Sudut Test Mouse Kiri

Tinggalkan pesanan anda di sini

Isnin, 31 Mei 2010

Apa yang mak ngoh buat pada 29hb hingga 31hb mei

Salam semua... setelah 2 hari tidak update blog hari nih, mak ngoh ada sedikt kesempatan nak berblog sekejab.

Ceritanya tentang apa yang mak ngoh buat sejak sampai di kampung halaman nih. Flight mak ngoh tiba di airport kb lebih kurang pukul 4.45 petang. Sampai-sampai, terus ambil beg dan family mak ngoh pun dah ready menunggu.

Kemudian, semasa perjalanan pulang tu, mak ngoh minta ayah singgah di Kedai Nasi Kerabu Golok yang telah masuk Astro dalam rancangan Warung Kita. Meleleh air liur mak ngoh time tengok rancangan tu. Farouk makan nasi kerabu dengan lauk bakar dan dengan bawang putih jeruk. Warung tu berdekatan la juga dengan tempat kerja adik mak ngoh yang nombor 2, di Balai Islam.

Dengan aroma ayam bakar dan daging bakar yang memang mengoda lah. Mak ngoh pesan nasi kerabu daging bakar dan yang lain pesan nasi kerabu ayam bakar. Time tu, ramai betul la orang. Mungkin mahu merasa nasi kerabu yang dikhabar sedap oleh farouk tu. Nyum nyum... selepas dimakan. Rasa nasi kerabu golok yang digembar gembur kan tu tak adalah sedap sangat pun. Hehe... Tapi ayam bakar dan daging bakarnya sedaplah jugak. Sambal kelapa gorengnya tak ada rasa sangat.

Kalau ada orang yang rasa nasi kerabu sedap, mak ngoh syorkan Kedai Nasi Kerabu Azma di Pasir Pekan. Memang sedap nasi kerabu di sana ditambah pula dengan sambal kelapa goreng yang memang menepati nasi kerabu asli. Macam2 pilihan lauk dan solok lada juga ada di sana.

Ok tutup cerita nasi kerabu. Esoknya, iaitu 30 mei, mak ngoh temankan adik mak ngoh ke Hospital USM Kubang Kerian kerana dia ada masalah jangkitan kuman di pipi. Isk isk..bahaya sungguh. Kisahnya, dia ada sebatang gigi geraham yang rosak tapi dia biarkan saja. rupa-rupanya kuman dari gigi tersebut telah merebak dan pipi kanannya. Menyebabkan pipinya lebam biru dan bernanah. Bahaya sangat. Tapi nasib baik, tempat lebam tu tak nampak kalau pakai tudung. Jadi, tidaklah malu sangat. Setelah menjalani beberapa rawatan, dia terpaksa mencabut giginya tapi yang masalah pulak, dia alami alergik ubat.






Pagi 30 mei tu, kami bertolak ke HUSM pukul 7.15 pagi lagi. Sampai di sana lebih kurang pukul 8 dan time ambil nombor giliran, dapat nom 7. Klinik buka pukul 9.00 pagi. Jadi terpaksalah kami tunggu..tunggu...tunggu pukul 10 pagi barulah adik mak ngoh dipanggil. Masa dia diberi rawatan tu, mak ngoh tidak masuk, tapi mak ngoh nampak di sebalik pintu. Doktor menyedut nanah mengunakan picagari dan sebanyak 6 cucuk jarum diletakkan di pipinya yang lebam tu. Tapi tiada nanah pun. Ada darah jer. Darahnya menitik ke baju dan juga ke tudung adik mak ngoh. Selepas sejam, baru dia keluar dari bilik doktor dan pergi ke bahagian farmasi untuk mengambil ubat. Punyalah ramai orang di sana, menunggu lebih sejam baru boleh ubat.



Pukul 12 tenghari kami bertolak ke Mydin di Kubang Kerian membeli barang-barang keperluan untuk adik mak ngoh yang sorang lagi tu. Yang nak pergi matrik. Beli kasut, baldi, baju, selimut, dan macam-macam lagilah. Kemudian, pukul 3 petang, kami singgah di balai islam, ofice adik mak ngoh untuk bereskan hal-hal peribadi.




Kemudian, kami sambung lagi bergerak ke bandar KB untuk mencari buku-buku rujukan matriks. Susah betul nak cari buku matrikulasi nih. Lagipun tak banyak kedai buku di Kota Bharu. Ada Pustaka Sri Intan, Syarikat Muda Osman dan Edaran Johan. Tapi buku yang nak tu tak ada pun. Di Pustaka Sri Intan ada tapi tinggal cuma satu yang dah rosak. Pergi pula ke Muda Osman, Pustaka Sri Intan 2 dan Edaran Johan, tak ada juga. Last-last pergi balik ke Pustaka Sri Intan dan beli buku yang rosak tu je la. Isk ...isk.. Dalam perjalanan pulang, kami singgah pula di Muda Osman Wakaf Che Yeh, ada satu-satunya buku matrikulasi matematik semester 1.

Barulah kami bertolak pulang ke rumah. Sepanjang jalan pula hujan lebih tapi bila tiba di daerah Ketereh tak hujan la pulak. Sampailah kami bertiga di rumah pada pukul 6 petang. Malamnya pula, kami adik beradik mencuci baju2 yang baru dibeli dan packing baju yang akan diakan dibawa.

Itulah cerita mak ngoh..hehe..macam cerita kanak-kanak. Malam nih, kami akan bertolak ke Perlis. Doakan keselamatan kami pergi dan balik.

Jumaat, 28 Mei 2010

Selamat tinggal Sandakan untuk 3 minggu...akan kembali lagi, insyaallah

Esok pukul 10.20 pagi mak ngoh akan bertolak dari Airport Sandakan menuju ke Terminal Tambang Murah Kuala Lumpur. Kemudian pada pukul 3.50 petang, mak ngoh ambil satu lagi flight menuju ke Lapangan Terbang Sultan Ismail di Pengkalan Chepa, Kelantan. Tujuanya hanya satu...balik kampung...ho ho ho balik kampung...

Eh eh rasa macam raya la pulak. Yang penting hati gembira dapat cuti lama. 3 minggu nih. Bukan alang-alang lagi cuti. Mesti gunakan masa 21 hari nanti dengan baik.

Sekarang nih, mak ngoh mengemas baju. Tak siap-siap dari petang semalam lagi. Haha... Beg kecil. Tapi barang yang nak disumbat ke dalam tu banyak. Ikan kering terbok Sabah pun ada. Haha...termasuklah kertas exam budak-budak yang terpaksa ditanda di kampung memandangkan masa tak cukup di sini.

So...macamana nih, beg kecil tak muat. Ada beg yang besar gedabak. Setinggi dekat-dekat 1 meter kut. Pernah mak ngoh bawa besar ni pergi kursus induksi. Semua orang menegur mak ngoh yang berbeg paling besar. Haha... nak buat macamana. Dah namanya perempuan. Mestilah banyak barang nak diangkut ke hulu ke hilir. Ye ke tak?

Mak ngoh bukan apa. Mak ngoh ni pemalu sebenarnya (ewah). Beg orang lain kecil-kecil jer, tiba-tiba beg mak ngoh pulak yang besar. Tak ker ajaib tu. Lagipun airasia ni, terlebih sekilo bayar RM 15. Lebih lagi, bayar lagi... Kalau beg besar maknanya barangnya pun beratlah. Selagi muat selagi tu isi. Rasa nak balik semua barang ke kampung.

Huwaaa....dalam hepi nak cuti sebenarnya sedih gak nak tinggal budak-budak mak ngoh. Mesti kat kampung nanti rindu celoteh mereka yang macam murai. Adus...ini yang tak best. Malam semalam pun dah ada budak2 mak ngoh yang sms gitau "rindu cikgu".... Padahal siangnya tu kami bersekolah. Tapi saat berpisah memang akan rasa cepat rindu. Mak ngoh pun sms reply "miss you too" Hik hik hik... students perempuan yer.. bukan laki.

Erk...selama 3 minggu di kampung nanti adakah bermakna 3 minggu jugaklah blog ini tidak akan diupdate? Al maklumlah, kalau di kampung, terlalu banyak aktiviti harian terutamanya berjalan-jalan, sibuk dengan memasak dan sibuk dengan makan-makan.

Tapi...adakah orang akan perasan blog ini tidak diupdate?
Ada orang kisah ker?
Macam tak ada pun
:(

Apa-apa pun, terima kasih kepada follower mak ngoh.
Jasamu dikenang.
Aiseh!!! Haha..wink wink

Terima kasih juga kepada visitors yang datang melawat blog, membaca entri dan yang selalu berwalking n berjogging di sini.

Terima kasih kerana sudi melawat blog yang usang ni.
Al maklumlah, tuan punya blog dah bernama tua
jadi blognya tak adalah canggih.
Yang penting klasik..
Haha...

So...tata,...SALAM
C U Next Time

Salah cikgukah kalau pelajar masih tak kenal ABC walaupun dah tingkatan 5?

Mak ngoh ada terbaca blog yang bercerita tentang kerjaya guru. Ada beberapa kenyataannya yang betul dan diterima akal.

Contohnya…ramai yang lari pergi ke KPLI semata-mata untuk menjadi guru dan kerana tidak tahan dengan kerjaya sebelum ni. Namun mak ngoh tertanya-tanya ramai itu berapa ramai? Adakah seratus ribu orang telah lari dari kerjaya dan apply menjadi cikgu melalui KPLI?

Lagi satu, janganlah disalahkan oleh yang lari dari kerja lama dan menjadi cikgu. Kita tahu ker hati mereka itu macamana? Jangan-jangan mereka memang ikhlas jadi cikgu…mana kita tahu?

Lepas tu, pasal KPLI nih. Adakah di UPU tu, semua course yang anda minta…anda akan dapat? Adakah bila anda minta jadi cikgu..anda dapat cikgu? Kadang-kadang tak dapat. Terpaksalah terima apa-apa course yang ditawarkan. Kemudian belajar kasi habis ijazah dan cuba apply melalui saluran KPLI untuk menjadi cikgu.

Namun mak ngoh sendiri pun memang tidak puas hati kalau ada guru yang menjadi guru semata-mata kerana nak senang dapat kerja. Cuma yang mak ngoh perasan, kalau orang tu berjiwa halus, walaupun asalnya dia tidak suka jadi guru namun lama kelamaan dia akan jatuh hati juga dengan kerjaya ni.

Kemudian, mak ngoh nak tanya adakah senang zaman sekarang nih nak masuk maktab atau ambil course pendidikan. Setahu mak ngoh, susahlah. Kalau nak jadi cikgu pointer di matriks atau STPM kena atas 3.0 minimun. Tapi pelik pula bila terbaca cerita kononnya senang betul nak masuk maktab. Orang yang pernah apply tentu tahu lah senang ke tidak.

Opss…lagi satu jangan disamakan Sabah dengan Semenanjung. Begitu juga peluang menjadi guru sandaran tidak terlatih di Sabah begitu mudah dan luas. Sedangkan di Semenanjung tidak banyak peluang dibuka untuk jadi guru sandaran tidak terlatih. Fikirlah sendiri kenapa?

Lagi satu, perlu dingatkan kerjaya cikgu nih bukan senang. Cubalah anda jadi cikgu selama sebulan. Anda tahulah apa tugas-tugas cikgu. Janganlah nampak tugas cikgu nih masuk kelas mengajar, tanda buku latihan budak jer. Lepas tu cikgu duk kantin borak-borak minum kopi. Sebelum hari guru tu pun keluar isu beban guru di sekolah banyak. Terlalu banyak tugas.

Namun dek kerana pembahagian tugas tidak sama rata, ada guru yang goyang kaki, ada guru yang tak cukup tangan. Ada guru yang main facebook di sekolah, ada guru yang update blog di sekolah, ada guru yang main games di sekolah. NAMUN, adakah itu salah semua guru? Janganlah kerana nila setitik rosak susu sebelanga yer…

Pernah tak anda dengar kisah cikgu yang bunuh diri? Kenapa yer cikgu bunuh diri? Mungkin kerja cikgu terlalu senang kut. Jadi mereka naik bosan dah dengan kerja yang senang-senang nih. Itu belum lagi dengan kes cikgu perempuan yang keguguran bayi. Cubalah anda fikir biasanya kenapa perempuan keguguran? Tentulah kerana tekanan. Kenapa guru tertekan? Sebab kerja cikgu nih terlalu senang sangat.

Kemudian… cuba ada fikirkan berapa lama guru bersama dengan pelajar? Adakah guru dan pelajar bersama selama 24 jam? Jadi adakah guru bertanggungjawab sepenuhnya untuk pendidikan pelajar tersebut. Apa tugas ibubapa? Janganlah dibebankan 100% kesalahan budak tak pandai kepada guru. Pelajar tak kenal ABC, cikgu buat apa? Jangan tanya cikgu buat apa? Mak ayah buat apa? Anak sampai tingkatan 5 tak tahu lagi huruf ABC.

Tapi sebab ada orang tanya cikgu buat apa, jadi mak ngoh nak beritahu…setiap sekolah ada disediakan program pemulihan. Di Sabah pula, disediakan lagi Program Probim untuk pelajar lemah matematik, bahasa melayu dan inggeris dan mak ngoh sangat pelik kenapa ramai la jugak budak-budak di Sabah masih tidak boleh membaca walaupun sudah di Tingkatan 5. Yer, memang guru tak pandai mengajar lah tu. Di tambah pula dengan ibubapa dan kakak abang yang tidak bertanggngjawab. Beres? Masing-masing ada salah sendiri. Adil kan?

Tapi pernahkah terfikir kalau saling menyalahkan orang lain, xde faedahnya. Bila budak form 5 tak pandai lagi ABC, guru sekolah menengah salahkan guru sekolah rendah, kemudian guru sekolah rendah salahkan guru tadikanya, kemudian guru tadikanya nak salah saper? Nampak tak ? Tiada kesudahanya. Yang memang akan sudah, jom berganding bahu menolong budak yang tidak pandai tu. Kan lagi bagus.

Dan mahu memberitahu lagi… bahawasanya memang wujud budak yang bernama slow learner. Bukan bodoh tapi lambat belajar. Kebanyakannya memang budak-budak yang mengikuti kelas pemulihan adalah terdiri dari budak slow learner. Silapnya, masyarakat kita, bila dia tengok ada budak yang langsung tak pandai-pandai nih, dia kata budak tu bodoh. Cikgu budak tu goyang kaki tak mengajar. Untuk pengetahuan, budak macam nih ajar sekali ingat sekali, ajar hari nih esok lupa. Mereka perlukan ajaran dan bimbingan yang berterusan. Cikgu cuma boleh membantu sehingga pukul 3 petang sahaja di sekolah dan selamanya 5 hari sahaja seminggu. Selebihnya tu…tolonglah mak ayah ajarkan. Nak anak berjaya janganlah diletak 100% tugas itu kepada guru sahaja.

Mak ngoh pun pelik, kenapa dalam satu kelas tu ada budak yang pandai dan ada budak yang langsung tak pandai. Padahal cikgu yang sama, bahan mengajar yang sama. Macam mak ngoh mengajar di kelas 5B. Ujian lepas, seramai 20 orang dari 30 orang pelajar dapat A tapi yang sedih sangat seramai 2 orang pelajar dapat 3% sahaja (tiga peratus) Aduh!!! Gugur rambut mak ngoh.

Kenapa jadi macam tu. Yer…salah mak ngoh lah tu tak pandai mengajar. Mungkin kaedah mak ngoh yang tidak dapat diterima oleh 2 orang pelajar tersebut. Memang cikgunya yang bermasalah nih. Itulah, cikgunya asyik main blog jer. Jadi mak ngoh kenalah buat kelas tambahan petang, malam , Sabtu dan Ahad untuk budak 2 orang tu. Ok..Beres… Jangan tak percaya, mak ngoh memang buat kelas tambahan berturut-turut sabtu dan ahad untuk budak-budak.

Menyedihkan juga, sebab ada kacang lupakan kulit. Bila berjaya…dan bila ditanya tentang kejayaan, ada segelintir pelajar tidak mengucapkan terima kasih kepada cikgu yang mengajar. Yang utama mak ayah mereka. Kemudian cerita mereka yang susah payah buat nota ringkas, susah payah bangun tengah malam buat latihan, susah payah buat peta minda dan macam-macam lagi susah payah mereka.

Kesimpulan, kita semua memegang tangungjawab untuk kejayaan pelajar. Janganlah disalahkan sistem pendidikan negara. Banyak dah yang kementerian buat untuk budak-budak. Bagi biasiswa dan bagi KWAPM. Tapi sayangnya, bila dapat duit KWAPM, ibubapa buat beli handphone, buat bayar insuran kereta, bayar road tax, ada yang buat beli emas dan macam-macam lagi. Duit yang sepatutnya dibelanjakan untuk beli buku dan persekolahan anak tapi digunakan untuk benda tak berfaedah.

Apa-apa pun Mak ngoh bahagia dan bangga jadi cikgu walaupun kadang-kadang tugas itu banyak dan mak ngoh suka jer dengan tugas-tugas yang diberikan. Lagi satu…apa kerja atas dunia ni yang dengan senangnya sebelum pukul 7 pagi sudah ada berpuluh-puluh orang yang jumpa anda dan mendoakan kesejahteraan anda.

Mak ngoh paling suka yang nih. Jalan jer pagi-pagi di kawasan sekolah jumpa budak semuanya beri salam, yang bukan islam menyapa dengan sapaan sopan. Bahagianya. Itu belum bila masuk kelas, satu kelas pula beri salam mendoakan kesejahteraan gurunya. Amin dan Alhamdulillah.

Imam Ditangkap Berzina

Alahai dunia akhir zaman...iman pun buat kerja terkutuk. Jadi pada siapa hendak diharapkan jadi tunjang agama Islam yang kita sayangi. Sepatutnya iman dan ulamak lah yang berada di barisan hadapan kepimpinan agama. Sedih sungguh mak ngoh.

No wonderlah maksiat berleluasa dan tiada tindakan drastik pun diambil untuk kesedaran golongan penyumbang utama iaitu remaja. Remaja membuang bayi...remaja berkhalawat... remaja berzina. Macamana nak sedarkan golongan muda ini yang sememangnya cetek ilmu sedangkan orang yang sepatutnya menyedarkan lebih teruk dari golongan yang perlu disedarkan. Wahai pemimpin agama...bangunlah dari tidur masing-masing. Tanggungjawab anda bukan kecil.

Sebab itu juga ada golongan pendek ilmu bertanya???
1) Apa bezanya iman yang sembahyang lima kali sehari tetapi melakukan zina berbanding dengan orang biasa yang tidak pernah sembahyang tapi tidak pernah berzina??? Siapa lebih baik?

2) Apa bezanya gadis yang bertudung dan menutup aurat tetapi bersekedudukan dengan lelaki berbanding dengan gadis yang tidak bertudung dan seksi tetapi tidak pernah bersekedudukan?

3) Apa bezanya bapa yang setiap hari mengunjungi masjid dan alim tetapi anak gadis mengandungkan anak luar nikah berbanding dengan bapa yang tidak pernah ke masjid dan jahil tetapi anak gadis masih suci tanpa noda?

Bila kita renung soalan-soalan pelik tapi benar ini, tentu akan timbul rasa sakit hati. Kita orang Islam dan yang buat maksiat itu pun Islam. Kita bersaudara bah!!! Kita tak boleh biarkan saudara kita terus menerus melakukan maksiat dan biarkan mereka menempah neraka.

Tapi bagaimana kita nak jawab soalan yang pelik tapi benar nih?
Sebab bagi kita yang tidak dalam ilmu, kita akan jawab "Tiada bezanya dah"

Secara tidak langsung dan secara sedar tak sedar, kita telah menghalalkan apa yang mereka buat. Akhirnya akan timbul kesimpulan salah yang memesongkan iaitu
"Mereka tidak perlu sembahyang pun tak apa sebab orang yang sembahyang pun boleh TERbuat zina gak"

"Mereka tidak perlu pakai tudung dan menutup aurat pun tak apa sebab bertudung pun belum tentu baik. Bertudung pun bersekedudukan juga"

"Mereka tidak perlu ke masjid pun sebab mereka sendiri tak pandai nak jaga anak. Baik lagi orang yang tidak pergi masjid dan jahil. Pandai lagi jaga anak"

TEPUK DADA TANYA SELERA
Sudah terlalu banyak penyelewengan dan pemesongan agama yang berlaku.
Dan saban hari manusia hanya mengeluh dan berbincang tanpa mengambil tindakan.

Khamis, 27 Mei 2010

Adikku pening nak UiTM ker matriks???

Cerita tentang adik mak ngoh yang nombor 4. Perempuan. Baru lepas SPM last year. Asalnya bijak PMR boleh 8A 1B... B nya matematik. Wat malu jer, kakak cikgu math tapi adik leh B je math. Nak wat camne dah tak ada rezekinya.

Opss...kenapa mak ngoh guna istilah asalnya bijak? sebab result SPM dia tak power sangat. Dapat 5A 2B 3C klu tak silap mak ngoh. itulah budak sekarang ni...terdedah kepada teknologi yang boleh melalaikan. Kalau main sms sampai lupa dah buku. Kalau mengadap komputer, tak jadi nak wat ulangkaji. Ye ker tidak?

Masa result matrik diumumkan hari tu, adik mak ngoh nih gagal menempatkan diri pun. Huhu. Kemudian dia buat rayuan. Selepas tu, bila result UPU diumumkan dia boleh tawaran Uitm course Diploma Pentadbiran Awam. Adik mak ngoh nih asalnya tak mahu pergi U dan nak tunggu result rayuan matrik dia.

Tapi disebabkan pengaruh kawan yang mengatakan matriks tu susah...nanti kena tendanglah ... apalah...jadi adik mak ngoh dan kawan-kawannya berpakat masing-masing terima tawaran U. Jadi, dia pun pergilah bayar yuran U yang berjumlah RM 580.

Tup tup...25hb, dia sms mak ngoh beritahu dia boleh matrik. Tapi dia tak mahu pergi pun. Dia nak pergi U. Mak ngoh pun nasihatkan dia supaya pergi matriks. Tolak U.
Dia jawab "Dah bayar yuran, nanti burn"
Mak ngoh kata biarlah burn. Yang penting masa depan.
Tapi dia jawab lagi " Kena lapor diri 25hb"

Aik... mak ngoh pun search di tenet, key in nombor kad pengenalan dia dan tengok surat tawaran matriks tu. Alahai,,,, rupanya 25hb Mei hingga 3hb Jun 2010. Mungkin adik mak ngoh menolak matriks ni sebab masa tu. Tarikh lapor diri yang diberikan tu mengejutkan dia kut. Haha.

Macam-macam ayat mak ngoh pujuk dia supaya terima tawaran matriks tu. Bukan apa... tawaran U dia tu diploma pentadbiran awam. Dah la, dia kena sambung lagi beberapa tahun untuk buat ijazah dan paling merisaukan mak ngoh takut dia tak boleh or susah dapat kerja. Yelah...sekarang nih, kita belajar..sebab nak kerja. Betul ker salah? Sebab nak ilmu tu dah jadi second aim.

Maaflah kalau ada orang pentadbiran awam yang terasa hati ye. Bukan mak ngoh nak merendah course itu cuma mak ngoh rasa adik mak ngoh lagi layak pergi matriks. Lagipun, bila dia pergi matriks, peluang pilihan kerja dia masih terbuka luas. Mana tau rezeki dia boleh jadi doktor ker, engineer ker, arkitek ker...haha berangan tol mak ngoh nih. Paling-paling pun, biarlah dia jadi cikgu macam mak ngoh nih atau nurse.

Lagipun, kegagalan masa silam bukan penentu kejayaan masa depan. Ingat yer semua. Memang diakui, adik mak ngoh gagal lah tu lam SPM dia sebab tak power sangat result dia tapiiiii walaupun dia cuma boleh matriks rayuan, belum tentu lagi dia juga akan gagal di matriks.
Semuanya bergantung kepada usaha, rezeki dan ketentuan ALLAH.

Seingat mak ngoh dulu, kolej matrik mak ngoh menerima sehingga 3 intake. Tapi tak bermakna intake yang ketiga itu tak pandai dan tak boleh maju. Ada seorang pelajar matrik mak ngoh dulu, intake ketiga...dah jadi jurutera kimia pun. Namanya Qistina. Siap boleh masuk tv lagi tu dia. Ada kisah pasal dia. Isk...isk...

Itu tak campur lagi dengan kawan-kawan UPSI mak ngoh yang ada dari kalangan 2nd intake dan 3rd intake matriks. Tapi di UPSI pointer mereka tinggi-tinggi jer. Ada yang boleh mencecah atas 3.50. So what is the problem? Soalan untuk adik mak ngoh tersayang dan untuk budak2 lain yang mengalami dilema seperti adik mak ngoh. Hehehe..

Alhamdulillah tadi...setelah dibebel oleh mak ngoh selama 2 hari...akhirnya adik mak ngoh memberitahu dia akan menerima tawaran matriks. Baguslah. Mungkin dia dah dapat sedikit keyakinan. Lagipun ada dah kawan dia yang belajar di matriks tu. Kemudian yang rayuan ni pun, ada sorang lagi kawan dia yang dapat sama matriks dengan dia. Jadi, masalahnya kawan tu bukan masalah utamalah.

Cuma...jangan ikut kawan. Memanglah sebelum pergi belajar tak ada kawan. Tapi bila dah pergi nanti, boleh kenal ramai kawan. Jadi...dapatlah kawan baru. Hehe, teingat pulak kisah mak ngoh di matriks dulu. Bestnya...ada ramai kawan tapi homesick time mula-mula di matriks.

Jadi..ucapan untuk adikku...Selamat Menjalani Kehidupan Sebagai Pelajar Matrikulasi di Kolej Matrikulasi Perlis. Selamat tinggal UiTM Dunggun. Insyaallah kalau ada rezeki tahun lagi satu, adik mak ngoh akan ke Uitm pula dengan harapan...dapat course lain sikit.

Hehe..mak ngoh pulak yang over kan? Yang penting...next week mak ngoh akan ke Perlis menghantar adikku. Wah...best berjalan serata Malaysia seminggu 2 nih. Dari Sandakan ke Kuala Lumpur. Dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu. Dari Kota Bharu ke Perlis. Besttt nih...

Reflection : Pengarah Kolej Matrikulasi Perlis cantik lah, Datin Hajah Azuyah Bt. Hassan. Muka dia tu ada iras-iras artis. Tengok ler gambarnya.

Mak ngoh tersilap tiket flight...apa daaaa


Haha...mungkin terlalu rindu sangat nak balik kampung jadi mak ngoh dah set dalam fikiran mak ngoh, balik kampung pada 28hb mei 2010. Maklumlah, dah dekat 3 bulan mak ngoh tak balik kampung. Tak ada bajet ler nak balik tiap-tiap bulan. Tambang Airasia nih bukannya murah walaupun iklannya murah. Time nak beli mesti harga dah melambung tinggi.


Lagipun asalnya mak ngoh dah beli tiket bertarikh 5hb Jun 2010. Kemudian, tup tup ada perkhabaran gembira yang sekolah mak ngoh mengambil cuti untuk Pesta Keamatan. Jadi, kami cuti awal seminggu dan kami bercuti selama 3 minggu. Masyuk... Walaupun kena tukar tiket dan kena bayar penalti + harga beza tiket yang hampir RM 500 tapi tak apa lah. Janji leh balik awal.


Jadi tadi, tiba-tiba mak ngoh masuk akaun Airasia dan cek tiket untuk balik ni. Rupanya tiket sebenar yang mak ngoh beli tanpa sedar tu bertarikh 29hb mei 2010. Hari Sabtu nih. Pelik. Kenapa mak ngoh beli hari Sabtu sedangkan hari Jumaat (iaitu esok) telah pun cuti sekolah.

Mungkin juga kerana harga tiket pada hari Jumaat tu tinggi sangat. Maklumlah esok adalah Hari WESAK.


Alah, tak kisahlah 29hb pun. Lewat sehari jer. Nasib baik tersilap tiket yang lewat sehari. Kalau tiket tu bertarikh 27hb tanpa mak ngoh sedari. Tidak ker menangis tak berlagu tu....

SyukurLAH.

Rabu, 26 Mei 2010

Cerpen : Jodoh Kita Part 1


“ Aku cuba sembunyikan agar tiada siapa tahu tapi ia hadir setiap kali mata kita bertentang...aku tidak peduli siapa kau dan dari mana kau hadir selagi kau mencintaiku”


Rasa yang sungguh selesa dan dingin seolah-olah dia berada di atas katil bertatahkan emas dan berselimutkan sutera. Aina menarik selimut itu lagi hingga ke paras bahunya. Matanya masih lagi berat untuk dibuka tetapi dia merasakan ada sesuatu kelainan pada selimutnya. Bau bilik itu juga lain. Tiba-tiba, dia kedengaran langsir yang dibuka dan lantas itu juga sinaran matahari menyilaukan matanya. Cepat-cepat dia membuka matanya dan alangkah terkejutnya apabila melihat keadaan di bilik itu.

“Cik Harlisa dah bangun?. Baru tadi Datuk bertanyakan tentang cik…”ujar seorang perempuan separuh umur kepadanya . Aina bangun dari katil itu, masih dalam keadaan terpinga-pinga. Dia tidak tahu bagaimana dia berada di bilik itu. Perempuan tua itu pula masih mengukir senyuman seolah-olah sudah biasa dengannya.

“Cik Harlisa mandi dulu. Nanti Mak Jah siapkan sarapan ya…”ujarnya lagi dan mula mengatur langkah meninggalkan Aina. Aina keliru. Siapa pula Harlisa, di mana dia berada dan bagaimana dia sampai ke sini?”.

“Tunggu dulu, makcik. Saya bukan Harlisa. Di mana saya ni?” tanyanya dalam keadaan yang cemas. Dia tidak pernah berada di bilik sebegitu indah itu dan penuh kemewahan.
“Kenapa Cik Harlisa kata begitu? Inikah rumah cik. Apa yang cik merepek ni?”jawab perempuan dengan tenang. Tanpa menunggu jawapan daripada Aina perempuan itu terus meninggalkannya.

Aina terduduk kembali di atas katil. Apa sebenarnya yang telah berlaku kepadanya?. Apa yang diingatinya, dia berjalan seorang diri di dalam kawasan yang gelap dan dia ditarik oleh seseorang. Mulutnya ditutup kemas dan dia tidak mampu berbuat apa-apa. Ya !!! Dia amat pasti dengan apa yang telah berlaku. Dia bukan Harlisa.

“Cik tak mandi lagi?” suara perempuan tua tadi mengejutkannya. Perempuan itu sentiasa menguntum senyuman. Aina berasa amat rimas dengan kelakuan perempuan itu. Dia dapat merasakan perempuan berpura-pura dan menyembunyikan sesuatu daripada pengetahuannya. Terus dia berdiri dari katil itu.

“Sudahlah !!!. Tak payahlah makcik nak berpura-pura dengan saya. Jangan nak menipu saya. Saya bukan Harlisa dan saya nak tahu di mana saya berada saya berada sekarang ni…”tanpa dapat menahan kesabarannya, Aina meninggikan suaranya.

Suasana sepi seketika hanya kedengaran nafas Aina yang turun naik. Dia dapat merasakan dirinya dipermainkan dan apakah permainan ini sebenarnya?. Mengapa dia yang menjadi mangsa permainan itu? Setahunya dia tidak pernah bermusuhan dengan sesiapa pun.

Perempuan itu melangkah beberapa langkah ke arah meja solek di bilik itu dan mengambil satu ‘frame’ gambar yang berada di situ. Dia menghulurkannya kepada Aina.
“Inikan gambar cik?”

Aina meneliti gambar itu dan memang benar itu wajahnya. Dia betul-betul keliru dengan apa yang berlaku.

“Kalau cik tak percaya, nanti Mak Jah ambil gambar-gambar lain”tambah perempuan, membuka laci meja solek dan mengeluarkan beberapa buah album gambar .

Aina membelek-belek gambar-gambar itu satu persatu. Melihat insan di dalam gambar itu yang kelihatan ceria dan gembira dengan keluarganya. Memang betul itu wajah itu ada iras wajahnya dan yang pasti bukan wajahnya. Akhirnya dia faham dengan apa yang berlaku setelah melihat gambar Datuk Hamidi memeluk erat gadis itu dan berhujankan salji. Sungguh bahagianya mereka.

“Itukan papa Cik Harlisa ? ”ucap perempuan itu lagi.
Aina mendiamkan dirinya. Dia masih leka membelek gambar-gambar itu. Dia sudah faham apa yang dimainkan oleh Datuk Hamidi. Hatinya diusik pilu. Lelaki itu cuba mengembalikan kenangan yang tidak akan berulang lagi.
“Mak Jah keluar dulu ya”

<<<<<<<<>>>>>>>>
Aina menunggu kepulangan Datuk Hamidi di perkarangan rumah banglo itu. Suasana rumah itu begitu tenang sekali, kebetulan kedudukannya yang berhampiran dengan bukit. Di perkarangan rumah itu juga terdapat taman bunga dan kolam dengan anak-anak ikan emas yang sedang enak berenang ke sana ke mari.

“Sayang…rumah sebesar itu tetapi tiada penghuni.”bisik Aina sendirian. Setelah hampir maghrib, Aina masuk kembali ke rumah itu dan orang yang ditunggunya belum lagi menunjukkan dirinya. Dia menjenguk ke dapur melihat Mak Jah yang sentiasa sibuk dengan kerjanya.

“Cik Harlisa … nak apa?” soal perempuan itu terkejut. Aina senyum.
“Sebentar tadi Datuk telefon, dia beritahu ada urusan di London tiga hari” beritahu perempuan itu lagi. Tangan ligat membersihkan pinggan di dalam sink.

“Oh…begitu”jawab Aina sedikit terkejut. Dia merasakan lelaki itu ingin menjauhkan dirinya. Aina termenung, bagaimana dia ingin menyesuaikan dirinya dengan keadaan di rumah itu sedangkan tuannya entah ke mana.

Lari atau tidak. Aina juga terfikir untuk melarikan diri dari banglo itu tetapi dia masih waras. Lelaki itu ikhlas untuk mengambilnya sebagai anak angkat cuma Aina yang masih ragu-ragu dengan keikhlasan itu.

<<<<<<<<>>>>>>>>>>>
Hari yang dinantikan telah tiba. Hari itu genaplah tiga hari Datuk Hamidi berada di London dan Mak Jah memberitahu Aina bahawa lelaki itu akan tiba di Malaysia tengah hari itu juga. Apa yang peliknya, Mak Jah kelihatan begitu sibuk mengadakan persiapan seolah-olah ingin menyambut kepulangan orang yang telah bertahun-tahun tidak ditemuinya. Rumah itu dihias dengan cantik. Aina membantu Mak Jah memasak makanan tengah hari.

Saat yang ditunggu telah tiba. Sebuah kereta Mercedes hitam masuk ke perkarangan banglo itu. Mak Jah, Pak Abu dan Aina berdiri di muka pintu menyambutnya. Jantung Aina berdenyut kencang. Dia tidak tahu bagaimana dia akan bersemuka dengan Datuk Hamidi. Apakah dia perlu memanggil lelaki ‘papa’?

Lain yang dijangka, bukan Datuk Hamidi seorang saja yang keluar dari kereta itu tetapi ada seorang lagi pemuda lagi di sampingnya. Aina meneguk air liurnya perit. Datuk Hamidi menjeling ke arahnya manakala pemuda mengukir senyuman kepadanya. “Selamat pulang ke tanah air Haris” ucap Mak Jah dengan gembira dan memeluk pemuda itu. Pak Abu juga berpelukan erat dengan pemuda itu dan suasana gamat seketika.

“Siapa pula Haris?”bisik hati Aina.
“Hei… Lis mengapa diam ni?”tanpa disedari pemuda itu telah berada di hadapannya. Aina tergaman. Apa yang ingin diucapkannya? Dia tidak tahu apa yang sebenarnya terjadi dan dia sendiri tidak tahu siapa lelaki itu.

“Tak suka ke abang balik?”ucap pemuda itu lagi. Aina terus mencari kelibat Datuk Hamidi untuk meminta penjelasan tetapi lelaki itu cuma menundukkan kepalanya.
“Kenapa tak suka…Cik Lisa masak banyak makanan kegemaran Haris”celah Mak Jah dan ketawa. Aina juga terpaksa mengukir senyum.
“Bagus adik abang…”ucap Haris mencuit hidung Aina. “Adik!!!”bisik hati Aina lagi.
“Salam…abang”terkeluar ucapan itu dari bibir Aina dan serta-merta dia mengambil tangan pemuda itu dan menciumnya. Dia tahu dia harus bertindak melihatkan keadaan Datuk Hamidi yang resah .

“Oklah…jom kita masuk dulu” celah Datuk Hamidi.
“Eh tunggu dulu…Mana mama…?”soal Haris mengejutkan Aina dan yang lain. Suasana sunyi seketika. “Siapa pula mama”bisik hati Aina lagi.

“Dia ada mesyuarat penting di Bali . Baru pagi tadi dia berangkat. Dia pun tengah tunggu Haris sebenarnya tapi…”jawab Mak Jah cepat-cepat menyelamatkan keadaan.
“Tak apalah” potong Haris cepat-cepat seolah-olah kecewa dengan ‘mama’.

Aina cuma mendiamkan diri dan bergerak bersama keluarga itu menuju ke meja makan. Apa yang bermain di benaknya ialah siapakah ‘mama’ dan adakah Haris itu abang kandung Harlisa?.

<<<<<<<<<<>>>>>>>
Setelah selesai solat Isyak, Aina mengambil kembali album gambar yang pernah dilihatnya pada hari pertama dia di situ. Dia ingin mencari gambar-gambar pemuda itu Tiba-tiba pintu biliknya diketuk. Cepat-cepat Aina mengemas album itu meletakkannnya Alangkah terkejutnya Aina melihat Datuk Hamidi tercegat di depannya.

“Boleh papa masuk”ujar lelaki itu tanpa kaget menyebut perkataan ‘papa’.
Aina mengangguk kepalanya dan mengizinkan lelaki itu masuk. Dadanya terasa sebak mendengar perkataan itu. Pertama kali dalam hidupnya ada seorang lelaki yang membahasakan dirinya begitu. Sejak kecil lagi dia keempunan mendengarnya dan kini ada orang yang sudi memperdengarnya. Air matanya menitis membasahi pipinya tanpa disedari.

“Kenapa menangis?”
“Sakit..!!!?”soalnya lagi. Dia memimpin Aina ke sofa. Aina mengelengkan kepala dan menyapu airmatanya.
“Pertama kali saya dengar orang membahasakan diri ‘papa’ dengan saya”ucap Aina meluahkan perasaannya, dadanya semakin diombak pilu. Datuk Hamidi cuma tersenyum dengan ucapan itu. Hatinya turut terusik mendengarnya. Dia tahu Aina tidak pernah menatap wajah ayahnya sejak lahir lagi. Gadis cuma menumpang kasih-sayang di rumah anak yatim sahaja.

“Jangan kata begitu. Mulai hari ini Aina jadilah ahli keluarga kami…janganlah menolak lagi”
Aina tidak dapat membendung airmatanya lagi lantas dia terus mencium tangan lelaki itu. Dia terharu dengan keikhlasan Datuk Hamidi. Alangkah baiknya, jika dia yang menjadi Harlisa yang sebenarnya.

“Terima kasih, Datuk”ucapnya dalam keadaan sebak.
“Bukan Datuk tapi papa”ujar Datuk Hamidi membetulkan perkataan itu dan mereka sama-sama tersenyum.
“Papa minta buat masa ini biarlah Aina guna nama Lis ya… sebab kita mesti rahsiakan perkara ini daripada Haris”
“Baiklah… tapi mengapa?”
“Sebab papa tak nak Haris putus semangat lagipun ada satu perkara lagi yang Aina dan Haris tidak tahu”jawab lelaki itu dengan suara yang agak mendatar.
“Mari papa tunjukkan”jawabnya lagi dan menarik tangan Aina keluar dari bilik itu.
“Mak Jah tolong panggilkan Haris ke bilik saya”arah Datuk Hamidi.

Setelah pintu bilik tidur itu dibuka, mata Aina tertumpu kepada seorang perempuan sedang berbaring di atas katil.

“Mari papa kenalkan kepada mama”ucap Datuk Hamidi dengan suara yang tersekat-sekat di kerongkongnya. Jantung Aina tersentak kuat. Dia tidak pernah mengetahui tentang kewujudan ‘mama’ walaupun sudah tiga hari dia berada di rumah itu.
“Idah… abang dah jumpa Lis…inipun dia. Idah… bangun sayang…”lembut sahaja suaranya mengejutkan perempuan itu. Perempuan itu membuka matanya dan berkedip-kedip menatap Aina.
“Mama…”seru Aina dan memegang tangan perempuan itu. Namun perempuan itu tidak memberi sebarang respon. Tangannya sejuk dan kaku. Aina terus memandang Datuk Hamidi meminta penjelasan.

“ Batinnnya sahaja yang hidup, fizikalnya sudah mati” beritahu lelaki itu dan membelakangi Aina untuk menyapu airmatanya. Aina terduduk mendengarnya. Dia mencium-cium tangan ‘mama’ tetapi perempuan itu hanya melihatnya tanpa sebarang makna. Airmatanya Aina mengalir dengan laju. Walaupun tiada ikatan di antara mereka tetapi entah mengapa hatinya mengatakan mereka begitu dekat sekali.

“Papa sudah putus asa untuk merawatnya. Papa tahu hanya Lis yang boleh merawatnya kerana dia yang menyebabkan semua ini”.

“Sebenarnya Lis terjebak dengan dadah dan malam itu dia telah masuk ke bilik ini untuk mencuri wang tetapi mujur terserempak dengan papa. Dia mengugut akan mencederakan dirinya tetapi mama dan papa tidak pedulikannya. Malangnya Lis lebih berani…dia menikan dirinya sendiri dan masa itu juga mama kamu pengsan” sambung lelaki itu menceritakan perkara yang sebenarnya berlaku.

“Sebab itukah dia meninggal?”
“Tidak. Dia dapat diselamatkan. Tetapi tiga bulan lepas itu dia meninggal dunia di pusat pemulihan ….sebab dadah”jawab Datuk Hamidi. Kali ini lelaki itu sudah dapat menahan airmatanya.
“Papa kesal kerana tidak dapat mendidiknya dengan baik” Lelaki itu menyapu airmata di pipi Aina. Tiba-tiba pintu bilik itu diketuk dan Haris masuk ke dalam bilik itu setelah diarahkan.
“Haris…mari jumpa mama kamu…”ucap Datuk Hamidi.

<<<<<<<>>>>>>>>>>>>
Aina termenung di balkoni biliknya. Dia memerhatikan pemandangan bukit-bukau yang tersergam indah di depannya. Tetapi fikirannya masih terkenang kepada ‘mama’. Kesian perempuan itu. Sepenuh hidupnya bergantung kepada orang lain. Sebutir patah perkataan pun tidak pernah terkeluar daripada mulut ‘mama’ cuma matanya sahaja yang dapat berkedip-kedip.

Tiba-tiba matanya ditutup oleh seorang.
“Teka siapa saya….”ujar suara itu , lelaki. Hati Aina berdebar-debar, lelaki itu betul-betul menganggapnya Lis dan memperlakunya seperti Lis.
“Abang…. Sudahlah” marahnya dan menyentap tangan itu daripada wajahnya. Pemuda itu ketawa dengan kerenah Aina .
“Abang ingat dah berubah jadi gadis ayu tapi rupanya masih macam singa” guraunya dan mencuit hidung Aina.
“Ingat tak nama bukit tu?”tambahnya lagi.
“Ha…nama?”soal Aina kembali. Dia tidak tahu-menahu mengenai bukit itu.
“Lis dah lupa ke?. Ingat tak masa kecik-kecik dulu kita panggil itu bukit ‘gajah’. Sampai hati Lis lupa…”.
“Alah, lupa nama bukit pun jadi masalah”jawab Aina dan melangkah ke sofa. Dia berharap agar Haris tidak menanyakan soalan yang pelik-pelik lagi.
“Nama abang ingat tak?”soal Haris lagi sambil mengekorinya ke sofa. Tersirap darah Aina mendengar soalan itu.
“Malas nak ingat…nama abang bukannya sedap sangat”jawab Aina setelah mendapat idea.
“Aik…Haris Indrawan…tak sedap ke?”soal Haris mengerutkan dahinya
“Tahulaaa nama awak tu Harlisa Indragiri” jawabnya mengenakan Aina. Aina diam, takut untuk memberikan sebarang respon kerana tidak ingin terlanjur kata.
“Lis dah berubah sekarang” ujar Haris dengan serius.
“Ha…”
“Iya. Dulu abang nak masuk bilik ni pun susah, nak berbual jarang sekali boleh, nak bergurau lagilah. Macammana kawan-kawan Lis sekarang?”
“Ah…sihat…ok tapi…”
“Tapi apa?”
“Lis dah tak berkawan dengan mereka” sengaja dia memberi jawapan sebegitu semoga tiada lagi soalan mengenai kawan-kawan Harlisa.

“Baguslah, abang tak suka Lis berkawan dengan mereka. Nak-nak lagi Joe. Tumbukannya masih terasa di pipi abang” jawab Haris sambil mengosok-gosok pipinya. Aina memerhatikan raut wajah itu . Wajah yang sebanding dengan namanya yang sedap didengar.
“Kenapa renung abang macam tu?”. Dia berasa kekok dengan renungan sebegitu-Renungan yang boleh mencairkan hati lelaki.
“Ah…saja nak tenung, bukan luak pun..!!!” jawab Aina tersengih.
“Lis dah ada kekasih?” soal Haris lagi.
“Dah” jawab Aina yang semakin rimas dengan soalan Haris.
“Ada soalan lagi?” sambung Aina.
“Dah tak ada soalan tapi……. nampaknya cepatlah papa dapat cucu” jawab Haris dan bangun daripada sofa.
“Abang...!!!”marah Aina dan cuba mengejar Haris yang sudah berlari keluar dari biliknya. Kedengaran suara Haris yang ketawakannya.

<<<<<<>>>>>>>
Aina pergi ke kolej dengan hati yang berdebar-debar. Setelah ditetapkan kelasnya, dia melangkah ke kelas itu bersama seorang pensyarah. Aina dijemput duduk oleh seorang gadis disebelahnya.
“Hai...awak anak Datuk Hamidi, kan?”soal gadis itu dan menghulurkan tangannya.
“Ya”jawabnya kepelikan dengan soalan itu.
“Saya Zaza. Rasanya sudah lama awak tak kelihatan di bandar ni. Awak ke mana?”
“Ha....ada. Saya tak ke mana-mana” jawab Aina ringkas, rimas. Dia membuka bukunya dan cuba menumpukan terhadap pelajaran yang diajar.

Semasa melangkah keluar daripada kelas, Aina terdengar namanya dipanggil. Hajat dia ingin berpaling tetapi hatinya menegah daripada berbuat demikian. Fikirnya tiada siapa yang mengenalinya dengan nama Aina. Tiba-tiba bahunya ditepuk dan alangkah terkejutnya melihat Asrol, kawannya sejak kecil.

“Siapa awak?”soal Aina cuba menyembunyikan perasaannya.
“Aina... aku ni. Mustahil kau tak kenal aku”jawab Asrol cemas.
“Siapa Aina?. Saya Harlisa!!!”

(oppsss....putus dah, nanti sambung balik yer)
dont copy-copy, hakcipta terpelihara
Nak baca Jodoh Kita Part 2? Klik sini

Pelajar tingkatan 1 tumbuk cikgu ditahan polis

Alahaiii anak bangsa...baru jer semalam mak ngoh bercerita tentang pelajar mengugut bunuh cikgunya. Hari nih terpampang pula cerita mengenai pelajar yang menumbuk muka gurunya bertubi-tubi ibarat dirasuki iblis. Kasihan cikgu tu, baru berumur 24 tahun, baru posting la tu.

Ceritanya bermula apabila pelajar tersebut tidak membawa buku teks. Jadi guru lelaki yang mengajar di kelasnya tu mendendanya berdiri di luar pintu. Asalnya budak itu menuruti arahan gurunya, berdiri di luar pintu tetapi dia membuat bising dan menganggu kawannya yang berada di dalam kelas. Perkara biasa la tu. Mak ngoh pun mengalaminya dulu-dulu. Denda di luar kelas tapi dia bising dan ganggu kawan. Tapi sekarang, mak ngoh dah tak denda budak sebab malas dah. Kalau denda, jadilah macam cikgu kita yang sorang nih.

Balik kepada cerita tadi, selain membuat bising, dikatakan juga budak tu telah mencaci guru lelaki itu. Amboi..mesti anak orang berada atau anak dimanjakan nih atau anak tertekan...Sebab tu berani tak hormat guru dan berani mencaci. Kurang diajar oleh ibubapa tentang cara hormat guru kut.

Mula-mula guru tersebut membiarkan sahaja cacian budak tu tapi bila dah hampir 20 minit, cacian tak henti-henti juga, mungkin cikgu tu dah panas telinga. Jadi guru itupun pergi kepada budak tu dan cuba memukul bahu budak tu. Tapi pukulannya tak kena dan buku tu jatuh ke lantai. Mungkin cikgu nih tak belajar bola baling dulu-dulu.

Apabila buku dah jatuh di lantai, jadi cikgu tu pun tunduk untuk mengambil buku dan di saat itulah budak itu dengan lahapnya memukul cikgunya bertubi-tubi hingga cedera di muka. Difahamkan, guru itu tidak membalas pukulan kerana terkejut dan tergaman dengan tindakan ganas pelajar sendiri yang baru sahaja berumur 13 tahun.

Kejadian aneh dan melampau itu telah disaksikan oleh semua pelajar di dalam kelas dan juga guru lain dari kelas sebelah. Guru lain tu telah menelefon polis dan pelajar kurang ajar tu diberkas polis.Masalahnya, time diberkas tu pun, budak tu masih lagi mengamuk. Isk isk..isk. Pelajar tu telah pun dibuang sekolah dan guru mangsa tumbukan pun telah membuat laporan polis tentang kejadian hitam itu.

Sudah tentu seumur hidup cikgu tu, dia akan ingat tragedi ditumbuk oleh pelajar 13 tahun Sedih tol. Baru jer sambut hari guru dah dilukai berdarah dengan kejadian macam nih.

Apa kesimpulannya? Kesimpulannya, janganlah ambil pusing kalau budak tu tak bawa buku teks ker tak buat kerjarumah ker..or wat ever lah. Sebab bila nasihat atau denda dikenakan, budak nakal macam nih akan melawan dengan cara yang teruk. Boleh dinasihat tapi dengan budak yang makan saman je. Hakikatnya sekarang, cikgu takut kepada ibubapa kepada pelajar dan kepada sistem perundangan negara kita. Salah denda nanti, silap-silap cikgu yang kena saman.

Cuma sedikit silap cikgu tu, dia berniat memukul bahu pelajar itu tetapi tidak kena. Walaupun tidak kena, mungkin juga tindakannya memukul bahu tu menyebabkan pelajarnya mengamuk. Yelah, anak orang...bukan anak kita. Jangan disentuh anak orang, jangan dicubit, jangan dipukul. Mak bapa dia sendiri tak pernah, ini pula kita gatal-gatal nak cubit nak pukul anak orang. Siapa kita?

Siapa kita???? Kita bukan guru yang dihormati sepertimana guru dihormati pada tahun 60-an, 70-an, 80-an dahulu. Guru sekarang dianggap rendah martabat walaupun sambutan hari guru diadakan besar-besaran setiap tahun. Ibubapa sekarang lebih bijak, lebih hebat, lebih kaya dari guru. Sebab itu, ada ibubapa yang saman cikgu mengatakan cikgu itu salah ajar formula kepada anaknya. Itu belum lagi dengan saman-saman lain yang sebenarnya berniat untuk menghina dan memalukan instusi pendidikan.

Kepada guru-guru seangkatan, redha lah dan biarkanlah. Kita kejarlah ganjaran di akhirat dan biarlah ganjaran di dunia ini. Kita cari redha ALLAH dan biarlah redha manusia yang pelbagai ragam ni. Semoga kita semua bersabar dengan cabaran mengadap budak-budak berhati batu...

Reflection : Mak ngoh sayang sangat students mak ngoh sebab dorang baik-baik jer

Selasa, 25 Mei 2010

Maut Hangus Badan Putus 2 Time Curi Kabel TNB


Masyaallah...minta jauh lah kejadian seperti ini berlaku kepada kita, keluarga kita, saudara-mara kita dan juga pelajar kita semua. Amin...

Diberitakan dari negeri Pahang, mangsa baru berumur 20 tahun tetapi sayangnya telah jadi penagih dadah. Arwah dipercayai memanjat tiang elektrik untuk mencuri kabel elektrik milik TNB. isk...isk..berani betul.
Difahamkan juga, kegiatan mencuri kabel nih telah berleluasa berlaku di tempat kejadian dan berpunca dari kumpulan penagih dadah. Mungkin dengan kejadian ngeri ini, orang yang berniat nak mencuri kabel elektrik tu insaf...insaflah. Buatlah kerja halal. Daripada panjat tiang elektrik, lagi bagus panjat pokok kelapa, kasi turun buah kelapa...pastu jual. Kan dapat duit gak. Janji, pokok kelapa sendiri lah yer, jangan kelapa orang lain pulak.

Huwaaa....dengan sedihnya mak ngoh nak beritahu kisah curi kabel yang berlaku di kampung mak ngoh. Kabel elektrik ok lagi tapi kabel telefon telekom. Sejak tahun 2008 rasanya, rumah mak ngoh dan kawasan kejiranan tempat tinggal mak ngoh tidak dapat menggunakan kemudahan telefon talian tetap berpunca dari kabel telefon yang telah dicuri. Mak ngoh, keluarga dan jiran-jiran telah berkali-kali buat laporan di Telekom tapi pihak telekom jawab, mereka memerlukan modal yang besar untuk memasang semula kabel-kabel telefon yang telah dicuri. Jadi sepanjang 2 tahun ini, kami cuma dikenakan cas bulanan tetapi tidak perlu bayar. Maknanya, telefon tetap ada dan hidup tapi tak boleh pakai...Adoilah. Sampai bilakah ini akan berlaku?


Ada kawasan yang Telekom pergi pasang semula kabel namun tidak sampai seminggu, kabel tersebut dicuri lagi. Kasihan juga pihak telekom. Jadi, kami sekeluarga memang tidak menyalahkan Telekom di atas kesulitan ini kerana bukan mereka yang salah tapi berpunca dari manusia pencuri yang tidak tahu halal dan haram. Tunggulah kamu di akhirat esok...ramai manusia kamu kena jumpa minta maaf termasuklah dengan Telekom gak.
Boleh ker kabel telefon tu dijadikan macam kabel elektrik yang bervoltan tinggi. Kalau dipotong jer...terus kena karan dan terus jadi abu...Fuhhh.... Ada ker macam tu? Entahlah, mak ngoh bukan jurutera elektrik, bukan jurutera TNB mahupun Telekom. Kalau boleh, buatlah kabel macam tu yer. Terima Kasih.

Apa-apa pun bacalah Al-Fatihah untuk mangsa di atas. Semoga arwah diampunkan ALLAH dan dimaafkan oleh orang ramai.

Padan Muka berani sangat ugut bunuh guru

Mak ngoh terbaca kisah seorang pelajar yang berumur 17 tahun telah diperintahkan hukuman menjalani pemulihan di Sekolah Menengah Henry Gurney di Melaka akibat dia telah mengaku bersalah mengugut bunuh gurunya. Gurunya,Rosli Aziz berusia 54 tahun telah diugut bunuh pada 21 April 2010 di Sekolah Menengah Batu Muda. Mana yer sekolah tu? Negeri mana tu?

Difahamkan, pelajar ini memang pelajar yang sudah ada masalah disiplin yang serius menyebabkan dia telah dikenakan hukuman buang sekolah. Mungkin kerana marah dengan hukuman tersebut, dia telah berkata kepada guru lelakinya "“Apa kata kalau aku hantar orang bunuh kamu?” Amboi...sedap ayat...sekarang sudah tidak berkata-kata.

Mak kepada pelajar tersebut juga dikenakan i bon RM1,000 tanpa cagaran selama tiga tahun. Macamana bon tanpa cagaran? Tak tahu mak ngoh nih...

Ini sebenarnya kes yang telah dibawa ke muka pengadilan dan ada beribu-ribu kes lagi pelajar ugut bunuh gurunya dan gurunya cuma diamkan diri sahaja kerana fikirkan masa depan pelajar tersebut.

Dua minggu lepas, mak ngoh berbual-bual dengan adik-adik junior iaitu cikgu baru sekolah mak ngoh yang baru posting hujung tahun lepas. Sambil-sambil tu kami bercerita mengenai kelas 2C yang memang terkenal dengan pelajar yang bising dan nakal. Namun ada juga beberapa yang dengar kata. Dengan tak sengaja seorang adik junior tu bercerita dengan mak ngoh tentang seorang pelajar yang memang hati batu, memang buta hati dan tak makan saman. Mak ngoh sendiri pun surrender dengan budak tu. Budak tu juga dikatakan telah biasa meneguk arak hingga menyebabkan dia tak makan saman sangat-sangat dengan teguran, hukuman dan nasihat. Katakan namanya Ali( bukan nama sebenar)

Guru baru tu memberitahu, Ali telah berkali-kali mengugut bunuhnya. Percaya tak??? Percayalah...ini bukan tipu. Memang betul nih. Apabila guru tersebut mengugutnya kembali untuk melaporkan kepada Pengetua, budak tersebut pun jawab "aku gurau je cikgu" sambil ketawa dan tersegih. Akhirnya, budak tersebut dibiarkan saja tanpa apa-apa tindakan.

Selepas mendengar cerita tersebut dan kebetulan waktu mak ngoh masuk kelas 2C tu, jadi mak ngoh pun menyelitkan cerita tadi " dalam kelas nih, ada orang tu ugut bunuh cikgunya"... Budak-budak 2C semua saling pandang memandang antara satu sama. Tapi tiada yang tanya siapa orang tu. Kemudian mak ngoh sambung lagi " Siaplah dia petang nih..ada kereta polis tu pergi rumah dia tangkap dia...sebab cikgu dah buat report polis"

Budak-budak 2C mula bercakap dan berbisik. Kemudian seorang pelajar lelaki pun menyampuk " Cikgu... Ali kan yang ugut tu kan cikgu?"
Mak ngoh tak jawab ya ..tak jawab tidak, kemudian mak ngoh sambung " Tak baik betul lah budak tu sanggup dia ugut bunuh cikgu sendiri...isk..isk...berdosa tu"
Budak nakal yang kononnya bernama Ali tu pun jawab "Alah, biarlah polis datang...ada jugak kawanku tu...nanti kawanku tolong"

Dalam sedar tak sedar...dia sendiri mengaku. Tapi mak ngoh anggap...mungkin kerana dia budak yang tidak matang lagi. Mungkin dia sendiri tidak faham apa itu "ugut bunuh" lainlah dengan budak menengah atas yang bercakap dengan serius ugut bunuh memang wajar guru takut dan report polis.

Namun, memang disedari melentur buluh biar dari rebung. Sekarang Ali baru tingkatan 2 tapi cuma 2 3 tahun lagi dia akan meningkat besar. Kenakalannya kelihatan makin menjadi-jadi. Macamana kalau 2 tahun lagi, dia dengan serius dan nekad mengugut bunuh gurunya. Semoga Ali berubah jadi pelajar dan anak yang baik. Amin...

Kalau tidak nanti, sekolah mak ngoh pula yang glamour masuk surat khabar kisah pelajar masuk SM Henry Gurney. Oh,,,tidak!!!

Isnin, 24 Mei 2010

Guru wanita mangsa lelaki PENGIKIS

Hakikat kehidupan...bukan mak ngoh nak burukkan semua lelaki bersifat pengikis tapi tak dinafikan ada segelintir lelaki yang berjiwa iblis dan cuma mahu hidup senang dengan hasil penat lelah seorang wanita bergelar isteri.

Mak ngoh ada 2 kisah benar yang berlaku di sekeliling mak ngoh sendiri. Kisah pertama nih mengenai seorang guru wanita yang mengajar di salah sebuah sekolah yang berdekatan dengan rumah mak ngoh. Dia telah berkenalan dengan seorang lelaki yang bertugas sebagai tentera di Perak. Lebih kurang setahun berkenalan, akhirnya mereka berkahwin, kononnya lelaki ini, tidak sabar untuk mendirikan rumahtangga. Di awal perkahwinan, mereka hidup berjauhan, maklumlah isteri di Sandakan, suami di Perak.

Di dalam kejauhan, si suami meminta si isteri membelikan buah tangan setiap kali pulang ke Perak. Buah tangannya bukan alang-alang. Mahu dompet, mahu seluar dan baju yang mencecah ribu ringgit. Namun dek kerana buta cinta, guru wanita itu menurut kata suaminya. Kemudian awal tahun 2009, guru wanita tersebut telah berjaya ditukarkan ke Perak dan tinggal bersama dengan suaminya. Si suami meminta isteri membelikan kereta VIOS untuk kegunaan mereka. DAN kereta VIOS itu pula, diletakkan nama si suami, atas permintaan suaminya. Guru wanita itu mula merasa curiga namun dek kerana sayang dibiarkan je


Hari demi hari... semakin banyak permintaan si suami dan semakin terhakis gaji si isteri. Kemuncaknya, apabila si suami meminta si isteri membelikan sebuah banglo dengan dan dinamakan atas nama suami. Si isteri mula naik angin dan bising. Dengan hati iblis suami pun kata " Hei, kera..aku suruh kau beli, kau beli je lah. Kau ingat aku suka sangat ker kat kau?" Tengoklah dan hayatilah. Akhirnya, pasangan ini bercerai di pertengahan tahun 2009. Berakhirlah derita guru wanita tersebut hidup bersama lelaki durjana yang cuma mengambil kesempatan.


Kisah kedua pulak adalah kisah yang sedang berlaku dan belum ada kesudahan. Mengenai seorang guru wanita yang teramat baik hati. Mak ngoh kenal sangat guru nih, dia jenis tak pandai nak marah orang pun. Tak pandai mengumpat dan tak pandai memburukkan orang. Namun kerana sedih dan tidak tahan, akhirnya dia meluah dengan rasa dengan mak ngoh. Meminta nasihat dari mak ngoh, tapi apalah yang boleh mak ngoh buat. Hanya sekadar menasihatkannya berdoa dan bersabar.


Episod cintanya bermula sejak di UPSI, dia berkenalan dengan seorang lelaki di intenet dan kebetulan lelaki tersebut juga tinggal dan bekerja di Tanjung Malim. Dengar kata lelaki tu bekerja sebagai pegurus estet. Perhubungan yang rapat dan mereka ini sentiasa bergaduh. Lepas gaduh, baik balik. Begitulah setiap masa. Akhirnya pasangan ni bertunang pada hujung tahun 2005. Di dalam masa bertunang tu pun, mereka sentiasa bergaduh sebab lelaki tu kaki perempuan. Akhirnya mereka putus tunang tahun 2006 tetapi tiba-tiba selepas kami semua habis praktikal mengajar, guru wanita ini memaklumkan dia akan berkahwin dengan lelaki tersebut. Masa tu kami sekadar ber SMS dan mak ngoh tanya " Yakin ker dengan keputusan nih? Dia jawab " YA, laki tu dan berjanji akan berubah demi aku". Namun hati mak ngoh masih tak percaya dengan lelaki tu. Malah mak ngoh tak pergi pun ke majlis perkahwinan mereka. TAnda BoikOT ??? Entah lah.

Kemudian, awal tahun 2007, kami mula posting dan kawan mak ngoh nih mengenalkan mak ngoh dengan suamina. Memang dari riak wajahnya...sangatlah tidak boleh dipercayai. Semasa semua guru baru sedang berkumpul di dewan, kawan mak ngoh nih menunjukkan mak ngoh kepada bekas kekasih suaminya yang juga seorang guru. Bekas-bekas kekasih. Teruk laki tu. Memang dia dah aim guru UPSI.

Kami sama-sama posting ke Sabah. Suami kawan mak ngoh nih ditinggalkan di semenanjung kononnya sebab dia pun kerja. Baru jer 3 bulan posting, kawan mak ngoh nih dah buat personal loan RM 50 ribu . Tujuanya, sebab suaminya nak beli kereta BMW. Bengang tol mak ngoh time dengan cerita dia. Itu belum lagi cerita suaminya yang curang dengan perempuan dan adik-adik UPSI.


Kemudian, setahun kemudian, kawan mak ngoh boleh tukar ke semenanjung dan tinggal bersama suami. Dia dah dapat anak seorang time. Tapi cerita suaminya curang tak habis-habis lagi. Yang paling menyakitkan hati, rupanya suaminya berhutang dengan mak dia untuk duit hantaran perkahwinan mereka. Mahu tak mahu, kawan mak ngoh nih terpaksa pulak buat loan RM 10,000 untuk membayar hutang hantaran perkahwinan tersebut. Kemudian baru-baru nih, dia beritahu mak ngoh baru buat loan dengan potongan gaji RM 1200 sebulan selama 15 tahun. Loan itu untuk suaminya buka perniagaan tapi dah bankrap pun perniagaan tersebut.


Kini, kawan mak ngoh tu sedang mengandung anak kedua. Suami dah jarang-jarang balik ke rumah kerana sibuk dengan perempuan lain. Antaranya perempuan tu adalah seorang ustazah yang bertugas di Johor. Ustazah tu dah tahu laki tu dah kawin tapi masih nak mengatal gak. Hm... tak tahulah. Wanita menganiaya wanita. Untuk bekalan bersalin nanti, kawan mak ngoh ada simpanan RM 5000 di bank yang disimpan sembunyi tanpa pengetahuan suami tapi rupanya bila nak pergi ambil, duit tu dah licin dikebas oleh suami dengan menggunakan ATM.

Berani dan kejam suaminya tu, di telefon bimbitnya buat wallpaper gambar perempuan lain. Kemudian bila bergaduh, dia akan mengugut kawan mak ngoh melarikan anak sulung mereka yang baru berumur 3 tahun. Mak ngoh sedih sangat dengan nasib kawan mak ngoh nih. Sangat sedih. Tak tahulah macamana kesudahannya. Pernah mak ngoh nasihatnya supaya bercerai namun dia kata dia fikir anak dan fikir duitnya yang dah banyak habis.

Siapa yang baca cerita nih, tolonglah doakan semoga kawan mak ngoh nih mendapat penyelesaian bagi masalahnya. Tolonglah doakan kebahagian kawan mak ngoh nih. Dia seorang yang sangat baik dan tidak pernah melukakan hati mak ngoh pun sepanjang 10 tahun kami berkawan. Mak ngoh sangat kasihankan dia.


Pesanan kepada diri sendiri dan kepada guru wanita ataupun wanita yang bkerja yang bujang, pilihlah suami dengan baik. Berhati-hatilah dengan lelaki yang berjiwa iblis. Semoga kita semua mendapat pasangan yang beriman kepada ALLAH dan yang berniat baik kepada kita. Amin...

Ahad, 23 Mei 2010

Cikgu pun manusia...bukan nabi

Haha...kadang-kadang tergelak gak mak ngoh baca kartun-kartun dari surat khabar nih. Macam-macamlah kartunis nih buat untuk menegur dan memerli cikgu yer. Tapi betul la yang dorang lukis tu. Kadang-kadang bukan pelajar yang salah tapi cikgu yang salah.
Yang harus diingat...cikgu or guru adalah manusia biasa. Tidak maksum. Manusia yang memang akan melakukan kesilapan. Namun cikgu or guru nih telah diajar supaya meminimunkan kesilapan. Jika berlaku juga kesilapan. Nak buat macamana. Kami hanyalah insan yang lemah. Ewah....
paying attention, eat wind, play-play, together-together, in the well...Hebat kartunis nih dia variasikan pelajar. Ada pelajar yang pintar dan akan fikir diam-diam kesilapan belajar. Tapi ada juga pelajar yang memang tak faham-faham eat wind dia dengar headwind.... Hidup rockkapak...huwaargh!!!

Haha...lagi ar lawak. terbalikkan susunan formula larutan kultur....mak ngoh pun tak faham apa maksud soalan cikgu kimia kita nih. Tapi nasib baik ada budak yang faham dan menjawab larutan itu akan tumpah. Memang jujur dan lurus bendul pelajar itu. Tahniah!!!


Lagi satu masalah dan isu. Isu kerjarumah. Kalau tak bagi kerjarumah, budak-budak tak buat ulangkaji, kalau bagi kerja rumah dorang buat sampai penat yang amat, OR dorang tak buat sampai hati cikgunya pun hancur. Dalam gambar di atas...nampak tak sikap cikgu tu yang suka menuduh dan hentam suka-suka jer tanpa usul periksa. Silap-silap ada pelajar yang terasa. Tapi disebabkan pelajar-pelajarnya mengantuk jadi tak sempatlah nak ambil hati dengan kata-kata cikgunya. Semuanya jawab dengan jujur. bagus..bagus...



Pokok Pelik Tapi Benar

Di petang-petang nih, mak ngoh nak share gambar pokok yang comel-comel nih. Sungguh indah ciptaan Allah. Sesungguhnya ALLAH itu Maha Berkuasa.
































Resepi Buah Mangga


~~~**selamat mencuba**~~~


~ Asam Mangga



Bahan-bahan
Satu biji buah mangga muda
sebelah bawang besar
garam secukup rasa
gula secukup rasa
cili padi  yang ditumbuk(kalau nak pedas)
sedikit cuka
sedikit belacan (kalau suka)
2 sudu udang kering yang telah ditumbuk kasar ( kalau suka)

Cara membuat

1)    Mangga muda dikupas kulit dan diracik, dicincang kecil tapi jangan halus sangat or kasar sangat
2)    Rendamkannya di dalam air garam, itu pun kalau tak mahu mangga terlalu masam. Tak rendam pun       tak per sebenarnya. Kalau rendam mangga tu, lepas rendam toskan mangga. Masukkan mangga di dalam mangkuk
3)   Bawang besar dicincang halus, lepas tu digaul dengan mangga.
4)   Masukkan garam, gula dan sedikit cuka. Gaul hingga sekata.
5)   Masukkan sedikit belacan, cili padi atau udang kering jika berminat.
6) Tadaaaa.....siap sudah :)

***Mak Ngoh suka buat asam mangga nih. Simple dan cepat. Sesuai sebagai penambah selera :)















~ Kerabu Mangga




Bahan-bahan
Satu biji mangga ( tua atau muda pun ok tapi jangan mangga yang dah masak)
seekor isi ikan kembong yang telah direbus dan ditumbuk
segengam kelapa parut digoreng dan ditumbuk
sebatang serai ditumbuk halus
2 ulas bawang merah ditumbuk
sedikit halia ditumbuk
sedikit lada hitam ditumbuk
sedikit garam
sedikit gula
sedikit budu ( kalau suka)

Cara membuat
1)   Mangga dikupas kulit, dicincang dan direndam air garam ( itu pun kalau tak mahu masam sangat). Boleh juga kalau tak mahu rendam air garam.
2)   Satukan semua bahan yang ditumbuk dan gaul sebati dalam mangkuk.
3)  Masukkan mangga yang telah dicincang dalam mangkuk bahan yang tumbuk. Gaul sebati.
4)  Masukkan garam dan gula secukup rasa.
5)  Kalau suka pedas masukkanlah cili padi yang ditumbuk. Kalau nak tambah budu, kena masukkan budu dulu sebelum masukkan garam. Maklumlah budu nih masin.

*** buah mangga boleh gak ditukar dengan buah bacang dan peria ( wajib rendam dengan air garam) dan buah betik.
*** kalau suka kerabu yang banyak ikan, gunalah 2 ekor ikan. tapi kalau banyak ikan sangat tak sedap gak.

Ronaldinho Jongang, Halimah Jongang





Mak ngoh bukan nak mengutuk orang jongang yer... tapi nak bercerita tentang masalah gigi jongang. Gigi dikatakan dalam keadaan jongang iaitu apabila gigi dan rahang mencembung ke dalam atau ke luar. Keadaan tersebut diistilahkan sebagai poor bite dan deep bite.
Orang yang bergigi jongang sepatutnya dikasihani kerana bukan senang mereka dengan kelemahan rupa mereka berdepan dengan manusia yang pelbagai ragam . Ada manusia yang jenis tak kisah dan bagi sokongan itu baguslah. Tapi sayangnya ada manusia yang tidak peka dengan jiwa orang jongang nih dengan mengutuk malah ada dijadikan sebagai bahan jenaka. Tak baik lah orang-orang nih.
Apa punca gigi jongang? Sebenarnya jongang berpunca sejak bayi lagi dengan penggunaan puting tiruan atau barang yang digigit oleh bayi hingga menyebabkan struktur gusi mereka berubah. Malah sebenarnya, dengan mengigit jari sewaktu kecil pun boleh menyebabkan gigi jongang tau.




Gambar kat atas tu adalah jenis-jenis jongang yang biasa berlaku. Gambar A dan B tu adalah jenis masalah gigi yang biasanya ramai jugak orang yang hadapi. Namun disebabkan kedudukan gigi yang tidak ketara bermasalah jadi orang masih lagi rasa selesa. Jongang yang paling digeruni tu adalah macam digambar C. Gambar jenis C ini dinamakan Mandibular retrognathism atau gigitan berlebihan (over bite) dan diletakkan sebagai jongang kelas II. Ini menjadikan rahang atas dan gigi berselisih dengan rahang dan gigi bawah dengan jarak yang agak besar seperti pelakon komedi Os. Jongang kelas III atau prognathism pula berlaku apabila gigi bawah lebih menonjol daripada gigi atas seperti dalam gambar C. Dalam kes seperti ini, pesakit selalunya mempunyai tulang rahang bawah yang besar atau tulang rahang atas yang pendek.

Apakah yang patut dibuat bila gigi jongang? Oleh sebab gigi jongang nih sudah boleh dilihat sewaktu kecil lagi, jadi mak ngoh rasa sepatutnya ibubapa patut ambil tindakan awal bagi memulihkan susunan gigi anak-anak, terutamanya jika anak mengalami masalah macam dalam gambar C. Banyak kelebihan jika rawatan dibuat ketika masih kecil kerana dalam usia muda gusi masih lagi lembut dan mudah dibentuk, sesuai lah kalau nak buat rawatan seperti memakai pendakap gigi. Cuma masalah yang dihadapi ialah mengenai bayaran perubatan. Maklumlah, rawatan pendakap gigi atau braces nih memanglah mahal. Namun jika anak anda bersekolah di sekolah kerajaan sebenarnya anak anda boleh mendapat pengurangan bayaran. Biasanya, hanya RM 500 dikenakan kepada pelajar dari tadika hinggalah ke universiti untuk mereka yang mahu membuat rawatan pendakap gigi.

Bagi mereka yang sudah tidak belajar, tapi mahu membuat rawatan gigi nih, anda boleh cuba-cuba tanya harga di hospital kerajaan. Tapi dengar kata, kalau buat di hospital kerajaan nih, lambat la sikit sebab ramai yang sedang beratur menunggu giliran. Kalau nak buat di klinik swasta, anda kenalah sedia duit dari RM 1000 hingga RM 2500 untuk pendakap gigi atas dan bawah dan jenis biasa ( bukan yang macam misha omar pakai tu)
Well..sebelum pakai pendakap gigi biasanya sebatang dua gigi perlu dicabut terutamanya untuk kes gigi jongang nih. Anda kenalah ready, kalau doktor kata...gigi atas sebelah kanan dan sebelah kiri kena dicabut nih...barulah gigi boleh disusun dengan teratur. Tujuan gigi dicabut adalah supaya ada ruang untuk gigi jongang gambar C bergerak masuk ke bahagian dalam.
Bagi aktivis agama, ada pendapat mengatakan rawatan pendakap gigi adalah mengubah ciptaan ALLAH. Namun ada setengah pendapat, kalaulah gigi itu menyebabkan anda susah makan, anda susah bergaul dengan orang....jadi bolehlah buat rawatan tu. Cuma janganlah buat rawatan pendakap gigi berniat untuk mengoda orang dan untuk kelihatan cantik sehingga ada orang yang jeles..itu lain kes lah ye.
Kepada mereka yang bergigi jongang, janganlah sedih dan janganlah marah kecewa dengan ciptaan ALLAH ini. Anggaplah itu adalah ujian hidup untuk anda. Anda terpilih kerana anda adalah orang yang sabar dan mampu menerima ujian ni. Kepada mereka yang menertawakan orang jongang plak, jgn lupa...anda telah menertawakan ciptaan ALLAH. Hebatkah anda ketawakan ciptaan ALLAH?

Jumaat, 21 Mei 2010

boleh ker batalkan di saat akhir?



Dalam cerita terutamanya cerita hindustan...kita selalu gak tengok pengantin lelaki or pengantin perempuan yang batalkan perkahwinan mereka di saat akhir kononnya pasangan mereka tu bukan jodoh mereka yang sebenarnya.




cinta sejati mereka orang lain...


hati mereka mengatakan ada insan lain yang ditakdirkan...


mereka baru sedar, sebenarnya mereka tak cintakan pun pasangan mereka tu...




bolehkah cerita begini berlaku di alam nyata?


berlaku di bumi melayu yang penuh dengan adat resam


melayu yang lebih utamakan maruah daripada soal hati




Beranikah duhai hati menyatakan




you're not my mr right


i'll waiting for the true one


but i'm sure he's not you


and untill now


i still can't find him



orang lain usaha, orang lain leh nama

Hm...sakit hati la jugak bila kerja kita..usaha kita tiba2 orang lain boleh nama. Tapi inilah namanya kehidupan. Yang kuat menindas yang lemah, yang tinggi menindas yang di bawah. Sama ada yang lemah dan yang di bawah itu ingin melawan balik ataupun diamkan sahaja dan berserah. Biarlah Allah yang membalasnya ataupun fikirkan....pahala jer lah. Walaupun orang lain dapat nama, tapi itu usaha kita, kitalah tuan punya pahala itu.


Mungkin itulah kenapa paperless diutamakan sekarang. Sebarang kerja hanya perlu dibuat softcopy sahaja. Apabila orang yang tak bertanggungjawab boleh softcopy nih, bolehlah dia mengubah apa-apa sahaja termasuklah istilah "disediakan oleh' 'dicipta oleh' idea oleh"... tapi sepatutnya pihak atasan alert dengan benda macam ni. Bukannya tak boleh nilai siapa yang kaki bodek dan siapa pijak siapa. Buta hati sangat ker sampai tidak boleh menilai?


Apa-apa pun, ALLAH bersama orang teraniaya. Semoga diberi ganjaran atas semuanya. Amin...

Rabu, 19 Mei 2010

Majoriti remaja Indonesia aktif seks....remaja Malaysia macamana?


Dalam Sinar Harian, mak ngoh ada terbaca kononnya hampir semua remaja indonesia nih tau dan pernah melakukan seks. Cite pasal negara orang biarlah, sekarang ..macamana dengan negara kita sendiri?

Masa mak ngoh belajar dulu2, pensyarah mak ngoh ada bercerita tentang kajian rambang yang dilakukan di dalam sebuah dewan kuliah oleh seorang ustaz. Ustaz itu minta semua orang pelajar di dalam dewan menundukkan kepala mereka dan membongkokkan tubuh mereka ke lantai. time tu pelajar2 nih duk di kerusi. Kemudian ustaz tu tanya " Siapa di sini yang pernah bersetubuh? Angkat tangan sekarang"



Nak tau apa keputusannya? Hampir semua pelajar di dalam dewan tu, lelaki dan perempuannya mengangkat tangan. Disebabkan dorang semua tundukkan wajah dan tubuh ke lantai, jadi dorang sendiri pun tak tau kawan sebelah dorang tu angkat tangan ke tidak. Yang penting ustaz tu tahu. Dan yang paling penting ALLAH itu Maha Mengetahui.

Itu fenomena di Malaysia kita nih, 10 tahun yang lepas dan fenomena 10 tahun yang lepas tu, dibuktikan dan diparahkan lagi dengan feneomena buang bayi yang semakin glemer di negara kita ni. Bayi yang dibuang ... berapa % jer yang dijumpai? Yang tak ditemui tu..kita tak tau berapa banyak dah yang dimakan anjing, dimakan binatang buang, yang dibuang di laut, dibuang di sungai, ditanam dan dibuang di dalam sampah. Percayalah, yang ditemui nih hanya sedikit sahaja.


Bahan bacaan tambahan, bacalah kisah negara indonesia nih.

JAKARTA - Hampir 100 peratus daripada remaja Indonesia yang tinggal di bandar sudah melakukan seks oral, dengan 32 peratus daripadanya pernah melakukan hubungan seks.

Tinjauan Komisi Perlindungan Anak Indonesia (KPAI) itu melibatkan 4,500 remaja berumur antara 14 dan 18 tahun dari Jakarta, Bandung dan Surabaya.

Pengerusi KPAI, Hadi Supeno berkata, tinjauan itu juga mendapati 21 peratus remaja perempuan pernah menggugurkan kandungan dan kebanyakan remaja mempelajari seks melalui Internet.

“Sebanyak 97 peratus daripada mereka pernah melayari laman web lucah sekurang-kurangnya sekali,” kata Hadi.

Menurutnya, KPAI menggesa Menteri Komunikasi dan Informasi Indonesia, Tifatul Sembiring menyekat laman web lucah seperti yang dilakukan di China dan Iran.

Kena gantung sekolah pun report surat khabar, tu lom lagi kena belasah ngan cikgu


JEMPOL - Gara-gara menyambut majlis hari jadi secara kecil-kecilan tanpa kebenaran pihak sekolah, enam pelajar perempuan sebuah sekolah di Batu Kikir dekat sini dikenakan tindakan gantung sekolah sebanyak dua kali.

Selain mengadakan majlis tanpa kebenaran, pihak sekolah mengenakan tindakan itu atas alasan pelajar terbabit menceroboh sebuah kelas kosong untuk mengadakan majlis itu.

Akibatnya, mereka digantung sekolah pada 12 hingga 14 Mei lalu diikuti satu lagi surat penggantungan mulai 17 hingga 19 Mei.

Enam pelajar terbabit dikatakan mengadakan majlis sambutan hari jadi kecil-kecilan pada pukul 4.30 petang 6 Mei lalu di sebuah bilik darjah yang kosong.



Reflection : Untuk pengetahuan semua orang, gantung sekolah bukan suka2 jer cikgu wat. Sebelum pelajar digantung sekolah, pengetua, pk hem, guru disiplin dan guru kelas perlu bmesyuarat untuk tetapkan jangka masa gantung dan juga wajar ke tidak budak tu kena gantung. Alasan sambut hari jadi 'kecil-kecilan' di sebuah bilik darjah kosong mungkin hanyalah alasan pada surat khabar. Mak ngoh percaya ada kesalahan lain yang dorang wat tu sehingga digantung sekolah. Jangan percaya gak budak2 skrg walaupun perempuan ...silap2 sambut hari jadi dengan rokok ker or apa2... Pastu, xder bawa handfon ker? xder bawa kamera ker tuk bgambar2? mesti der bawa tu...

Lagi satu, kenapa sambut harijadi sekolah? Kenapa sambut pukul 4.30 petang? Kenapa tidak memberitahu pihak sekolah? Saper yang mula2 yang salah nih? Jangan ingat benda nih remeh. Walaupun namanya 'menyambut hari jadi kecil-kecilan' , kena maklumkan dengan sekolah. tak jemput pergi majlis harijadi pun takper, janji bagitau.

Sebarang kegiatan yang dilakukan oleh pelajar perlu diberitahu oleh sekolah. Bayangkan time dorang nih tengah syok2 sambut hari jadi tiba2 berlakulah perkara yang tidak diingini...contohnya dirogol oleh orang luar, kebakaran bilik darjah ker...so saper yang nak jawab? Media dan ibubapa sah sah dah akan tanya, pihak sekolah wat apa? Pihak sekolah tak btangungjawab, pihak sekolah tidak gariskan undang2 utk pelajar berada di dalam kawasan sekolah dan macam2 lah tuduhan ikut sedap mulut. Betul dah tindakan sekolah tu gantung budak2 yang riang hati nak sambut besday di sekolah secara kecil-kecilan tu. Supaya jadi pengajaran kepada pelajar lain. Nak buat apa2 di sekolah, paling-paling pun dengan pengawasan seorang guru dan perlu dimaklumkan kepada sekolah. Tujuannya demi kesejahteraaan dan keselamatan pelajar itu sendiri. Ingat sekolah nih main cincai je ker jaga anak orang?

Jadi, kalau kes2 macam nih dah masuk surat khabar, memanglah pihak sekolah or PPD or JPN tidak memberi maklumbalas yg memuaskan. Tindakan yang diambill hanyalah mendiamkan diri walaupun cikgu berada di pihak yang benar. mungkin esok JPN or PPD akan jawab tuduhan pelajar dan ibubapa nih, tapi kita tengoklah. Kadang2 dorang tu pun, suka jaga ati ibubapa dan pelajar dari jaga ati sekolah dorang sendiri.

Selasa, 18 Mei 2010

Cinta Bersulam Milo Susu

Mak ngoh selalu gak dengar di radio time2 ada caller or sms yang dejay berbunyi
"salam kasih sayang dan cintaku bersulam milo dan susu"
" kenangan cinta milo dan susu"
"semoga hubungan kita seperti milo dan susu"
dan macam2 lagi kata-kata kreatif yg pendengar radio nih ucapkan.

mak ngoh duk tertanya2 kenapalah dorang guna istilah milo dan susu plak dalam cinta...Anda tau ker kenapa? mungkin yang remaja2 tu tau lah. Tapi mak ngoh yang dah tua nih, memang lambat faham skit. Haha. maklumlah orang tua dah takder jiwangnya. Ye kerrrr?

Cuba tengok gambar di bawah, cara2 membuat milo susu aisdari gambar atas tu , nampak tak hubungan antara milo dan susu tu macamana? apa kaitan dengan cinta? Tengok lagi gambar milo dan susu di bawah ni



Nyum..sape2 yang tengah dahaga sekarang nih.. Hehe... Milo biasanya bentuk serbuk, susu ada gak serbuk dan cecair. Andai dicampurkan milo dan susu dan digaul...macamana dah rupa 2 benda nih? Adakah boleh diasingkan lagi milo dan susu tu? Fikir sendiri...Kemudian, andaikata, milo dan susu itu dicampur plak dengan air panas suam apa plak yang jadi? Adakah milo dan susu itu boleh diasingkan?

Oh tidak...kan memang la tidak. Dah tak boleh diasingkan tetapi secara sainsnya boleh je tu. Begitulah kononnya cinta remaja2 nih. Cinta kita umpama milo dan susu, bila dah bersatu takkan boleh dipisahkan lagi. Amboiiii...

Apa2 lah yer kanak2 dan remaja sekalian. Nak bcinta boleh jer, tapi janganlah sampai langgar hukum hakam agama. Bukan per sekarang nih terlalu banyak masalah sosial yang timbul berpunca dari CINTA. Ye tak tak? Yang paling tak bestnya "Buang Bayi". Umur belasan tahun dah mengandung anak haram, dah buat jenayah buang anak. Isk isk isk. Kononnya demi cinta sanggup serah segalanya.

Kan bagus kalau cinta yang disemai tu, boleh membawa kepada kemajuan dan kejayaan diri pasangan. Ada yang mak ngoh dengar, demi kekasih dia yang tercinta..dia berusaha belajar bersungguh, ada yang berusaha kerja bsungguh2 dan alhamdullillah. Cinta yang berlandaskan suci tak pernah mungkiri janji, itu lagu lama2.

Tapi yang tak sedap dengar, cinta yang membawa kemudaratan dan kehancuran hidup. Hidup saper? biasanya hidup seorang gadis remaja. Berhati-hatilah semua wahai remaja2 perempuan luar sana. Jagalah maruah dan kehormatan diri. Jangan senang2 je nak serah body demi cinta. Cinta itu kadang2 berharga...cinta itu kadang2 sampah. Macam juga milo dan susu. milo dan susu yang segar boleh jer diminum tapi kalau yang dah basi tu, jangan diminum nnt sakit perut. Cinta yang dah lari dari landasan agama, jangan dilayan, nnt buncit perut. Ahaksss...

Bekas suami nora danish wat kejutan tuk fasha sendat



KUALA TERENGGANU: Riuh-rendah jadinya lokasi penggambaran drama bersiri terbitan Zeel Productions berjudul Duyung Aridinata di Pulau Lang Tengah, Terengganu, apabila mereka tiba-tiba dikejutkan kehadiran sebuah helikopter, tengah hari semalam.

Lebih mengejutkan semua pelakon dan kru penerbitan drama bersiri yang menjalani penggambaran di pulau itu sejak 4 Mei lalu apabila sekumpulan VIP yang singgah di pulau itu disertai bekas suami pelakon drama popular, Nora Danish iaitu Toh Muda Rizal Ashram Ramli bertujuan membuat ‘surprise’ kepada seorang pelakon utama drama bersiri itu, Nur Fasha Sandha Hassan.

Fasha yang sebelum ini sering dikaitkan dengan Rizal bagaimanapun mendakwa tidak mengetahui langsung perancangan jejaka berstatus duda yang juga ahli perniagaan berjaya itu untuk datang memberikan kejutan kepadanya.

Helikopter yang membawa Rizal dan beberapa temannya mendarat di kawasan lapang kira-kira 50 meter dari chalet tempat semua pelakon menginap dan menjalani penggambaran kira-kira jam 1 tengah hari.

Wartawan Harian Metro yang berkunjung ke set penggambaran itu untuk membuat liputan di sebalik tabir, bagaimanapun hampa kerana tidak berpeluang melihat kejadian itu, sebaliknya hanya sempat melihat kelibat helikopter peribadi yang berselisih di tengah lautan menuju Pulau Lang Tengah.

Fasha ketika dihubungi untuk mengulas kejadian itu hanya menyatakan Rizal dan beberapa teman mempunyai perancangan untuk membuat kejutan di lokasi penggambaran selepas mendapatkan tahu dirinya terbabit pembikinan drama bersiri berkenaan di pulau peranginan itu.

Bagaimanapun, katanya kehadiran Rizal di set penggambaran tidak disangka dan melangkaui imaginasinya.

“Benar Rizal datang menaiki helikopter untuk memberi kejutan kepada saya. Saya terkejut dengan kehadirannya hari ini (semalam). Saya tergamam melihat kelibatnya yang tiba-tiba muncul menaiki helikopter peribadi dari Kuala Lumpur.

“Tujuan Rizal hanya untuk memberikan kejutan kepada saya dan tidak bermaksud apa-apa. Kebetulan Rizal datang waktu makan tengah hari, jadi saya dan krew penerbitan yang lain sempat menjamu selera bersama ketika waktu rehat,” katanya yang masih terkejut.

Pelakon lain yang turut menyaksikan kehadiran Rizal dengan helikopter termasuk Zachery Francis, Shakila, Zain Saidin, pengarah drama, Adam Hamid serta penerbit yang juga Pengarah Urusan Zeel Productions Sdn Bhd, Fadzil Teh.

Fasha ketika ditanya mengenai hubungannya dengan Rizal, bagaimanapun cuba mengelak untuk bercerita panjang kerana gusar penjelasannya akan disalah tafsir.

Malah, pelakon filem Berlari Ke Langit dan Anak Halal itu menafikan segala spekulasi yang membabitkan dirinya kononnya dilamun cinta.

Fasha enggan mengulas lanjut mengenai persoalan kejutan yang dilakukan itu, sebaliknya hanya menyifatkan Rizal yang berusia 34 tahun sebagai teman yang sentiasa menyokong kerja seninya selain menjadi pendengar setia.

“Saya akui ramai pihak akan mula membuat spekulasi terhadap isu ini, namun saya tidak mahu memberi sebarang kenyataan berhubung perkara ini kerana lebih penting ialah tanggungjawab saya kepada drama yang masih berbaki tiga hari selepas 15 hari saya berkampung di sini.

“Saya perlu fokus untuk habiskan kerja saya dan kehadiran Rizal adalah semata-mata untuk melawat saya di sini dan itu tidak langsung menjejaskan prestasi saya di lokasi penggambaran.

“Apa yang boleh saya simpulkan hubungan kami masih di fasa mengenali antara satu sama lain. Terlalu awal untuk saya berbicara soal jodoh kerana 2010 adalah zaman kebangkitan saya. Jadi, mustahil untuk saya memusnahkan misi itu hanya kerana isu seperti ini,” katanya.

Reflection : Ek eleh

Jadi isteri sanggup lepas tak mampu bayar denda khalwat...

Jerat kasih denda khalwat
Oleh Mohd Harzrul Aminuddin dan Ahmad Ismail

2010/05/18 MUAR: Dua wanita yang tidak mampu membayar denda RM3,000 setiap seorang selepas didapati bersalah oleh mahkamah syariah kerana berkhalwat, lega apabila muncul seorang lelaki budiman sanggup menghulurkan wang tanpa menyedari ia ibarat jerat percintaan apabila mereka terpaksa menjadi ‘isteri sanggup’ semata-mata kerana mahu mengelak dihumban ke penjara.

Begitu nasib wanita yang dibiarkan sendirian menanggung denda mahkamah, sedangkan pasangan khalwat mereka yang sebelum ini seronok memadu asmara ketika dicekup pihak berkuasa agama hanya mementingkan diri sendiri.

Kisah pelik tetapi benar ini menimpa dua wanita yang kini bermadu iaitu Azah dan Ani (bukan nama sebenar) yang masing-masing berusia 25 dan 32 tahun apabila terpaksa menjadi isteri kedua dan ketiga seorang usahawan berusia 55 tahun itu.

Azah, 32, berkata dia mendirikan rumah tangga dengan lelaki berusia 55 itu dua tahun lalu.

“Sebelum itu saya ditangkap berkhalwat dengan pasangan di sebuah rumah di Segamat dan akibatnya, kami didakwa di mahkamah sebelum didenda selepas didapati bersalah.

“Mulanya, saya ingat teman lelaki jujur, tetapi tanggapan saya meleset apabila dia yang disangka sanggup sehidup semati bertindak di luar batas dan hanya membayar denda untuk dirinya.

“Saya terkejut dengan tindakannya (teman lelaki) kerana sebelum perbicaraan dia berjanji akan bertanggungjawab membayar denda yang dikenakan di mahkamah,” katanya.


Azah berkata, dia kaget dengan tindakan teman lelakinya yang sanggup membiarkan dirinya terkontang-kanting mencari duit untuk membayar denda atau menghadapi risiko dipenjara dua tahun.

“Saya hanya mampu menangis di luar mahkamah selepas hukuman dijatuhkan. Saya terpaksa meminta penangguhan kepada mahkamah untuk berusaha menjelaskan denda itu,” katanya.

Suri rumah berkenaan berkata, sehari selepas itu, dia didatangi seorang usahawan yang menyatakan kesanggupan untuk membantu melunaskan bayaran denda.

“Bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal, saya segera menyatakan persetujuan, namun tidak lama kemudian baru niat lelaki itu terserlah apabila saya terpaksa memenuhi satu syarat sebelum dia bersetuju membayar denda terbabit. Syaratnya ialah berkahwin dengannya.

“Takut dengan hukuman penjara, saya bersetuju dengan perjanjian berkenaan dan terpaksa mengahwini lelaki itu kira-kira sebulan kemudian,” katanya.

Azah berkata, walaupun terpaksa, dia mengaku hidup bahagia dengan suami dalam keadaan serba mencukupi walaupun bergelar isteri kedua.

Menurutnya, setahun kemudian, dia dikejutkan dengan khabar angin suaminya berkahwin satu lagi dengan seorang gadis berusia 20-an menerusi taktik jerat kasih yang sama.

Isteri ketiga yang hanya dikenali sebagai Ani, kini berusia 25 tahun, berkata dia bermadu dengan Azah selepas terpaksa berkahwin dengan suami, juga melalui taktik ‘isteri sanggup’.

Seperti Azah, Ani juga ditangkap berkhalwat dengan pasangannya, namun tidak mampu menjelaskan denda dikenakan mahkamah.

Bagi mengelakkan kejadian itu diketahui keluarga, dia terpaksa memberikan persetujuan terhadap syarat yang dikenakan lelaki yang menawarkan bantuan kepadanya sebelum mengadakan upacara akad nikah sebulan selepas itu.

“Kami (Ani dan Azah) bahagia dengan suami walaupun terpaksa berkongsi kasih dan melalui perjanjian yang pelik pada awalnya,” katanya ketika ditemui di rumah Azah di Sungai Abong di sini.

Namun, di sebalik kebahagiaan dua madu ini, pada masa sama kedua-dua wanita terbabit melahirkan kerisauan terhadap sikap suaminya yang seakan-akan ghairah mencari isteri melalui perjanjian pelik terbabit.

Kedua-dua suri rumah sepenuh masa itu yang masing-masing dihadiahkan sebuah kereta bimbang muncul pula madu keempat melalui kaedah jerat percintaan seperti yang dialami mereka sebelum ini.

Reflection : Pelik jugak... hm..bukan ker kalau tak boleh bayar denda, masuk penjara. Ini mesti kes nak idup senang jer, sebab tu sudi kawin dengan laki tu...

~Komen Terbaru~

Get This Recent Comment Widget!