Sudut Test Mouse Kiri

Tinggalkan pesanan anda di sini

Ahad, 15 Februari 2015

Belut Goreng


Bahan-bahan
  1. Belut yang telah dibersihkan dan direndam dengan air asam jawa 1 jam. 
  2. 1 labu bawang besar
  3. Cili kering diracik kasar dan lada merah kecil dibersihkan
  4. 2 ulas bawang merah
  5. 1 ulas bawang putih
  6. Garam gula ajinomoto
  7. Kicap pekat
  8. Sos tiram
  9. Madu

Cara-cara
  1. Perapkan belut dengan kicap pekat, sos tiram, garam gula dan ajinomoto mengikut citarasa anda selama 30 minit.
  2. Goreng belut  di dalam  minyak yang banyak dan panas hingga garing dan ranggup (jika suka)
  3. Toskan belut.
  4. Tumiskan bawang, cili kering dan lada merah kecil. Masukkan belut dan sedikit madu. Gaul sebati.

Paprik Belut


Bahan-bahan 
  1.  2 ekor belut dibersihkan dan direndam 1 jam dengan air asam jawa untuk mengelakkan bau hanyir.
  2. 4 batang serai*
  3. 1 labu bawang besar*
  4. 4 helai daun limau purut*
  5. 2 ulas bawang putih*
  6. 5 ulas bawang merah*
  7. 5 tangkai lada hijau + merah* (tambah lagi jika nak pedas)
  8. sedikut kunyit hidup*
  9. 1 biji tomato hijau*
  10. sedikit lengkuas* (optional)
  11. sedikit halia* (optional)
  12. Garam, gula dan ajinomoto.
  13. Sedikit air asam jawa
  14. 3 keping daun limau purut dikoyakkan.

Cara-cara
  1. Bahan bertanda *  dimesin tetapi jangan terlalu lumat.
  2. Tumis bahan yang telah dimesin tadi hingga garing.
  3. Masukkan belut dan gaul lagi.
  4. Masukkan air asam jawa. Jangan terlalu masam. 
  5. Masukkan garam, gula dan ajinomoto.
  6. Tambah air kosong jika bahan terlalu pekat. 
  7. Tutup api, gaulkan lagi dengan kepingan daun limau purut.
Makngoh buat versi pekat macam gambar. 

Ahad, 8 Februari 2015

Kaedah Rawatan PRP - Platlet Rich Plasma






Alhamdulillah pada 1 Februari lepas, makngoh berkesempatan buat rawatan PRP di  muka bagi mengatasi masalah parut jerawat. 


Sebenarnya dah lama berhajat nak buat rawatan PRP tapi masa tidak mengizinkan. Cuti sekolah hujung tahun lepas pun dah beberapa kali berulang ke klinik untuk rawatan tetapi klinik asyik full house ajer. Di bawah tu gambar klinik tempat mak ngoh buat rawatan. Doktornya sangat humble dan pot pet banyak cakap tak henti, Dato Dr K yang suka bahasakan diri beliau 'ambo'



Berbalik kepada cerita PRP ini, disebabkan hajat dah lama, jadi makngoh memang dah selalu google dan baca info mengenai PRP dari macam-macam sumber termasuk juga kos PRP ni.

PRP ini menggunakan darah pesakit sendiri. Darah diambil sebanyak 10cc dari lengan pesakit. Masa ambil darah tu tak rasa sakit pun. Lembut je Dato Dr K buat. Kemudian darah tu diletakkan di dalam tabung uji khas sebelum dimasukkan di dalam mesin selama 10 hingga 15 minit untuk memisahkan serum dan sel darah merah. Setelah menjalani beberapa tahap pemprosesan, serum yang mengandungi sel stem, platelet dan hormon dihasilkan macam gambar di bawah ini.


Foto








Gambar google jer*


Cecair yang warna kekuningan itulah yang dicucuk ke pipi. Tak nak tipu, rasanya memang sakit la jugak hingga mengalirkan airmata. Bak kata Dato Dr K no pain no gain. Beauty is pain. 

Selepas siap suntik platlet tu, buatlah pulak rawatan derma roller macam gambar di bawah ini pulak. Digolekkan di pipi kawasan muka yang bermasalah. Tengokla jarum-jarum tu yer...
No Pain, no gain: The spikes of the Dermaroller are designed to pierce holes in the skin to stimulate repair

Siap dermaroller pulak, buat pulak rawatan laser. Doktor bekalkan dengan antibiotik dan juga krim.
Makngoh ke sekolah pada 4 Februari tu dengan muka merah. Kawan-kawan sekolah ingatkan makngoh pakai pemerah pipi pulak. Hihi.

Semoga rawatan ini berkesan dan berbaloi. In sha ALLAH. 

Seperti yang Dato Dr K selalu taip dalam IG beliau, rawatan PRP yang ditawarkan di klinik beliau RM700 yang termurah di DUNIA. RM700 siap dengan laser dan ubat-ubatan. Sesiapa yang ada masalah jerawat resdung dalam lain-lain bolehlah bertandang ke klinik Dato Dr K.

Jika nak buat rawatan laser pun boleh....free seumur hidup. (tiru ayat Dato Dr K) 


~Komen Terbaru~

Get This Recent Comment Widget!