Sudut Test Mouse Kiri

Tinggalkan pesanan anda di sini

Khamis, 19 November 2009

pro dan kontra liga super


Ditulis oleh PMK

SUNDAY, 15 NOVEMBER 2009 12:20

Terasa ingin mencoret sedikit sebanyak skrip perjalanan Liga Malaysia untuk tahun 2009 yang sudah ditutup tirainya sebaik sahaja berakhirnya Final Piala Malaysia antara dua pasukan yang perlu diberi perhatian ramai untuk musim hadapan, Kelantan dan Negeri Sembilan. Tahniah diucapkan kepada pasukan Hoben Jang Hoben atas kemenangan penuh bermakna itu. Semoga ia menjadi bekalan motivasi untuk harungi musim hadapan.


Tulisan saya kali ini lebih menjurus kepada penelitian secara menyeluruh aksi Liga Malaysia musim ini. Samaada ia berkisar di pihak penganjur (FAM), persatuan negeri serta kelab dan pemain itu sendiri. Sememangnya banyak perkara yang boleh dibincangkan atau diperdebatkan kerana saingan musim ini penuh dengan lakaran ‘sejarah’ yang menjurus semua aspek yang saya sebutkan di atas tadi. Semestinya saya sangat teruja untuk membincangkannya di sini!

Salam tahniah kepada pihak FAM selaku penganjur yang berkomited tinggi dalam menjayakan saingan liga tempatan kita musim ini. Dengan ‘sentuhan’ dan ‘cuitan’ yang penuh dengan emosi terhadap beberapa pasukan mahupun jurulatihnya, ia dilihat ‘berjaya’ membuka kembali mata telinga peminat tempatan untuk kembali menjadi pemerhati setia terhadap suasana bola sepak tanahair hari ini. Mungkin ia sedikit sebanyak boleh dianggap ‘positif’ terutama dalam menjayakan misi ‘kempen percuma’ menarik kembali minat peminat terhadap bola sepak tempatan. Mungkin inilah strategi FAM setelah pelbagai cara sudah digunakan sebelum ini namun masih gagal sehinggalah mereka ‘terpaksa’ menggunakan cara ini walaupun mereka terpaksa menelan pahit dikecam persatuan negeri dan peminat sendiri. Mungkin cara sebegini masih ‘valid’ lagi untuk digunakan musim hadapan....

Apa-apapun yang berlaku, diharap persatuan atau individu yang menjadi mangsa akan terus utuh bertahan bagi sama-sama menjulang hasrat murni mengangkat kembali martabat bola tempatan di mata dunia. Ingin mengenggam hasrat semurni itu, maka haruslah mereka ini terus berpecak di medan perjuangan seperti pohon yang gagah berakar di bumi. Tiada siapa yang berani menyangkal sekiranya saya katakan musim ini sebenarnya diwarnai dengan pelbagai konterversi yang panas lagi sensasi. Tentu kita masih ingat dengan ‘usikan’ pembukaan FAM terhadap Raja Pantai Timur musim ini iaitu pasukan Kelantan dengan memberikan 3 mata percuma kepada KL Plus setelah didakwa KAFA gagal menyediakan gelanggang yang sempurna untuk perlawanan pembukaan itu. Isu tersebut terus menjadi bualan hangat pemerhati dan peminat tempatan sehingga ia mendesak Kelab Penyokong Bola Sepak Kelantan berarak ke Wisma FAM bagi menyerahkan memorandum mengharapkan isu ini segera diselesaikan secara adil dan saksama. Sememangnya isu ini berjaya menarik minat orang ramai untuk terus memerhatikan apa pula yang akan terjadi selepas ini. Menariknya, ia berlaku ketika baru sahaja saingan memasuki babak pembukaan secara rasmi saingan bola tempatan musim ini. Yang pasti, ia melibatkan keputusan FAM selaku badan induk. Disengajakan ataupun tidak, hanya FAM sahaja yang tahu strategi kempen mereka.

Bercakap mengenai pasukan Kelantan, saya tidak mampu menolak anggapan orang ramai yang mengatakan pasukan inilah sebenarnya yang mencetuskan aura gelombang tsunami terhadap suasana bola sepak kita musim ini. Skrip perjalanan mereka penuh dengan suka duka. Ihsan yang diberikan FAM dengan memberikan tiket secara percuma menyertai pasukan elit lain dalam kancah Liga Super, telah digunakan sebaik-baiknya dengan muncul sebagai antara pasukan gergasi musim ini, seterusnya menolak andaian bahawa pasukan yang diberi ihsan ini akan menjadi pasukan belasahan dalam liga utama itu pada awalnya. Mereka memiliki ramuan yang cukup utuh bermula dengan pengurusan baru yang cekap, jurulatih yang berkaliber serta pemain yang dianggap berpotensi tinggi untuk mengharungi saingan utama liga tempatan ini. Juga mana mungkin untuk mengetepikan peranan maha besarnya yang telah dimainkan oleh penyokong peminat fanatik mereka. Memiliki peminat fanatik ada baik dan buruknya. Sebelum disalahertikan, ingin saya perjelaskan bahawa perkataan fanatik itu sendiri sebenrnya hanya layak dikhususkan kepada mereka yang menyokong pasukan secara terus terusan tanpa mengambil kira keadaan prestasi pasukan. Elemen disiplin, bertanggungjawab, serta kegahairahan menyokong megikut saluran dan etika yang betul sahaja yang selayaknya dilabelkan fanatik. Inilah yang kita mahukan dan bukan bersikap holigen dengan bertindak ganas membabi buta tanpa memperdulikan hak dan kepentingan orang lain. Saya percaya dan yakin, kita semua pasti menolak dan mengecam sekeras-kerasnya tindakan seperti ini. Kita tidak mahu sekiranya ada lagi yang masih beranggapan fanatik itu sebagai satu sikap yang ekstrim dan menjijikkan!!

Penglibatan pasukan Kelantan musim ini di dalam liga Super sedikit sebanyak telah mengalihkan pandangan ramai terhadap pasukan-pasukan gergasi tanahair yang sekian lama telah berkuasa di arena bola sepak tempatan seperti Selangor, Kedah, Perak, dan Pahang. Juga dengan kemampuan pasukan seperti Negeri Sembilan untuk muncul sebagai juara baru Piala Malaysia juga seolah-olah memberi isyarat kepada kita bahawa saingan liga bagi musim hadapan akan lebih kompetetif serta lebih bersengat dan mencabar. Apa tidaknya, kalau sebelum ini orang ramai sudah boleh mencongkak mudah pasukan mana yang akan menggungguli saingan bagi setiap musim. Namun, dengan kemunculan kuasa-kuasa baru ini, maka membuatkan saingan lebih terasa bahangnya.

Orang bercakap tentang kehebatan selangor yang penuh dengan tradisi juaranya. Orang juga bercakap tentang pasukan Kedah yang mencipta gelaran ‘trabble’ bagi dua musim berturut-turut. Dan orang juga bercakap tentang pasukan Perlis dan Terangganu yang sentiasa menghadirkan saingan yang perit kepada pasukan lawan setiap kali beraksi. Namun orang langsung tidak bercakap tentang pasukan Kelantan yang pernah terjerumus ke kancah liga FAM suatu ketika dahulu. Namun hari ini, dengan reputasi dan prestasi yang begitu cemerlang layak ke dua final saingan berprestij tanahair iaitu bagi Piala FA dan Piala Malaysia musim ini, ia telah membuatkan bibir-bibir peminat dibasahi dengan cakap-cakap serta bualan mengenai pasukan yang diberi jolokan baru iaitu “The Red Warriors” ini. Biarpun hanya bergelar sebagai Naib Juara sahaja, namun dengan tempoh yang singkat membina kembali pasukan setelah sekian lama ‘dipijak’ pasukan lain, harus mendapat pujian ramai.

Kita tinggalkan sementara bercakap mengenai pasukan ini, kerana saya ingin alihkan perhatian pembaca kepada saingan yang bakal diharungi bagi musim hadapan. Sekurang-kurangnya akan ada sebanyak 10 pasukan yang dikira berpotensi menjadi sang juara bagi salah satu piala atau menggondol kesemua piala untuk musim hadapan. Tanpa berselindung, saya memberikan kredit dan haknya kepada pasukan seperti Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan, Perlis, Kedah, Terengganu dan juga tidak menafikan hak pasukan kelab seperti Johor FC, KL Plus dan pendatang baru liga Super iaitu T- Team dan Harimau Muda. Wah, memang menarik saingan ini. Pasti kita tidak sabar untuk menunggu saingannya nanti. Kalau inilah yang dirasakan setiap peminat, maka saya percaya dan yakin bahawa kita sudah berjaya sedikit sebanyak menarik kembali minat kepada bola kita sendiri. Pasti kita bangga dengan keadaan ini. Saya katakan sedemikian kerana ada asasnya.

Ada beberapa faktor yang saya rasakan akan menyebabkan suasana bola tempatan terus meletup bagi musim hadapan. Pertama kerana peminatnya. Dengan pelbagai situasi yang berlaku, akan membuatkan peminat pasukan masing-masing berdiri setia di belakang pasukan. Dan mungkin juga aura yang dicetuskan peminat kelantan yang berkelas A itu akan membuatkan peminat pasukan lain cemburu seterusnya membuatkan mereka masing-masing ingin menjadi peminat terbaik kepada pasukan sendiri.

Yang kedua, kerana sudah tidak ada lagi pasukan yang secara totalnya akan diberi label pasukan pilihan apabila melihat kepada rekod saingan merebut piala musim ini, kerana bukan pasukan yang sama menjuarai kesemua piala. Hanya Selangor yang mungkin dianggap sedikit gah menjulang piala FA, Liga super dan Piala Sumbangsih. Tapi harus diingat, walaupun tiga piala mereka berjaya miliki, namun mereka sebenarnya dikira ‘gagal’ apabila tersekat laluannya di saingan suku akhir Piala Malaysia. Ada orang kata, apa maknanya mendapat kesemua piala tetapi gagal menjulang Piala Malaysia. Mungkin itulah yang membuatkan peminat mereka kecewa. Kelantan pula, walaupun gagal menjulang sebarang piala, namun harus diingat penampilan pertama mereka di saingan liga elit tempatan ini sudah boleh dianggap cemerlang dengan rekod mara ke dua final – Final Piala FA dan Final Piala Malaysia selain menduduki tempat keenam liga Super. Manakala Negeri Sembilan pula selain menjuarai Piala Malaysia, mereka gah dengan kejayaan mara ke separuh akhir Piala FA sebelum disekat Kelantan dan akibat kemerosotan prestasi mereka dihujung saingan liga, mereka hanya mampu menduduki tempat ke tujuh di belakang Kelantan. Begitu juga dengan Perlis, mara ke separuh akhir dalam dua saingan – Piala Fa dan Piala Malaysia selain dinobatkan selaku Naib Juara liga super sebenarnya adalah rekod yang amat baik walaupun penyertaan mereka musim ini tidak mampu menempatkan diri dalam salah satu saingan final sekalipun. Kedah walaupun rekod mereka sedikit tercalar setelah terbang megah dua musim sebelum ini, namun kejayaan menduduki tempat ketiga saingan liga adalah satu keputusan yang tidaklah dianggap jatuh menjunam walapun gagal mempertahankan gelaran trabble yang dimilki mereka. Tetapi rekod mereka dalam saingan Piala FA dan Piala Malaysia adalah suatu yang memalukan bekas sang juara ini. Begitu juga dengan Terengganu. Kemampuan mereka mara ke saingan separuh akhir Piala Malaysia adalah rekod yang akan diulangi bagi musim hadapan apatah lagi tiket itu didapati setelah sahaja menumbangkan ‘ego’ pasukan yang bercita-cita ingin mengaut kesemua piala yang dipertandingkan musim ini, pasukan Selangor.

Prestasi pasukan kelab juga menarik perhatian saya. Hingga ke hari ini, ada dua pasukan kelab yang betul-betul mencabar pasukan negeri dalam saingan liga super iaitu siapa lagi kalau bukan KL Plus dan Johor FC. Mereka seolah-olah ada misi tersendiri. Nama mereka terpahat antara pasukan yang berada di dalam senarai 8 pasukan terakhir merebut Piala Malaysia musim ini. Saingan pasukan bertaraf kelab ini akan lebih terasa dengan kehadiran pendatang baru liga super musim hadapan iaitu T-Team dan pasukan muda negara, Harimau Muda. Kita tunggu dan lihat sahaja siapa yang lebih hebat. Tetapi pandangan peribadi saya mengatakan bahawa, agak susah untuk sesebuah pasukan menjuarai kesemua piala kerana kekuatan pasukan masing-masing begitu seimbang sekali. Tetapi saya tidak menolak andaian bahawa mungkin juga akan ada pasukan yang akan bergelar juara trabble sekali lagi mengulangi pencapaian pasukan Kedah Darul Aman.

Apapun andaian dan tafsiran, saingan musim hadapan pasti menggamit suasana baru saingan bola tempatan. Semestinya kita tidak lagi mahu saingan yang rancak itu diganggu dengan masalah-masalah luaran seperti kerenah penyokong yang mengundang denda serta hukuman daipada FAM yang tidak dinafikan akan membuatkan perjalanan sesebuah pasukan itu terencat dan terganggu. Menyentuh mengenai denda dan hukuman ini, saya meminta agar FAM lebih bertindak adil serta saksama. Saya tidak menentang sebarang bentuk hukuman sekiranya sesebuah pasukan itu betul-betul bersalah. Tetapi sebelum menjatuhkan hukuman, harus ada siasatan kajian terperinci terlebih dahulu. Libatkan pihak berkuasa seperti polis dan anggota keselamtan yang lain. Jangan terus jatuhkan hukuman tanpa sebarang siasatan kalau tidak mahu dikatakan FAM adalah penerus tradisi hukuman ISA diluar sana. Aspek adil dan saksama yang saya bangkitkan sebentar tadi adalah menyentuh kepada kecenderungan FAM dalam menjatuhkan hukuman hanya terjurus kepada sesebuah pasukan sahaja. Tidak perlu rasanya saya menyentuh secara terperinci isu ini kerana sudah banyak luahan peminat sebelum ini yang kita baca. Cuma kalau FAM boleh sahaja ‘cepat tangan’ dalam menjatuhkan hukuman kepada pasukan Kelantan, kenapa tidak kepada pasukan Selangor ( semasa pertemuan Selangor-Kelantan di stadium Shah Alam dalam saingan liga Super), kerana ketika itu berlakunya adegan balingan objek antara kedua penyokong. Kalau sebelum ini alasan denda kepada pasukan bermasalah itu selalunya disebabkan mereka merupakan tuan rumah, kenapa Selangor terkecuali dalam hukuman ini? Sampai sekarang soalan ‘peperiksaan’ itu tidak menemukan jawapannya...

Soal siapa pencetus kepada aksi membaling objek itu tidak timbul kerana sebelum ini pun bukannya ada sisatan dari FAM siapa yang menjadi dalang disebaliknya. Kalau mereka beramal dengan prinsip siasatan, tentu sahaja Kelantan tidak berdepan dengan hukuman hari ini kerana masih menunggu sisatan pihak lain yang beraotoriti seperti pihak polis kerana ini melibatkan kerosakan harta awam serta dinggapa jenayah vandilisme. Sudah tentu tidak adil sama sekali menuding terus kepada penyokong mereka. Kalau FAM boleh cepat mengamalkan sifat tuding ini, saya juga ingin persoalkan adakah mereka yakin bahawa segelintir yang mencetuskan keadaan buruk di Bukit Jalil itu adalah benar-benar penyokong kelantan? Atau ada pihak yang tertentu yang merancang provokasi ini yang sengaja memakai pakaian merah, kemudian bila sahaja keadaan permainan tidak memihak kepada kelantan ( semasa ketinggalan 3-0) mereka mula memainkan peranan? Pelbagai andaian akan timbul. Itu sebab perlunya kepada siasatan terperinci. Faktor pembantu sudah ada. Maksud saya rakaman kamera di tempat kejadian. Cuma andai masih tidak ada bukti sewajarnya, maka jangan senang-senang menjatuhkan hukuman. Saya juga boleh mengatakan bahawa itu rancangan pihak tertentu. Semua boleh buat andaian. Cuma, siapa yang makan cili, meraka akan terasa pedasnya.


Begitu juga dengan kejadian di Kangar (semasa pertemuan Perlis – Kelantan dalam saingan Separuh akhir Piala Malaysia). Terang lagi bersuluh, wujudnya pengkhianatan terhadap penyokong kelantan. Kenderaan dirosakkan, penyokong dicederakan dan gangguan semasa keluar stadium juga berlaku. Pernah keluar di dada akhbar, tetapi seolah-olah pada hari itu kesemua kakitangan FAM sudah tidak pandai membaca sebarang berita. Mereka seolah-olah tiba-tiba menjadi buta huruf. Mata dibutakan, telinga dipekakkan. Seolah-olah tidak ada apa yang berlaku di sana. Wah, mereka bermain wayang nampaknya. Skrip mereka berkisar kepada penceritaan yang bertajuk “ Anak Kandung dan Anak Tiriku”. Memang menarik cerita ini. Kalau ditayangkan di panggung, boleh pecah gamaknya jualan tiket. Kalau begini , baik mereka terus ‘ berlakon’ daripada menjadi pembela kepada kemajuan bola sepa tempatan!!

Semestinya saya sangat kecewa dengan keadaan berat sebelah ini. Ibarat bertanding, tetapi padang tidak rata. Maka apakah hasilnya? Sama-sama kita renungkan...banyak lagi isu seumpama itu yang berlaku bagi musim ‘gemilang’ ini. Cuma saya tidak berminat untuk terus mengulasnya. Kerana menyedari bahawa itu semua hanya percaturan mereka yang berkuasa, mereka mampu buat apa sahaja. Cuma yang hanya mampu diharapkan ialah, keadaan ini tidak lagi berulang bagi musim hadapan. Biarkanlah bola kita rancak dan terus rancak dengan hanya kerana mutu permainan dan saingannya sahaja, tidak kepada faktor luaran seperti kempen percuma anjuran pihak tertentu ini. Kita menyedari bahawa isu bola sepak kini menjadi isu nasional. Isu yang selayaknya diperdebatkan di parlimen negara. Betapa lama sudah kita menanti kebangkitan seumpama ini. Saya percaya bahawa bagi musim-musim hadapan suasana bola sepak kita akan terus baik.

Tirai tahun baru akan disingkap tidak lama lagi. Buat masa ini kesemua pasukan sedang sibuk meneliti senarai pemain mereka. Yang baik dikekalkan, yang kurang itu dilepaskan atau digugurkan. Ini adalah perkara biasa sebaik sahaja berakhirnya sebuah musim. Dengan impian untuk memperkuatkan barisan masing-masing, maka pelbagai usaha dilakukan. Paling awal, adalah mencari pemain berkaliber untuk menambah sengat pasukan. Sekarang ini , suasana meriah dapat dilihat di laman-laman web kelab penyokong masing-masing menceritakan persedian pasukan mereka bagi tahun hadapan. Forum web mereka tiba-tiba sahaja menjadi ‘panas’. Masing-masing tidak sabar untuk mengetahui siapa pemain baru yang akan dibawa masuk ke pasukan mereka. Tidak kurang juga ada yang membuat spekulasi serta menaruh harapan kepada pemain idola masing-masing. Yang pasti, pemain bertaraf bintang menjadi rebutan pasukan. Ibarat goreng pisang, nama mereka laris di pasaran. Sudah ada yang mengesahkan bahkan juga masih ada lagi dalam peringkat perbincangan dan rundingan. Kepada pemain, pilihlah pasukan mana anda berkenan. Cuma sebelum itu, pelbagai aspek harus ditimbang tara. Aspek pengurusan pasukan, gaji, penyokong serta kestabilan kewangan seebuah pasukan yang anda mahu wakili harus diletak di hadapan.


Saya menunggu saingan musim hadapan disingkap. Teruja dan mendebarkan. Kepada pemain, bermainlah dengan semangat yang jitu, berdisiplin serta bersemangat tinggi. Baikilah prestasi, kurangkan konterversi. Kekadang teori perniagaan boleh diguna pakai. Dalam sesebuah syarikat, akan ada pemegang sahamnya. Maka, dengan meminjam kata-kata yang pernah diungkapkan oleh Tan Sri Annuar Musa, ingin saya nyatakan kembali ungkapannya bahawa pemain ibarat pemegang saham terbesar kepada pasukan. Pasukan anda naik, anda akan dapat habuannya. Pasukan anda jatuh, anda tanggung risikonya. Perumpamaan mudah bagi mengungkap betapa pentingnya sumbangan pemain kepada pasukan mereka. Buat pihak media, cetuskanlah suasana baru dalam kerjaya anda melaporkan sukan tempatan terutama bola sepak kita. Laporan berita di dada akhbar harus mengutamakan bola sepak tempatan. Kerana menyedari anda semua adalah promoter terbaik mengiklankan perjalanan liga kita. Tanpa anda , bola sepak tidak kemana. Pihak pengurusan harus diperkemaskan disemua peringkat bermula pengurusan FAM sendiri, negeri serta kelab. Penonton juga harus memainkan peranan mereka. Jangan hanya sokong ketika menang, bahkan sokonglah zaman berzaman. Sokongan anda untuk gah, bukan untuk membawa rebah! Sekali laut berombak, tidak lagi kita mahukan kapal tenggelam yang akhirnya ‘mematikan ‘ semua penumpangnya....sama-sama kita fikirkan...
BOLA SEPAK KITA, MARUAH KITA!

NIK AFFENDDY MOHAMAD @ pmk
Peminat bola sepak tempatan.
013-2042630

Reflection : Sejarah takkan berulang. Namun maruah perlu dikembalikan

Selasa, 10 November 2009

Kelantan nafi pemain jual perlawanan

KOTA BAHARU - Kelantan menolak dakwaan kononnya pemain menjual permainan yang menyebabkan pasukan itu kalah kepada Negeri Sembilan pada perlawanan akhir Piala Malaysia 2009 Sabtu lepas.

Pengurus pasukan, Azman Ibrahim berkata, kekalahan itu juga bukan kerana kelemahan strategi ketua jurulatih, B. Sathianathan.
"Semua ni spekulasi sahaja. Bagi saya adalah tidak benar disebabkan Kelantan kalah pada perlawanan itu pelbagai tuduhan dibuat dan andaian dikeluarkan banyak pihak," katanya ketika mengulas kekalahan pasukan Kelantan di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa di sini, semalam.

Azman berkata sekiranya betul ada cubaan membeli pemain Kelantan, pihak yang membuat andaian itu perlu memberi maklumat kepada pihak berkuasa.

"Bagi saya perkara itu tidak berlaku, mungkin ada pihak mahu spekulasi isu ini setelah Kelantan kalah pada perlawanan itu," katanya. - BERNAMA

Isnin, 9 November 2009

10,000 polis pun tak mampu kawal

Oleh FERZALFIE FAUZI
ferzalfie.fauzi@utusan.com.my

KUALA LUMPUR - Jika diletakkan 10,000 polis pun tidak mampu untuk mengawal tindakan penyokong liar Kelantan, itulah yang dijelaskan oleh Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Azzuddin Ahmad mengenai insiden di Stadium Nasional Bukit Jalil kelmarin.

Dalam saingan akhir Piala Malaysia 2009 antara Negeri Sembilan dan Kelantan itu, kekecohan di luar dugaan berlaku sebaik sahaja Kelantan ketinggalan 3-0 pada separuh masa kedua.

Lebih mengejutkan tindakan membaling objek dan mercun ke dalam padang yang sudah dianggap perkara biasa bagi penyokong Kelantan bertukar kepada insiden yang lebih berat iaitu membakar kain rentang serta kerusi stadium.

Tindakan tersebut menimbulkan kekesalan buat Azzuddin walaupun penyokong Kelantan sudah diberi peringatan dan amaran sebelum ini, malah pernah mendapat hukuman beraksi di stadium berkecuali.

"Kami (FAM) sudah memberi nasihat kepada mereka tetapi ia tetap berlaku juga secara automatik mereka akan dikenakan tindakan lagi," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia semalam.

Jelasnya, apa yang dilakukan oleh penyokong Kelantan tidak boleh dibendung lagi kerana ia sudah menjadi satu budaya.

"Kami tidak mampu untuk berbuat apa-apa lagi (menghalang) bagi mereka yang melakukan keganasan ini sudah dianggap satu budaya jika berasa tidak puas hati dengan persembahan pasukan mereka ataupun keputusan yang diberikan pengadil.

"Sudah tentu kehadiran 1,400 anggota pasukan keselamatan ataupun sehingga 10,000 pun tidak mampu untuk mengawal mereka dalam satu masa serentak," katanya.

Kata Azzuddin, Ahli Jawatankuasa FAM akan membincangkan mengenai perkara ini secepat mungkin dan keputusannya hukuman yang bakal dikenakan akan diketahui nanti.
"Walaupun keuntungan dapat dicatatkan dengan buat pertama kali tiket perlawanan akhir Piala Malaysia habis dijual tetapi ia tidak setimpal dengan apa yang berlaku semalam (kelmarin).

"Saya berharap penyokong yang datang lebih berhemah pada perlawanan lain dan memberi sokongan di atas semangat kesukanan," katanya.

Ditanya mengenai anggaran kerosakan dan nilai kerugian di atas insiden yang berlaku semalam, Azzuddin berkata, perkara tersebut masih lagi dalam siasatan.
"Kami masih belum mendapat laporan dari pihak stadium tetapi apa yang saya tahu terdapat kerosakan di bahagian tempat duduk penyokong (kawasan Kelantan)," katanya.

Dalam perlawanan akhir Piala Malaysia 2009 kelmarin, Negeri Sembilan muncul juara selepas menumpaskan Kelantan 3-1 dan dianggarkan 70,000 penyokong pasukan Kelantan datang memberi sokongan kepada pasukan mereka semalam.
Reflection ::: Mak Ngoh tak kecewa sangat Kelate kalah tapi Mak Ngoh kecewa sangat dengan sikap anaktiri FAM dan media, sorry to say :) sebab tu laporan media nih, Mak Ngoh abadikan di dalam blog yang tak seberapa nih

Bak kijang kemabukan lampu

Oleh WAN ZULKIFLI WAN YAACOB
utusankelantan@utusan.com.my

KOTA BHARU - Umpama kijang hutan yang sesat di pekan dan mula kemabukan lampu sehingga lemah dan tidak bermaya. Barangkali, itu analogi sesuai apabila melihatkan gaya pasukan Kelantan beraksi di Stadium Nasional Bukit Jalil, di tengah majoriti lautan penyokong mereka dan berjuta-juta lagi terpaku di depan kaca televisyen.Ya, mereka berhak untuk kalah dan tidak selayaknya untuk menang kerana tindak-tanduk mereka bukan aksi untuk muncul sebagai juara.

Mereka seolah-olah bukan lagi bertanding tetapi sekadar bermain bola sepak dengan menyepak ke sana-sini, corak kekalahan yang boleh dikategorikan tanpa maruah.Seolah-olah prestasi mereka sudah sampai ke kemuncaknya sewaktu menundukkan Perlis bagi melayakkan diri ke peringkat akhir Piala Malaysia dengan corak permainan yang jauh berbeza.

Bagaikan tiada apa lagi yang perlu dikejarkan. Mereka mengecewakan seluruh harapan penyokong Kelantan dan peminat bola sepak keseluruhannya yang ingin melihat persembahan yang menarik, tanda kebangkitan sukan itu di peringkat negara. Mereka mengecewakan Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) yang berhempas pulas memberi nafas semula kepada sukan yang menuntut kepada dana yang begitu besar selain komitmen yang begitu tinggi.

Para penyokong yang berkorban masa dan wang ringgit bagi memenuhi stadium pula hanya menang sorak dan sebahagian daripada mereka bukan sekadar pulang kecewa tetapi memburukkan lagi keadaan dengan perangai yang memalukan, mengaibkan dan memualkan.
Mungkin belum pernah insiden seburuk ini dicetuskan oleh mana-mana penyokong ketika pasukan mereka beraksi di final bagi merebut piala berprestij itu.

Mereka seperti lazimnya mudah berpaling tadah apabila pasukan mula menunjukkan tanda-tanda untuk kalah.Namun apabila mereka mula merusuh dengan lontaran botol air, mercun dan membakar kerusi dan bendera negeri, mereka membenarkan persepi umum bahawa selama ini penyokong Kelantan liar dengan menunjukkan gedede dan onar tak bertempat.

Sedangkan saban tahun, akan ada pasukan yang kalah dalam perlawanan akhir, tetapi para penyokong mereka masih boleh menerima kenyataan.Justeru Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat perlu juga mentarbiahkan mereka.

Malam kelmarin, ketika harapan menggunung tinggi, dalam keghairahan yang meluap, prestasi sang Kijang tersembam ke peringkat paling dalam dan cuti umum yang diisytiharkan oleh kerajaan negeri Kelantan bertukar menjadi hari berkabung bola sepak Kelantan.

Kesalahan mulai dituding ke sana-sini, daripada pemain, jurulatih dan pemimpin persatuan ketika sebenarnya, umum tiada yang menyangka Kelantan mampu mara sebegitu jauh dengan beraksi di peringkat akhir dalam dua kejuaraan tahun ini.

Namun ramai percaya bahawa ketidakupayaan pemain menerima tekanan dalam perlawanan yang begitu besar menyebabkan para pemain hilang punca - gugup dan gopoh serta tidak mampu mengawal bola dengan hantaran-hantaran meliar.

Tiba-tiba sahaja, tiada seorang pemain pun yang berupaya mencaturkan rentak dan corak permainan manakala barisan pertahanan pula masih jauh dari kesesuaian taraf bagi mengisi skuad negeri.Ketika pelbagai ganjaran menunggu jika pulang sebagai juara serta masa depan yang lebih baik bagi mereka sebagai pemain bertaraf profesional, tahap ketahanan mental yang masih rapuh memusnahkan segala impian peribadi mereka.

Jika diukur dengan usia kebangkitan semula skuad Kelantan dalam tempoh yang sungguh singkat setelah meredah begitu banyak halangan, ia terlalu awal untuk mereka beraksi di pentas akhir. Ke tahap ini sudah boleh dibanggakan.Justeru Tan Sri Annuar Musa tidak harus patah semangat dalam menerajui Kafa ketika politik bola sepak kadangkala lebih hebat daripada politik parti. Cuma jangan biarkan Kelantan menunggu empat dekad lagi.
Reflection : Mak Ngoh abadikan laporan berita nih kerana amat bermakna kepada Mak Ngoh yang memang ore kelate :) Kenapa dipolitikkan bola sepak? Ahaks

Rabu, 21 Oktober 2009

maafkan cikgu....

Kisah nih, Mak Ngoh amik dari emel gak. Best plak cite nya jadi Mak Ngoh kongsi jer lah :)

Ceritanya: Saya mengajar di sekolah rendah di tengah2 bandaraya Kuala Lumpur. Saya mengajar sesi petang. Salah seorang murid saya setiap hari datang lambat ke sekolah. Kasut dan bajunya selalu kotor. Setiap kali saya bertanya tentang baju dan kasutnya dia hanya berdiam diri. Saya masih bersabar dengan keadaan pakainnya, tetapi kesabaran saya tercabar dengan sikapnya yang setiap hari datang lambat. Pada mulanya saya hanya memberi nasihat. Dia hanya menundukkan kepala tanpa berkata2 kecuali anggukkan yang seolah2 dipaksa. Kali kedua saya memberi amaran, dia masih juga mengangguk tetapi masih juga datang lambat keesokannya. Kali ketiga saya terpaksa menjalankan janji saya untuk memukulnya kalau masih lambat. Anehnya dia hanya menyerahkan punggungnya untukdirotan . Airmata saja yang jatuh tanpa sepatah kata dari mulutnya.

Keesokan harinya dia masih juga lambat, dan saya memukulnya lagi. Namun ia masih tetap datang kesekolah dan masih tetap lambat. Suatu hari saya bercadang untuk mengintipnya ke rumahnya. Setelah mendapatkan alamatnya, saya meneruskan niat saya. Dia tinggal di sebuah kawasan setinggan tidak berapa jauh dari sekolah. Keadaan rumahnya sangat daif. Saya nampak murid saya itu sedang berdiri di depan rumahnya dalam keadaan gelisah. Seorang wanita yang mungkin ibunya juga kelihatan gelisah. Lebih kurang pukul 1.30 seorang anak lelaki sedang berlari2 sekuat hati menuju ke rumah itu. Sambil berlari dia membuka baju sekolahnya. Sampai di depan rumah baju dan kasutnya diserahkan pula kepada murid saya yang terus bergegas memakainya. Sebelum pakaian sekolah sempurna dipakai, dia sudah berlari ke arah sekolah.

Saya kembali ke sekolah dengan penuh penyesalan. Saya memanggil anak itu sambil menahan airmata yang mula tergenang. “Maafkan cikgu. Tadi cikgu pergi ke rumah kamu dan memerhatikan kamu dari jauh. Siapa yang berlari memberikan kamu baju tadi?” Dia terkejut dan wajahnya berubah. “Itu abang saya. Kami kongsi baju dan kasut sebab tak ada baju lain. Itu saja baju dan kasut yang ada. Maafkan saya, cikgu.” Jawabnya “Kenapa kamu tak beritahu cikgu dan kenapa kamu biarkan saja cikgu pukul kamu?” ” Mak pesan, jangan meminta2 pada orang, jangan ceritakan kemiskinan kita pada orang. Kalau cikgu nak pukul serahkan saja punggung kamu.” Sambil menahan airmata yang mula berguguran saya memeluk anak itu, “Maafkan cikgu, …….” Kejadian itu cukup menginsafkan saya. Selepas itu saya cuba membantunya setakat yang mampu.

Begitulah ceritanya.... :)

betapa payah malaikat mengambil tanah dari bumi



Kita selalu mendengar kisahnya Nabi Adam a.s dan kita juga terlalu tahu tentang kejadianya manusia itu adalah dari tanah. Tetapi apakah kita tahu akan tanahnya itu?Apakah kita tahu akan prosesnya kejadian itu?Mari kita baca kupasan yang sedikit ini, mudah-mudahan kita lebih mengetahui tentangnya dan Insyaallah dapatlah kita mempelajarinya bersama-sama. Berpesan- pesanlah pada kebaikan dan berpesan-pesanlah pada kesabaran.

BETAPA PAYAHNYA MALAIKAT-MALAIKAT MEMINTA TANAH DARI BUMI UNTUK NABI ADAM AS (ABUL BASYAR / Bapa segala manusia)


Pada suatu ketika, Allah SWT menitahkan kepada malaikat Jibril supaya turun ke bumi untuk mengambil sebahagian tanahnya untuk mencipta Adam. Akan tetapiapabila beliau sampai ke bumi, bumi enggan membenarkan tanahnya diambil untuk dijadikan Adam kerana bumi kuathir Adam akan menjadi maksiat kepada Allah. Lalu Jibril kembali ke hadrat Allah memberitahu bahawa ia tidak dapat berbuat apa-apa apabila mendengar mendengar sumpah bumi.Setelah itu, Allah memerintah malaikat Mikail. Jawapan bumi masih sama lalu Allah memerintahkan malaikat Israfil dan jawapan bumi masih tidak berganjak.Masing-masing kembali dengan jawapan yang hampa.Akhirnya, Allah menyuruhmalaikat Izrail turun ke bumi.Kata Allah:" Hai Izrail! Engkaulah kini yang aku tugaskan mengambil tanah.

Meskipun bumi bersumpah-sumpah dengan ucapan, jangan engkau mundur. Katakan bahawa kerjamu atas perintah dan atas namaKu."Apabila Izrail turun ke bumi dan menyampaikan perintah Allah kepada bumi, maka akhirnya bumi mengizinkan tanahnya diambil. Setelah Izrail mengambil beberapa jenis tanah,kembalilah ia ke hadrat Allah.Lalu Allah berfirman: "Ya Izrail, pertama engkau yang Ku tugaskan mengambiltanah, dan kemudian di belakang hari kelak akan kutugaskan engkau mencabutroh manusia."Maka kuathirlah Izrail kerana bimbang akan dibenci oleh umat manusia.Lalu Allah berfirman lagi: "Tidak, mereka tidak akan memusuhi kamu. Aku yang mengaturnya, dan aku jadikan kematian mereka itu bersebab antaranya terbunuh, terbakar, sakit dan sebagainya.

JENIS TANAH YANG DIGUNAKAN:
1. Tanah tempat bakal berdirinya Baitul Mugaddis
2. Tanah Bukit Tursina
3. Tanah Iraq
4. Tanah Aden
5. Tanah Al-Kautsar
6. Tanah tempat bakal berdiringa Baitullah
7. Tanah Paris
8. Tanah Khurasan
9. Tanah(Babylon)
10. Tanah India
11. Tanah syurga
12. Tanah Tha'if

Menurut Ibnu Abbas:
1. Kepala Adam dari tanah Baitul-Muqaddis kerana disitulah berada otak manusia,dan disitulah tempatnya akal.
2. Telinganya dari tanah Bukit Thursina, kerana dia alat pendengar dan tempat menerima nasihat.
3. Dahinya dari tanah Iraq,kerana disitu tempat sujud kepada Allah.
4. Mukanya dari tanah Aden, kerana disitu tempat berhias dan tempat kecantikan.
5. Matanya dari tanah telaga Al-Kautsar, tempat menarik perhatian.
6. Giginya dari tanah Al-Kautsar, tempat memanis-manis.
7. Tangan kanannya dari tanah Kaabah,untuk mencari nafkah dan kerjasama,sesama manusia.
8. Tangan kirinya dari tanah Paris,tempat beristinjak.
9. Perutnya dari tanah Babylon. Disitulah tempat seks(berahi) dan tipudaya syaitan untuk menjerumuskan manusia ke lembah dosa.
10.Tulangnya dari tanah Bukit Thursina,alat peneguh tubuh manusia.
11.Dua kakinya dari tanah India, tempat berdiri dan jalan.
12.Hatinya dari tanah syurga Firdaus,kerana disitulah iman, keyakinan,ilmu, kemahuan dan sebagainya.
13.Lidahnya dari tanah Tha'if, tempat mengucap Syahadat, bersyukur dan berdoakan kepada Tuhan.

PROSESNYA KEJADIANNYA:
1. Ketika Allah jadikan Adam, tanah itu dicampur dengan air tawar, air masin, air hanyir, angin dan api. Kemudian Allah resapkan Nur kebenaran dalam diri Adam dengan berbagai macam "sifat".
2. Lalu tubuh Adam itu digenggam dengan genggaman "Jabarut" kemudian diletakkan didalam "Alam Malakut".
3. Sesungguhnya tanah yang akan dijadikan "tubuh Adam" adalah tanah pilihan Maka sebelum dijadikan patung, tanah itu dicampurkan dengan rempah-rempah dan wangi-wangian dari sifat Nur sifat Allah, dan dirasmikan dengan air hujan "Barul Uluhiyah".
4.Kemudian tubuh itu dibenamkan didalam air "Kudral-Izzah- Nya" iaitu sifat "Jalan dan Jammal".Lalu terciptalah tubuh Adam yang sempurna.
5.Demikian pula roh, ketika itu diperintah masuk kedalam tubuh Adam, ia merasa malas dan enggan, lalu ia berputar-putar, mengelilingi patung Adam yang terlantar. Kemudian Allah menyuruh malaikat Izrail untuk memaksa roh itu masuk.Akhirnya mahu tidak mahu roh itupun masuk dan menyerah kepada Izrail.Menurut riwayat ketika Adam masih berada di syurga, sangat baik sekali kulitnya. Tidak seperti warna kulit manusia. Kerana Adam telah diturunkan ke dunia, terjadilah perubahan pada warna kulitnya.

Sebagai peringatan, yang masih tertinggal warnanyahanyalah pada kuku manusia. Oleh itu, meskipun orang kulitnya hitam,tetapi warnakukunya adalah sama, ialah putih kemerah-merahan.Dijadikan pada tubuh Adam ada sembilan rongga atau liang. Tujuh buah liang dikepala,dan dua buah liang di bawah badan letaknya.

Tujuh buah letaknya adalah di:
1. Kepala : dua.liang mata, Dua liang telinga, Dua liang hidung dan sebuah liang mulut.
2. Dibawah: Sebuah liang kemaluan dan liang dubur.

Dijadikan pula lima buah pancaindera:
1. Mata alat penglihatan
2. Hidung alat penciuman
3. Telinga alat pendengaran
4. Mulut alat merasa manis, masin dan sebagainya.
5. Anggota tubuh lainya seperti kulit, telapak tangan, untuk merasa halus, kasar dansebagainya.

Setelah Roh masuk kedalam tubuh Adam :Lalu roh itu masuk perlahan-lahan sehingga ke kepalanya yang mengambil masa 200 tahun. Demikianlah Allah memberi kekuatan pada Izrail untuk memasukkan roh ke dalam tubuh Adam. Setelah roh meresap ke kepala Adam, maka terjadilah otak dan tersusunlah urat-urat sarafnya dengan sempurna.


Kemudian terjadilah matanya dan seketika itu matanya terus terbuka melihat dan melirik ke kiri, ke kanan dan kebawah dimana pada masa itubahagian badannya masih merupakan tanah keras.Dilihatnya kiri dan kanan para malaikat yang sedang menyaksikan kejadian dia. Ketika itu dia telah dapat mendengar para malaikat mengucapkan tasbih dengan suara yang merdu dan mengasyikkan. Kemudian ketika roh sampai kehidungnya lalu ia bersin, serta mulutnya terbuka. Ketika itulah Allah ajarkan padanya ucapan Alhamdulillah. Itulah ucapan Adam pertama kalinya kehadrat Allah. Lalu Allah berkata :"Yarhamukallah"yang membawa erti: "Semoga engkau diberi rahmat Allah".


Oleh kerana itu jikaorang bersin, menjadi sunat mengucap "Alhamdulillah" dan orang yang mendengarnya sunat pula mengucapkan "Yarhamukallah". Kemudian ketika roh sampai pada dadanya, tiba-tiba saja ia mahu bangun. Padahal sebahagian bawah badannya masih tanah dan keras. Disini menunjukkan sifat manusia yang suka tergesa-gesa (tidak sabar). Sebagaimana firman Allah SWT bermaksud:"Dan adalah manusia itu, suka tergesa-gesa" .(Al-Israk: II)Maka ketika roh itu sampai di bahagian perutnya, maka terjadilah susunan isi perut dengan sempurna.

Maka seketika itu terasalah lapar. Kemudian terus roh itu meresap sampai ke seluruh tubuh, tangan, kaki lalu terjadi darah daging dan tulang. Urat-urat berkulit dengan sempurna, yang mana kulit itu kian lama kian cantik dan halus. Begitulah proses kejadian-kejadian tubuh Adam. Setelah kejadian Adam sempurna sebagai manusia, maka dialah merupakan makhluk manusia yang pertama. Wajahnya cukup cantik, semua malaikat berasa kagum melihat Adam yang begitu menawan. Kemudian Adam diarak oleh malaikat-malaikat selama 100 tahun lalu diperkenalkan kepada seluruh penghuni dari langit pertama hinggalah ke langit tujuh sebelum dibawa ke syurga tempat mula-mula Adam dijadikan.


(Dipetik dari buku HIMPUNAN KISAH-KISAH MALAIKAT disusun oleh Muhammad Isa Selamat)


RENUNGAN::::Sesungguhnya Allah itu Maha Besar, Maha Agung, Maha pencipta sekian alam dan pencipta setiap kejadian. Bertaqwalah kita kepadaNya, kerana pada AllahLah kita akan dikembalikan.


(p/s : Mak Ngoh copy paste dari emel jer nih, bukan Mak Ngoh yang karang, terima kasih kepada si penghantar emel. Semoga sentiasa mendapat rahmat ALLAH)

Ahad, 24 Mei 2009

rasuah dalam pendidikan

Mak Ngoh penah ikuti satu kursus dengan bpr (nama lama). dalam kursus tu baru tersedar dalam diri rupanya banyak rasuah dalam pendidikan. Yang penting Mak Ngoh xmo cite lah pasal duit duit ni. tp rasuah yang sering dilakukan oleh guru..

MASA...

masa itu emas... masa yang pergi dah x boleh diganti balik. tapi kalau duit boleh diganti. klu senior2 or orang2 lama dlm pendidikan tentu sedar betapa pentingnya masa. klu dibayar gaji untuk mengajar 40 minit kenalah masuk mengajar 40 minit. klu kurang itu apa hukumnya? boleh jadi haram ke gaji tu? Wallahualam...

Mak Ngoh sedih gak tngok de de cikgu yg lalai bab ni. masuk kelas lewat 15 minit pastu keluar awal 10 minit. tidakkah rasa bersalah pada pelajar. dorang budak2 xtau betapa ruginya masa belajar dorang tu. klu cikgu tak masuk kelas lagi dorang hepi. leh main kejar2 dlm kelas. macam kita time kanak2 dulu ler.

tak salah masuk lewat klu mmg de keje. tp klu setakat borak2 minum2 di kantin bukan ke namanya sengaja tak masuk kelas. Mak Ngoh penah gak masuk lewat (sbb ada mak bapa budak datang jumpa)... tp syukur budak kelas Mak Ngoh ni pandai berkira masa dengan Mak Ngoh. kenapa??? sebab Mak Ngoh ajar dorang betapa ruginya masa dorang kalau cikgu masuk lewat. brapa byk ilmu dah dorang miss.

time Mak Ngoh praktikal dulu, pgetua sek tu sgt2 tegas.. berkali2 gak nangis dgn dia time kena tegur... mcm2 tak kena. tp skrg Mak Ngoh sedar, bagus pgetua tu.selalu dia nasihat camne nk jd guru cemerlang dunia akhirat. dan.... yang bab utama dia tekan ------- MASA------banyak la cite n kes2 guru masuk lewat.

nape kita minta maaf klu kita terlewat. "sorry lewat traffic jam... sorry lewat de hal td" tp dgn student de sorry klu lewat masuk?... klu tak minta maaf leh kira hutang sampai akhirat lol. takut Mak Ngoh.

Empat Perkara























~~*Empat perkara yang menyebabkan badan sakit
>Terlalu banyak bicara- kemampuan otak akan terjejas, membuatnya lemah dan mempercepatkan tumbuhnya uban
>Terlalu banyak tidur-wajah menjadi pucat,hati jadi buta,mengeringkan mata, malas bekerja, cenderung berperilaku kasar,dapat penyakit yang sukar divari ubatnya.
>Terlalu banyak makan
>Terlalu banyak melakukan seks- membuat badan menjadi lemah, kekuatan menurun, tubuh kurang segar, otot kendur, banyak lagi kesan negative pada badan, daya ingatan kurang

~~*Empat perkara yang merosakkan tubuh

>Cemas
>Sedih berpanjangan
>Lapar
>Kurang tidur

~~8Empat perkara yang memberi kesenangan pada hati
>Melihat tumbuhan yang hijau
>Melihat air yang mengalir
>Melihat kekasih
>Melihat buah-buahan

~~*Empat perkara yang dapat membuat pandangan mata mejadi gelap
>Berjalan tanpa kasut
>Berpagi hari dan berpetang hari dengan wajah yang muram penuh dengan kebencian dan permusuhan
>Terlalu sering menangis
>Banyak menatap garis yang kecil-kecil

~~*Empat perkara yang membuat badan menjadi kuat
>Memakai pakaian yang lembut
>Mandi dengan air panas
>Makan makanan yang manis dan berlemak
>Mencium wangian.

~~*Empat perkara yang menghilangkan kesegaran dan keceriaan wajah
>Berbohong
>Tidak tahu malu
>Terlalu banyak bertanya yang tanpa dasar
>Banyak melakukan maksiat

~~*Empat perkara yang membuat wajah semakin segar
>Menjaga harga diri
>Menepati janji
>Dermawan
>Takwa

~~*Empat perkara yang mendatangkan kemarahan dan kebencian
>Takabbur
>Dengki
>Bohong
>Suka mengadu

~~*Empat perkara yang boleh mendatangkan rezeki
>Bangun malam untuk solat
>Banyak beristighfar menjelang fajar
>Membiasakan memberi derma
>Membiasakan diri berzikir di petang hari


~~*Empat perkara yang akan mencegah datangnya rezeki
>Tidur di pagi hari
>Jarang solat
>Malas
>Suka khianat

~~*Empat perkara yang akan membahayakan pemahaman dan kemampuan otak
>Ketagihan makanan yang masam
>Tidur terlentang
>Resah
>Gundah-gulana

~~*Empat perkara yang akan menambah daya pemahaman
>Hati yang bersih
>Tidak menyelangi makan dengan minum secara berlebihan
>Mengatur menu makanan yang baik dengan menambahkan makanan yang manis dan berlemak
>Membuang semua endapan makan yang memberatkan badan.

~Komen Terbaru~

Get This Recent Comment Widget!