi, itu diakui sendiri oleh beberapa pemimpin parti.

Namun tidak banyak blogger menyedari kuasa yang mereka miliki iaitu kuasa blog. Jika digunakan dengan betul, blog akan jadi lebih terpengaruh dan suara penulisan anda boleh digunapakai. Amboi, makngoh bercakap macam orang hebat berblog. Hehe. Tidak ye, makngoh tak hebat dan makngoh hanya berikan pandangan.

Hebat atau tidak blog? Kebanyakkan search di google akan terlebih dahulu memaparkan blog walaupun yang dicari itu adalah berita dari suratkhabar. Yang berada di ranking atas adalah blog walaupun blog tersebut hanya copy-paste laporan berita dari suratkhabar. ATAUPUN walaupun berita tersebut palsu. Jadi, pembaca akan terpengaruh dan bagi yang membuta tuli akan terus percaya laporan dari blog dan dari situlah kuasa blog terserlah. Namun, tidak dinafikan pembaca juga celik akal, boleh berfikir pro dan kontra sebelum mempercayai sesuatu perkata atau ilmu.

Blog peribadi yang hanya bercerita mengenai kehidupan peribadi dan tidak ubah seperti diari online dilihat sebagai kurang berpengaruh walaupun mempunyai bilangan pembaca yang ramai. Ini kerana pengalaman kehidupan harian hanya mempengaruhi orang lain untuk turut berfikir sama seperti penulisnya pada paras minumun sahaja.

Blog yang lebih berpengaruh adalah seperti blog keagamaan dari penceramah terkenal tanah air, blog politik, blog masakan, blogshop dan blog pendidikan. Blog-blog ini, jika menulis... akan menyuntik neuron pembaca untuk berfikir, mempercayai atau tidak dan seterusnya mengaplikasikan isi blog.

Blog juga dilihat sebagai media untuk mengembar-gemburkan cerita. Ada cerita yang hangat dan top disebabkan oleh blog walaupun media massa rasmi negara tidak mengulas panjang mengenai cerita tersebut. Lihat sahaja mengenai Rafiqin Darwisy, Zanita, isu makanan halal-haram dan juga mengenai artis. Jadi, sedarkah blogger bahawa kita mempunyai kuasa penulisan yang boleh menjadikan sesuatu isu itu panas, suam atau sejukbeku je.

Oleh itu, kita blogger boleh menggunakan blog untuk menyuarakan pendapat, berkongsi ilmu, bercerita mengenai isu semasa malah boleh memberi komen untuk sesuatu isu sosial, rancangan tv, artis, ketelusan sesuatu jabatan kerajaan atau swasta dan macam-macam lagi. Percayalah, jika kita bertujuan agar komen itu adalah supaya dilakukan penambahbaikkan, tak mustahil jika suatu hari nanti suara blog kita di dengar.

Namun sayangnya, ada yang salah faham, salah tafsir dan salah erti bila blogger menyuarakan pendapat dan komen. Bagi mereka yang berfikiran sempit, mereka menuduh blogger itu hanya suka memburukkan orang/jabatan/isu sosial tanpa mereka fikir positif dan negatif sesuatu entri tersebut.

Maka timbullah tag negatif kepada seseorang blogger. Mengapa kita membataskan sempadan penulisan kita sendiri sedangkan undang-undang mengatakan tidak salah melakukan demikian Itulah kebebasan bersuara.(kecualilah buat isu sensitif hinggakan anda disaman atau digari). Mengapa kita terima rancangan ADUAN RAKYAT TV3? walaupun rancangan itu memaparkan banyak ketidaktelusan dari sesebuah jabatan. Wartawan-wartawannya banyak mendedahkan sikap acuh tidak acuh dan lepas tangan beberapa pihak. Mengapa kita tidak melihat itu sebagai memburukkan orang? Kita terima rancangan itu sebagai membela nasib rakyat.

Begitulah juga blogger dan entri masing-masing. Biarkanlah blogger mengutarakan isu-isu boleh mencelik mata rakyat dan boleh membela rakyat. Janganlah kita hanya memandang sudut negatif penulisan blogger tanpa kita fikir apa kebaikan penulisan tersebut. Iye ndak? Sayangnya, silap orang kita "apa yang orang buat semua salah" "diri sendiri perasan baik"

Tidak mustahil...blog juga boleh jadi terpengaruh dengan menerbitkan entri seperti rancangan BERSAMAMU TV3 dan lebih-lebih lagi BULETIN UTAMA dan BERITA NASIONAL.

Anda mahu contoh entri yang cuba menyampaikan maklumat?
1) Baca je entri makngoh yang lepas-lepas seperti kes mangsa simbah asid , kes pelancong asing yang menuduh polis lepas tangan , puasa di Sandakan hambar dan macam-macam lagi.

2) Entri Amir Aizat mengenai lambakan cerita Indonesia di tv3

3) Entri Kaizen Shinobi mengenai perjanjian Sabah masuk Malaysia

4) Syafrizal.net bercerita mengenai minuman beralkohol dalam versi minuman ringan.

dan banyak lagi entri yang membuka mata pembaca untuk menilai. Sayangnya tak mampu makngoh list kan dek kelembaban broadband makngoh bila berada di kampung (ayat ni pun nak sedarkan celcom bukan nak burukkan celcom)

Apa-apa pun tepuk dada tanya selera. Adakah anda mahu blog anda hanya menjadi bacaan rujukan umum atau blog anda menjadi satu transformasi ke arah kebaikan. Yang penting, tidak boleh dinafikan lagi. BLOG ITU ADA KUASA. Wahai blogger yang optimis sekalian, marilah kita terus membebel dan menulis sehingga ada yang mendengar suara kita. Kepada blogger yang pesimis, terpulang kepada anda.

MY BLOG MY POWER > no kondem-kondem yer

6 ulasan:

  1. setuju.. kuasa blog sangat hebat

    BalasPadam
  2. Salam,
    Selamat puasa, selamat hari kemerdekaan dan selamat hari raya aidilfitri. Awalnya Makngoh balik kampung, sempatlah ya berbuka dan sahur di kampung ya...

    Blog memang banyak powernya, hanya kadang-kadang blogger ni tak cukup ilmu etika bila menulis blog. Terlupa kita ada etika menulis, ada had kebebasan bila menulis, ada undang-undang juga yang perlu dipatuhi bila menulis...akhirnya, masuk dalammmm ;)

    BalasPadam
  3. mcm2 boleh buat guna blog.setuju ayat tu, MY BLOG MY POWER.hehe~

    BalasPadam
  4. memang 100% setuju..

    oo nak naik pelamin ek..tahniah dan semuga berbahagia selalu

    BalasPadam
  5. Setuju. Saya tetap setia membaca blog Sdr Mazidul Akmal Sidik, di samping blog2 lain yg seumpamanya.

    BalasPadam
  6. salam..wah makngoh...letak link entri amir...thank you..hehe..

    p/s: setuju!

    BalasPadam

sila komen jika sudi :)

Labels

~Komen Terbaru~

Get This Recent Comment Widget!