Sudut Test Mouse Kiri

Tinggalkan pesanan anda di sini

Jumaat, 31 Disember 2010

Goodbye 2010, welcome 2011

Tinggal beberapa minit lagi, kita akan menyambut tahun baru 2011. Azam 2010 apa cite semuA?

Makngoh dah kembali bertugas di Sabah ni. Harap-harap 2011 menjanjikan lebih kebahagiaan dan kejayaan. Syukur dengan semua ccabaran dan perkara yang berlaku spanjang 2010.


p/s : di LCCT tadi, terjumpa Shahrul Idlan Talaha dengan isterinya ambil flight ke Kota Bharu. Tahniah semua pemain. kita juara AFF

Selasa, 28 Disember 2010

AFF : Video Perlawanan Akhir Pertama Malaysia VS Indonesia 3-0 di Stadium Bukit Jalil

Video dan gambar bukti Indonesia guna laser kalahkan Malaysia 5-1





Penjaga gol Malaysia, Sharbinee Alawi terkena pancaran laser hijau (dalam bulatan)
semasa perlawanan menentang Indonesia di Jakarta baru-baru ini.

KUALA LUMPUR - Jika peminat bola sepak Malaysia dipersalahkan kerana didakwa menggunakan pena pancaran laser, ada pengendali blog semalam mendedahkan perbuatan yang sama juga telah dilakukan oleh peminat skuad Garuda ketika perlawanan peringkat kumpulan Piala Suzuki AFF 2010 antara kedua-dua negara itu baru-baru ini.

Menurut entri blog Adamroslan.com yang bertajuk 'Piala Suzuki AFF 2010: Laser Hijau Siapa Yang Mula Dulu?' pengendali blog itu memuat turun klip video yang dihantar oleh seorang peminat bola sepak tempatan perlawanan berkenaan sewaktu Malaysia kalah 1-5 di tangan Indonesia pada 4 Disember lalu.

"Pendedahan klip video itu yang disunting daripada video rasmi AFF telah membuka pekung pasukan Indonesia yang bermain taktik ini semasa mengalahkan Malaysia pada perlawanan peringkat kumpulan," katanya.

Menurut blog itu, ia juga bukti peminat bola sepak di republik itu juga turut bermain kotor.
"Jika benar faktor kekalahan Indonesia adalah kerana laser hijau, mereka perlu tanya kepada diri sendiri apa penyokong mereka buat di Stadium Gelora Bung Karno yang perlawanan peringkat kumpulan dahulu?," ujarnya.

Sumber : Kosmo dan Kelate.net

makngoh : ~~~ indonesia, kalau dia buat tak apa. Kalau orang buat tak boleh.

Video (AFF SUZUKI CUP 2010) INDONESIA VS MALAYSIA Part 1

Perkahwinan Norsharul Idlan Talaha @ Mat Yo


Pemain paling bernilai musim lalu, Norshahrul Idlan Talaha menamatkan zaman bujangnya setelah memilih Siti Aisya Adam, 21 tahun sebagai sebagai pasangan hidupnya.

Malam semalam, majlis persandingan kedua-dua mempelai tersebut berlangsung dengan penuh meriah di Dewan Konvensyen, Pusat Perdagangan Kelantan (KTC), Kota Bharu malam semalam.

Norshahrul Idlan, 24 tahun atau disapa dengan panggilan Mat Yo memilih Siti Aisya yang berasal dari Kuala Lumpur dan bertugas sebagai pramugari syarikat penerbangan tambang murah negara, Air Asia.

Biarpun sibuk menghadapi tugasan bersama skuad kebangsaan bagi menghadapi Indonesia dalam perlawanan akhir Kejohanan Piala AFF Suzuki yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi, Norshahrul telah diberi pelepasan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bagi membolehkan beliau pulang ke Kota Bharu menyempurnakan majlis perkahwinan tersebut.

Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kota Bharu – Bandaraya Islam (MPKB-BRI), Datuk Ahmad Mahmood dan  Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri (SPN) Kelantan, Datuk Ismail Mohd Nor antara tetamu jemputan yang hadir memeriahkan majlis tersebut.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah ialah rakan taulan, ahli keluarga sebelah pihak lelaki dan perempuan selain pihak pengurusan dan pemain pasukan Liga Super Kelantan musim depan diketuai pengurus pasukan, Azman Ibrahim

sumber dari Sinar Harian dan Kelate.net

Senarai penuh pemenang Anugerah Skrin 2010 ASK2010

Drama Terbaik: Antara Garisan (Radius One Sdn Bhd)

Filem Terbaik: Muallaf

Drama Rantaian Terbaik: Nur Kasih

Drama Komedi Terbaik: Simpang 3

Pengarah Terbaik Drama: Murali Abdullah (Sebelum Akhirat)

Pengarah Terbaik Filem: Allahyarham Yasmin Ahmad (Muallaf)

Pelakon Lelaki Terbaik Drama: Fauzi Nawawi (Sebelum Akhirat)

Pelakon Lelaki Terbaik Filem: Bront Palarae (Belukar)

Pelakon Wanita Terbaik Drama: Norkhiriah (Antara Garisan)

Pelakon Wanita Terbaik Filem: Sharifah Amani (Muallaf)

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama: Azma Aizal Yusof (Antara Garisan)

Pelakon Pemabantu Wanita Terbaik Drama: Fadilah Mansor (Sebelum Akhirat)

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem: Aaron Aziz (Evolusi KL Drift 2)

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem: Nurfazura (Pisau Cukur)

Videografi Terbaik Drama: Datang Bulan

Lakon TV Terbaik: Shahrul Ezad Mohameddin (Antara Garisan)

Lakon Layar Terbaik Filem: Shamsul Yusof (Evolusi KL Drift 2)

Rancangan Muzikal Terbaik: Anugerah Juara Lagu 24 - TV3

Rancangan Realiti Terbaik: Show Down - 8TV

Rancangan Dokumentari/Majalah Terbaik: Epic Satu Ketika (Laskar Senoi) -Astro Prima

Laporan Khas/ Berita Terbaik: Aduan Rakyat TV3

Rancangan Bual Bicara Terbaik: Isu Khas Gaza, Palestin Kami Bersamamu - RTM

Rancangan Hiburan Terbaik: Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009 - TV3

Anugerah Yasmin Ahmad: Shaheizey Sam

Labels

~Komen Terbaru~

Get This Recent Comment Widget!