Sudut Test Mouse Kiri

Tinggalkan pesanan anda di sini

Isnin, 26 Julai 2010

Tengah syok mengajar, kena kacau la pulak!


Pagi tadi mak ngoh ada kelas Form 5, math. Disebabkan mengajar tajuk Earth as Sphere jadi hari ni, mak ngoh bawa 3 bijik globe besar bagi kat budak-budak Form 5 mengenali bumi yang selama 17 tahun mereka pijak.

Ops, bukan bermaksud budak-budak mak ngoh tak kenal bumi yer. Of course la semua orang tahu bumi itu sfera, kan kan kan... budak darjah 1 pun dah tahu, bumi tu tak bulat tapi sfera. Bulat dan sfera tak sama. Okies?

Tapi tujuan mak ngoh guna globe tu supaya budak-budak ni nampak, longitude tu macamana? Latitude tu macamana. Kenapa latitude cuma arah North dan South jer, kenapa longitude cuma arah West dan East jer?

Mak ngoh bagi je dorang main globe tu, pusing la suka hati dorang sehigga dorang faham tentang longitude, latitude dan satu lagi location.

Kemudian, saja mak ngoh keluar tajuk Math sikit, mak ngoh tanya dorang, globe ni kena pusing ke arah kiri ker ke arah kanan supaya jadi macam bumi kita, matahari terbit dari timur. Erk! keliru lagi rupanya dorang kalau ditanya macamana nak pusing globe sama macam kedudukan bumi berpusing.

Lepas pastikan dorang faham longitude dan latitude tu, mak ngoh masuklah topik baru pasal location. Bagi-bagi nota, kemudian datang seorang guru disiplin mengetuk pintu kelas tu. Katanya mahu panggil seorang pelajar perempuan ke bilik disiplin. Mahu tak mahu, terpaksalah mak ngoh lepaskan budak perempuan tu, padahal hati ni berat. Mana tak beratnya, mak ngoh nak mengajar, tapi budak tu diminta tinggalkan kelas untuk ke bilik disiplin pulak! Time tu, mak ngoh pelik jugak, kenapa budak tu dipanggil? Ada masalah disiplin ke? Mustahil sebab budak tu macam baik je.

Mak ngoh pun sambunglah mengajar, sampai habis masa, budak perempuan tu tak masuk-masuk. Waktu rehat, budak perempuan tu ada di bilik guru, jadi mak ngoh pun panggil dia dan tanya kenapa dia ke bilik disiplin tu (erk, mak ngoh bz body ker?)
.,
Rupanya... guru disiplin tu mahu minta budak tu tolong taipkan surat amaran pelajar-pelajar yang ada masalah disiplin. Aduh! Tak berbaloi sangat-sangat. Seorang pelajar tinggalkan kelas untuk buat kerja seorang guru. Tapi memanglah, budak tu tak kisah pun. Budak kan...mana dorang tahu hak sebenar dorang tu. Kalau diarah...buat jer. Tapi dorang tak sedar, rugi tinggalkan kelas semata-mata untuk buat kerja yang sepatutnya dibuat oleh guru.

Ini bukan kali pertama mak ngoh berdepan dengan situasi pelajar mak ngoh dipanggil untuk tinggalkan kelas terutamanya dipanggil ke bilik disiplin. Sebolehnya memang mak ngoh tak izinkan dan pernah mak ngoh tak izinkan. Tapi dipaksa juga lepaskan budak jumpa guru disiplin.

Macamana yer, kaedah yang sepatutnya? Mak ngoh pun tak faham dan tak reti nak bagi cadangan supaya pelajar tidak diganggu sewaktu mereka belajar oleh guru lain.

2 ulasan:

  1. mudah saja, jumpa guru disiplin tu, suruh dia disiplinkan dirinya sama. jangan asyik nak suruh orang lain berdisiplin, tapi diri sendiri pun hampeh saja..

    BalasPadam
  2. Tak elok lepaskan murid tanpa sebab yang jelas. Guru dalam kelas sepatutnya dimaklumkan maklumat yang sepatutnya biarpun perkara itu sulit. Ringkas cerita. Apa yang berlaku kepada murid berkenaan guru disiplin dan guru dalam kelas akan diminta penjelasan bila mana ibu bapa murid tersebut ambil tindakan. Semoga guru tidak sebotaj masa depan murid dan murid tahu apa hak-hak mereka semasa berada di sekolah.

    BalasPadam

sila komen jika sudi :)

Labels

~Komen Terbaru~

Get This Recent Comment Widget!