Sudut Test Mouse Kiri

Tinggalkan pesanan anda di sini

Sabtu, 29 Jun 2019

Kos baiki | Kos tukat compresor aircond Viva

Aircond kereta viva makngoh tak rasa sejuk. Tapi try bawa gak dalam perjalanan hampir sejam. Pastu bau hangit..tengok2 dah berasap. Rupanya compressor dah jem. 
Esoknya beli compressor aircond  RM285 tak ori dan xde warranty pun bawa gi bengkel minta tukar. Siap dalam sejam lebih je dengan kos upah RM150.  Tauke bengekl cakap patutnya kena tukar semua baru bagus sebab apa ntah dah kotor.  Nanti compressor tu rosak lagi. Alahai... nape tak cakap awal2. Kalau tak kami suruh tukar semua benda la. Ambil kereta bawa balik umah...kereta jadi mcm xcukup nafas. Tercungap2. Jadi hantar balik ke bengkel mintak dia tengokkan...dia cakap tu masalah enjin lak. Kena bawa ke bengkel lain untuk cek enjin. 

Disebabkan kekurangan masa sibuk dengan kerja pergi pagi balik petang...jadi kami tak sempat nak hantar kereta. Makngoh bawa la jugak kereta yang tercungap2 tu pegi keje yg jaraknya dalam 10km. Kadang2 bunyi bising tali aircond. Jadi makngoh off aircond buka tingkap sampai pening kepala sebab panas. 

Akhirnya... kereta kembali berasap. Tak sampai 2 minggu pas repair. Kali ni bawa g bengkel cina dekat Wakaf Bharu. Tauke bengkel tu bagus...terang satu satu siap tolong tuliskan benda yang kena tukar dan suruh kami gi beli. Akhirnya settellah masalah aircond kereta. Hantar Khamis..Jumaat pagi dah siap. 
Kos upahnya RM500. Kos barang sila tengok resit di bawah. 

Selepas tukar semua baru tu dengab paipnya sekali baru enjin Viva tu rasa aman...dan tiada mcm tersedut2. Sebelum bertahun2 dah bunyi  enjin tu macam xsmooth bawa gi servis pun  tak okay gak. 


Jumaat, 28 Jun 2019

Kerabu Tomato dan Nanas

Teringat kenangan masa mengajar di Sabah. Kantin di sana ada sediakan kerabu tomato untuk guru2. Itulah pertama kali makan kerabu tomato. Tapi sebab dah balik Kelantan... kita buat kerabu ikut pengaruh Siam sikit.






Bahan-bahan
3 biji tomato merah dihiris
Nenas dihiris
2 ulas bawang merah dihiris
Sebiji bawang besar dihiris
Cili hijau dan cili merah dihiris
Sedikit daun ketumbar juga dihiris kasar
Garam
Gula
Sos limau
Sos ikan
Air limau nipis.

Caranya mudah
Gaul je semua bahan. Sebatikan rasa ikut suka

Selasa, 25 Jun 2019

Anda pakar? Tak bermakna anda tahu semua

Hari ini kecewa bertemu dengan doktor gigi yang agak terkenal.
Permintaan makngoh taknak ditunaikan, beri cadangan yg makngoh tak setuju pastu  dengan angkuh ayatnya"jangan guna kerusi saya untuk berfikir sbb sy ada ramai lagi patient di luar"

MasyaAllah. Tak apalah. Dah tak nak beri service awk. Sekarang klinik gigi banyak. Doktor gigi pun ramai je yang bagus.

Alhamdulillah. Pergi klinik gigi lain.
Elok je doktor tu buat. Selesa dan tak rasa ada tampalan.

Makngoh cuma nak buat tampalan gigi depan yang jarang tapi makngoh ada masalah deep bite. Nasib baik ada doktor yang nak tlg boleh  adjust supaya tampalan tak bergesel dgn gigi atas. Rupanya boleh je dan tak susah pun.

Rabu, 12 Jun 2019

Kematian itu pasti

Hari ini dikejutkan dengan kematian ibu kepada seorang pelajar makngoh yang berada di tingkatan 3. Kasihan pelajar tu, terlalu muda untuk merasai kehidupan tanpa ibu. makngoh sendiri tak mampu hidup tanpa ibu walaupun sudah ada keluarga sendiri.

jumaat lepas semasa sambutan hari jadi anak kedua, mak sedara yang meninggal dunia. Juga seorang guru. meninggalkan anak bongsu berusia 6 tahun.

rasanya ramadhan dan syawal tahun ni banyak kes kematian insan yang berdekatan makngoh dan juga insan-insan terkenal. Dnars, YB Zaki, Adamidam.

~Komen Terbaru~

Get This Recent Comment Widget!