Sudut Test Mouse Kiri

Tinggalkan pesanan anda di sini

Sabtu, 18 Februari 2012

Jenis-jenis guru -: wajib, sunat, harus makruh, haram



guru wajib : kalau pindah sekolah, pelajar sedih, guru lain pun sedih, pentadbir pun sedih.
guru sunat : kewujudan sangat diperlukan, ketiadaannya tidak terasa
harus : guru tu ada ke tiada ke sama je.orang tak kisah dia ada ke tiada..tiada sumbangan pun.
makruh : Jika guru tu ada, dia cuma buat masalah, jika dia tiada...maka tiada masalah.roblem. Guru tersebut penganggu kerajinan guru lain
haram : kewujudannya merugikan organisasi, ketiadaannya sangat diharapkan.

Guru, jadilah seperti lebah
a) di mana ranting ditumpang ranting takkan patah
b) lebah takkan makan buah di pokok yang dia tumpang.
c) lebah akan kejar penganggu sarangnya
d) bila lebah tinggalkan sarangnya, dia tinggalkan madu

Mengisi maklumat dalam aplikasi pangkalan data murid (PDM) | Maklumat yang perlu diisi

Ramai guru yang bising dan merungut kerana ditugaskan mengisi kembali maklumat pelajar walhal maklumat tersebut telah diisi pada awal tahun dalam Sistem maklumat murid.

Semalam, makngoh cuba isi maklumat untuk pelajar makngoh tingkatan 1 dan makngoh dapati memang guru tingkatan kerana mengisi semula semua maklumat pelajar. Pertama, daftar murid dengan memasukkan nombor kad pengenalan murid tersebut (seeloknya jangan masukkan nombor sijil lahir). Selepas itu, satu kotak maklumat murid akan keluar, guru kelas tingkatan 1 perlu mengisi
    1. No. Sijil Lahir : sila isi tanpa jarak (contoh : A1231231) 
    2. No. Daftar : sila isi berdasarkan nombor pendaftaran di sekolah 
    3. Nama : sila isi mengikut MyKid / kad pengenalan atau sijil lahir 
    4. Tarikh lahir : sila taip tarikh lahir dalam format dd/MM/yyyy
    5. Jantina : sila pilih jantina murid
    6. Kaum : sila pilih kaum murid Agama : sila pilih agama murid 
    7. Warganegara : sila pilih warganegara murid 
    8.  Negara Asal : sila nyatakan negara asal bagi selain daripada warganegara
    9. Alamat : sila nyatakan alamat rumah 
    10.  Poskod : sila nyatakan poskod alamat rumah 
    11.  Negeri : sila pilih negeri alamat rumah
    12.  OKU : sila pilih Ya atau Tidak

    Itu sahaja yang perlu diisikan sehingga 24 Februari ini dan selepas 26 Februari pula guru kelas perlu mengisi maklumat bapa iaitu

    1. Nama Bapa / Penjaga : sila isi berdasarkan kad pengenalan
    2. No. Kad Pengenalan : sila isi berdasarkan kad pengenalan
    3. Status Bapa / Penjaga : sila pilih hubungan dengan murid
    4. Kaum : sila pilih kaum bapa / penjaga utama
    5. Agama : sila pilih agama bapa / penjaga utama
    6. Status Kewarganegaraan : sila pilih warganegara bapa / penjaga utama
    7. Negara Asal : sila nyatakan negara asal bagi status selain daripada warganegara
    8. No. Telefon (HP) : nombor telefon bimbit
    9. No. Telefon Rumah : sila nyatakan jika ada
    10. Pekerjaan : sila pilih pekerjaan bapa / penjaga utama
    11. Nama Majikan : sila nyatakan nama majikan
    12. Alamat Majikan : sila nyatakan alamat tempat kerja
    13. Poskod : sila nyatakan poskod alamat tempat kerja
    14. Negeri : sila pilih negeri alamat tempat kerja
    15. Pendapatan Sebulan (RM) : sila nyatakan gaji bapa / penjaga utama
    16. Tanggungan : sila nyatakan tanggungan isi rumah tidak termasuk anak yang telah bekerja

     Maklumat ibu yang perlu diisikan adalah   

    1. Nama Ibu / Penjaga : sila isi berdasarkan kad pengenalan
    2. No. Kad Pengenalan : sila isi berdasarkan kad pengenalan
    3. Status Ibu / Penjaga : sila pilih hubungan dengan murid
    4. Kaum : sila pilih kaum ibu / penjaga kedua
    5. Agama : sila pilih agama ibu / penjaga kedua
    6. Status Kewarganegaraan : sila pilih warganegara ibu / penjaga kedua
    7. Negara Asal : sila nyatakan negara asal bagi status selain daripada warganegara
    8. No. Telefon (HP) : nombor telefon bimbit
    9. No. Telefon Rumah : sila nyatakan jika ada
    10. Pekerjaan : sila pilih pekerjaan ibu / penjaga kedua
    11. Nama Majikan : sila nyatakan nama majikan
    12. Alamat Majikan : sila nyatakan alamat tempat kerja
    13. Poskod : sila nyatakan poskod alamat tempat kerja
    14. Negeri : sila pilih negeri alamat tempat kerja
    15. Pendapatan Sebulan (RM) : sila nyatakan gaji ibu / penjaga kedua
    16. No. Telefon Pejabat : sila nyatakan nombor telefon pejabat
     Tarikh akhir pengisian maklumat ibubapa ini adalah 20 Mac 2012

    Pengisian data ini akan berulang-ulang sehingga semua maklumat murid dalam tanggungjawab guru kelas berkenaan siap sepenuhnya. 

    Namun, menurut guru data sekolah makngoh, maklumat bagi tingkatan 2 hingga tingkatan 6 pula sudah ada tetapi maklumat SMM dari tahun 2011. Jadi, guru kelas tidak perlu mengisi maklumat tetapi hanya mengemaskini maklumat kerana mungkin ada perubahan seperti alamat dan nombor yang guru kelas perlu betulkan. Paling penting, guru kelas mesti memastikan kelas pelajar tersebut adalah betul.  Jika tidak betul, guru kelas perlu pindah kelas pelajar-pelajar yang berkenaan. 


    Jadi cikgu-cikgu ... susah sangat ke PDM ni? Taklah kan? Kalau buat betul-betul boleh siap sekejab sahaja tanpa berhari-hari. Kalau buat sambil merungut dengan hati yang tidak ikhlas itulah yang jadi susah nak siap.


    Ikhlaskan diri dalam pekerjaan kita kerana ALLAH s.w.t. Dapat gaji dapat pahala. Dah mati pun, pahala terus dapat untuk mereka yang memberi ilmu ni. 

    Saya mahu isi PDM lah. http://apps2.moe.gov.my/sekolahmalaysia/
     

    Kelantan negeri termiskin - Najib

    Sebenarnya, makngoh tak suka bercerita tentang politik tapi sejak semalam hati ni terusik apabila negeri makngoh tercinta dinobatkan sebagai negeri termiskin dengan disertai gelak ketawa mereka-mereka yang menertawakan.

    Makngoh petik sedikit berita dari Harakah Daily

    Kelantan miskin bukti Najib dan PM terdahulu gagal!

    KUALA LUMPUR, 18 Feb: Dakwaan Datuk Seri Najib Razak bahawa Kelantan negeri paling miskin di negara ini, hanya membuka pekung dirinya sendiri sebagai pemimpin nombor satu negara.

    Pensyarah Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya, Profesor Madya Dr Abu Hassan Hasbullah (gambar) berkata, jika benar dakwaan itu, ia bermakna kegagalan kesemua enam perdana menteri termasuk Najib untuk memajukan kesemua negeri dalam Malaysia ini sejak BN memerintah lebih 50 tahun lalu.

    "Sekira benar Kelantan ini negeri miskin mengikut kata PM DS Najib, maka ini bermaksud benar-benar gagalnya enam orang Perdana Menteri dalam memajukan setiap pelusuk tanah air, setiap orang dari rakyatnya.

    "(Ini) kerana negeri Kelantan ini adalah salah satu negeri dalam gabungan 14 negeri di dalam Persekutuan Tanah Melayu atau Malaysia, dan sama sekali bukan sebuah negeri yang berada di Thailand, atau Indonesia, atau Brunei, atau Kemboja, dan tidak mungkin sebuah negeri di Benua Afrika," coretnya melalui Facebooknya Hassan Hayastani..

    Beliau dipercayai mengulas kenyataan Najib ketika berucap di Lahad Datu semalam kononnya Kelantan adalah negeri miskin tercorot dan bukan lagi Sabah.

    Najib berkata kedudukan tercorot itu bermula sejak negeri tersebut berada di bawah pemerintahan kerajaan PAS Kelantan.

    Beliau berkata demikian semasa merasmikan Mini Estet Sejahtera (Mesej) Akuakultur Kampung Nala, Tungku, Lahad Datu di sini semalam.

    Mengulas lanjut, Abu Hassan berkata, adalah menjadi tanggungjawab kerajaan memerintah untuk memajukan mana-mana negeri dan tugas itu berada di atas batu jemala seorang perdana menteri.

    "Negeri mana pun yang dikatakan miskin selagi dia adalah negeri di dalam Malaysia maka tanggungjawab memberi kekayaan, kemajuan, kesejahteraan dan kebajikan masadepan itu berada di atas kepimpinan seorang Perdana Menteri.

    "Ini bukan zaman penjajah British dengan polisi kejadah pecah dan perintah!," tulis beliau.

    ~Komen Terbaru~

    Get This Recent Comment Widget!