Sudut Test Mouse Kiri

Tinggalkan pesanan anda di sini

Khamis, 29 Disember 2011

Keputusan penempatan graduan UPSI Januari 2012


Akhirnya ada berita gembira buat adik-adik bekas pelajar UPSI yang sedang menunggu penempatan masing-masing. Alhamdulillah.

Semoga mereka-mereka ini akan menjadi guru yang berkaliber dan yang penting, terimalah di mana pun anda ditempatkan kerana di setiap tempat tu ada jiwa-jiwa yang dahagakan ilmu.

Curahlah ilmu sepenuh hati dan bersemangatlah semua ! CAiyok!!!

Selasa, 20 Disember 2011

Rayuan Eg-tukar Guru | Syarat kelulusan semakan semula pertukaran guru sesi Januari 2012

Makngoh yakin ramai juga guru yang buat rayuan untuk semakan semula permohonan pertukaran mereka bagi sesi Januari 2012. Sebabnya, makngoh tengok analitik blog, ramai yang mencari alamat dan nombor telefon Bahagian Pengurusan Sekolah Harian.

Makngoh juga di antara guru yang memohon rayuan disebabkan permohonan makngoh TIDAK DILULUSKAN. Sekarang ini makngoh menanti-nanti keputusan rayuan memandangkan ada guru yang memaklumkan bahawasanya keputusan rayuan keluar esok 20hb Dec melalui Eg-tukar online. Namun, yang makngoh perhatikan tidak sebarang pengumuman dari pihak BPSH mengenai perkara tersebut tidak seperti tahun lepas, pihak KPM telah memaklumkan bahawa keputusan rayuan boleh disemak melalui egtukar.


Ramai juga dikalangan guru yang berani menelefon BPSH dan mendapat maklumat bahawa guru yang membuat rayuan perlu menunggu surat kelulusan yang dihantar ke sekolah masing-masing. Kalau tak dapat surat, maknanya GAGAL.

Di bawah ni, makngoh copy paste dari blog BPSH tanpa sebarang edit.




Faktor-Faktor Penentuan Kelulusan

1 .Keperluan opsyen
2 .Kes kesihatan kronik
3 .Kes ikut suami/isteri
4 .Tempoh berkhidmat di sesebuah negeri

Isu / Kekangan Rayuan Pertukaran

1.Kelulusan pertukaran keluar dari negeri yang mengalami kekurangan guru yang kritikal seperti Sabah, Sarawak dan Johor perlu dikawal supaya kekurangan tidak menjadi terlalu besar pada awal tahun 2012.

2.Pertukaran dari negeri yang tepu seperti Kelantan dan Terengganu bagi guru opsyen Bahasa Inggeris tidak diluluskan kerana keperluan kritikal opsyen tersebut di kedua-dua negeri berkenaan.

3. Bagi kes pertukaran bersama (suami-isteri guru bersama-sama mohon bertukar) tidak dipertimbangkan kerana memerlukan pengisian dua orang ke sesebuah negeri.

4.Pertukaran bagi opsyen yang berlebihan seperti Fizik, Kimia, Biologi dan Matematik dipertimbangkan berasaskan lama berkhidmat di sesebuah negeri (sekurang-kurangnya 3 tahun). Kawalan pertukaran adalah perlu disebabkan semua negeri mengalami lebihan opsyen berkenaan.

5.Pertukaran ke PPD yang penuh tidak dapat dipertimbangkan. Contohnya PPD Seremban, PPD Kota Setar, PPD Hulu Langat, PPD Kuantan dan PPD Kinta.

6. Pertimbangan rayuan memberi keutamaan kepada kes-kes mengikut pasangan manakala guru yang masih bujang tidak dipertimbangkan.

7. Rayuan tidak dipertimbangkan bagi kes-kes negeri bersempadan atau PPD yang bersempadan seperti WP Kuala Lumpur dan PPD Hulu Langat, Gombak; PPD Seberang Perai dan Kulim/Bandar Baru.

notakaki : kasihan anak makngoh yang baru berumur 4 bulan terpaksa ditinggalkan di kampung :(

Ahad, 18 Disember 2011

Contoh kiraan pergerakan gaji guru DG41 P1T8 SSM Ke SBPA

Makngoh tak pasti betul atau tidak kiraan gaji makngoh. Sambil-sambil study slide show taklimat SBPA jadi makngoh cuba-cuba buat kiraan gaji guru gred DG41 dengan tangga gaji P1T8 tahun 2011.


 


1 JANUARI 2012

P1T8 ( RM 2329) ke P1T9 (RM 2419.45)                   = RM 90.45
P1T9 (RM2419.45) ke T4 ( RM 2600)                        = RM 180.55

JUMLAH PERTAMBAHAN GAJI SSM KE SBPA     = RM 271

1 APRIL 2012 

PERGERAKAN GAJI TAHUNAN T4 (RM 2600) ke T5 ( RM 2825) = RM 225

JUMLAH NAIK GAJI 2012 = RM 271 + RM 225 = RM 496 

SEMAKAN PENGIRAAN SBPA T5 ( RM 2825) - P1T8 ( RM 2329) = RM 496



nota kaki :::::::: tak pasti pengiraan di atas betul atau tidak

Labels

~Komen Terbaru~

Get This Recent Comment Widget!