Sudut Test Mouse Kiri

Tinggalkan pesanan anda di sini

Isnin, 31 Oktober 2011

Oh Sarbinee | Penjaga gol Terengganu

Tahniah buat pasukan Negeri Sembilan yang telah berjaya membawa balik kembali Piala Malaysia dari tanah Cik Wan Kembang ke tanah beradat.

Sekalung takziah kepada pasukan Penyu yang pasal asalnya telah mendahului 1-0 tetapi akhirnya ditinggalkan 2-1.

Teringat makngoh kepada Final Piala FA yang turut menyaksikan Kelantan mendahului 1-0 tetapi akhirnya Terengganu yang menang.

Ketika itu, ramai yang ketawakan Daudsu yang kononnya telah menyumbat gol sendiri, hinggakan beberapa Kelab Penyokong Bola Sepak Siber beberapa negeri berpesta memerli dan menertawakan Kelantan.



Yang terjadi telah pun terjadi. Mungkin Terengganu pula diberi peluang untuk merasai apa yang Kelantan telah rasai. Mungkin Sarbinee boleh disamakan dengan Daudsu. Hehe...

                           

Facebook "Kami tak salahkan Daudsu" telah lama dibuka, kini menunggu facebook "Kami tak salahkan Sarbinee"

Kisah benar mengenai kembar


Makngoh dapat satu cerita dan kisah benar mengenai pasangan kembar  Brielle dan Kyrie yang telah dilahirkan 12 minggu lebih awal dari tarikh jangka. Disebabkan tidak cukup bulan dan memerlukan jagaan rapi, kedua-dua mereka dimasukkan di dalam incubator secara berasingan.

Berat Kyrie mula bertambah dan kesihatannya semakin stabil tetapi Brielle yang lahir dalm 2lbs menghadapi masalah pernafasan, masalahan jantung dan beberapa komplikasi yang lain. Dia dijangkakan tidak dapat bertahan lama.

Jururawat yang merawat mereka telah cuba sedaya termampu untuk memastikan kesihatan Brielle bertambah baik tetapi tiada apa yang membantu. Setelah pelbagai cara dan ubat tidak berkesan, jururawat tersebut tekad melanggar polisi hospital dan meletakkan kedua-dua kembar tersebut di dalam satu incubator.

Setelah pasangan kembar itu tidur, jururawat tersebut meninggalkan mereka dan apabila dia kembali, dia melihat satu kejadian yang sukar dipercayai. Dia memanggil rakan-rakannya dan juga doktor. Mereka terkejut melihat pasangan kembar tersebut di bawah.

Rupanya, apabila Brielle diletakkan berdekatan dengan kakaknya, Kyrie meletakkan lengan kecilnya di atas badan Brielle untuk memeluk dan menyokong adiknya itu. Dari detik itu, Brielle mula bernafas dengan baik dan kadar denyutan jantung bayi tersebut menjadi normal.

Sejak itu, jururawat dan doktor mengambil keputusan meletakkan kembar itu bersama di dalam inkubator kerana apabila mereka bersama, mereka sama-sama membantu berjuang untuk hidup.
 
Teringat lagu Acha "Berdua denganmu pasti lebih baik. Aku yakin itu"

Duit KWAPM punya pasal

Dah berhari-hari makngoh pergi ke BSN terdekat sebab nak buka akaun untuk baby makngoh. Tapi disebabkan pergi sebelah petang, BSN asyik penuh dengan pelanggan terutamanya budak sekolah. Pelik juga makngoh kenapa pelanggannya terlalu ramai hinggakan nak sorong kaki pun tak boleh. Setiap petang macam tu. Hai, kesian dengan kerani BSN melayan orang ramai sampaikan nak pusing kiri kanan pun tak sempat.
Petang tadi pun makngoh pergi lagi. Ingatkan hajat dah termakbul petang tapi sayangnya pukul 3 petang angka giliran dah habis. Bagitau pak guard kat sana, dia cakap orang dah ramai sangat. Tak boleh bagi dah. Makngoh pergi ke BSN cawangan lain, pun sama juga. Dipenuhi dengan pelajar dan ibubapa yang bawa anak ambil duit KWAPM. Makngoh perhatikan duit yang diambil bukan main banyak. Beratus-ratus. Nak buat apa ambil duit pada bulan Oktober. Dah nak dekat cuti sekolah. Takkanlah dah nak beli persiapan untuk sesi persekolahan tahun depan kut.

Inilah silap orang kita. Kerajaan tolong bagi duit KWAPM tu untuk pelajar beli kasut, baju, beg, buku dan barang persekolahan. Tapi yang makngoh perhatikan, duit itu disalahgunakan. Pelajar guna duit tu buat beli telefon bimbit. Buat topup. Buat beli baju raya dan buat bergaya. Itu pelajar. Ibubapa pun salahgunakan juga duit tu. Ada ibubapa yang ambil duit itu untuk bayar ansuran bulanan set sofa, kereta dan macam-macam lagi. Ada pula yang guna duit tu sebagai tambahan untuk beli barang kemas. Hai...

Bukan nak menunding dan merendahkan ibubapa. Tapi itu hakikat yang diperhatikan. Di hari perjumpaan PIBG dan hari laporan prestasi anak, berapa kerat sahaja ibubapa yang dapat menghadirkan diri. Macam-macam alasan dan keuzuran. Tetapi, pada hari pembahagian KWAPM, ramai yang ke sekolah. Kalau ada keuzuran pun, diusahakan juga untuk ke sekolah.
Ada ibubapa yang anaknya tak dapat KWAPM pula menghentam guru kerana tidak memilih anaknya. Ada juga yang pergi mengadap Tok Penghulu dan Pengerusi PIBG kononnya sebagai kabel agar anak terpilih. Bagi ibubapa yang anaknya dapat pula buat ayat " tahun sebelum ni tak dapat pun, tahun ni dapat ler sebab nak pilihanraya" Alahai...

Bantuan kerajaan NAK, tapi nak bantu kerajaan TAK NAK! Orang bagi duit ambil tetapi mulut mencerca dan mengkafirkan orang yang bagi. Begitulah!

Bagi yang tengah baca cerita makngoh tetapi still tak tahu apa ke benda KWAPM tu nama panjangnya adalah Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin.

Syarat pemberian KWAPM adalah bergantung kepada pendapatan keluarga seperti di bawah





Bantuan KWAPM pula ada 2 jenis

Isnin, 17 Oktober 2011

Tolonglah JANGAN BUANG BAYI !!!

Bulan ni macam banyak sangat kes buang bayi yang makngoh dengar. Sedih bila tahu ada bayi yang dibuang ke dalam perigi, dibuang dalam pam tandas, campak dalam longkang dan dibuang dalam tong sampah. Hai, macamlah ibu kepada bayi tu. Kenapa sampai hati buang anak yang dikandung selama 9 bulan. Orang lain, keguguran kandungan pun dah sedih tak terkira tapi ini dah lahirkan anak, dah lihat mata anak tapi sanggup bunuh, buang, bakar dan macam-macam lagi.

Tentu syaitan dan iblis bergembira di atas kekalahan anak ADAM melawan nafsu masing. Berzina...berzina...berzina dan terus berzina kemudian mengandung ...kemudian bunuh dan buang. Ya, ALLAH selamatkanlah bayi-bayi yang dibuang...panjangkan umur mereka dan berikanlah mereka kejayaan di dunia dan akhirrat.

Di sini berita-berita buang bayi yang berlaku pada tahun 2011. KLIK 

Melihat pada kejadian dan kematian bayi yang dibuang, makngoh rasa memang patut BANK BAYI ditubuhkan di negara kita. Bukan untuk mengalakkan penzinaan tetapi demi menyelamatkan bayi yang tidak berdosa.

Selasa, 11 Oktober 2011

Piala Malaysia 2011 | 10 Oktober 2011 Terengganu 3 Kelantan 1

Dengar kata berlaku insiden panas dan provokasi dalam padang di Kuala Terengganu malam tadi hingga menyebabkan 2 pemain Kelantan terpaksa keluar padang akibat layangan kad merah. Penyokong pula mendakwa pengadil berlaku tidak adil dan berat sebelah.

Jadi, keputusan malam tadi, Kelantan kalah kepada Terengganu.

Sebagai hiburan sampingan,bacalah surat dalam bahasa Terengganu ni.

Lama tak jenguk blog

Lama betul makngoh tak jenguk blog makngoh. Kalau tak silap dari 10 Ogos 2011,
makngoh tak jenguk blog.

Makngoh kena tahan di wad pada 10 Ogos tu sebab doktor cek ada premature contraction dengan
kadar  kontraksi 2 kali dalam 10 minit. Masa tu kandungan makngoh baru masuk 34 minggu.  Ditahan di wad 2 malam, kemudian suami makngoh datang jemput makngoh balik kampung. Kebetulan doktor bagi mc selama seminggu. 

16 Ogos 2011, makngoh bersalin walaupun due sebenar adalah 18 Septermber 2011. Awalnya baby lahir. 
Jadi, bila dah ibu ni memang tak sempat nak mengadap laptop. Malam ni, tiba-tiba teringat nak online dan cek nuffnang ada BE rupanya. 

Alamak, sayang betul dapat 3 BE tapi blog tak update. Tengoklah, duitnya pun ciput-ciput je la. Hm... 
p/s : tolong-tolong la klik iklan nuff kalau korang ternampak yer!

~Komen Terbaru~

Get This Recent Comment Widget!