Sudut Test Mouse Kiri

Tinggalkan pesanan anda di sini

Ahad, 22 Mei 2011

Lagi gambar kejadian tanah runtuh di Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah Madrasah At-Taqwa di Kampung Sungai Gahal, Hulu Langat.










Al-fatihah untuk  mereka yang terkorban dan didoakan mereka yang cedera semoga cepat sembuh.
Yang terselamat, makngoh doakan semoga tabah dan redha dgn ujian ALLAH ini.

Gambar kejadian tanah runtuh di Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah Madrasah At-Taqwa di Kampung Sungai Gahal, Hulu Langat.


wajah-wajah ini paling menyayat hati makngoh :(
semoga ALLAH berikanlah mereka ketenangan dan kebahagian di dunia dan akhirat.
Semoga berjayalah hidup anak-anak ini di dunia dan di akhirat.
Amin. YA ALLAH








semua gambar ini milik akhbar di Malaysia.

p/s : apabila lihat wajah-wajah insan kerdil di atas, suami makngoh kata comel-comel budak-budak ni.

Sabtu, 21 Mei 2011

Kad kahwin Fedtri Yahya dan Nurul Anati Ismail

Hehe, jangan jealous yer makngoh dapat jemputan perkahwinan mereka berdua ini.
Di sini makngoh cuma scan cover kad kahwin mereka je dari sebelah Nurul Anati.

Memang kad mereka simple sangat tanpa sebarang doa, ayat quran, gambar cincin ke, gambar tepak sireh dan lain-lain. Mungkin itu kelainan yang mereka ingin tunjukkan. Mereka bersederhana.


Di page kedua kad kahwin ini tentera satu ayat yang penting buat mereka berdua ini iaitu

"pertemuan di masjid membawa jiwa mendirikan masjid"

Di page seterusnya,

permulaan bicara kad mereka ialah

"kini detiknya menjelma"


Okay, itu sahaja.

Isnin, 16 Mei 2011

Hadiah kerajaan untuk guru sempena Hari Guru 2011

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini, mengumumkan berita baik buat warga pendidik yang akan menikmati lima kaedah kenaikan pangkat berkuat kuasa 1 Jan depan, dalam usaha menambahbaik skim perkhidmatan guru.

Dalam perutusan khas Hari Guru melalui rakaman video yang ditayangkan sempena pelancaran sambutan Hari Guru peringkat kebangsaan Ke-40 di sini, beliau berkata kerajaan telah memutuskan sedemikian kerana menyedari bebanan tugas dan pengorbanan yang telah dibuat para guru.

Pelancaran sambutan Hari Guru bertema "Guru Penjana Transfromasi Pendidikan Negara" itu di rasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga Menteri Pendidikan.
 

Perkhidmatan perguruan adalah satu-satunya perkhidmatan yang diperuntukkan dengan lima kaedah kenaikan pangkat iaitu kenaikan pangkat mengisi kekosongan jawatan, kenaikan pangkat secara Khas Untuk Penyandang (KUP), kenaikan pangkat berdasarkan tempoh perkhidmatan, kenaikan pangkat untuk pengetua atau guru besar cemerlang dan kenaikan pangkat guru cemerlang

Ahad, 15 Mei 2011

Perkahwinan Ahmad Fedtri Yahya dan Nurul Anati Ismail 29 Mei 2011

Nurul Anati Ismail bersama teman sekolah sesi pagi

                          

Kenapa susah nak dapatkan gambar Nurul Anati Ismail? Sebab gadis ini memang tidak suka bergambar dan lebih-lebih lagi sekarang, dia menganggap meletakkan gambar dalam facebook adalah BERDOSA. Tapi makngoh tak pasti bagaimana pula gambarnya dalam friendster yang telah diambil orang dan diletakkan dalam beberapa blog sekarang ini.

Menurut yang makngoh tahu, majlis akad nikah  Nurul Anati Ismail dan Ahmad Fedtri Yahya ini akan berlansung pada malam 28 Mei 2011 dan majlis persandingan pula akan diadakan pada 29 Mei 2011.

Bukan sebab makngoh cikgu, maka makngoh nak memuji sesama cikgu, tetapi bakal isteri Fedtri Yahya ini memang seorang gadis yang lemah lembut, baik hati, suka menolong orang,  tidak suka memburukkan orang, tidak pandai simpan dendam pada orang yang aniaya dia dan mudah memaafkan orang. Gadis ini, seolahnya tidak pandai untuk berfkiran negatif terhadap orang atau dalam erti kata yang lain dia seorang yang bersangka baik dengan semua orang. Mesti ada orang pelik macamana makngoh tahu nih? I know lah!


Petikan dari Harian Metro.

BERBEZA dengan rakan personaliti lainnya, pengantara dan penerbit bersama program bual bicara, Malaysia Hari Ini (MHI), Ahmad Fedtri Yahya, kurang dilimpahi publisiti begitu juga gosip nakal mengenai kisah peribadinya.

Ternyata dalam diam, pengacara yang petah mengendalikan isu-isu semasa menerusi MHI dan sudah lebih enam tahun mengendalikan program itu, akan melangsungkan perkahwinan dengan gadis pilihan hati, akhir bulan ini.
Memilih 29 Mei ini sebagai detik ikatan mahligai di mahligai Nurul Anati Ismail di Pasir Mas, Kelantan manakala 11 Jun pula majlis berlangsung di kampung kelahirannya, Pantai Remis, Perak.

Kesempatan bertemu Fedtri Khamis lalu ketika menghulurkan kad undangan, jejaka berusia 30 tahun itu mengakui, menyemai cinta dengan bakal isterinya yang empat tahun lebih muda daripadanya ketika menjalani penggambaran program Masjid Ke Masjid sekitar November tahun lalu.


                                                    
Graduan Sarjana Muda Komunikasi Massa dari Universiti Sains Malaysia (USM) ini mengharapkan doa dan restu semua pihak bagi melancarkan hasrat murninya.

dijelaskan namun menarik juga dikongsikan bersama. Saya mengenali bakal isteri hanya kira-kira enam bulan lalu secara tidak sengaja ketika baru saja selesai penggambaran program terbitan saya, Masjid Ke Masjid di Masjid At-Taqwa di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur.

“Kami ada majlis makan-makan dan di situ saya terpandang kelibatnya yang turut hadir bersama sekumpulan ustazah dan tetamu lain.

“Lantas apa yang boleh disimpulkan, saya tertarik dan terus terasa sesuatu.

“Terdetik jauh di dalam hati, dia adalah gadis sempurna buat saya. Namun, semua itu hanya satu perasaan dan siapa sangka, perkenalan di situ berlanjutan tapi masih atas dasar sahabat. Mungkin itu yang dikatakan jodoh dan satu perasaan yang berbeza menjentik jiwa.

“Jika ditanya mengapa dia menjadi pilihan, ia tiada satu jawapan konkrit kerana jujurnya, kami tidak pernah melalui satu proses kebiasaan pasangan bercinta.

“Percaya atau tidak, kami berdua tidak pernah keluar berdua-duaan dan sentiasa ditemani rakan lain atau ahli keluarga jika ingin bertemu.

“Malah kami juga jarang sekali berhubung di telefon melainkan ada perkara penting. Selebihnya, proses mengenali hati budi itu hanya berpaksikan komunikasi melalui facebook dan mesej saja. Ia soal perasaan dan rasa percaya dalam hati.

“Saya yakin dia adalah gadis yang tepat buat saya. Selepas saya melakukan sembahyang istikharah beberapa kali, wajahnya juga menjelma dan begitu juga dengan dia.

“Mungkin juga kerana pendedahan dan pergaulan saya bersama teman-teman ustaz sepanjang menerbitkan program Masjid Ke Masjid, mereka banyak mengajar dan menyuluh laluan itu hingga saya benar-benar pasti, ini satu keputusan yang tepat,” katanya.

Kata Fedtri, dia tertarik dengan perwatakan, personaliti dan sikapnya yang menyenangkan dan begitu selesa bersamanya hingga ingin menyuntingnya pada kali kedua pertemuan.

Siapa sangka, Nurul Anati yang juga guru Fizik di sekolah menengah di Kepong, Selangor berjaya menawan hatinya. (pembetulan : Nurul Anati mengajar di SMK Kepong Baru, Kuala Lumpur)

Enggan terus membiarkan ruang peribadinya tersingkap, Fetri yang pernah memberi sentuhan pada lagu Dusta Berkalang dendangan finalis Akademi Nasyid, Aiman, membuka satu perspektif baru dalam sebuah hubungan anak muda sepertinya.

Percaya akan prinsip cinta bukan atas dasar maksiat, Fedtri yang merisik bakal isterinya Februari lalu, ingin melayari nikmat cinta selepas perkahwinan.

“Saya seorang individu yang meninjau hari esok. Mengendalikan program bual bicara yang membicara isu-isu semasa, menganjurkan motivasi dan kini menerbitkan program ilmiah keislaman, Masjid Ke Masjid, membataskan saya untuk mencatur langkah yang mungkin boleh memberi persepsi lain buat saya.

“Reputasi dan pandangan orang adalah satu aspek penting yang perlu diambil serius. Malah teman-teman juga banyak menasihatkan agar menjaga hubungan di peringkat awal lagi supaya perjalanan di kemudian hari lebih terjamin.

“Saya lebih yakin untuk menempuh perasaan bercinta itu selepas kami sah menjadi suami isteri dan ketika itu, segala-galanya halal dan lebih terpelihara. Memang saya akui ia satu langkah besar namun kalau dilihat pada sudut berbeza, ia satu pertaruhan yang berbaloi dan positif,” katanya berseloroh.

Dipetik dari sini

p/s :  Nurul Anati ke yang untung berkahwin dengan Fedtri atau Fedtri yang sebenarnya untung beristerikan Nurul Anati...hehe

Nurul Ain Nordin | Model Islam Separa Bogel

Mula-mula makngoh terbaca di sebuah laman blog yang mengisahkan seorang model muslimah bergambar separa bogel. Kemudian, hari ini Joyah Utusan Malaysia pula bising dalam segmen dia dengan tajuk " Artis kita makin haprak?"

Joyah tak sebutkan nama artis tersebut tetapi gambar separa bogel gadis Islam tersebut ada Joyah letakkan sebagai bukti. Alahai, rupanya keturunan Khan lagi tu budak ini.

Makngoh jumpa biodata artis tersebut seperti di bawah ini. Namanya Nurul Ain. Alahai, nama pun keislaman dan kemelayuan dah.
    sorry yer, gambar separa bogelnya telah makngoh kerat-keratkan.
    Tinggal kepala dia je untuk direnung.
    Asalnya makngoh ada letak biodata artis ini.
    Namun, tidak sampai 24 jam makngoh telah disumpah seranah oleh seseorang.
    Jadi, untuk mereka yang nak tahu biodata artis ni, sila klik
p/s : Joyah oii, baru tahu ke artis kita haprak? Lama dah makngoh tahu.
Tengok gaya berkembam pun dah nampak kehaprakkan mereka itu.
Itu belum lagi yang gambar peluk-peluk, pegang-pegang tu.

Sabtu, 14 Mei 2011

Lagu Tema Hari Guru 2011 : Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara

Anak pun ada maruah

Beberapa minggu lepas, makngoh kenal seorang pelajar lelaki selalu ke meja kawan makngoh meminta pertolongan. Macam serius dan kawan makngoh selalu menolongnya. Apa masalah pelajar tersebut makngoh pun tak tahu.

Petang maghrib Jumaat semalam, kebetulan pula makngoh jumpa pelajar itu sedang makan bersama keluarganya di sebuah restauran. Pelajar tersebut masih berbaju sekolah kerana belajar di sesi petang.

Yang tak sedap didengar, ibu pelajar tersebut membebel tak henti-henti dan memarahinya. Aduh!
Makngoh paling tak suka kalau ada ibubapa yang membebel ketika anak sedang makan.  Kesian pelajar tersebut makan dengan penuh tidak selera. Bapanya pula masam mencuka dan diam membisu dengan seorang lagi adiknya yang mungkin dalam dalam lingkungan darjah 1.

Penat membebel, ibu pelajar tersebut mengerling dan menjeling anaknya macam nak makan. Dia memandang wajah anaknya dengan muka tidak puas hati. Anak tu pula, diam dan makan tanpa menjawab sepatah pun.

Hai...ibubapa sekalian. Janganlah buat begitu kepada anak anda terutamanya di tempat awam. Anak anda pun ada maruah dan harga lebih-lebih lagi pelajar makngoh sudah masuk sekolah menengah. Bayangkan apa perasaan anda sendiri, orang yang memberi anda makan tetapi dalam masa yang sama memarahi anda ketika anda sedang makan? Tergamakkah anda untuk makan makanan yang diberikannya? Begitulah juga dengan anak. Namun, disebabkan mereka tiada tempat bergantung yang lain.mereka cuba bertahan dengan herdikkan dan perbuatan yang walaupun menjatuhkan maruah mereka. KERANA itu juga ada yang tidak tahan hingga lari dari rumah.

Kalau nak marah sangat pun, tunggulah sampai di rumah dulu. Biarlah anak sudah selesai mandi dan solat kemudian tegurlah apa yang tak patut.

Jumaat, 13 Mei 2011

Alhamdulillah : Pendapatan Terumpuk yang ke-lapan

Terima kasih kepada nuffnang yang masih sudi tempelkan BE
di blog makngoh pun walaupun sekarang makngoh tidak begitu aktif update blog

Ahad, 8 Mei 2011

NUTP cadang tugas rekod BMI pelajar dilakukan jururawat

Isu rekod BMI pelajar timbul apabila kementerian pelajaran bising dengan isu pelajar obes dan juga isu nasi lemak yang dijual di kantin sekolah. Tindakan kementerian pelajaran ini menimbulkan 2 persepsi berbeza dan bertentangan dengan saranan dari KPM sendiri.

Mengenai cerita nasi lemak punca pelajar obes, ramai yang tidak setuju termasuklah makngoh sendiri. Terang lagi bersuluh, pelajar sekarang mengalami masalah obesiti disebabkan oleh makanan segera yang dihidangkan oleh ibu bapa di rumah dan di restauran. Bukan salah nasi lemak iaitu makanan yang dimakan sejak zaman nenek moyang lagi.

Lagi hangat pula, guru perlu merekodkan berat dan tinggi pelajar dan mengira BMI pelajar. Makngoh terfikir siapakah yang akan diberi tugasan ini? Macam guru kelas...Namun, KPM juga sepatutnya tahu bahawa BMI pelajar sudah direkodkan sebanyak 2 kali setahun dalam PROGRAM SEGAK Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Jadi, kenapa perlu dipersusahkan lagi guru?

Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) pula mencadangkan agar jururawat pula yang turun ke sekolah secara berkala untuk merekod BMI pelajar. Haha....nanti kita boleh dengar pula reaksi jururawat.

Orang itu, orang ini, pihak itu, pihak ini....tapi sebenarnya nak kuruskan badan pelajar bukan tugas guru dan bukan tugas jururawat. Ambil BMI mungkin bukan satu masalah besar. Apa nak buat selepas BMI diambil? Buat analisis? Berapa salinan? Jangan nanti ada pula E- BMI yang perlu guru data key-in secara online.
Alamatnya, meletuplah komputer guru-guru data. Line internet problem!!!

 Okay, katakan selepas analisis apa lagi tindakan yang harus diambil? Guru hantar keputusan analisis kepada ibubapa dan sarankan makanan apa yang patut dan tidak patut diberi kepada anak mereka? Jika, tiada perubahan dalam BMI pula, adakah nanti, guru akan hantar surat amaran seperti amaran ketidakhadiran tetapi ditukar nama surat amaran BMI 1 hingga ke surat amaran BMI terakhir? Jika tiada juga penurunan berat badan pelajar, adakah pelajar akan dikenakan tindakan buang sekolah? Haha, melampau-lampau imaginasi makngoh. :)

Senang kerja dan senang cerita...sebenarnya KPM boleh bertindak dengan mendidik ibubapa mengenai pemakanan anak-anak masing-masing, jika betul KPM sangat memandang serius isu BMI pelajar. Mungkin bukan nasi lemak yang harus KPM haramkan tetapi KFC, MC'D etc yang perlu diharamkan oleh ibubapa.

Namun, makngoh percaya...ibubapa zaman moden juga menitikberatkan penampilan dan BMI anak masing-masing. Cuma mungkin yang menjadi masalah jika masalah obesiti itu diwarisi. Lagi pula, bagi makngoh pelajar obesiti boleh dikira dengan jari dalam satu-satu kelas. Kadang-kadang, dalam satu kelas, tiada pun pelajar yang obes. Namun masalah yang sering diperkatakan guru dan tidak mendapat perhatian KPM ialah masalah pelajar MALAS!

Labels

~Komen Terbaru~

Get This Recent Comment Widget!