Ramai orang, bila bab warnakan rambut terus diletakkan hukum HARAM. Sedangkan sebenarnya dalam Islam hukum warnakan rambut itu dilihat dari pelbagai aspek seperti tujuan warna, jenis warna dan pihak-pihak yang terlibat dalam proses mewarnakan rambut serta kesan warnakan rambut keapda diri, keluarga dan masyarakat.
Hukum warnakan rambut boleh menjadi SUNAT jika rambut diwarnakan kerana uban dengan menggunakan apa-apa warna selain warna hitam.
Hukum warnakan rambut boleh menjadi HARUS jika mewarnakan rambut untuk tujuan jihad dan jika si isteri mewarnakan rambut bagi tujuan berhias untuk suami.
Hukum warnakan rambut boleh menjadi MAKRUH jika tujuan mewarnakan rambut itu supaya dilihat lebih soleh dan alim. Makruh juga jika mewarnkan rambut dengan warna putih supaya kelihatan lebih tua dan matang supaya mendapat tempat dalam masyarakat atau diterima pandangannya.
Hukum warnakan rambut boleh menjadi HARAM jika mewarnakan rambut dengan warna hitam kecuali bagi tujuan warnakan dalam hukum SUNAT seperti keterangan di atas. Haram juga warnkan rambut sehingga serupa dengan perlakuan orang bukan Islam. Penggunaan pewarna yang tidak halal dan menggunakan khidmat mereka berlainan jantina yang bukan muhrim juga boleh menyebabkan hukum warnakan rambut menjadi haram.
Jadi bagi orang perempuan, apakah hukum mewarnakan rambut? Bagi makngoh, jika perempuan bergelar isteri warnakan rambut untuk suami itu dikira boleh, tetapi bagaimana pula dengan artis-artis kita yang warnakan rambut untuk tontonan khalayak ramai? Bukan artis jer la, mana-mana perempuan yang tak tutup aurat rambut dan selain itu juga warnakan rambut....apa kes yang macam tu?
Sudut Test Mouse Kiri
Entri Popular
Tinggalkan pesanan anda di sini
Ahad, 27 Mac 2011
Sabtu, 26 Mac 2011
Tahniah polis Teregganu tangkap pelajar ponteng.
Diulang lagi tajuk di atas, makngoh ucapkan tahniah, syabas dan terima kasih kepada polis di Terengganu yang berjaya menangkap seramai 53 orang pelajar yang ponteng sekolah. Menurut Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Terengganu, Azahar Abu Bakar, berkata 13 pelajar ditahan dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gong Badak), SMK Bukit Besar (14), SMK Bukit Tunggal (sembilan), SMK Seri Budiman (tujuh) dan masing-masing tiga dari SMK Bukit Guntong; SMK Agama Tok Jiring dan SMK Ibrahim Fikri serta dua SMK Panji Alam.
Usaha ini dan pendedahan ini bukanlah untuk memburukkan nama JPN Terengganu atau nama sekolah, namun sebenarnya adalah untuk membantu pelajar itu sendiri. Kita dan kami, tidak mahu menutup pekong di dada. Itu yang makngoh sangat harapkan walaupun memang ada beberapa .......yang berdiam diri dan menyembunyikan masalah disiplin pelajar masing-masing.
Apabila Terengganu buat macam nih, makngoh menunggu pula giliran negeri lain menangkap dan memberi taklimat khas kepada ibubapa pelajar ponteng sebab mengikut permerhatian makngoh, banyak lagi negeri lain yang kritikal dengan masalah pelajar ponteng nih.
p/s : dah la ponteng, dimaki hamun pula guru dan polis yang tangkapnya. Isk...isk...budak zaman sekarang. Semoga berubah ke arah kebaikan dan insaflah.

Diconteng oleh
mak_ngoh_selamoh
Jumaat, 25 Mac 2011
Kosmo, kenapa buat tajuk Gadis Kelantan?
Gempar beberapa surat khabar hingga jadi muka depan dengan cerita gadis dari negeri Kelantan yang cuba bunuh diri dengan terjun dari tingkat 3 KB Mall semalam.
Tajuk di Kosmo "Gadis Kelantan cedera terjun tingkat 3"
Tajuk di Metro "Jatuh atas tilam"
Tajuk di Berita Harian "Tilam selamat gadis terjun bangunan"
Gambar dari Kosmo dan Metro
persoalan makngoh dan kawan-kawan kenapa perlu ditaip negeri Kelantan? Siap ada kawan yang buka post di facebook, pelik dengan tajuk Kosmo nih. Negeri lain tak ada kes bunuh diri ke? Adakah ini satu-satunya kes pertama bunuh diri di Malaysia?
Ini lagi tajuk pasal Kosmo dan Kelantan
http://makngohselamoh.blogspot.com/2010/08/kosmo-orang-kelantan-suka-bergaduh.html?showComment=1301361444718
Tajuk di Kosmo "Gadis Kelantan cedera terjun tingkat 3"
Tajuk di Metro "Jatuh atas tilam"
Tajuk di Berita Harian "Tilam selamat gadis terjun bangunan"
Gambar dari Kosmo dan Metro
Ini lagi tajuk pasal Kosmo dan Kelantan
http://makngohselamoh.blogspot.com/2010/08/kosmo-orang-kelantan-suka-bergaduh.html?showComment=1301361444718
Diconteng oleh
mak_ngoh_selamoh
Info Guru dan Cikgu : E-GTukar dan E-Operasi 2011
Kalau tahun-tahun lepas, kita guru-guru hanya tahu pasal e gtukar dan data emis untuk pertukaran sekolah. Tetapi tahun ini, KPM telah kenalkan satu lagi aplikasi internet iaitu E-Operasi khas untuk menyimpan data-data guru.
Sebelum tu, makngoh nak kongsi maklumat yang makngoh dapat dari laman web E-Gtukar
http://epgo.moe.gov.my/ iaitu mengenai permohonan pertukaran.
http://apps.moe.gov.my/eoperasi . Difahamkan nanti, jika guru tidak mengemaskini maklumat dalam E-Operasi, maka mungkin guru akan bermasalah dalam E-Gtukar nanti yang akan dibuka pada 1 April.
Untuk kemaskini maklumat E-operasi, guru perlu daftar akaun terlebih dahulu. Namun, jika guru pernah gunakan E-gtukar pada tahun lepas, maka guru boleh gunakan username dan password yang lama itu. Makngoh dah masuk tengok maklumat makngoh dalam E-operasi. Memang banyak yang perlu dikemaskini, mungkin sebab makngoh baru pindah.
Namun, bukan semua maklumat yang boleh dikemaskini. Kalau tak silap makngoh, hanya MAKLUMAT PERIBADI DAN MAKLUMAT PASANGAN sahaja yang boleh dikemaskini. Maklumat lain, guru perlu berhubung dengan PK1 atau lebih tepatnya guru data sekolah untuk kemaskini.
Selain tu juga, bukan hanya guru yang mahu minta tukar sahaja perlu kemaskini E-operasi. Guru lain juga perlu mengemaskini data mereka dalam e-operasi. Mungkin e-operasi ini nanti lebih berdayafungsi berbanding dengan Emis....
Di sini, makngoh sertakan juga url Emis untuk guru yang masuk melihat maklumat peribadi. Seperti biasa, untuk log in Emis, guru perlu masukkan nombor ic, password pun nombor ic gak. http://emisonline.moe.gov.my/ Inilah yang makngoh tak suka mengenai Emis online. Bukannya kawan-kawan kita tak tahu nombor Ic kita kan? Tak best la jugak orang tengok maklumat Emis kita. Macam tak ada privasi. Tapi E-Operasi ni bagus sebab orang tak tahu username dan password kita.
p/s :walaupun baru jer pindah sekolah, makngoh nak cuba minta tukar lagi ke tempat yang berhampiran dengan suami dan keluarga...tak boleh la berjauhan dengan mereka lebih-lebih lagi dengan keadaan berbadan dua ni. Selamat cuba minta tukar sekolah kepada guru-guru yang mahu pindah. Semoga semuanya berjaya. Amin...
Sebelum tu, makngoh nak kongsi maklumat yang makngoh dapat dari laman web E-Gtukar
http://epgo.moe.gov.my/ iaitu mengenai permohonan pertukaran.
Permohonan Pertukaran Guru Antara Bahagian/Negeri, Antara Daerah dan Dalam Daerah bagi Pertukaran Jun 2011 untuk guru DGA 29, DG 41, DG 32 (KUP) danCara untuk guru menyemak maklumat diri pula adalah dengan masuk laman web E-Operasi iaitu
DG 44 (KUP) melalui e-GTukar akan dibuka mulai 1 hingga 22 April 2011.
Keputusan Permohonan Pertukaran Guru Jun 2011 dijangka dikeluarkan mulai 22 Mei 2011.
Sila semak dan kemaskini maklumat anda melalui guru PK1 dengan segera sebelum sesi pertukaran bermula.
Jika masih menghadapi masalah untuk membuat permohonan e-GTukar, sila hubungi Jabatan Pelajaran Negeri masing-masing.
http://apps.moe.gov.my/eoperasi . Difahamkan nanti, jika guru tidak mengemaskini maklumat dalam E-Operasi, maka mungkin guru akan bermasalah dalam E-Gtukar nanti yang akan dibuka pada 1 April.
Untuk kemaskini maklumat E-operasi, guru perlu daftar akaun terlebih dahulu. Namun, jika guru pernah gunakan E-gtukar pada tahun lepas, maka guru boleh gunakan username dan password yang lama itu. Makngoh dah masuk tengok maklumat makngoh dalam E-operasi. Memang banyak yang perlu dikemaskini, mungkin sebab makngoh baru pindah.
Namun, bukan semua maklumat yang boleh dikemaskini. Kalau tak silap makngoh, hanya MAKLUMAT PERIBADI DAN MAKLUMAT PASANGAN sahaja yang boleh dikemaskini. Maklumat lain, guru perlu berhubung dengan PK1 atau lebih tepatnya guru data sekolah untuk kemaskini.
Selain tu juga, bukan hanya guru yang mahu minta tukar sahaja perlu kemaskini E-operasi. Guru lain juga perlu mengemaskini data mereka dalam e-operasi. Mungkin e-operasi ini nanti lebih berdayafungsi berbanding dengan Emis....
Di sini, makngoh sertakan juga url Emis untuk guru yang masuk melihat maklumat peribadi. Seperti biasa, untuk log in Emis, guru perlu masukkan nombor ic, password pun nombor ic gak. http://emisonline.moe.gov.my/ Inilah yang makngoh tak suka mengenai Emis online. Bukannya kawan-kawan kita tak tahu nombor Ic kita kan? Tak best la jugak orang tengok maklumat Emis kita. Macam tak ada privasi. Tapi E-Operasi ni bagus sebab orang tak tahu username dan password kita.
p/s :walaupun baru jer pindah sekolah, makngoh nak cuba minta tukar lagi ke tempat yang berhampiran dengan suami dan keluarga...tak boleh la berjauhan dengan mereka lebih-lebih lagi dengan keadaan berbadan dua ni. Selamat cuba minta tukar sekolah kepada guru-guru yang mahu pindah. Semoga semuanya berjaya. Amin...
Diconteng oleh
mak_ngoh_selamoh
Isnin, 21 Mac 2011
Akad nikah di masjid tiru amalan Kristian?
makngoh petik dari kosmo
Akad nikah di masjid didakwa amalan Kristian
KANGAR - Menjadikan masjid sebagai lokasi akad nikah adalah menyimpang daripada amalan Rasulullah, kata seorang anggota Majlis Fatwa Perlis, Datuk Ahmad Jusoh.Beliau berkata, Rasulullah pernah mengingatkan umat Islam supaya tidak melakukan akad nikah dalam masjid kerana ia meniru penganut Kristian yang menikah dalam gereja dan Yahudi di rumah ibadat mereka.
Ahmad yang juga ahli Majlis Hal Ehwal Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berkata, walaupun pernah berlaku peristiwa akad nikah dalam masjid pada zaman Rasulullah namun, ia berpunca dari kehadiran seorang wanita ke dalam masjid yang mahu dirinya dikahwini.
makngoh > tunggu ulasan dari ulamak lain.
Diconteng oleh
mak_ngoh_selamoh
Khamis, 10 Mac 2011
Hukum mencuci pakaian menggunakan mesin basuh automatik dan semi auto
Pernahkah anda terfikir, bersih atau tidak pakaian yang anda cuci dengan menggunakan mesin basuh?
Menurut pendapat ulamak, membersihkan pakaian dengan menggunakan mesin basuh dibolehkan dan pakaian yang dibersihkan itu hukumnya suci tetapi dengan syarat pakaian tersebut tidak terkena NAJIS.

Namun, yang menjadi persoalannya adalah membasuh pakaian yang bernajis atau pakaian yang terkena najis seperti darah, nanah, tahi, dan lain-lain. Maka, hukum pakaian yang dicuci itu tidak suci kerana air yang tidak sampai 2 qullah dalam takungan mesin basuh itu.
Jika menggunakan mesin basuh semi auto, anda hendaklah membilas pakaian tersebut dengan mengalirkan air yang diganti beberapa kali. Kemudian, barulah pakaian tersebut dimasukkan ke ruang pengering utnuk dikeringkan.
Jadi, jika anda inginkan pakaian anda suci, makan hendaklah pakain-pakaian di dalam mesin dibilas dengan air suci. Selain itu, bagi pakaain yang bernajis, hendaklah dibersihkan terlebih dulu sebelum dimasukkan ke dalam mesin basuh. Jangan campur adukkan pakaian bernajis dengan pakaian tidak bernajis lebih-lebih lagi seperti telekung solat, sejadah dan lain-lain.
Menurut pendapat ulamak, membersihkan pakaian dengan menggunakan mesin basuh dibolehkan dan pakaian yang dibersihkan itu hukumnya suci tetapi dengan syarat pakaian tersebut tidak terkena NAJIS.
Namun, yang menjadi persoalannya adalah membasuh pakaian yang bernajis atau pakaian yang terkena najis seperti darah, nanah, tahi, dan lain-lain. Maka, hukum pakaian yang dicuci itu tidak suci kerana air yang tidak sampai 2 qullah dalam takungan mesin basuh itu.
Jika menggunakan mesin basuh semi auto, anda hendaklah membilas pakaian tersebut dengan mengalirkan air yang diganti beberapa kali. Kemudian, barulah pakaian tersebut dimasukkan ke ruang pengering utnuk dikeringkan.
Jika menggunakan fully auto, sedikit masalah timbul kerana ketika membilas pakaian, mesin tersebut tidak mengalirkan air pada pakaian sebaliknya menakung air dan merendam semula pakaian. Oleh sebab pakain belum suci (atau bernajis) maka seluruh takungan air itu jadi bernajis. Begitu juga untuk bilasan kedua. Kemudian, pakaian yang masih belum suci itu akan dikeringkan menjadikannya tetap tidak suci.
Apa yang amat penting dan perlu diambil kira ketika membasuh pakaian bernajis atau tidak, mestilah mengalirkan air mutlak pada pakaian tersebut pada bilasan yang terakhir atau boleh juga mencelup pakaian itu ke dalam air yang banyak (lebih 2 qullah) seperti kolam, atau anak sungai yang mengalir.
Diconteng oleh
mak_ngoh_selamoh
Langgan:
Catatan (Atom)
Labels
AFF
(3)
ALLAH
(127)
artis
(30)
award
(2)
bajet 2011
(5)
bencana
(1)
berita
(171)
blog
(33)
bola
(37)
buang bayi
(4)
cerpen
(5)
doa
(6)
ibubapa
(6)
iklan
(7)
ilmu
(34)
istana
(7)
kartun
(4)
kelate
(75)
kemalangan
(6)
kesihatan dan kecantikan
(9)
khidmat masyarakat
(3)
kisah benar
(16)
lain-lain
(5)
lawak
(15)
matematik
(5)
neraka
(5)
pelik
(33)
penderaan
(12)
pendidikan
(131)
penerbangan
(4)
peperiksaan
(9)
pergigian
(1)
peribadi
(87)
Piala Malaysia
(8)
piala presiden 2011
(1)
politik
(3)
prestasi blog
(6)
puasa
(10)
puisi
(4)
resepi
(33)
solat
(13)
sosial
(85)
sukan
(13)
Sukan Asia Guangzhou
(3)
surat pekeliling
(2)
tips dan petua
(31)
tutorial
(1)
video
(15)