Lagi satu kes menyayat hati (tipu jer) yang berlaku di sekolah tadi. Kejadian ni bermula apabila 3 orang budak kelas 4A telah buat permohonan pindah ke aliran akaun dan diluluskan oleh pihak pentadbir minggu lepas.
Masalahnya, pertukaran aliran pelajar tersebut, tidak pun minta pandangan dari guru subjek. Kelas tu, mak ngoh ajar 2 subjek. Fizik dan Math. Jadi mak ngoh dah kenal gaya dan cara belajar budak-budak tu. Lagipun, mak ngoh ajar dorang nih sains dan matematik sejak dorang Form 1 lagi.
Alasan yang dorang bagi, susah la belajar subjek sains tulen. Tak faham...banyak kena belajar.. bla bla bla..... tup tup keluar isu tak minat belajar sains tulen. Seingat mak ngoh, result test dan midsem dorang tu okay je. Lulus, bukannya gagal pun.
Lagi satu, sekarang nih dah bulan 7. Dah masuk penggal ke 2. Bukankah itu satu kerugian dorang tukar aliran. Dah terlewat. Masuk aliran akaun pun, dorang tertinggal subjek akaun jugak. Orang lain dah belajar 7 bulan dah, dorang nak mula semula dari ZERO. Akhir sekali, mak ngoh takut jadilah macam pepatah
"yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran"Jadi tadi, mak ngoh membebellah dengan budak-budak 4A yang tidak tukar aliran.
(orang lain tukar aliran, orang lain yang kena bebel) . Sebenarnya, ada untung pelajar ambil subjek Fizik, Kimia dan Biologi nih. Kenapa? Sebab subjek-subjek ini ada PEKA dan markah PEKA ini sedikit sebanyak membantu pelajar untuk markah SPM nanti.
Sedangkan Prinsip Perakaunan, tak ada apa-apa amali atau kerjakursus untuk membantu menaikkan markah dalam SPM. Jadi 100% markah hanya bergantung kepada jawapan dalam dewan peperiksaan sahaja. DAN kalau pelajar itu memang dari awal tahun lagi belajar prinsip akaun,bagi mak ngoh tak ada masalah. Tapi pelajar-pelajar yang tukar aliran ni, dah tertinggal 7 bulan dari pelajar akaun yang lain. Risau pulak makngoh.
Selain tu, kepada pelajar-pelajar > dengarlah nasihat dari orang yang lebih berpengalaman dan orang-orang tua. Janganlah bertindak mengikut akal fikiran sendiri. Kalau anda memang layak berada di aliran sains tulen, maknanya otak anda memang boleh je belajar sains tulen kecualilah anda malas menggunakan otak anda untuk memahami fakta-fakta sains tulen.
Belajar mana-mana aliran pun semuanya susah, yang penting kena rajin pakai otak dan tangan 4 kerat. Itu jer!
Belajar mana-mana aliran pun semuanya senang asalkan rajin menggunakan otak dan tangan 4 kerat.
Ini tidak, suruh buat nota pun malas, suruh buat kerjarumah pun tidak, suruh hafal pun malas, suruh baca pun malas, time mengajar otak melayang-layang jer...kemudian terus buat kesimpulan..."
susahlah belajar!!!"
Tak suka betul mak ngoh dengan budak malas!
Orang malas...pergilah ke mana-mana pun takkan bahagia dan berjaya selagi tak buang perangai malas tu.
Ulat dalam batu boleh hidup sebab ulat tu yang berusaha bukan sebab batu tu yang melompat masuk ke mulut ulat.
Time balik tadi, mak ngoh terjumpa dengan seorang pelajar yang tukar aliran tu. Kononnya gembiralah dia tukar aliran. Mahu tak mahu terpaksa juga mak ngoh ingat dia "
nanti kamu akan menyesal jugak tu"Terus muka dia masam mencuka dan marah-marah "
cikgu nih, macam doakan pulak!"Aduh, bagi nasihat pun tak boleh. Suka hatilah wahai budak...!
Just wait and see. Fakta aliran sekolah mak ngoh-: aliran sains tulen > belajar semua subjek teras + fizik kimia biologi est add mathaliran akaun > belajar semua subjek teras + prinsip akaun , geografiBilangan subjek aliran akaun tidak banyak macam bilangan subjek aliran sains tulen. Itulah daya penarik yang sebenar