Sudut Test Mouse Kiri

Tinggalkan pesanan anda di sini

Rabu, 24 November 2010

Calon SPM meninggal dunia di sekolah

Takziah kepada keluarga arwah. Dikhabarkan arwah mengadu sesak nafas ketika mendengar taklimat peperiksaan kertas Bahasa Melayu 1 lebih kurang pukul 7.45 pagi 23 November 2010. Arwah telah dibawah ke bilik kesihatan tetapi malangya petugas perubatan mengesahkan arwah telah meninggal dunia. Arwah merupakan pesakit jantung sejak lahir.

Al-fatihah.

kejadian ini berlaku di Ledang, Johor.


Kepada calon lain yang sedang menduduki SPM, makngoh doakan semuanya cemerlang.

Suami kelar leher isteri hingga mati

Suami jenis apa tu?
Isteri pula sedang mengandung.

Dia ingat isteri lembu yang dikorbankan masa raya aidil adha ke?

Semoga lelaki itu insaflah dan terima balasan setimpal dengan dosa yang dia lakukan.

Cemburu tak bertempat.

Berita selanjut di bawah ni yer

JOHOR BAHRU: Hasrat seorang bapa untuk menimang cucu sulung musnah apabila anaknya yang hamil sebulan ditemui mati dengan kesan dikelar pada lehernya di sebuah rumah di Batu 16, Jalan Kastari, Ulu Tiram, di sini, petang kelmarin.

Lebih menyayat hati, pembunuhan kejam Rohana Hamzah, 26, yang didakwa keluarga mangsa sebagai angkara suaminya berlaku pada tahun kelima perkahwinan pasangan berkenaan mendirikan rumah tangga.


Bapa mangsa, Hamzah Mohamad, 51, berkata, dia rebah kerana hatinya hancur sejurus melihat jenazah Rohana tertiarap berlumuran darah di bilik tidur di rumah sewa pasangan berkenaan.

Menurutnya, dia bergegas ke rumah itu selepas menerima panggilan daripada bapa saudara menantunya yang memaklumkan timbul masalah membabitkan pasangan berkenaan, kira-kira jam 2.30 petang.

Bagaimanapun, katanya, dia mula cemas selepas melihat polis dan orang ramai mengerumuni rumah anak perempuannya itu sebelum rebah sejurus melihat jenazah anak ketiganya itu dengan tangan terkilas ke belakang.

“Saya mula rasa ada yang tak kena apabila melihat menantu berusia 24 tahun dalam keadaan bergari dan dibawa polis,” katanya yang ditemui di Hospital Sultan Ismail (HSI), semalam.

Hamzah berkata, kali terakhir dia berjumpa Rohana ketika anaknya itu pulang bercuti seminggu iaitu sebelum Aidiladha lalu di rumahnya di Taman Sri Pulai di Skudai pada 14 November lalu.

“Kali terakhir Rohana menghubungi adiknya pula kira-kira jam 11.15 pagi pada hari kejadian. Dia bertanyakan salinan MyKad miliknya yang tertinggal di rumah kami.

“Bagaimanapun, perbualan singkat itu terhenti dan pada masa sama, adiknya mendengar bunyi bising sebelum talian terputus,” katanya.

Menurutnya, risau dengan keadaan itu, mereka sekali lagi cuba menghubungi Rohana, tetapi panggilan tidak berjawab.

“Kami tahu sangat sikap cemburu dan panas baran suaminya kerana pernah melihat dia memukul Rohana di depan kami.

“Malah, kami juga berat melepaskan Rohana pulang pada malam sebelum kejadian memandangkan dia baru saja dicederakan suami sebelum pulang ke rumah kami,” katanya.

Hamzah berkata, kecederaan itu menyebabkan Rohana dirawat di wad selama tiga hari selain menerima lapan jahitan dan ketika ditanya, arwah anaknya itu mengatakan ia akibat terkena kaca.

Bagaimanapun, keluarga Rohana sangsi dan percaya ia akibat kelaran menggunakan pisau, malah doktor yang merawatnya juga meragui kecederaan itu berpunca daripada kaca.

“Tapi, semuanya sudah ditakdirkan dan sekelip mata bukan saja kehilangan anak tersayang, malah cucu dalam kandungan,” katanya.

Jenazah mangsa dihantar ke HSI untuk dibedah siasat sebelum dituntut keluarga petang semalam dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 10, Skudai.

sumber metro

Selasa, 23 November 2010

Sejadah Corak Kepala Babi

Sejadah corak kepala babi > memang isu yang mengejutkan tetapi bagi makngoh bukan mengemparkan umat Islam Malaysia pun.

Kenapa sejadah yang bercorak kepala babi kita bising sedangkan anak-anak kita sudah biasa melihat kartun-kartun yang direka dengan macam-macam bentu binatang. Bukan setakat anak kecil malah yang dewasa pun gila membeli patung-patung dengan macam-macam bentuk binatang. 

Mungkin sedikit pelik kerana sejadah adalah tempat sujud. Itu sahaja. Benda-benda lain tak apa lah kut? Kan?

Sebenarnya, isu keagamaan sangat sensitif di Malaysia. Sejadah dengan corak babi, menandakan ada pihak cuba menghina Islam kerana mereka tahu Islam mengharamkan babi.

Teringat pula makngoh pada Kasita Bohong , satu id dalam facebook yang mempermainkan agama Islam. Id tersebut, macam tidak puas hati dengan cara Islam di sini. Dia kata orang Islam makan daging lembu depan orang Hindu boleh tetapi kenapa orang Islam marah kalau bukan Islam makan daging babi depan mereka?  Sekarang, id tersebut sudah tidak aktif. Mungkin baru beberapa hari ini id tersebut tidak aktif.

KERANA ITULAH, hidup dalam kelompok berbilang agama ini, kita harus bertolak ansur dan saling memahami. Bukan agama lain sahaja perlu faham agama Islam, tetapi orang Islam juga perlu ambil tahu mengenai agama lain. Barulah kita tahu apa pantang larang mereka juga. Kita kena saling jaga keharmonian yang ada ini.




SEREMBAN: “Niat anak saudara untuk mengerjakan solat terhenti sejurus mendapati corak pada sejadah itu seolah-olah muka dan kepala babi,” kata seorang suri rumah yang hanya mahu dikenali sebagai Mas, 50-an.
Menurutnya, sejadah merah berkenaan dibelinya di sebuah kedai dekat sini yang dijual secara lelong kira-kira enam bulan lalu.
“Saya dan beberapa ahli keluarga membeli-belah di kawasan berkenaan sebelum ternampak jualan lelong di kedai menjual permaidani dan sejadah itu.

“Sejurus memasuki kedai berkenaan, saya teruja apabila mendapati ada sejadah yang dijual dengan harga amat murah iaitu hanya RM10 untuk tiga helai.

“Saya membelinya tanpa melihat lebih teliti setiap sejadah yang diambil,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, minggu lalu anak saudara perempuannya berusia 20-an bertandang ke rumah dan mahu menunaikan solat Asar.

“Saya menyerahkan sejadah itu kepadanya dan terkejut apabila dimaklumkan corak yang tertera menyerupai muka dan kepala babi,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Pengguna Negeri Sembilan (Nesca), Khairuddin Yunus, berkata pihaknya menasihatkan orang ramai supaya lebih berwaspada dengan setiap jualan murah yang kebiasaannya terdiri daripada barangan lama dan kurang berkualiti.

“Malah, lebih buruk apabila terjadi kes begini yang menyentuh sensitiviti umat Islam,” katanya.

Beliau berkata, isu sensitif seumpama itu sesuatu yang ‘panas’ dan ia perlu dielakkan sebaik mungkin demi kepentingan bersama.

“Ini kerana ia membabitkan kesucian dan maruah masyarakat Islam sama ada corak berkenaan sengaja dilakukan atau sebaliknya,” katanya.

Sehubungan itu Khairuddin, menggesa pihak terbabit menjalankan pemantauan di setiap kedai bagi mengelak perkara sama berulang.

Isnin, 22 November 2010

Petua mengubati sihir dan menjauhi sihir | Ayat Al-Quran

Amalan mengubati sihir
Baca tiga surah di bawah ini. Hembus di air. Kemudian, gunalah air itu untuk minum dan mencuci kepala. Lakukan selama 41 hari.
1.  Surah Yunus – Ayat 81 & 82
2.  Surah Al A’araf – Ayat 117 hingga 120
3.  Surah Toha – Ayat 69

Amalan setiap hari untuk menjauhi sihir
1.     Amalkan 3 qul- al falaq, al naas, al ikhlas – setiap satu 3 kali
2.    Al fatihah
3.    Al kursi
4.    Baca berdoa.
5.    Sapu di kepala pada waktu malam dan awal pagi.

Sumber Dr Fatma Al-Zahra

Pengarah Baru Bahagian Pengurusan Sekolah Harian

Mesti anda pelik mengapa makngoh selitkan pengumuman ini di dalam blog makngoh.

Sejak tidak dapat pindah ni, barulah makngoh tahu bahagian yang bertanggungjawab meluluskan atau mengagalkan pertukaran guru adalah
Bahagian Pengurusan Sekolah Harian.

Jadi, makngoh kenalah ambil tahu mereka-mereka yang bertugas di BPSH ini.

  

Tahniah dan selamat bertugas kepada YB Datuk Haji Isa bin Haji Abu

Salam Buatmu...TV2 tadi sangat dipuji

Tahniah TV2 - RTM yang berani memaparkan cerita loghat macam ni.

Salam buatmu adalah drama 100% menggunakan skrip dalam bahasa kelate dan lokasi berlakon pun di Kelantan.

Pelakon-pelakon pula ada pelakon terkenal dan pelakon tempatan. Tak ada error satu pun dalam lakonan mereka ni. Ery Putra pula memang jadilah watak jahatnya tu.

Dengan ketengahkan dikir barat sebagai jalan cerita utama, memang baguslah. Kelihatannya macam RTM bersungguh-sungguh menaikkan populariti dikir barat di Malaysia.

Ahad, 21 November 2010

Penggunaan tambahan Basmallah, Al-Kursi dan Al-Fatihah

Makngoh lupa dah sumber rujukan artikel di bawah ini. Mungkin juga dari laman web. Makngoh simpan artikel ini semasa makngoh bergelar pelajar. Sudah bertahun lamanya.

Mungkin ada mereka yang berminat untuk mengetahui hikmah-hikmah lain pembacaan bismillah, al-kursi dan al-fatihah.

  1. Seseorang yang membaca Bismillah sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, akan aman daripada gangguan syaitan, kecurian, maut yang mendadak dan bala.
  2. Sementara pasangan yang membacanya ketika hendak berjimak, akan melahirkan anak yang soleh dan bagi ibu bapanya kebajikan sejumlah tarikan nafas anak itu.
  3. Membaca 41 kali Bismillah ke telinga orang yang pengsan, insya Allah dia akan segera sedar.
  4. Membaca 313 kali Bismillah serta 100 kali selawat ke atas Nabi SAW pada waktu pagi hari Ahad sewaktu matahari terbit dengan menghadap kiblat, insya Allah akan mendapat rezeki yang tidak terduga.
  5. Bagi ibu bapa yang mempunyai anak yang bebal, eloklah dibaca Bismillah sebanyak 786 kali, kemudian ditiupkan pada air lalu diberi minum anak itu selama tujuh hari pada saat matahari terbit, insya Allah lenyaplah kebebebalannya. Perkara yang sama juga dilakukan kepada adik-beradik, suami, isteri atau sesiapa yang dimaksudkan.
  6. Sesiapa yang membaca 50 kali Bismillah di hadapan orang orang zalim, akan tunduk dan takutlah orang zalim itu.
  7. Bagi perempuan yang hamil, tulislah 61 kali kalimah Bismillah hingga akhirnya dengan huruf Arab di atas kertas putih lalu sisipkannya ke perut wanita itu, insya Allah hidup anak yang dikandung itu.
  8. Mereka yang berniaga, bacalah 786 kali di hadapan dagangannya lalu dihembuskan selama tujuh hari. Insya Allah dengan izin Allah akan majulah perniagaannya.
  9. Al Fatihah
·         41 kali di antara solat sunat –permintaan akan ditunaikan, sembuh dari penyakit dan dikasihi.
·         20 kali selepas solat fardu- limpahkan rezeki, doa akan dimakbulkan

  1. Ayat Kursi
·         Selepas solat fardu 1x –terlepas dari ganguan syaitan.
·         Sebelum tidur 1x- terselamat dari kecurian dan,syaitan.
·         Selepas wudhu- naik 40x darjat.

Diharapkan ada kebaikan dengan perkongsian artikel ini. InsyaALLAH

Ramalan Cuaca di Sandakan seminggu ini

Hujan



Sibuk buat SKT, hilang mood tak berblog

Hari persekolahan dah tamat tapi makngoh belum boleh balik semenanjung lagi sebab ada beberapa kerja lagi yang belum settle.

Dua tiga hari ini makngoh sibuk menyiapkan SKT (sasaran kerja tahunan). Malam tadi, SKT dah siap tetapi justifikasi tugas belum lagi dibuat. Bangun pagi tadi, mengadap laptop tapi asyik main facebook dan tengok tv jer. Tak terbuat juga justifikasi.

Ekeke. Yang penting, esok atau lusa, SKT dan justifikasi tugas perlu siap dan dihantar kepada PK 1.

Sandakan hujan dan mendung je hari ni menyebabkan makngoh pun tiada mood rajin la. Mood malas je ni.


Kalau anda perasan, blog ni pun makngoh jarang-jarang update dah sekarang ni. Update sekali sehari dan kadang-kadang sehari pun tak update.

Hai, mood oh mood hilang sudah dibawa angin Laut China Selatan hingga ke Gunung Kinabalu.

Sabtu, 20 November 2010

Oh, cikgu Nora ! Tak suka la, guna id CIKGU tapi letak gambar seksi


SMK Khir Johari nama tempat bertugas.

Mungkin tuan punya badan

atau

hanya lelaki yang menyamar

Khamis, 18 November 2010

Makngoh tepuk dahi berkali-kali



Kemalangan ngeri | Penumpang hancur berkecai di jalan raya

Fuh, memang ngeri kalau nak dibayangkan bagaimana penumpang-penumpang boleh hancur berkecai. Lepas tu, "cecair-cecair" dari penumpang itu
meleleh-leleh di jalan raya.

Sayangnya, kemalangan ini tidak dihebohkan di negara kita walhal memang berlaku. Jadi, siapakah yang harus dipersalahkan. Fuh, kalau kes kemalangan,
terus cari siapa yang bersalah. Ekekeke.

Berita dan media memang menganaktirikan kes-kes kemalangan macam ni.
Lagipun, kemalangan ini berlaku di negeri pantai timur.

Makngoh pun tak faham mengapa mereka tidak buat liputan mengenai kemalangan sebegini sedangkan penumpang-penumpang kemalangan ini parah teruk.

Hancur...hancur...hancur... Yang tak hancur tu baguslah.
 Selamat geng-geng peniaga dan peternak.








Nak tengok gambarnya?






Makngoh cuma ada sekeping jer gambar kemalangan tu.








Tengoklah

Adoi, tak faham eh. Malas dah nak fikir

Makngoh malas fikir dah. Lagipun memang sekarang ni emosi makngoh tak berapa nak stabil dek kerana tak dapat bertukar ke semenanjung nih.
Jadi, bara jangan disiram dengan minyak petrol, nanti kang meletop.

Kepada sesiapa yang emosinya stabil, tolonglah fikirkan masalah di bawah ini.
Makngoh tak faham sampai sudah nih.

Rabu, 17 November 2010

Gambar sekitar pertunangan Mizz Nina dengan Noh Hujan












Uncleseekers Akan Dedah Lagi Kisah 'Cintanya' Dengan Bekas Permaisuri

Biarkan Aishah berkahwin dengan lelaki dicintainya

Satu negara gempar apabila foto-foto intim membabitkan bekas Permaisuri Agung, Cik Puan Besar Siti Aishah Abdul Rahman tersebar di laman blog milik bekas penerbit rancangan Seekers, Syed Abdullah Syed Hussein Al-Attas.

Di dalam blog http://www.uncleseekers.blogspot.com/ itu, Syed Abdullah atau lebih popular dengan panggilan Uncle Seekers memaparkan gambar-gambar yang didakwa bukti kemesraan 'percintaan' di antara mereka.

Ketika dihubungi mStar Online, Syed Abdullah menegaskan, pendedahan sebanyak enam bahagian itu tidak akan terhenti di situ.

"Kisah itu tidak akan terhenti disitu. Ada banyak lagi yang ingin saya kongsi bersama masyarakat," katanya di sini, Selasa.

Syed Abdullah merupakan ketua kumpulan Seekers yang sebelum ini popular sebagai pengkaji fenomena aneh dan paranormal.

Pada 20 Oktober 2006, dia pernah direman selama tiga hari selepas diperintahkan Mahkamah Majistret Kuala Lumpur untuk membantu siasatan setelah dikatakan menyamar sebagai anggota polis.

Majistret Manira Mohd. Nor mengeluarkan perintah terhadap Syed Abdullah, 46, yang lebih dikenali sebagai Uncle Seekers supaya ditahan untuk disiasat di bawah Seksyen 170 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, ditanya tujuan sebenar dia menghebahkan hubungan 'cintanya' bersama
Siti Aishah, Syed Abdullah memberitahu, tujuan sebenar dia berbuat demikian adalah untuk menyedarkan pihak tertentu bahawa bekas permaisuri itu perlukan kebebasan dan tidak perlu dikongkong.

"Berikan dia (Aishah) kebebasan dan jangan halang dia untuk berkahwin dengan lelaki yang disukainya," katanya.

Tidak gentar dengan segala ugutan yang diterima, diaberkata, apa yang dilakukannya adalah berdasarkan bukti kukuh.


Katanya, walaupun pernah diugut oleh pihak tertentu, dia tekad untuk mendedahkan mengenai perkara itu untuk pengetahuan umum.

"Buat apa saya perlu takut. Saya berkata benar," ujarnya.
Syed Abdullah juga bersedia sekiranya dia dipanggil oleh pihak berkuasa bagi menjelaskan perkara sebenar mengenai pendedahan beraninya itu.
Dalam pada itu dia mendakwa tidak pernah cintakan Siti Aishah namun tidak menafikan pernah bercinta dengannya.

Malah dia mengelarkan percintaan itu lebih kepada cinta amanah daripada Siti Aishah dan tidak menafikan percintaan mereka hanya berlangsung selama dua bulan bermula Mei lalu seperti yang didakwa di dalam blognya.

"Bagaimanapun, cinta antara saya bukanlah cinta dalam erti kata sebenar. Atas dasar itu juga saya menggelarnya 'cinta syyhh'," jelasnya.

Sementara itu, Syed Abdullah juga mengakui sebelum pendedahan itu dibuat, hubungan 'cinta' mereka hanya diketahui oleh ibu kepada Aishah, Datin Seri Shamshina A. Rahman dan ahli kumpulan Seekers.

Bercerita lanjut mengenai perkenalan mereka, dia memberitahu mengenali Siiti Aishah pada Januari lalu apabila bekas permaisuri itu dan keluarganya mengunjungi rumah keluarganya di Janda Baik, Pahang.

Bagaimanapun, dia memberitahu dia dan Aishah tidak lagi berhubung antara satu sama lain sejak Julai lalu.

sumber dari mstar.

tanda tanya : dia sudah tak bercinta dengan aishah, jadi mengapa dia hebohkan cinta syhh nya itu? apa motif?

Bercerai angkara orang ketiga, boleh saman orang ketiga

Isu perceraian yang menjadi topik hangat ketika ini 'semakin menarik' apabila seorang pengamal undang-undang memberi tips kepada isteri-isteri teraniaya mengenai cara berdepan perampas suami mereka.

Peguam berkenaan, Datuk Kamilia Ibrahim berkata, isteri yang diceraikan disebabkan suami mereka digoda orang ketiga boleh menyaman wanita yang menjadi punca penceraian rumah tangga mereka.

Beliau yang juga Naib Ketua Wanita UMNO memberitahu, satu pasukan peguam syarie boleh dibentuk bagi membantu isteri yang teraniaya akibat cinta suami beralih arah.
Menurutnya, terdapat peruntukan undang-undang di bawah Enakmen Pentadbiran Keluarga Islam yang membolehkan seseorang itu didakwa kerana cuba memecahbelahkan perkahwinan orang lain.

Tambah beliau, tidak ramai wanita Melayu yang menyedari peruntukan itu dan pihaknya bersedia akan membantu mereka mendapatkan khidmat nasihat jika mereka berasa teraniaya apabila ditinggalkan suami ekoran gangguan pihak ketiga.

"Malah di bawah undang-undang sivil pun ada peruntukan ini, sebagai contoh kes model dan pengacara, Daphne Iking yang mana bekas suaminya menyaman seorang ahli perniagaan kerana memikat isterinya," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Kamilia berkata, kes-kes saman seumpama itu perlu dimulakan supaya masyarakat dapat disedarkan bahawa adalah suatu kesalahan meruntuhkan ikatan pasangan yang berkahwin.

Justeru, tegas beliau, pihak ketiga yang menjadi punca penceraian itu perlu diheret ke
mahkamah dan disaman kerana menyebabkan seseorang isteri yang enggan bercerai tetap diceraikan oleh suaminya.

Sementara itu, mengulas mengenai trend penceraian terutama dalam tempoh 10 tahun pertama perkahwinan, Kamilia mencadangkan kepada Jabatan Agama Islam Negeri agar menganjurkan kursus untuk pasangan yang sudah berkahwin untuk tempoh setiap lima tahun.

"Janganlah semasa hendak berkahwin saja kita adakan kursus, sebab dalam tempoh lima tahun perkahwinan, 10 tahun, 15 tahun, 20 tahun dan seterusnya ada ujiannya yang tersendiri.

"Dengan cara ini, saya percaya banyak perkahwinan yang dapat diselamatkan kerana mereka akan mendapat bimbingan dan khidmat nasihat daripada pakar-pakar yang arif tentang asam garam rumah tangga," katanya.

Selain itu, kata Kamilia, pasangan suami isteri perlu bijak menggunakan Internet tanpa menjadikan laman sosial seperti Facebook untuk meluahkan perasaan terhadap kekurangan pasangan masing-masing kepada orang lain.

"Jika seorang isteri menceritakan keburukan suaminya kepada lelaki lain dan lelaki itu mengambil kesempatan menggoda dia, sudah tentu akan berlaku masalah dalam perkahwinan mereka, begitu juga sebaliknya," katanya.

Sumber : Utusan

Kesepian beraya di tempat orang

memang sepi dan amat menyedihkan ...




SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA
KEPADA SEMUA UMAT ISLAM


SEMOGA ALLAH MEMBALAS PENGORBANAN
 IKHLAS DENGAN PAHALA
BERLIPAT GANDA DI AKHIRAT NANTI

Isnin, 15 November 2010

Makngoh frust nuging nyor | kena belajar terima kekalahan dan kegagalan

Keputusan pada hari ini, keputusan kedua terbesar dalam hidup makngoh di mana makngoh telah merasakan diri telah KALAH.

Namun KALAH makngoh bukan bermakna makngoh dah berputus asa. Hanya ibarat membuka satu helai kertas di mana kita mengharapkan ianya positif tetapi sayangnya dia negatif dan terlalu sukar untuk dibetulkan.

Permohonan makngoh berpindah ke Kelantan TIDAK DILULUSKAN.

Kecewa sangat-sangat memandang ini adalah permohonan makngoh yang kedua, makngoh sudah menetap di Sabah 4 tahun dan alasan makngoh mengikut suami.

Mungkin ada hikmah disebaliknya. Makngoh akan terus berusaha dan mencuba lagi. Makngoh datang ke Sabah, dengan permohonan sendiri tetapi permohonan sendiri untuk pulang dari Sabah, AMATLAH sukar dan memberi tekanan sedikit sebanyak. 

Makngoh akan cuba buat rayuan pula. Tetapi, kalau tidak boleh juga. terpaksalah berkhidmatlah lagi di bumi Sabah dan cuba ikhlaskan hati yang telah jauh dari angin Sabah ini.

p/s : keputusan pertama yang makngoh rasa telah KALAH adalah apabila cek result PTK. Sangat mendukacitakan hinggakan makngoh tak daftar untuk PTK seterusnya. Mujur sekarang PTK mansuh, tetapi tak tahu lagi saudara-saudara PTK yang lain pula bakal muncul.

Sukan Asia Guangzhou | Keputusan Malaysia Lawan Iran 15 November 2010

Malaysia 1 - Iran 3

Walaupun kalah, makngoh tetap nak puji dan nak ucapkan tahniah kepada pemain-pemain Malaysia. Berjuanglah Malaysia selagi kita berpeluang.

Tahniah dan terima kasih kepada Shahrul Idlan Talaha yang menyumbangkan gol tunggal Malaysia dalam perlawanan ini. Alhamdulillah.

STATISTIK PERTUKARAN GURU E-GTUKAR ANTARA NEGERI BAGI SESI JAN 2011

SEKOLAH RENDAH



SEKOLAH MENENGAH

 

KLIK gambar untuk tumbesaran mengikut titik fokus mata anda.

D dapati, permohonan kemasukan paling tinggi adalah ke negeri Kelantan dan termasuklah makngoh yang memohon ke negeri kelahiran makngoh tu.
Saat ini, masih belum lagi makngoh boleh akses result perpindahan.

Seramai 794 orang guru sekolah menengah memohon keluar
 dari Sabah termasuklah makngoh.

Semoga permohonan makngoh diluluskan. Amin Ya ALLAH.

sumber dari : KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA 2010

Ahad, 14 November 2010

Kasita Bohong memang pembohong





Berwaspadalah dengan KASITA BOHONG, dia bukanlah seorang Islam tetapi hanya berpura-pura sebagai Islam. Dia banyak memutar belitkan dan merubah ayat-ayat Al-Quran. Dia juga merupakan ahli yang aktif memesongkan orang-orang Islam dan menurut sumber, dia juga telah berjaya membuatkan beberapa orang Islam murtad ...

JOM! Tindakan permulaan, kita sama-sama CLIK REPORT, mudah-mudahan usaha kita ini dapat menghalang dia daripada mempergaruhi orang-orang Islam yang lain ...

Sumber tanpa edit dari sini

Kadar pengangguran Kelantan terendah, Sabah tertinggi


Isu ini telah dahulunya dikupas oleh blogger 'http://amkns.blogspot.com/'..menurutnya..

"Percaya atau tidak Laporan Kadar Pengangguran mengikut negeri di Malaysia untuk suku tahun pertama 2009 mencatatkan bahawa kadar pengangguran di Kelantan ialah yang terendah di Malaysia iaitu sebanyak hanya 2.2%, manakala yang tertinggi ialah di Sabah iaitu 6.1% iaitu ke 14 tertinggi di Malaysia.

Sementara itu untuk Negeri Sembilan kadar penganggurannya ialah ke 11 tertinggi di Malaysia , iaitu sebanyak 4.4%.

Sabtu, 13 November 2010

Sukan Asia Guangzhou | Rumusan perkembangan keputusan sehingga 13 November 2010

Chong Wei tewas

Harapan skuad badminton lelaki negara untuk pulang dengan sebarang pingat Sukan Asia XVI di Guangzhou lebur apabila dikejutkan Thailand 2-3 dalam perlawanan suku akhir di Gimnasium Tianhe, hari ini.

Malah skuad yang diketuai pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei tewas 21-9, 10-21, 19-21 dalam perseorangan pertama kepada Boonsak Ponsana.

Bagaimanapun skuad wanita negara mara ke suku akhir dan masih memburu pingat setelah menundukkan Hong Kong 3-1 juga dalam pusingan pertama di gelanggang sama.
Mereka menentang Korea Selatan, 7.30 malam ini.

Bola sepak Malaysia VS China| tewas

Malaysia dikalahkan 0-3 dengan China. Semasa makngoh tengok perlawanan tadi, pengadil perlawanan sangatlah tidak adil di alam semesta ini. Tidak pernah lagi jumpa pengadil yang tidak adil begitu sekali. Kasihan pemain-pemain kita yang bermati-matian berjuang dan dilemahkan secara psikologi dengan layangan kad merah dan kad kuning. Hampeh punya pengadil!!! Tak suka sangat-sangat. Kita hanya bermain dengan 8 pemain sahaja - penjaga gol = 7 pemain sebab 3 pemain kena kad merah.

Namun kita tetap mara ke pusingan kedua selaku salah satu daripada empat pasukan yang menduduki tangga ketiga terbaik kumpulan.
Acara tembak-tembak ditembak menembak

Penembak negara, Nur Suryani Mohd Taibi membawa aura keceriaan itu ke temasya Sukan Asia Guangzhou.

Walaupun tidak membawa pulang pingat emas, beliau sudah cukup gembira apabila dapat meraih pingat gangsa acara 10m Air Rifle individu wanita.

Acara renang berenang

Perenang negara, Daniel Bego mara ke pusingan akhir acara 200m kuak kupu-kupu lelaki pada temasya Sukan Asia ke-16 di sini.

Pada saringan acara berkenaan yang berlangsung di Pusat Akuatik Aoti pagi ini, Daniel menduduki tempat ketujuh keseluruhan dengan catatan masa 2 minit 1.52 saat untuk layak ke pusingan akhir yang berlangsung pada sebelah petang.

Sementara itu, seorang lagi perenang negara dalam acara yang sama, Kevin Lim hanya menduduki tempat ke-16 dengan catatan masa 2:08:59s.

Dalam acara lain yang berlangsung di Pusat Akuatik Aoti, Christina Loh mencipta rekod baru kebangsaan dalam acara 50m kuak dada wanita dengan catatan masa 33.22 saat, memperbaiki catatan masa terbaik beliau sebelum ini 33.42 saat.

Pada saringan acara berkenaan, Christina hanya mampu berada di tempat ke-11, manakala seorang lagi perenang negara, Erika Kong di tempat ke-13 dengan catatan masa 33.74 saat. – Bernama.

Khamis, 11 November 2010

Fazley didakwa memiliki PHD palsu.

Semalam lagi berita mengenai Fazley dan kontroversi berkaitan PHDnya. Keliru juga makngoh dan macam-macam juga persoalan makngoh nih.

Dua persoalan yang penting adalah -:

Adakah universiti tempat Fazley belajar itu palsu?
Adakah PHD itu dibeli?

Tambahan
untuk pelajar dan bakal pelajar atau sesiapa yang berminat untuk mengetahui samaada ijazah anda diiktiraf oleh kerajaan Malaysia atau tidak, anda boleh klik link di bawah dan isikan maklumat yang diminta.

 http://pengiktirafan.jpa.gov.my/



Petikan berita.

Penyanyi yang popular dengan lagu Asmara Ini, Fazley Yaakob bertindak melepaskan jawatannya sebagai Pengarah Eksekutif di Kolej Antarabangsa Fazley (FIC) kelmarin ekoran kontroversi berkaitan kelayakan akademiknya yang dipertikaikan.

Menurut Fazley, peletakan jawatan yang berkuat kuasa kelmarin itu dibuat sebagai langkah untuk memelihara dan menjaga reputasi FIC yang ketika ini sedang mengukuhkan nama di kalangan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di negara ini.

“Selain atas kerelaan diri, pengunduran daripada pentadbiran FIC juga merupakan atas nasihat dan perbincangan yang diadakan bersama lembaga pengarah FIC serta penasihat undang-undang,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Perbadanan Penyiaran British (BBC) dalam program Week In Week Out: University Challenged kelmarin mendakwa Fazley memiliki ijazah doktor falsafah (Ph.D) palsu dan kini mengendalikan kolej yang menawarkan kursus sarjana muda dengan kerjasama University of Wales.

Dalam program itu, Fazley dituduh memiliki kelulusan tersebut dari sebuah universiti palsu iaitu European Business School iaitu sebuah universiti antarabangsa Irish yang didedahkan BBC sebagai palsu pada tahun 2008.

Ekoran laporan program itu, pihak University of Wales di United Kingdom menggantung hubungannya dengan FIC sehingga satu siasatan berhubung status Fazley selesai dijalankan.

Senarai ringkas harga Proton Inspira

Inspira 1.8 liter RM78,999 (manual)

Inspira 1.8 liter CVT RM84,999

Inspira 2.0 liter CVT RM91,999

Gambar lain proton Inspira di sini

DJ Radio Musik tidak buat homework terlebih dahulu.

Awal pagi tadi (11/11/2010) dalam pukul 6.01am makngoh bertolak ke sekolah ditemani radio musik yang dikendalikan oleh dua orang dj.

Dalam pukul 6.06 am, makngoh dengar makluman dari salah seorang dj. Dj tersebut memaklumkan RTM akan mengadakan siaran secara langsung perlawanan Malaysia dan Jepun tepat pada pukul 3.50 petang ini.

Makngoh TERpelik sendirian.  Siaran secara langsung? Jadi berapa kali Malaysia VS Japan sedangkan semalam makngoh sudah tengok perlawanan tersebut di Astro Arena secara langsung dan makngoh dah update pun keputusan perlawanan tersebut sebaik sahaja perlawanan tu tamat semalam.

Kemudian, dalam pukul 6.15 am, baru dj tersebut buat pembetulan. Katanya, perlawanan tersebut telahpun berlangsung semalam dan Malaysia telah kalah 2-0 terhadap Jepun. Haha,,, lambat eh dj-dj ini dapat maklumat macam tinggal di pendalaman je.

Dj perempuan tu tanya pulak, jadi bila pula perlawanan seterusnya Malaysia ni? Dj lelaki itu jawab mungkin beberapa hari lagi. Lor, tak tahu jugak? Isk...isk. Dah duduk mengadap komputer berinternet, takkanlah maklumat sebegitu tak boleh goole sekejab.

p/s : Kalau tak tahu, baik jangan terus beritahu. Buat malu je sehingga menampakkan mereka tak buat homework terlebih dahulu sebelum menyampaikan maklumat. Lawan China nanti, RTM ada buat siaran langsung ker?

Rabu, 10 November 2010

Sukan Asia Guangzhou | Keputusan Malaysia Lawan Jepun 10 November 2010

Sedih dengan keputusan ini

MALAYSIA 0 - 2 JEPUN 

Diakui Jepun adalah pasukan yang kuat dan makngoh melihat kerdilnya Malaysia apabila bermain dengan pasukan gergasi tersebut. Namun makngoh lihat pasukan Malaysia telah cuba sedaya (tetapi tiadaupaya).

Pengulas Astro 801 pun ada membebel melihat gerak laku pemain-pemain Malaysia. Mungkin juga, pemain kita tiada keserasian dan kerjasama.  Kadang-kadang ada segelintir mereka hanya menjadi pemerhati dan tidak mampu menghalang. Lemah  dan longgar pada pertahanan dan sangat lemah pada jentera serangan.

K. Rajagopal tidak bersalah di atas kekalahan ini dan pemain kita juga tidak bersalah. Bola sepak negara kita belum cukup maju dengan skill dan trick yang hebat seperti Jepun. 

MALAYSIA BOLEH !

Sabtu ini Malaysia lawan China. China telah dikalahkan oleh Jepun dengan 3-0.
Nasib baik kalah 2-0 sahaja. China kalah 3-0 di tempat sendiri.
Jepun tangga ke-30, Malaysia tangga ke- 139, jadi kalah 2-0, bukalah sangat memalukan.

 
Abg Gemuk, orang jepun yang pandai cakap melayu mengutuk pasukan Malaysia

Selasa, 9 November 2010

Kaedah yang paling baguss untuk elak pelajar meniru semasa peperiksaan



Rasanya bukan  di Malaysia nih!

Sedikit perkara negatif yang sempat dipelajari di Sabah

  1. Kalau ada kesilapan atau kesalahan orang lain, elok kita diamkan sahaja. Terutamanya kesalahan yang dibuat oleh orang atasan kerana kesalahan mereka itu kelihatan seperti perkara betul. Jadi, jika kita bersuara untuk menegur, kita sebenarnya mencari masalah sendiri sahaja. Teguran kita akan menjadi kesalahan dan kesalahan mereka itu tiba-tiba tertutup kemas.
  2. Selagi kita bergelar junior dan selagi ada orang senior, janganlah sesekali memberi idea, pendapat mahupun tunjukkan pendirian kita. Silap-silap haribulan, kita dituduh memandai-mandai padahal tiada pengalaman pun. Kerana itu, ramai junior berdiam diri apabila bermesyuarat. Terlalu banyak memberi pendapat memang orang tak suka tetapi jika beri satu pendapat pun, orang dah anggap berlagak hebat.
  3. Kritik, kutuk dan kritik. Itulah yang orang pandai. Tidak kira samaada tindakan atau cadangan itu bagus ke tidak  yang penting perlu kritik dan kutuk. Permulaan ayat kritik yang biasa adalah "sepatutnya kau kena buat bla...bla bla" ..."eloknya kau kena buat bla bla bla..." Terlalu merasa diri hebat hingga semua cadangan dan tindakan orang lain mahu dibaikinya.

Hospital Segamat cuai, terberi darah HIV kepada kanak-kanak 3 tahun

Kini, kanak-kanak malang tersebut sudah berumur 14 tahun dan disahkan mengidap AIDS.

Berita penuh dari Kosmo

Penderitaan seorang remaja yang dijangkiti virus HIV sejak 11 tahun lalu gara-gara kecuaian kakitangan Hospital Segamat, Johor semasa melakukan pemindahan darah ke atasnya berterusan setelah dia kini disahkan menghidap AIDS.

Remaja lelaki berusia 14 tahun itu dikesan menghidap AIDS sejak empat bulan lalu.

Dia dijangkiti virus HIV ketika mendapatkan rawatan di Hospital Segamat sewaktu diserang penyakit kuning ketika umurnya tiga tahun.

Pengerusi Biro Aduan Komuniti UMNO, Datuk Muhd. Khairun Aseh berkata, pemindahan darah tersebut dilakukan tanpa mendapat sebarang persetujuan daripada keluarga remaja itu.

"Pihak hospital mengakui kesilapan yang mereka lakukan dan memberi pampasan sebanyak RM100,000 bagi meringankan beban pesakit. Bagaimanapun, ia jumlah yang amat kecil dan dianggap tidak berpatutan dengan kesalahan yang mereka lakukan.

"Lebih malang, remaja itu sekarang hidup menderita apabila disahkan menghidap AIDS oleh pihak Hospital Kuala Lumpur (HKL) kerana sel darah putihnya semakin berkurangan," katanya di pejabat Biro Aduan Komuniti UMNO di sini semalam.

Menurutnya, remaja tersebut kini terpaksa menjalani rawatan yang terperinci di HKL akibat implikasi penyakit berbahaya tersebut kerana terdapat jangkitan kuman pada limpanya.

p/s : makngoh bersimpati dengan nasib remaja tu dan keluarganya. Redhalah dengan ujian Allah ini dan semoga syurgalah tempat remaja itu di akhirat kelak. Aminnn Ya Allah.

Surat Tijah putus cinta dengan boyfren " mat saleh"

Isnin, 8 November 2010

Pencarian 100 Pasangan Kahwin Perdana 2010 | Mas Kahwin disediakan



Nah, apa lagi. Inilah peluang kepada mereka-mereka di Kelantan untuk berkahwin. Sesungguhnya berkahwin itu sunnah Rasulullah dan tak perlu disusahkan dan disulitkan perkahwinan itu.

Mas kahwin dan kenduri kahwin disediakan.

Hanya untuk perkahwinan tunggal sahaja. Lelaki nak kahwin lagi sorang TIDAK BOLEH. Tetapi duda dibenarkan.

Bagus, program macam nih boleh menjauhkan zina. InsyaALLAH.

Tarikh akhir adalah sehingga 15 November 2010 sahaja.

Orang asal kalau tak silap makngoh bermaksud orang asli.

p/s : opss, ini bukan program meraih undi. Maklumlah pilihanraya Dun Galas dah selesai.

Makluman KPM | Cuti Tambahan Sempena Sambutan Hari Raya Aidil Adha 1431H

Di bawah ini adalah surat pemberitahuan mengenai
 Cuti Tambahan Sempena Sambutan Hari Raya Aidil Adha 1431H

Jadi, makngoh harap surat ini boleh dijadikan rujukan untuk mana-mana guru yang berminat TETAPI sebenarnya surat ini telah pun berada di pejabat
 sekolah masing-masing.

Sekolah makngoh hanya cuti sehari sahaja untuk Hari Raya Haji.
Esoknya kami bersekolah seperti biasa dan kami ada buat majlis korban.
Tiga ekor lembu akan ditumbangkan.

Inilah kali pertama makngoh beraya di Sabah. Dengar cerita, sambutan Raya Haji di sini juga meriah terutamanya di kampung-kampung yang majoriti orang Islam.


 

Klik di sini untuk download surat pemberitahun di atas

p/s : raya haji ini adalah raya pertama makngoh bergelar isteri tetapi sayangnya, masing-masing raya sendiri juga. Suami di semenanjung, makngoh di sini. Isk...isk

Datuk Zaid Ibrahim tarik diri | Letak jawatan serta merta dalam PKR

Zaid tarik diri tanding timbalan, letak semua jawatan

2010/11/08

KUALA LUMPUR: Calon Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim mengumumkan menarik diri daripada bertanding jawatan berkenaan serta meletakkan semua jawatannya dalam PKR.

Zaid yang juga Pengerusi Perhubungan PKR Wilayah Persekutuan berkata, beliau tersilap apabila menawarkan diri bertanding kerana menganggap PKR boleh membawa politik yang progresif, mengembangkan demokrasi dan meningkatkan ketelusan.

“Saya tawar diri menyertai parti ini atas kepercayaan saya boleh membawa politik progresif; memupuk dan memperkembangkan demokrasi dan ketelusan di negara ini. Saya sebenarnya silap,” katanya dalam satu kenyataan.

Zaid mendakwa, sepanjang pemilihan PKR, kepimpinan parti itu secara aktif membiarkan salah laku dan penipuan berleluasa dengan tujuan mencapai objektif tertentu.

"Saya mengambil keputusan ini kerana tidak ada usaha oleh kepimpinan parti untuk menangani manipulasi dan amalan tidak adil dalam pemilihan itu meskipun ia telah berulang-kali ditimbulkan,” katanya.

Sebelum ini, Zaid pernah menjawat jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri tetapi meletakkan jawatan dan meninggalkan UMNO.
Zaid berkata, beliau akan terus komoted dalam barisan pembangkang dan akan terus menyuarakan pandangannya mengenai isu membabitkan kepentingan rakyat.

"Akhirnya, saya berharap kepada penyokong Anwar Ibrahim (Datuk Seri Anwar Ibrahim), janganlah lagi saya dianggap "pengacau" dalam menghalang perarakan mereka untuk ke Putrajaya. Saya ucapkan mereka berjaya," katanya.

p/s : sedih bila Anwar ibrahim mengutuk Malaysia di Indonesia dan rakyat indon menertawakan Malaysia dengan penyataan Anwar Ibrahim tu. baca di sini 

Pencen dibayar mulai 9 November 2010 (Selasa)

Pencen dibayar esok sempena Hari Raya Haji

2010/11/08

KUALA LUMPUR: Bayaran pencen akan dikeluarkan mulai esok (9/11/2010) sempena sambutan Hari Raya Haji.

Menurut Jabatan Perkhidmatan Awam, waran pencen yang bertarikh antara 10 hingga 30 November boleh ditunaikan mulai esok. - BERNAMA

Oh, inilah ayat sebenar status facebook Erra Fazira yang kutuk Kelate



Semalam makngoh buat entri bertajuk Erra Fazira kutuk penyokong bola Kelantan? 
Dalam entri tu, makngoh tak tahu ayat sebenar. Inilah ayat sebenarnya untuk mereka yang mencari-mencarinya.

Facebook yang wartawan Utusan sebut tu pun memang tiada tetapi facebook seirasnya memang ada. Makngoh pun join group tu sebab nak tahu cerita sebenar. Makngoh meme kepoh kalau isu kelate nih. sori ler erra.

Disebabkan Erra dah bersungguh-sungguh minta maaf, so...harap tak berulang lagi perkara ini.


Cuba tengok fasha sadha... menyokong kumpulan merah

p/s : sori. nak off komen untuk entri ini. Read only, cannot comment lol !!!

Ahad, 7 November 2010

Erra Fazira kutuk penyokong bola Kelantan?

                           

Status facebook ERRA FAZIRA pada malam Piala Malaysia -:
 "Terus balik rumah, sebelum ada yang terbakar. Tetapi rupanya Kelantan menang, jadi tak adalah yang terbakar." 

Makngoh baru tahu cerita ini, kalau tidak, dah lama dah makngoh  post entri ini. Dalam maklumbalas Erra Fazira, kononnya status FBnya itu hanyalah gurauan semata-mata. Oh, patutlah Pak Nil pun ada buat entri, beralas bila berkata dalam kolumnya di Metro. Ewah...ewah. Memang tepatlah Pak Nil.

Mana makngoh dapat cerita ini. Bukan dari Kelate.net walaupun Erra Fazira bercerita mengenai penyokong Kelantan tetapi dari Utusan Online.  Hai, Utusan pun satu hal, dari cerita yang orang tak tahu, ini dah menjadikan orang tahu. Dari makngoh tak tahu, ini makngoh dah tahu. Rasanya, peminat facebook Kelate.net pun tak tahu ini. Hanya segelintir sahaja. Tak apalah, nanti makin ramailah yang tahu ini. Terima kasih Utusan kerana memberitahu.

Petikan dari Utusan. Baca di sini kalau nak cerita penuh
Ceritanya macam ini. Erra telah membuat satu posting ke akaun FB dalam nada gurauan. Antaranya yang ditulis ialah "Terus balik rumah, sebelum ada yang terbakar. Tetapi rupanya Kelantan menang, jadi tak adalah yang terbakar."

Kembar bumi ditemui | Bumi bakal musnah



TERLALU kompleks untuk kita membicarakan tentang kewujudan Bumi dan planet yang mengelilingi matahari selain pelbagai bintang dan planet lain yang berada dalam galaksi bima sakti.

Namun bagi mereka yang meminati bidang astronomi pastinya kajian sama ada terdapat hidupan atau elemen penting yang memungkin manusia hidup di planet lain, pastinya ia dilihat sebagai ilmu yang "mengghairahkan".

Apatah lagi manusia kini semakin galak disebarkan dengan kenyataan bahawa Bumi ini yang semakin uzur usianya bakal berhadapan dengan kemusnahan dahsyat pada bila-bila masa.

Ada yang berpandangan akibat kejahilan dan kerakusan manusia itu sendiri yang galak menjahanamkan bumi hingga berlakunya petaka pemanasan global dan keadaan cuaca yang tidak menentu bakal memusnahkan Bumi pada bila-bila masa.

Terdapat pula yang melihat Bumi akan musnah apabila asteroid jatuh sehingga mengakibatkan kejadian kiamat. Perkara ini semakin serius diperkatakan apabila ia dikaitkan sebagai punca kepupusan dinosaur akibat hentaman asteroid berukuran kira-kira 15 kilometer lebar, kira-kira 65 juta tahun lalu.

Kini kebimbangan para saintis semakin kecoh apabila sebuah asteroid dengan nama Apophis, dijangka merempuh Bumi pada April 2036.

Facebook TM Syoknya bola diserang indon | Admin TM Syoknya Bola hidup lagi ke?

Macam dah seminggu facebook (lebih minggu kut) facebook TM Syoknya Bola diserang oleh mat dan minah indon yang mengutuk dan menghina negara
dan pemimpin kita.



Yang makngoh geram, admin boleh lagi berdiam diri tanpa
bertindak seolah-olah gembira page nya dan negara kita dicaci indon.
Sebab tu makngoh tanya hidup lagi ke admin tu?

Fasha Sandha, Joe Flizzow dan Jejai berparti Halloween

 
Mengaibkan apabila ada artis tanah air tergamak menyambut Halloween pada 31 Oktober lalu, sedangkan perayaan itu jelas bertentangan dengan ajaran Islam.

Sekurang-kurangnya dua artis dikesan berbuat demikian, dipercayai di sebuah kelab malam sekitar ibu kota, biarpun jumlahnya mungkin lebih ramai.

Artis terbabit ialah pelakon kontroversi, Fasha Sandha dan penyanyi popular, Joe Flizzow.

Sabtu, 6 November 2010

Kemalangan bas lagi : Sudah tiba masanya hukuman gantung sampai mati untuk pemandu bas

Alamak, dasatnya hukuman yang makngoh cadangkan. Tetapi, kalaulah memang terbukti kemalangan berpunca dari kecuaian dan kelajuan pemandu sendiri, makngoh rasa TAK BERDOSA kalau kerajaan meluluskan undang-undang pemandu bas dikenakan hukuman gantung sampai lenguh mati.

Jika pengedar dadah dikenakan hukuman gantung kerana menyebabkan kerosakan dan kematian ramai anak muda-muda akibat dadah, jadi wajar juga jika pemandu bas turut dikenakan hukuman sama yang menyebabkan kematian mereka yang tidak bersalah. Lain kes dengan penagih dadah yang memang buat perkara salah tetapi penumpang bas tidak bersalah. Mereka hanyalah menggunakan kemudahan pengangkutan awam yang mereka mampu dan sesuai dengan tempat dituju mereka.

Ya, memang betul, pemandu bas juga manusia. Pemandu juga seorang ayah, pemandu bas juga seorang suami, seorang datuk malah juga seorang anak. Mereka ada tanggungan dan tanggungjawab terhadap keluarga. Namun, ekoran kemalangan demi kemalangan yang berlaku dan rata-rata saksi kejadian menyatakan bas dipandu laju membuktikan KESALAHAN besar pemandu bas.

Pemandu bas tidak sedar, jika bas ada 44 kerusi, 44 nyawa lah dalam risiko di stereng bas mereka. Memanglah semuanya kehendak ALLAH. Kun fa ya kun, namun bukankah sesuatu musibah dan kecelakaan itu juga berpunca dari sikap manusia itu sendiri dengan izin ALLAH. 

PEMANDU BAS YANG DI DAPATI BERSALAH MEMANDU LAJU MELEBIHI 90KM/H HINGGA MENYEBABKAN KEMATIAN PENUMPANG BAS YANG DIPANDUNYA PERLU DIKENAKAN HUKUMAN GANTUNG SAMPAI MATI
Kemalangan bas terbaru berlaku di Kilometer 20, Jalan Pekan-Nenasi, dekat Pekan, malam kelmarin. Kemalangan mengakibatkan kematian seorang penumpang dan kecederaan kepada 4 penumpang wanita.

           Bas ekspres Transnasional yang membawa 33 penumpang terjunam ke dalam tali air
Jenazah  Ismail Naqiuddin Hamdan, 25 setelah dikeluarkan dari bas.

Menyedihkan apabila kawan jenazah memberitahu pemberita bahawa jenazah meluahkan rasa takutnya apabila pemandu bas memandu laju. Arwah juga berkata ingin menegur pemandu bas terbabit apabila berhenti rehat di perhentian. Sayangnya, tidak sampai 5 minit selepas keluhan arwah, bas tersebut terbabas dan terjunam ke dalam sungai. Arwah meninggal akibat lemas.

Baca berita penuh di sini

Jumaat, 5 November 2010

Wahai penyokong Kelantan, adakah anda marah dengan artikel ini? | Apabila ditegur, dicari lagi salah orang lain

Anggaplah cerita begini,
seorang guru menegur pelajarnya kerana tidak siapkan kerjarumah, tetapi pelajar tersebut marah guru kembali. Dia kata, bukan dia seorang je yang tak siap kerjarumah, pelajar pun tak siap juga. Cikgu ini tak adil. Asyik-asyik aku saja yang dimarah. Asyik-asyik salah aku jer yang cikgu nampak.
Begitulah juga dengan perangai segelintir penyokong bola sepak Kelantan. Apabila ditegur jangan main mercun, jangan baling botol, jangan bawa bendera bas, jangan bawa bendera Thailand dan jangan bergaduh mereka akan marah.

Penyokong ini akan menjawab

bukan kami sahaja yang main mercun, yang baling botol dan yang bergaduh. Penyokong negeri lain pun baling mercun juga, baling botol juga dan bergaduh juga. Tetapi, media berat sebelah. Media tak adil buat laporan. FAM tidak adil. Kalau penyokong Kelantan buat salah, cepat je mereka bertindak. Salah penyokong Kelantan sahaja yang mereka nampak, salah penyokong lain tak nampak.
(tetapi tidak pula mereka kata bukan mereka sahaja yang bawa bendera PAS dan bendera Thailand sebab negeri lain memang tak bawa pun bendera macam tu)

Siapa yang menegur? Penyokong Kelantan juga yang menegur  penyokong Kelantan. Bukan penyokong negeri lain pun. Kalau penyokong negeri lain pun, mereka lebih kepada mengutuk dan mencaci dah.

SEPATUTNYA, perkara ini senang sahaja. Kalau tak mahu orang marah, janganlah buat salah. Kalau tak mahu FAM denda, janganlah bergaduh dan main mercun. FAM dah bagi teguran berkali-kali. KAFA pun merayu berkali-kali agar penyokong bertindak waras.

Sayangnya, apabila dimarah, mencari pula salah orang lain. Elokkah perangai sebegitu? Makngoh pun geleng kepala apabila tengok penyokong bola sepak Kelantan, kibar bendera Pas dan bendera Thailand semasa final lepas. Itu belum lagi dengan yang main mercun.  Memanglah ada penyokong N9 yang turut membaling mercun ke tempat penyokong Kelantan tetapi patutkah penyokong Kelantan turut baling mercun. Orang bijak tidak akan bertindak sebegitu.

Kepada yang bakar kerusi stadium tahun lepas, sedar tak anda berapa banyak dosa yang anda dapat kerana tindakan bodoh anda itu? Kerana tindakan anda itu, seluruh rakyat Kelantan dikutuk hingga ke hari ini.

p/s : Beberapa hari lepas terkelu lidah makngoh nak menjawab pertanyaan seorang kawan Sabah yang bertanya "Kenapa kalau ada penyokong Kelantan, mesti ada pergaduhan?" Kenapa penyokong Kelantan bakar trak polis, bakar kerusi?" Kenapa penyokong Kelantan bawa bendera pas? Kenapa penyokong Kelantan main mercun?"

Makngoh nak menidakkan tak boleh sebab perkara itu memang berlaku. Sebagai orang bijak (perasan) makngoh tak jawab pulak, "eleh penyokong negeri lain pun buat salah juga".

Terpaksalah makngoh jawab "nak buat macamana, bukan semua penyokong Kelantan tu cerdik! Kerna nila setitik, rosak susu sebelanga"

~~Wahai penyokong Kelantan, adakah anda marah dengan artikel ini?

Resepi : Kuah Laksa Lemak | Kuah Laksa Kelantan

Exceli, makngoh tak mahu letak nama Kuah Laksa Kelantan sebab kuah laksa ni bukan jer ada di negeri Kelantan. Negeri lain pun ada kuah laksa ni. Jadi makngoh suka namakannya sebagai Kuah Laksa Lemak.

Bahan-bahan-:
1. Sekilo santan (digunakan untuk mengisar bawang, ikan dan juga sebagai kuah)
2. Sekilo ikan direbus dengan sedikit garam
3. 10 ulas bawang merah
4. 5 ulas bawang putih
5. Halia
5. selabu bawang besar kuning
6. garam dan gula
7. asam keping mengikut citarasa anda
8. serbuk lada hitam


Cara memasak -:
1. Semua jenis bawang dan halia dihiris kasar dan diblender dengan santan.Kisar hingga betul-betul lumat dan halus.

 2. Ikan rebus dibuang tulang dan diambil isi sahaja. Kisar isi ikan dengan santan juga.   Kisar hingga betul-betul lumat dan halus.


 3. Satukan semua bahan yang dikisar ke dalam periuk. Kemudian, masukkan lagi lebihan santan baki dari yang dikisar tu. Kacau sekata tanpa dihidupkan api terlebih dahulu.

4. Selepas sekata, barulah dipanaskan periuk tadi. Kacau dengan kerap. Jangan tak kacau nanti kuah akan jadi berketul-ketul. Masukkan garam, asam gelugor / asam keping, gula dan serbuk lada hitam.

5. Selepas rasa sebati dan kuah telah mendidih, matikanlah api dan sedia dihidangkan. Jangan dibiarkan lama mendidih. Nanti pecah minyak tak best..

inilah kuah laksa yang dah siap. Gambar dari dalam periuk lagi tu... ekeke

Pesanan orang tua
1. Kalau mahu guna lada hitam biji dan mahu ditumbuk boleh juga. Tetapi selepas ditumbuk itu, masukkan ke dalam mangkuk dan gaul dengan santan. Kemudian tapiskan ke dalam periuk. Bagi mengelakkan warna hitam kulit lada hitam. Kalau guna serbuk lada hitam terus tabur dalam periuk jer.

2. Orang kata sedap kalau kisar bawang dan ikan dengan santan, tetapi kalau anda nak kisar guna air pun tak kisah. tapi mungkin kuah akan sedikit cair sebab dah campur air.

3. Sifir nak buat kuah laksa ni guna nisbah 1 kilo santan : 1 kilo ikan : 3 kilo laksa

4. Laksa lemak dimakan dengan -:
a) kacang panjang, daun kesum, daun serai dan bunga kantan dihiris halus digaul bersama. Daun kesum dan bunga kantan kena sikit jer sebab nak baunya sahaja.  
b) taugeh sekadar dibersihkan dan diletakkan dalam bekas berasingan.
c) timun batang yang dihiris halus dan diletakkan dalam bekas berasingan.
d) sambal jantan (iaitu lada burung kisar + gula + garam)
e) belacan yang dihiris kecil dan diletakkan dalam bekas berasingan.
f) limau nipis dan limau kasturi yang dibelah.
g) garam halus ( untuk mereka yang mahu rasa lebih masin) diletak dalam bekas berasingan.

SELAMAT MENCUBA

~Komen Terbaru~

Get This Recent Comment Widget!