Sudut Test Mouse Kiri

Tinggalkan pesanan anda di sini

Rabu, 30 Jun 2010

Buat seks dengan teman lelaki...kemudian cuba dirogol oleh 10 orang lelaki lain

Kalaulah remaja perempuan tersebut Islam, minta Jabatan Agama Islam Perak ambil tindakan kerana perempuan tersebut memang mengaku melakukan seks dengan teman lelakinya (berzina).

Walaupun dia mendakwa cuba dirogol oleh 10 orang lelaki lain,,,namun kejadian itu berlaku setelah dia buat seks dengan buah hatinya tersayang..

Dan memang benar siapa kita untuk menilai dan menghukum tetapi tidak salah jika siasatan dari pihak JAIP dijalankan.
-----------------------------------------------------------------------------------------

GERIK: Seorang remaja perempuan terpaksa lari dalam keadaan separuh bogel sejauh kira-kira satu kilometer bagi menyelamatkan diri daripada diperkosa 10 lelaki sebaik selesai mengadakan hubungan seks dengan teman lelakinya di sebuah ladang kelapa sawit, Sabtu lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.40 malam itu, remaja berusia 18 tahun dari sebuah kampung di sini, pada mulanya dibawa bersiar-siar oleh teman lelakinya berusia 20-an dengan motosikal.

Sumber berkata, remaja itu dibawa sejauh kira-kira 40 kilometer sebelum memasuki sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Belum Baru dan mengadakan hubungan seks dengan teman lelakinya itu.


“Bagaimanapun, selepas masing-masing keletihan dan berehat di bawah pokok kelapa sawit, tiba-tiba datang 10 lelaki dengan beberapa motosikal dan cuba merogol remaja itu.


“Disebabkan ketakutan kerana melihat ramai lelaki cuba merogolnya, mangsa meronta dan melarikan diri dengan mencapai seluar dan telefon bimbitnya,” katanya.


Katanya, mangsa hanya sempat memakai seluarnya ketika lari menyelamatkan diri dengan berjalan kaki sejauh kira-kira satu kilometer sebelum menghubungi talian 999.


Menurut sumber, 10 minit kemudian, sepasukan anggota polis tiba dan menyelamatkan remaja itu daripada menjadi mangsa rogol beramai-ramai.


Mangsa kemudian membuat laporan polis pada malam kejadian sebelum dibawa ke Hospital Gerik (HG) dan doktor mengesahkan terdapat kesan koyakan pada kemaluan mangsa.

“Mangsa mengaku kenal teman lelakinya sebulan lalu dan kali pertama melakukan hubungan seks,” katanya.

Laporan dari Harian Metro

tak setuju mansuh upsr dan pmr

tak kisahlah bila dimansuhkan nanti upsr dan pmr akan digantikan dengan kokurikulum ke tidak, yang penting...ilmu sains...matematik, bm dan sebagainya tidak boleh dinilai dari aktiviti kokurikulum.

mak ngoh bcakap berdasarkan fakta. sekolah mak ngoh ada beberapa pelajar yang wakil sekolah, daerah bahkan negeri...tapi akademik sangat lemah dan cukup makan sahaja.

kita tak boleh kenal pelajar itu bijak ke tidak melalui aktiviti kokurikulum yang mereka terlibat. Ada pelajar buta huruf tapi boleh tempat pertama berlari. Jadi bagaimana penilaian itu menjadi telus?

Sedangkan sekarang nih pun, ada pelajar yang tertinggal pelajaran gara-gara mengikuti kursus, perkhemahan, pertandingan dan macam-macam lagi aktiviti kokurikulum yang dijalankan pada waktu P&P.


Lagi pula, kebanyakkan pelajar bijak tidak suka melibatkan diri dengan kokurikulum. Mereka lagi suka mengadap buku di kelas berbanding bermain di padang. Kalau penilaian UPSR dan PMR dimansuhkan dan digantikan dengan kokurikulum sebagai salah satu instrumen, mak ngoh risau pelajar bijak akan tercicir.

Benar, matlamat kita hasilkan pelajar seimbang dari segi jasmani, emosi, intelek dan rohani...namun kita telah dididik bertahun lamanya...intelek itu yang utama. Kerana itu ibubapa sangat pentingkan akademik anak-anak mereka berbanding jasmani. Ada ibubapa lebih rela hantar anak ke tuisyen pada hari sabtu daripada anak mereka terlibat aktiviti kokurikulum.

Yang penting bagi mak ngoh, nak tahu tahap kepandaian budak, dia kena ambil peperiksaan jugak. Kokurikulum tidak boleh menilai kepandaian budak.

sape yang tak tahu cerita...rujuk sini

Fuhh, suami mati di lokap, balu dapat ganti rugi RM1.4 juta

KUALA LUMPUR 30 Jun - Seorang balu yang kematian suaminya 11 tahun lalu ketika ditahan di sebuah lokap di Balai Polis Rawang kerana disyaki penagih dadah, memperoleh ganti rugi RM1.4 juta setelah Mahkamah Tinggi di sini hari ini mendapati berlakunya kecuaian pada pihak polis.

Perkara itu diputuskan oleh Pesuruhjaya Kehakiman Lee Swee Seng ketika membenarkan rayuan balas Suzana Md. Aris berhubung taksiran ganti rugi terdahulu terhadapnya sebanyak RM137,220.

Suzana sebelum ini menyaman Deputi Supritendan Ishak Hussin, Asisten Komisioner Massari Hashim; Ketua Polis Negara, Tan Sri Norian Mai dan Kerajaan Malaysia selaku defendan pertama hingga keempat setelah suaminya Mohd. Anuar Sharip, 31, yang ketika itu ditahan reman meninggal dunia di dalam lokap pada 19 Ogos 1999.

Bagaimanapun Swee Seng dalam keputusannya hanya memerintahkan supaya bekas Ketua Polis Negara itu atas kapisiti peribadi dan kerajaan bertanggungjawab membayar ganti rugi tersebut. - Utusan

~~~apa cite kes arwah mohd naim yang meninggal akibat dibuli oleh rakan senior di maktab tentera? dengar kata suspek 5 orang itu telah dibebaskan dengan jaminan polis. Cerita lain?

Bolehkah seorang cikgu main blog dan berfacebook di sekolah?

Mak ngoh teringat pada 1 pekeliling yang menyatakan...waktu tidak mengajar bukan bermakna waktu free cikgu.

waktu tidak mengajar harus digunakan oleh guru untuk menyediakan abm, menandakan buku pelajar atau menambahkan ilmu untuk diajar kepada pelajar.

sekolah sekarang pun canggih kerana disediakan kemudahan internet untuk guru dan pelajar. Erk...untuk buat apa?~~~mencari ilmu di dalam internet...guna tutorial internet untuk pelajar dan mendapatkan maklumat dari web pendidikan.

sayangnya mak ngoh terperasan...ada guru update blog dan bermain facebook pulak time di sekolah. Kononnya free time. Itu tak campur lagi dengan guru yang memang main blog dan facebook time mengajar. Adeh! janganlah rosakkan kerjaya ini.

Sabarlah..tunggu habis punch card dan balik rumah, anda mainlah facebook dan blog tu... benda peribadi macam tu jgn dicampur-adukkan dengan masa kerja.

Hukum duit gaji???

Surat untuk abang nuff + video

ke hadapan abang nuff yang dirindui dan dikasihi selalu...

di saat ini..mataku tidak dapat dipejam dan lenaku tidak menjenguk...

laluku mencari-cari dirimu di ruang yang sungguh maya ini

oh...di mana dirimu wahai abang nuff?

mengapa telah lama tak nampak dirimu di sini?

bak kata Rossa dalam lagunya di bawah ini...dengarlah dan hayatilah


jangankan ingin kutersenyum

tak ada ghairah

oooooo....


Oh abang nuff... di manakah dirimu?

adakah engkau memang suka tidur???

atapun memang engkau telah koma di dalam blogku ini

so sad



segala kerjasama anda di dahulukan ucapan jutaan terima kasih

yang meluah perasan

mak ngoh selamoh

Isnin, 28 Jun 2010

Anda pilih bodoh rajin ker anda pilih pandai malas?

entah apalah kucing tu buat...saper yang ajar dia menembak?


Okay...sambung lagi tajuk di atas


Bodoh+ Rajin

Pandai + Malas


Mak ngoh selalu cakap dengan budak-budak nih


kalau kamu tak pandai (bodoh) tetapi kamu rajin, cikgu sayang kamu
Tapi kalau kamu pandai tapi kamu malas, cikgu tak suka kamu...


Hehe...jahat tak ayat mak ngoh?


Tetapi ada asas jugak mak ngoh cakap macam tu...


kebodohan ada ubatnya
tetapi kemalasan tiada ubat



Anda tak pandai , tak apa...boleh belajar...dengan syarat anda rajin


sayangnya kalau anda pandai tetapi anda malas...anda telah membazirkan kepandaian tersebut kerana anda malas nak gunanya untuk menambahkan ilmu.


Otak yang pandai pun lama-lama leh jadi bodoh kalau tak diasah ilmu


macam juga belakang kuali yang asalnya berkilau
tapi kalau tak digilap lama-lama hitam berkarat tebal

Bahasa sabah yang paling glemer di sekolahku

Opss..actually mak ngoh takdalah mahir pun cakap sabah. Tapi bolehlah tiru-tiru sikit-sikit loghat dorang. Yang penting kalau cakap sabah kena ada BAH...baru sabah namanya.

Pernah mak ngoh shopping di Pasar Besar Sandakan dan bila tawar menawar mak ngoh gunalah bahasa Sabah walaupun tak cekap...tapi jurujual sana percaya plak mak ngoh orang sabah. Haha
Budak tu tanya mak ngoh "Akak bangsa apa?"
"Ha?" Mak ngoh tak faham bila dia tanya bangsa apa. Nak jawab bangsa Malaysia takut salah.
"Kaum apa bah kita nih?"dia betulkan soalnya.
Haha..dia tanya kaum rupanya, al maklumlah orang sabah ada macam-macam kaum. Mungkin dia konfius nih latar belakang mak ngoh.
"Oh, melayu bah" jawab mak ngoh.
"Orang sabah ka kita?"
"Erk, semenanjung"
"Macam orang sabah" budak tu gitau.

Hehe...mak ngoh macam orang sabah? Wat ever lah.

Okay...antara bahasa sabah yang sentiasa diucapkan oleh students mak ngoh...
  1. Boleh bah kalo ko~kau minta aper jer aku bagi...hehe
  2. Matik ~ asal dari perkataan mati, kalau bagi kerja rumah banyak....terus dorang jawab matik...huhu
  3. ...bah ituuuu... ~ contoh ayat -: Cikgu Abu kata Ali nih rajin. Kemudian kawan dia yang lain pun jawab : Ali bah ituuu...
  4. Pening sudah aku~ makna dia dah pening bila bagi nota banyak-banyak..Haha
  5. Ndak boleh sudah ~ dah tak boleh...ndak tu maksud tak atau tidak

Erk,,,5 jer ker? Cukuplah. Mak ngoh tak ingat.

Yang penting, kalau nak cakap Sabah kena terbalikkan perkataan...macam "Makan sudah?" iaitu bermaksud "Sudah makan?"

Dan mak ngoh perasan, ada persamaan antara bahasa Sabah dan bahasa Kelate...

Hahaha...

Perlukah kita melawan jika teraniaya?

Kadang-kadang bila kita teraniaya ataupun bila kita berada di pihak yang betul sekali mana pun...janganlah kita duk bising-bising dan melawan balik.

Betul nih

Bukan sebab kita seorang yang lemah dan bukan sebab kita nih penakut.

Tapi sebab menjaga hubungan agar tidak menjadi keruh.

Kerana

Ada perkara, walaupun kita tidak bersalah tapi bila kita bising-bising...menyebabkan kita kelihatan macam orang bersalah.


Ada perkara, walaupun kita bersalah tapi bila kita diam-diam jer...orang jadi tak perasan dan lama kelamaan tutup kes.

Yang penting berdoa saja lah. :)

Orang yang benar sentiasa mendapat pertolongan ALLAH.

Kesimpulan~~~ kerana pulut badan binasa.

Berus gigi sebelum bercakap dengan bising :) ahaks

Kenali Kotak Pensil Mak Ngoh Yang Besar Gedabak

Salam and hai semua. Petang-petang nih, mak ngoh nak share dengan korang pensel case mak ngoh limited edition. Ewah....

Kat bawah nih,,, kotak pensil pertama yang mak ngoh guna sejak dinobatkan jadi cikgu...huk huk huk....Dibeli pada tahun 2007 dan kotak hitam ini telah tamat tempoh perkhidmatannya pada bulan 4 2010 dek kerana kedua-dua zipnya telah rosak.


Haha...memang lah kotak hitam kat atas bukan kotak pensil sebenarnya. Kotak make up tapi mak ngoh peduli apa...Janji besarrrrr dan muat barang-barang tulis mak ngoh. Yang penting....ada cermin lagi tu. Boleh bercermin dalam kelas tanpa perlu buka bedak.. Leh cover line. Harga = RM 4.50 sahaja tunaiiiii.... Murah jer...

Setelah kotak hitam di atas rosak, mak ngoh pun pusing-pusing lah bandar mencari penganti kotak hitam tu. Dengan syarat kotak pensil mestilah BESAR Tapi ... tak jumpa sampai sudah..So sad eh.

Akhirnya, setelah hari hampir gelap...huhu mak ngoh pun TERbeli lah benda alah di bawah nih


Hahaha... kah kah.... jeng jeng inilah pensil case mak ngoh yang digunakan sekarang. Merah you. Love lagi tu. Dah la tu bukan pensil case pun. Handbag. Walaupun mak ngoh tak suka merah tapi beli je lah. Malas dah nak cari tempat lain. Harga dia = RM 7.50 jerr... murah jer. Yang pasti benda merah tu takkan jadi handbag tapi jadi kotak barang tulis mak ngoh.



Jadi..sekarang nih mak ngoh membawa 2 handbag bila ke kelas. Satu handbag isi barang peribadi dan satu handbag (yang bukan handbag) digunakan mengisi pen, pensil, pembaris, pemadam, liquid paper, macam2 jenis tape, staple dan banyak lagi...

Yang pasti, kedua-dua kotak pensil mak ngoh tak menepati ciri-ciri sebuah kotak pensil pun.
Janji leh campak macam-macam dalam tu.... wink wink
Sekian terima kasih.
Karangan budak darjah 1 ker kat atas tu?

Ahad, 27 Jun 2010

Kesilapan berkawan dalam facebook or etc lah

adat berkawan, kalau susah biar susah bersama - gambar google
..........................................................................................................................................................................
Pernah dengar tak, tak boleh berbisik dengan kawan sebelah jika ada sorang lagi kawan sebelah kita. Sebab ditakuti kawan yang sorang lagi terasa hati...apa hukumnya tu? Haram.


Tapi dalam konteks yang serba moden nih, perhubungan kawan bukan jer secara real tapi juga secara maya terutamanya di laman-laman sosial seperti facebook, twitter la, friendster lah or ym.


Mungkin ramai antara kita yang add, kawan-kawan sekerja or kawan sekolah yang memang kita kenal dan kita jumpa setiap hari. Ada tu yang sedang berbalas komen ramai-ramai tapi tiba-tiba ada la si A taip dalam tu yang tak sedap dibaca macam ayat

"B ada cerita panas nih, nanti aku msg ko lah, kat sini public" OR

"B kau tak tau pasal C, nanti aku col kau "


atapun, mereka-mereka telah pun bermesej-mesej tapi konon-kononnya pergi berkomen pulak di wall yang orang lain leh tau sikit-sikit

"alah, benda ehem-ehem yang aku msg ko tu la, takkan lupa kot'


Or whatever lah....

Tapi


Kalau dah memang benda rahsia yang memang tak mahu diceritakan beramai-ramai janganlah bagi hint-hint hingga orang lain terfikir apa ker benda tu,, isk mengumpat aku ker tu,, or dorang nih bercerita tapi sorok-sorok dari aku. Bukankah itu dah menyebabkan orang sakit hati, terutamanya orang memang anda jumpa tiap hari.


Bukannya tak ada orang bertengkar gara-gara komen di fb nih. Macam-macam cerita dah yang mak ngoh dengar.


Lagi satu, pelik juga dengan sifat sesetengah orang nih. Di tempat kerja dia berkawan dengan semua orang, dan katakan dia dapat duit bonus dan ajaklah kawan-kawan dia makan. Tapi sayangnya, ajak dalam 4 5 orang jer. Okay, tak perlah yang tu. Tapi gambar-gambar dorang makan dan gambar-gambar makanan tu di uploadkan di fb, fs or twter dan duk tunjuk pada kawan yang tidak dijemput tu.


Erk...kenalah jaga hati kawan walaupun memang dia tak terliur nak makan pun tapi bukankah itu semangat setiakawan. Depan mata kawan elok2, makan belanja kawan-kawan yang disukai jer tapi ditunjuk-tunjuk pula gambar tu. Haha... Kecur air liur kalau kawan tu ngah mengandung. Tak baek tau.


Mungkin korang rasa, small matter lah tu. Okay, then you take easy lah. Tapi macamana kalau sampai ada orang yang terasa hati? Kena minta maaf tu nak-nak lagi memang korang terniat nak menunjuk dan kasi dorang jeles ...

Orang lurus bendul, kadang-kadang menyakitkan hati gak....


Em...terlebih dahulu minta ampun minta maaf kepada orang-orang yang rasa dirinya lurus bendul.


Mak ngoh nak bercerita ni tentang pengalaman mak ngoh sendiri yang berkawan dengan orang yang lurus bendul. Apa yang berlaku tu...biarlah dirahsiakan tapi yang tak sukanya, bila terlalu lurus bendul dah jadi macam pak turut sangat-sangat.


Bila dah jadi pak turut yang sangat-sangat, bukankah itu menampakkan bahawa anda tiada pendirian sendiri. Bagai lembu dicucuk hidung, ikut orang kata buat jer semua. Apa saja yang orang suruh buat, anda buat walaupun anda tahu benda itu salah dan menyakitkan hati orang lain.


Kalau nak jadi lurus bendul ... boleh jer tapi janganlah terlalu mengikut telunjuk orang. Jadilah orang lurus bendul yang ada pendirian sendiri dan ada maruah sendiri.


Ada pula cerita yang mak ngoh dengar, orang lurus bendul tetapi bersikap makan kiri kanan dan tidak tahu benda itu salah ke tidak. Dengan A dia cakap itu ini mengumpat si B dan bila A menyampuk sikit jer ..dengan bendulnya dia pergi bagitau B pula bahawa dia dan A mengumpat B. Erk...Nasib baik mak ngoh tak jumpa lagi orang bendul macam tu.

kena sihir najis gara2 ambil suami orang

mak ngoh pun baru dengar tentang sihir nih. ada gak rupanya...........

KUALA LUMPUR: Jiwa terseksa, batin merana. Mungkin itu ungkapan tepat bagi menyelami penderitaan ditanggung Rafidah, 30, selepas hampir dua tahun menghidap penyakit ganjil akibat disihir madunya kerana dendam dan cemburu.


Lebih memburukkan keadaan, Rafidah turut mengalami masalah membuatkan dirinya berbau busuk ketika hendak mengadakan hubungan kelamin dengan suami iaitu kontraktor yang beristeri dan ada tiga cahaya mata.

Derita ini terpaksa ditanggung Rafidah selepas dua bulan mendirikan rumah tangga pada 2008.


Rafidah menyedari, hidup bermadu bukan mudah dilalui selepas dia nekad mengambil keputusan untuk hidup berpoligami. Namun, sedetik pun dia tidak menyangka, madu yang berkongsi hidup dengannya sanggup menggunakan ilmu hitam dipanggil sihir najis, semata-mata mahu meleraikan hubungannya bersama suami.

Perbuatan melampau madunya terbongkar apabila Rafidah yang mendapatkan khidmat rawatan perubatan secara Islam daripada Ustaz Mohd Suhaimi Rozali di Darul Ruqiyyah (DR), Gombak, dekat sini, meluahkan kesengsaraan hidupnya kepada wartawan Metro Ahad, SHAMRAN SARAHAN.

“SEJAK terkena sihir madu, suami bukan saja enggan menyentuh saya lagi, malah hubungan kami menjadi dingin dan dia seolah-olah membenci.


Ada masanya saya menjadi sangat tertekan dan ingin berpisah dengan suami, tetapi pada masa sama saya masih sayang serta tidak mahu terburu-buru mengambil keputusan berpisah (bercerai).

Tambahan pula, kini saya tahu suami berbuat demikian angkara perbuatan jahat madu saya, Zaleha, oleh itu perpisahan bukan jalan penyelesaiannya.

Pada mulanya saya sering mengalami gangguan dan kesukaran tidur di waktu malam, kemudian apabila ingin bersama suami, badan mengeluarkan bau kurang menyenangkan ketika kami bersama.

Sekarang lagi teruk, dengan berlendir dan mengeluarkan cecair putih berbau busuk, saya tidak selesa, dan suami pula rimas dengan keadaan saya.

Kini dia jarang bersama saya lagi. Boleh katakan, dalam tempoh sebulan kami hanya berjumpa seminggu. Peliknya, semua ini hanya berlaku apabila bersama suami. Apabila kami berjauhan saya menjadi normal kembali.

Kebelakangan ini kelakuan suami juga banyak berubah dan sering marah tanpa sebab walaupun hanya membabitkan perkara remeh.

Adakalanya dia seperti ingin berjauhan dengan saya. Dia pernah berkata tinggal bersama isteri tuanya lebih aman berbanding tinggal dengan saya.

Saya sedih, isteri mana tidak kecewa jika diperlakukan begitu. Namun saya juga akur bagaimana hendak bersamanya jika keadaan saya begini.

Saya mengesyaki madu tergamak melakukan perbuatan sebegitu rupa untuk memisahkan kami.

Sihir itu dipanggil sihir najis iaitu benda najis daripada darah haid yang dijampi, kemudian dimasukkan ke dalam makanan, minuman atau minyak wangi yang dipakai dan suami.

Ia menyebabkan suami tidak boleh menyetubuhi isteri. Itu yang berlaku kepada saya. Suami juga kadangkala melihat saya dengan pandangan hodoh dan tidak berupa manusia seperti lazimnya.

Madu saya terlalu kuat cemburu dan tidak suka jika suami lebih banyak menghabiskan masa bersama saya.

Sedangkan ketika mula berkahwin dulu suami bahagikan masa dengan adil, tetapi Zaleha tidak bersetuju dan mahu masa lebih diluangkan kepadanya kerana dia isteri tua dan mempunyai anak. Itupun saya sudah mengalah.

Dia (Zaleha) sebenarnya tidak merestui hubungi kami tetapi terpaksa akur dengan keputusan suami yang ingin berkahwin dengan saya.

Sebab itu, apa saja yang saya lakukan bersama suami, dia pasti buat perangai.
Demi menjaga kebahagiaan rumah tangga dan ingin berbaik dengan Zaleha, saya pernah mengajak madu duduk sebumbung, tetapi pelawaan saya ditolak.

Madu menuduh saya menyimpan niat jahat untuk tinggal bersama dan mengarahkan suami untuk tidak mengendahkan permintaan saya.

Banyak lagi perkara remeh diungkit Zaleha untuk mengeruhkan keadaan. Dia tidak senang kerana saya memiliki perniagaan, saya pernah dituduh cuba menggoda lelaki ketika menguruskan perniagaan.

Saya tidak mahu berdendam dan akan memaafkan Zaleha. Yang saya inginkan sekarang hanyalah suami, saya mahu rumah tangga yang saya dirikan ini diselamatkan

Rupanya ada ratus ribu web lucah yg kini mahu berdomain .xxx

LONDON-Lebih 110,000 laman web lucah di seluruh dunia telah menempah domain .xxx sebagai rujukan alamat laman web pornografi selepas badan pengawal selia Internet antarabangsa (ICANN) meluluskan penggunaan tiga abjad itu kelmarin.

Di Britain sahaja, firma pendaftar alamat rasmi Internet (ICM) menjangka dapat mendaftarkan sejumlah 500,000 halaman tersebut sehingga akhir tahun ini yang bakal menjana perolehan lumayan mencecah kira-kira £20 juta (RM98 juta).

"Kami meramalkan mampu memproses lebih sejuta laman sedemikian kerana sekarang pun sudah ada jutaan halaman lucah yang berkembang pesat ekoran kemajuan dunia teknologi komunikasi maklumat," kata pengasas ICM, Stuart Lawley.

Jurucakap badan pemantau Mediawatch UK, Vivienne Pattison berkata, pengenalan .xxx dijangka membantu ibu bapa mengawal anak daripada mudah mengakses laman tidak bermoral itu yang kian berleluasa. - Agensi

~~~~~~~~
mungkin yang baiknya di sini,,,kerajaan terus block laman web berdomain .xxx
tapi boleh ke buat macam tu?
paling tak sangka rupanya banyak sangat web lucah dalam tenet...
janganlah ada students or adik-adik mak ngoh masuk laman cam tu

Peperiksaan Punca Tekanan : Mak ngoh nak bebel

Munngkin apa yang dikatakan oleh Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai adalah untuk menyokong usaha kerajaan memansuhkan UPSR dan PMR.

PEPERIKSAAN PUNCA TEKANAN ???


Memang tertekan ker peperiksaan UPSR dan PMR nih? Mak ngoh rasa > tak lah. Peperiksaan UPSR bukanlah satu peperiksaan besar yang boleh membawa tekanan kepada pelajar. Manakala MPR pula, pelajar ada masa 3 tahun untuk bersedia. Mungkin pelajar yang belajar last minute atau tidak sistematik jer yang tertekan.


Lagipun, kita harus mengajar pelajar kita supaya biasa dengan tekanan. Tekanan itu adalah cabaran. Kalau minda mereka dibiarkan rileks jer dari darjah 1 sampailah tingkatan 4 dan mereka cuma berusaha untuk SPM, mak ngoh risau budak-budak macam nih akan terkandas di peringkat matrikulasi atau universiti. Mana taknya, mereka cuma ada 1 pengalaman mengambil peperiksaan besar iaitu SPM dan mereka tidak diajar tertekan. Bagaimana mereka nak hidup di dunia matrikulasi dan universiti yang memang banyak kerja dan banyak yang kena belajar dalam masa yang terhad?


Sayang anak tangan-tangankan. Percayalah. Kita tidak boleh manjakan sangat budak-budak yang sememangnya adalah pewaris kepimpinan negara pada masa akan datang. Janganlah terlalu dimudahkan sangat mereka ini. Kerajaan sudah banyak memberi 'kemudahan' untuk pelajar. Malah kalau dibanding dengan dulu-dulu, pelajar dulu-dulu lagi susah belajar dan lagi tercabar. Tapi itulah pelajar dulu-dulu yang sekarang telah berjaya berada di macam-macam sektor kerajaan dan swasta menyumbang tenaga membangunkan negara. Tengok jer kertas exam, pelajar dulu tidak dibekalkan rumus dan tidak boleh guna kalkulator tapi pelajar sekarang dah ada rumus dan boleh berkalkulator sainstifik. Korang ingat tak lagi macam nak nak cari log (matematik) guna buku sifir 4 angka tu? Budak sekarang buku sifir 4 angka pun tak kenal dah.


Bagi mak ngoh, UPSR Dan PMR yang dijalankan sekarang nih, dah memang patut sangat dah. UPSR adalah untuk menilai dan menguji pelajar sekolah rendah dan PMR adalah untuk menguji pelajar sekolah menengah di samping penentuan haluan aliran pelajaran dorang.


Dengar khabar memanglah bila UPSR dan PMR dibatalkan akan ada juga peperiksaan peringkat sekolah untuk pelajar ini. Tapi bezanya peperiksaan dijalankan di peringkat sekolah, pembuat soalan adalah guru-gurunya, tukang cetak kertas peperiksaan adalah gurunya sendiri, pengawas peperiksaan adalah guru-gurunya sendiri, pemeriksa peperiksaan adalah gurunya sendiri dan tukang print slip result adalah gurunya juga.

Mak ngoh nampak, ada kelebihan di sini adalah MASA dan KOS. Masa untuk menunggu result boleh dipendekkan dan kos peperiksaan yang perlu ditanggung oleh kerajaan boleh dikurangkan. Memang bagus kerana kita perlu berjimat cermat dan memang betul kerajaan menanggung banyak belanja untuk sekolah. Cuma yang sedih, pelajar kita tidak menghargainya. Sudah diberikan buku teks percuma, sudah diwar-warkan yuran peperiksana free jer tapi minda pelajar masih tidak mahu menghargai dan tidak mahu berusaha.


Kalaulah betullah ada peperiksaan dalaman untuk mengantikan peperiksaan UPSR dan PMR, dan demi mengelakkan tekanan...sepatutnya tak payahlah buat apa-apa periksaan lagi. Mahupun peperiksaan dalaman. Bukan pelajar jer yang tidak tertekan tetapi guru-gurunya pun tidak tertekan gak. Huhuhu


Lagi satu >>>ini bukan soal pelajar sekarang lebih bijak dari pelajar dulu hinggga menyebabkan UPSR dan PMR perlu dimansuhkan. Bukan apa, ada mak ngoh terbaca...memang wajar dimansuhkan kerana tiada gunanya dan kerana ramai dah pelajar kita yang bijak. Tak macam dulu-dulu. Pelajar sekarang dah boleh membaca ketika PRA sekolah tak macam dulu-dulu boleh baca ketika darjah 2.

Kalau dah memang pelajar-pelajar itu pandai, sooooo......buatlah soalan yang lebih tinggi arasnya. Kenapa pula perlu dimansuhkan? Tapi mak ngoh rasa tak boleh gak, sebab yang kita tahu negara tidak pernah mencapai 100% lulus untuk UPSR dan PMR. Setiap tahun, mesti ada jer pelajar yang gagal UPSR dan mesti ada jer pelajar yang PMR di negara kita. Adakah itu petunjuk bahawa pelajar sekarang lebih bijak?

Tajuk Akhbar : Maut diserbu pencegah maksiat ~~macam tak patut

Salam pagi semua. Buat apa hari Ahad yang syahdu nih. Bangun pagi-pagi nih, mak ngoh belek surat khabar dan terjumpa kisah seorang Lans Koperal yang maut dan memang dah masuk tv3 pun malan tadi.


Menurut tv3, kejadian yang berlaku di Kelantan ini dikatakan berlaku apabila lelaki terbabit telah keluar dari bilik penginapan dia (+ seorang perempuan) dan dia telah bersembunyi di luar tingkap bilik tersebut dengan berdiri di atas kotak aircond.

Itu yang tv3 bagitau. Tapi bila terbaca tajuk dalam paper pagi nih macam tak patut jer 'maut diserbu pencegah maksiat'. Bagi mak ngoh, lelaki terbabit bukan maut kerana diserbu tapi maut kerana dia yang keluar bilik ikut tingkap. Kenapa keluar bilik kalau tak bersalah?

Ini tidak, bila pencegah maksiat cek bilik tu, cuma ada seorang perempuan. Tidak lama lepas tu, dorang dihebohkan ada lelaki cedera kerana terjatuh dari bangunan tersebut. Yang paling sedih, lelaki tersebut sudah berkahwin dan ada seorang anak. Perempuan dalam bilik tu, perempuan lain pulak.

Kasihan pencegah maksiat. Tentu dorang nih disalahkan atas niat murni dorang untuk menjalankan hukum ALLAH. Begitulah....orang yang berniat baik akan sentiasa diuji ALLAH. Kalau tak silap mak ngoh before this pun dah ada kes maut kerana lari dari pencegah maksiat.

Sepatutnya ~~~~jauhilah zina dan marilah berdoa agar kita meninggal dalam keadaan beriman dan tidak mengaibkan.

Oh cikgu..jagalah perangai demi maruah kerjaya anda yang mulia

Erk...mak ngoh nih pun cikgu gak dan bukan nak buka pekong di dada. Kalau dah memang busuk buat apa nak disorokkan. Betul tak? Lagipun memang ada cikgu yang tak betul jalan. Kenapa mak ngoh kata macam tu?

Mak ngoh ada tengok Buletin Utama yang bercerita tentang cikgu yang ponteng kerja di pendalaman Sarawak. Sebabnya tiada kemudahan asas di sana. Tapi, untuk pengetahuan cikgu-cikgu tu dan orang lain, bukan pendalaman Sarawak jer yang tak ada kemudahan asas, pendalaman Sabah pun ada dan pendalaman Pahang pun ada.

Kalau ada cikgu lain yang sanggup bergelap di malam hari, sanggup tiada coverage telefon kenapa cikgu-cikgu yang dah ditakdirkan ke sana tu tak sanggup bertahan? Memang diakui, ada kedengaran cikgu-cikgu baru yang tidak melapor diri setelah mengetahui nama sekolah masing-masing yang kononnya amat pendalaman.

Namun, mereka yang tidak melapor diri itu lebih baik dari guru yang melapor, tidak pergi ke sekolah tetapi gaji masuk tiap-tiap bulan. Betul tak? Kalau memang tak nak, janganlah pergi. Jangan makan duit gaji yang bukan hasil titik peluk anda. Lagipun, sekolah yang tiada kemudahan asas, gurunya diberi elaun RM1500 sebulan, ditambah pula dengan gaji...ai banyak lah juga duit gaji yang bukan hasil titik peluh.

Pastu...kisah guru yang perasan betul dan perasan garang entah apa-apa. Biasanya kes macam nih berlaku kat sekolah kampung ataupun pelajarnya seorang miskin, anak pak tani jer. Ada guru disiplin yang kononnya garang la tu, jumpa jer tampar budak...jumpar jer tampar budak walaupun kesalahan budak tu kecik. Hebatlah tu konon bila dah tampar budak. Tak ada cara lain ker nak menegur selain menampar dan merotan.

Kes betul di sekolah rendah di kampung mak ngoh, guru wanita yang kononnya garang. Seorang pelajar lelaki bising, darjah 2 kalau tak silap. Disebabkan dia begang, dia baling pembaris kayu warna kuning tu ke arah pelajar lelaki tu tapi sayangnya terkena pelajar perempuan. Luka kening pelajar perempuan tersebut. Tapi sebab budak kampung, mak ayah budak tu pun miskin dan tidak alert maka dibiarkan saja. Esoknya, cikgu tu bagi duit RM 1 kepada budak tu, sebagai bayaran kerana dibaling pembaris. Itu kisah 7 tahun lalu.

Mak ngoh ada terdengar cerita dari seorang yang amat kecewa dengan guru. Dia bercerita tentang kawannya yang ketika itu mereka di sekolah rendah. Kawannya orang miskin dan mak kawannya buat nasi lemak dan minta anaknya jual di sekolah. Kemudian, guru buat sportchek dan merampas nasi lemak-nasi lemak yang ingin dijual tu dengan alasan tak boleh berniaga di sekolah. Di waktu rehat, kelihatan guru-guru tersebut sedang makan nasi lemak yang dirampas. Oh no!

Paling teruk lagi, kisah budak lelaki darjah 2 yang nakal dan bising. Cikgunya telah memulas telinga budak tu hingga budak tu pengsan dan masuk spital. Akibat dipulas itu dan ada urat yang terkehel, muka dan mata budak tersebut telah jadi senget sebelah. Budak yang normal tu jadi mudah stress dan tak boleh buat kerja kalau dipaksa. Namun, disebabkan cikgu tersebut adalah saudara terdekat emak budak tu, jadi tiada tindakan dikenakan. Yang penting, budak tu yang kini telah berumur 32 telah membenci insan bernama cikgu. Mana tak nya, dia yang tak cacat dah jadi cacat sebab cikgu tu.


Cikgu main game di bilik guru. Ini yang paling mak ngoh bengang. Time dia main game budak plak penuh di belakang dia memerhati game-game dia. Kalau diberi tugas can jawatanbanyak , dia bising..siap pergi minta dengan pengetua gugurkan tugas dia. Tapi kalau tak ada tugas dia main game jer. Sekolah mak ngoh pun ada cikgu macam tu. Nak jer mak ngoh snap gambar dorang main game tu kasi masuk FB dan laman web sekolah, baru tau. TAPI mak ngoh tak berani...HAHA


Pastu, time mengajar, ada pula spesies guru yang ajar guna kaedah remote kontrol. Pengetua sekolah mak ngoh pernah tegur cikgu yang macam nih. Cikgu hantar budak pergi ke library, makmal ICT , bawah pokok mana-mana or kantin, pastu cikgu duk tempat lain berbual dan minum-minum. Budak memanglah suka kalau cikgu tak mengajar. Boleh dorang enjoy dan main, tapi cikgunya tolonglah sedar. Tak baik buat macam tu. Kita dibayar untuk mengajar bukan untuk memantau dari jauh jer.


Kemudian...guru wanita yang menggunakan budi bicara kalahkan budak bohsia. Eh, ingat tak ada ker. Secara real mak ngoh tak jumpa lagi sebab kawan-kawan mak ngoh nih sopan santun jer tapi dalam YM mak ngoh ada jumpa. YM pun bukan kawan yang kenal maya jer, memang dah disahkan si fulan binti fulan tu adalah cikgu. Yang sedih, duk chatting guna ayat lucah,,,guna ayat macam minah rempit. Wat malu cikgu jer. Itu tidak abih lagi dengan cikgu-cikgu perempuan yang terang-terangan bercinta maya dan tak abih-abih dengan status YM dan FB yang jiwang karat. Dalam FB pula diaddkan student2 nya. Aduh, wat malu.

Kemudian kes skandal guru dengan pelajar. Adeh!!! Yang cikgu lelaki dengan pelajar perempuan dan yang cikgu perempuan dengan pelajar lelaki. Okay, yang cikgu lelaki tu tak apalah...lelaki kan boleh kahwin 4, itu memang dibenarkan agama. Jadi mak ngoh pun tak heran sangat selagi dorang tak buat benda berdosa.

Tapi yang mak ngoh heran, cikgu perempuan bercinta bagai nak rak dengan pelajar sendiri. Yang ini memang secara realnya berlaku di depan mata mak ngoh. Beberapa cerita mak ngoh dengar. Ada, pelajar diberi kereta dan diberikan penginapan lagi. Adeh cikgu oiii. Janganlah rosakkan nama cikgu. Nak bercinta dengan lelaki muda tak salah. Tapi biarlah dengan cara yang betul. Kalau sampai dibawa pulang ke rumah,,,itu dah lain. Sekarang dengar cerita, guru perempuan berumur 28 tahun bercinta dengan budak laki umo 16 tahun.Tapi bukan cikgu sekolah mak ngoh yer.

Last but not least,,, cerita tentang cikgu yang suruh budak kerja dia. Guru kelas suruh ketua kelas isi buku kedatangan harian pelajar. Guru kelas suruh pelajar, isi buku rekod markah dan macam-macam lagi. Guru suruh pelajar tulis nota di papan hitam dan pelajar lain salin. Guru tu duduk jer. Tak salah kalau nak minta tolong pelajar tapi janganlah, gurunya duk goyang kaki berbual, studentnya duk buat kerja cikgu tu. Orang kata biarlah berpada-pada dan tahu tugas sendiri. Sendiri mau ingat lah apa tugas anda sebagai guru. Kalau dah tugas anda tapi budak yang buat bukan ker gaji tu dah jadi gaji budak tu. Ahakss.

fuh, letih membebel. Yang penting...mak ngoh tak suka kerna nila setitik rosak susu sebelanga. Betul tak? Jangan kerana ada segelintir cikgu macam cerita-cerita kat atas, masyarakat akan bagi mark dan label tersendiri untuk cikgu. Mak ngoh sayang kerjaya nih dan memang pantang orang mengutuk cikgu tak bertempat. Tapi macamana kalau yang dikutuk itu betul? Terlopong jer lah mak ngoh dengar sambil angguk pelan-pelan.

Kesimpulan yang biasa didengar untuk menutup kesilapan adalah - " Guru pun manusia gak, bukan sempurna"

Sabtu, 26 Jun 2010

Jom listkan url blog korang lam blog mak ngoh


Salam semua...salam maghrib untuk orang semenanjung dan salam isyak untuk orang Sabah.

Mak ngoh nak bagitau yang makngoh baru je membuka satu ruang untuk you all listkan url blog you kat top page blog mak ngoh.

All maklumlah, blog mak ngoh sekarang nih dah takder header picture pun :(
So sad...Ada ker blogger nak bagi sedekah header untuk makngoh?

Disebabkan makngoh rasa mcm kosong jer kat atas tu dan kebetulan mak ngoh jalan2 blog MIA LIANA, jadi mak ngoh pun terfikirlah nak tiru ala-ala blog dia.... Mintak halal yer Puan Mia. Ambil dulu baru minta...Sorry bos...
Erk....sambil-sambil tu jangan lupa follow yer...tu pun kalau korang sudi..
So....who wanna be the first blogger in my list?

Kisah benar : Suami di Johor, isteri di Kelate ada lelaki lain

Ops.... terlebih dahulu bukan nak mengumpat. Cuma nak jadikan sebagai pengajaran dan sempadan kepada semua isteri dan bakal isteri orang.

Selepas berkahwin, insan pertama yang perlu kita dahulukan adalah suami dan suami adalah insan mulia bagi setiap isteri.

Kisah ni baru jer berlaku beberapa hari lepas. Baru je lagi. Suaminya bekerja di Johor tapi tak abaikan isterinya, setiap bulan, suaminya sentiasa berikan duit belanja Disebabkan kasihan isteri bersusah payah hantar anak ke sekolah yang dalam 3-4 orang tu, suaminya belikan lagi sebuah kereta Myvi untuk isteri tersayang.

Setiap kali pulang ke kampung, suaminya diberitahu oleh orang kampung bahawa isterinya ada lelaki lain. Mana taknya, memang selalu sangat orang kampung terserempak dengan isterinya dengan lelaki lain.

Namun oleh kerana tidak nampak dengan mata sendiri, jadi suaminya tidak percaya. Lagipun dia yakin, isterinya seorang yang setia.

Beberapa hari lepas, suaminya pulang ke kampung. Pada 1 hari, si isteri memberitahu suami, hendak keluar mencari susu anak yang telah habis. Suaminya pun izinkan. Setelah si isteri keluar rumah, si suami pun keluar gak. Tapi sekadar keluar jalan-jalan. Bukan nak menyiasat isterinya pun.


ALLAH itu MAHA Adil. Si suami menunggang motosikal terserempak si isteri dengan seorang lelaki di dalam kereta dengan mesra. Namun dia sabar.

Bila isterinya pulang ke rumah, dia bertanya dan 2 penampar singgah di pipi isterinya. Kemudian, perempuan tersebut diceraikan.

Esoknya, suaminya pergi ke sekolah tempat kerja teman lelaki bekas isterinya tu. Rupanya, teman lelaki isterinya seorang ustaz yang juga suami orang. Tanpa banyak bicara, ustaz tersebut dibelasah oleh suami tersebut.

Pengajaran yang mak ngoh belajar dari cerita nih
  • Ikut suruhan agama dan jauhi larangan agama. Bukankah seorang isteri wajib mentaati suaminya.
  • Seorang ustaz pun tak betul gak. Ye tak? Dah tahu perempuan itu isteri orang tapi tetap dijadikan kekasih gelap. Kalau ustaz nak kahwin lagi satu, boleh jer. Tak salah. Tapi carilah anak dara orang atau janda orang. Jangan isteri orang. Ustaz zaman sekarang hanya sekadar nama dan gelaran.
  • Jangan berjauhan suami isteri. Yer...suami isteri memang tak boleh berjauhan bagi mengelakkan godaan syaitan. Tahu tak, isteri boleh ditinggalkan maksimun 3 bulan jer sebab seorang wanita perlukan belaian lelaki ...(malu lak nak taip ayat nih)
  • Kepercayaan, tak boleh diberikan 100% kepada pasangan. Lelaki atau wanita sama jer sekarang nih. Pandai curang.
  • Fikir baik buruk sesuatu perkara sebelum anda teruskannya. Sebelum jalinkan hubungan gelap, fikirkan anak-anak dan masa depan perkahwinan anda.
  • Nafsu syaitan ....itu perosak bagi segala-segala hubungan. Kerana nafsu, rosak hubungan anak dan ibubapa, kerana nafsu rosak hubungan adik-beradik, kerana nafsu rosak hubungan suami isteri dan paling penting kerana nafsu rosak hubungan dengan ALLAH. Mohonlah keampunan ALLAH.

YA ALLAH, sesungguhnya aku insan yang lemah dan sentiasa tergoda dengan dunia. Ampunilah dosaku YA ALLAH.

Eh, ramainya dapat markah 0

mak ngoh nih tengah mark kertas exam mid sem budak-budak. Ada sekelas jer lagi yang lom siap. Kelas 5C. Aduh,,,,senang tul tanda kertas exam dorang. Banyak yang dapat kosong. Bukan kosong salah jawab or salah kira tapi kosong sebab tak dijawab.

Susah lah budak-budak nih, mak ngoh pun tak faham jiwa. Bagi soalan susah ker senang ker memang tak jawab. Malas ker nak guna otak untuk berfikir dan ingat latihan yang cikgu dah bagi.

Dapat jer kertas soalan. Tulis nama terus tidur. Bukannya buka tengok soalan dan cuba jawab. Sedih lah.

Tapi yang geram...pandai pula buat ayat-ayat sedih di cover mukasurat. Ayat yang paling bagus..."sorry" ...

Kenapa sorry? Sepatutnya perlu sorry kepada ibubapa yang berhabis duit hantar ke sekolah tapi anaknya learn nothing. Datang, bergaduh, ponteng, makan, tidur dan pulang ke rumah. Tengah jalan pulang pula hisap rokok. Buku nota dan buku latihan tak ada pun. Kadang-kadang satu buku ada macam-macam subjek dalam tu. Jadi buku rojak.

Macam-macam cara dah nak bagi kesedaran untuk budak-budak kelas ni yang sedang terlena. Mata celik tapi minda tidur. Sentiasa berjumpa kaunselor dan sentiasa diajar dengan kasih-sayang. Bukannya dimaki time ajar.

Yang peliknya kelas yang lain okay jer markah. Nampaklah kesungguhan budak kelas lain nak jawab soalan tu. Budak kelas nih..boy or girl sama jer...cakap jer pandai.. pok pek pok pek

Tentu orang hebat duk fikir, semua ini berlaku sebab salah cikgunya yang tidak pandai mengajar. Dah agak sangat. Orang kita suka sangat salahkan cikgu.

Apa kes la hang pi tejun bangunan sekolah tu???

Kalau you mati tak ker naya cikgu-cikgu. Sah- sah dah mak bapa you pegi saman sekolah.

Pelik ajaib mak ngoh baca kisah budak pompuan Form 3 di Port Dickson yang terjun dari tingkat 2 bangunan makmal komputer sekolahnya.

Nasib baiklah budak tu patah kaki jer. Tapi budak tu ada masalah jiwa ker tiba-tiba ambil kerusi dari kelas dia kemudian bawa kerusi tu ke tingkat 2 dan pastu terjun.

Erk...ke dirasuk hantu??? Ada bisikan halus suruh terjun ker? Boleh tu dibuat alasan kalau tiada alasan nak diberi nanti.

Tak faham mak ngoh baca berita nih...

SEGAMAT: Dengan alasan Masjid Putrajaya ditutup sempena sambutan Hari Wilayah 2008, seorang wanita ditipu suami sendiri apabila dia ‘dinikahkan’ oleh rakan karib suaminya di sebuah rumah flet di Shah Alam, Selangor.


Lebih malang, wanita berusia 26 tahun itu hanya mengetahui kisah benar di sebalik majlis pernikahannya dengan ‘suami’ berusia 55 tahun itu selepas anaknya yang berusia dua tahun didaftarkan di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sebagai tidak berbapa kerana tiada sijil nikah.


Lebih membuatkan Siti Amira Mohamad kesal tidak sudah, majlis akad nikah dikendalikan jurunikah palsu itu turut disahkan secara lisan oleh dua saksi yang juga rakan suaminya. Ketika menceritakan semula majlis pernikahannya di Shah Alam, Siti Amira berkata, pada mulanya dia hairan kerana tempat asal majlis itu sepatutnya diadakan di Masjid Putrajaya, tetapi diubah lokasi ke rumah berkenaan pada saat akhir. “Saya datang bersama rombongan ahli keluarga.


Apabila ditanya kenapa tidak dilangsungkan di Masjid Putrajaya, wakil suami memberitahu tempat pernikahan terpaksa diubah berikutan sambutan Hari Wilayah. “Wakil pihak suami beritahu tiada kadi bertugas di situ (Masjid Putrajaya) selain masjid juga tidak dibuka untuk sebarangan aktiviti keagamaan pada masa itu. “Tanpa usul periksa, saya hanya mengikut saja rombongan pihak lelaki ke sebuah rumah pangsa dan setibanya kami di situ, kadi nikah kahwin sudah pun menunggu termasuklah bakal suami,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.


Amira berkata, akibat terlalu teruja mahu dinikahkan segera, dia langsung tidak memeriksa kesahihan kadi yang bakal menikahkan mereka.


“Namun, selepas dua tahun melahirkan anak serta ditinggalkan suami ‘gantung tidak bertali’, barulah saya sedar kadi bertanggungjawab menikahkan saya adalah rakan karibnya (suami),” katanya. Penipuan itu hanya disedari mangsa apabila dia pergi mendaftarkan kelahiran anaknya itu di pejabat JPN, di sini.


Beliau terkejut apabila anaknya itu diberikan status tiada berbapa berikutan ketiadaan sijil perkahwinan diberikan ketika proses pendaftaran itu. “Saya musykil dan menghubungi suami, namun dia kata sijil perkahwinan masih tidak diperoleh.


“Saya pun percaya dan menunggu sehingga kini, kemudian barulah sedar rupanya majlis pernikahan yang berlaku dua tahun lalu adalah komplot dirancang secara teliti oleh suami,” katanya. Siti Amira berkata, suami sengaja mengubah tempat pernikahan dijadualkan di Masjid Putrajaya itu semata-mata untuk mengadakan majlis nikah palsu itu. Katanya, beberapa rakan suami gelap itu turut bersubahat dengan lelaki terbabit malah seorang daripada mereka turut bertindak menyamar sebagai kadi daerah.


“Saya pada masa itu langsung tidak mengesyaki apa-apa kerana ada dokumen yang ditandatangani sebagai syarat setuju untuk bernikah diambil oleh ‘kadi’ terbabit,” katanya.


Siti Amira berkata, perkahwinan itu juga diraikan dalan sebuah majlis yang diadakan selepas seminggu mereka dinikahkan dengan dihadiri lebih 1,000 jemputan.


Menurutnya, kegembiraan majlis perkahwinan juga tidak kekal lama kerana sebaik selesai kenduri itu, dia datangi dua lelaki yang menuntut hutang barangan yang digunakan pada majlis berkenaan.


Dia hairan kerana suami gelapnya itu memberitahu dia sudah melangsaikan segala hutang berkaitan sebelum kenduri diadakan.


Namun, katanya, akibat pembohongan itu, beliau dan keluarga terpaksa bergadai barang kemas bagi melangsaikan segala hutang yang dituntut terbabit.

Katanya, suami yang diharapkan membantu, tiba-tiba saja menghilangkan diri selepas sebulan majlis perkahwinan selesai.


“Sejak dari itu saya cuba menghubungi suami, namun semua usaha menemui jalan buntu dan apabila ditanya mengenai sijil perkahwinan dia (suami) memberikan alasan hilang dan sebagainya,” katanya.


Siti Amira melahirkan rasa terkilan kerana suami gelapnya tergamak mempermainkan soal agama semata-mata ingin memenuhi tuntutan nafsunya.


Difahamkan mangsa sudah membuat laporan polis mengenai perkara terbabit dan beliau juga kini dalam tindakan untuk melaporkan kepada pihak jabatan agama daerah berkenaan bagi membolehkan tindakan undang-undang diambil dalam masa terdekat ini.

Kucing bernama Oscar dapat kaki bionik


LONDON: Seekor kucing mendapat dua kaki bionik selepas menjalani pembedahan pertama di dunia yang dapat mengubah masa depan individu yang mengalami kecacatan kaki.


Oscar yang kehilangan kaki akibat tersepit di mesin penuai kini boleh berlari selepas pembedahan implan. Peralatan sokongan besi yang dimasukkan ke dalam buku lali Oscar itu mebolehkan tulang dan kulitnya bercantum di sekitar besi berkenaan.

Tapak kaki palsu juga direka khas di bawahnya bagi melancarkan pergerakan Oscar.


Oscar boleh berdiri sehari selepas dibedah doktor haiwan, Dr Noel Fitzpatrick di Surrey yang menelan belanja £4,000 (RM19,600).


Empat bulan kemudian berat Oscar bertambah dan kini ia boleh berlari.


Dr Fitzpatrick memberitahu teknik yang diaplikasi itu dijangka dapat digunakan ke atas manusia. - Agensi
Terbaca kisah kucing nih mak ngoh teringat pada 1 blog yang bcerita tentang kucing kudung yang bernama HERO. Boleh ker Hero pun wat operation dapatkan kaki bionik macam Oscar.
Klik sini kalau nak tengok blog Hero

Jumaat, 25 Jun 2010

Tak faham betul erti cinta dan sayang zaman sekarang...


Mungkin mak ngoh nih dah tua...jadi memang tidak memahami dan tak mahu memahami istilah sayang dan cinta anak muda zaman sekarang. Satu perkara lagi, mak ngoh pun tak faham istilah 'teman lelaki yang baik' yang disebut oleh gadis gadis zaman sekarang.

Mak ngoh terbaca kisah 2 orang remaja perempuan yang telah melahirkan anak manakala teman lelaki mereka ditahan polis akibat dilaporkan oleh doktor hospital.

Yang menyedihkan, remaja tersebut menyalahkan doktor kerana telah melaporkan teman lelaki mereka kepada polis.

Remaja A kata
“Selepas mendapati saya mengandung, saya berhenti sekolah. Keluarga juga sudah tahu tapi mereka bersetuju untuk mengahwinkan kami.

“Saya sayangkan teman lelaki dan dia sanggup bertanggungjawab...saya tak tahu doktor akan membuat laporan polis,” katanya.

Remaja B kata

"Saya dan teman lelaki belajar di sekolah sama dan dia kini sudah bekerja sebagai pelayan. Kami saling mengenali sejak tahun lalu dan kali pertama mengadakan hubungan seks, Mei tahun lalu.

“Kami memang saling mencintai dan teman lelaki saya seorang yang baik. Selepas kahwin saya akan berhenti sekolah dan menumpukan perhatian kepada keluarga.

“Saya harap polis dapat melepaskan teman lelaki yang ditahan kerana saya langsung tak membuat laporan, sebaliknya hanya doktor melaporkan kejadian itu,” katanya.


Apa istilah baik tu? Pada pandangan mak ngoh yang klasik dan yang dah ketinggalan zaman nih,


  • Lelaki yang baik, dia takkan sentuh perempuan yang bukan hak dia.

  • Lelaki yang baik takkan rosakkan anak dara orang.

  • Lelaki yang baik takkan membuntingkan anak orang.

  • Lelaki yang baik takkan buat dosa zina.


Tapi, zaman moden dan canggih nih, takrif lelaki yang baik macam dah ditukar ek? Bila yer tukar? Tak pasan la pulak!!! Istiilah lelaki baik sekarang nih bermaksud


  • lelaki tu sanggup bagi topup telefon walaupun RM 1

  • lelaki tu sanggup belanja makan walaupun di kaki lima apatah lagi KFC

  • lelaki itu sanggup mengambil anda di rumah walaupun pukul 12 malam. baiknya.

  • lelaki itu sanggup menyetubuhi anda walaupun dia tahu benda tu berdosa dan masuk neraka
Apa pula maksud sayang dan cinta zaman moden nih?
  • Demi cinta, kuserahkan jiwa dan raga dan body
  • Tak lengkap cinta kalau tiada persetubuhan
  • Buktikan cinta dan sayang dengan memberi body
  • Bangga melakukannya seks demi cinta

Cinta sekarang banyak bertuhan nafsu. Sedangkan cinta yang utama adalah ALLAH dan muslim yang menjalinkan cinta sepatutnya diniatkan kerana ALLAH. Bukan kerana nafsu.

mak ngoh memang marah betullah dengan keadaan ni sekarang. Zina sangat berleluasa.



Bagi menjawab kata-kata remaja tersebut Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abd Jalil Hassan mengesahkan menerima laporan dibuat doktor hospital terbabit berhubung kes remaja tu dan kata beliau

“Disebabkan dua remaja itu masih di bawah umur, kita menyiasat kes mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana kesalahan merogol dan setakat ini seorang teman lelaki remaja itu sudah ditahan untuk siasatan,” katanya.



Sementara itu, dalam kejadian berasingan, seorang remaja berusia 15 tahun menjadi mangsa rogol teman lelakinya selepas dia diberikan minuman sebelum menjadi khayal.



Apa-apalah...



Akan tiba suatu masa menghampiri kiamat, zina berleluasa dan orang alim hanya boleh megeluh

Khamis, 24 Jun 2010

Cerpen : Kesilapanmu Keegoanku Part 2

Ain menghirup fresh orange di depannya. Cerita temannya itu didengar dengan teliti. Dia tahu, jika dia berada di tempat Tasha tentu dia juga dalam keadaan keliru.
“Bolehkah aku terima dia, Ain?”soal Tasha buntu.
“Aku tidak boleh buat keputusan untuk kau. Kau fikirlah elok-elok. Tanya apa perasaan kau”
“Aku tidak tahu apa perasaan sendiri”keluh Tasha.

“Tasha, seeloknya kau tanya pada Allah. Lembutkan hati kau”. Tasha diam.
“Hati kau dah berbelah bagi. Dulu kau amat yakin tidak cintakan dia. Sekarang kau sendiri dah keliru. Hati kau dah terbuka untuknya”

“Tapi kenapa baru sekarang? Kenapa tidak di awal perkenalan kami lagi?”
“Ada hikmat di sebaliknya. Mungkin untuk memberi pengajaran kepada kita semua. Supaya dia lebih menghargai kau dan supaya kau sedar betapa dia amat cintakan kau”

“Benarkah hatiku dah terbuka untuknya? Bolehkah? Setelah kami lalui satu dosa, pastinya aku takkan bahagia dengannya. Dosa itu akan menghantui kami”
“Boleh jika kau mahu dan tidak boleh jika kau tidak mahu”nasihat Ain.

~*~~~**~
“Baguslah Tasha datang, dia pun asyik tanyakan Tasha dua tiga ni”kata Datuk Rahim dalam senyuman.

“Minta maaf. Dah tiga hari Tasha tak datang melawat. Dia macamana sekarang?” soal Tasha.

Matanya singgah pada wajah yang sedang tidur lena. Sengaja dia tidak melawat lelaki itu. Dia ingin ketenangan hati untuk pertimbangan keputusan yang ada.

“Alhamdullillah. Doktor kata seminggu dua lagi dia boleh keluar wad. Tapi kena pakai kerusi roda beberapa bulan. Itupun nasib baik tulangnya tidak retak teruk”terang Datuk Rahim. Datin Rafidah hanya diam.

“Baguslah kalau macam tu. Uncle dan aunty baliklah berehat. Biar Tasha yang jaga dia. Lagipun Tasha free hari ni”ujar Tasha. Dia memang ikhlas ingin menolong.

“Eh, tak apalah. Menyusahkan Tasha je. Aunty boleh jaga dia”

“Tapi Tasha kesiankan aunty. Muka aunty nampak pucat. Aunty baliklah. Tasha janji akan jaga dia baik-baik”janjinya.

“Betul tu, Tasha. Uncle pun risaukan kesihatan aunty kamu ni. Idah, kita balik dulu. Biar Tasha yang jaga Along”pujuk Datuk Rahim.

“Idah nak cakap sesuatu dengan Tasha. Abang boleh tak tinggalkan kami sekejab”.

“Terima kasih sebab Tasha selalu datang melawat dia. Tapi kami tidak mahu Tasha paksa hati sendiri. Aunty tahu Tasha masih bencikan dia. Jadi…aunty faham kalau Tasha tak datang melawat dia pun tak apa”ujar Datin Rafidah dengan sebak.

“Aunty janganlah cakap macam tu. Tasha melawat dia dengan hati yang ikhlas. Tasha tahu, Tasha tak dapat apa-apa daripada benci dan dendam. Walau sekuat mana pun Tasha bencikan dia, dia tetap cintakan Tasha. Benci Tasha cuma menyiksa hati dia semata”

“Fikirlah apa yang terbaik untuk diri Tasha. Aunty anggap Tasha macam anak sendiri. Aunty sentiasa doakan kebahagian Tasha”ucap Datin Rafidah dan mengucup pipi gadis di depannya.

“Aunty balik dulu. Lepas Asar nanti aunty datang balik”. Tasha angguk.

Suasana kembali sunyi. Hanya tinggal dia bersama Hanif yang sedang tidur nyenyak. Tasha membetulkan selimut Hanif. Dia tidak tahu apa yang harus dibuatnya. Dia tidak biasa menjaga orang sakit lebih-lebih lagi menjaga orang yang dibencinya. Dia duduk di kerusi yang berhampiran katil itu. Matanya singgah di wajah Hanif. Tidak dinafikan wajah itu indah, tapi hatinya terkunci untuk Hanif. Sejak awal perkenalan hingga ke saat ini, hatinya tetap menolak Hanif.
Tasha mengeluh. Beberapa majalah dibeleknya.

“Tasha…” Kedengaran suara Hanif halus. Lantas Tasha memandang wajah di depannya.
“Ya, awak nak air?”soal Tasha gagap. Tiba-tiba dia takut pada lelaki itu.

“Tasha…saya tengah bermimpi ke?” ujar Hanif dan cuba mengapai wajah gadis di depannya. Tasha menjauhkan wajahnya.

“Awak tidak bermimpi. Memang saya di depan awak ni. Saya tolong jagakan awak. Mama dan papa awak balik berehat”terang Tasha. Dia bangun dan menuang air. Cawan itu dihulurkan kepada Hanif. Lelaki itu geleng.

“Terima kasih datang melawat saya. Saya amat rindukan awak. Kemalangan saya alami ni mengingatkan dosa saya pada awak”ucap Hanif perlahan.

Dia cuba bangun dan duduk berlunjur di katilnya.

Tasha bergerak ke tingkap bilik itu. Dia memandang ke luar bilik. Bukit-bukau yang masih hijau. Tasha kembalikan pandangannya kepada wajah Hanif.

“Masa saya dikejarkan ke sini, saya teringatkan awak. Saya takut saya tak sempat meminta maaf dari awak”

“Berani buat dosa so kena beranilah tanggung!!!”jawab Tasha keras. Hanif diam dan memandangnya layu.
“Tasha, tahukah awak betapa siksanya hati mencintai insan yang membenci kita?” soal Hanif lemah.

“Saya tidak pernah minta awak cintakan saya. Kalau awak tidak cintakan saya, tentunya kita tidak berada di sini sekarang”keluh Tasha sayu.

“ Dan saya pun tidak pernah minta cintakan awak. Saya tidak sengaja jatuh hati pada awak. Bila saya sedar, saya sudah tidak boleh menoleh ke belakang lagi. Yang saya tahu saya kena berjuang agar awak juga cintakan saya”

“Awak berjuang untuk memiliki dan menguasai saya semata-mata. Sebab itulah awak paksa saya. Jangan lupa apa yang awak dah buat pada saya!!!”

“Saya sentiasa ingatnya. Itulah mimpi ngeri saya setiap malam. Tasha… tolonglah cintai saya. Saya janji akan layan awak bagaikan puteri. Awak tidak akan kekurangan apa-apa”

“Awak masih tidak faham saya. Saya tidak ingin dilayan bagaikan puteri. Saya tidak ingin jadikan orang yang saya cintai sebagai hamba. Cukuplah ada seseorang di sisi yang menyayangi saya dan memerlukan saya seperti saya perlukan dia”

Hanif diam. Baginya itu hanyalah alasan. Dan hanya alasan yang lahir dari bibir Tasha.

“Sudahlah. Awak rehatlah. Usah fikirkan soal perasaan lagi. Kalau dah ditakdirkan ada jodoh, saya tetap akan cintakan awak juga”

“Saya akan tunggu saat itu”ucap Hanif dengan semangat yang menyala. Itulah kali pertama dia mendengar kata harapan dari Tasha.

~~***~~~
“Dah seminggu awak tidak datang melawat saya” ucap Hanif sambil menatap wajah Tasha. Personaliti gadis itu sudah berubah. Dia berbaju kurung dan bertudung litup. Keayuan dan kemanisannya makin terserlah.

“Awak macammana? Sakit lagi?”soal Tasha.
“Dah tak sakit. Tengok wajah awak hilang segala kesakitan saya”ujar lelaki itu.

Tasha berpura-pura tidak dengar. Dia tahu Hanif bukan bermanis mulut tetapi memang itulah hakikat sebenar yang dirasakan oleh lelaki itu. Dia mengupas kulit epal perlahan-lahan. Dia kekok.

“Macamana boleh accident? Ataupun awak rasa tercabar bila saya sebut pasal bunuh diri tu?”soal Tasha berani. Dia membetulkan tudung. Masih lagi rasa kekok mengenakan tudung di kepala.

“Nauzubillah !!! Sumpah saya tidak berniat begitu. Kenapa saya ingin mati? Kalau boleh saya ingin hidup seribu tahun lagi untuk saya menatap wajah awak sepanjang hayat saya”

“Wajah saya takkan kekal begini selamanya”
“Tak kisah. Janji awak di sisi saya selagi hayat dikandung badan”. Tasha diam. Pinggan berisi epal diserahkan kepada Hanif. Tasha mengambil tempat di birai katil Hanif. Memang rasa tidak selesa namun dikuatkan hatinya. Hanif merenungnya dalam. Tasha tunduk. Dia tidak biasa bertentang mata lelaki itu.

“Doakanlah agar hati saya terbuka untuk awak. Doakanlah kelembutan hati saya untuk awak”ucap Tasha perlahan dalam tunduknya.

“Apa? Saya tidak dengar”kata lelaki itu.
“Tak ada apa-apa. Rehatlah, saya ada kuliah”ujar Tasha dan bergerak ke sofa. Dia mengambil tas tangannya di meja dan menghampiri pintu. Belum sempat tombol pintu dipulas, Hanif menghalangnya.
“Saya sentiasa mendoakan kelembutan hati awak. Malah mama saya pun doakannya. Saya berjanji akan berikan yang terbaik untuk awak. Harap awak maafkan dosa saya yang lalu” .

Tasha mengeluh. Dia masih membelakangi Hanif yang duduk di katil.

“Saya merayu tolonglah jangan ungkit benda tu lagi. Sebab setiap kali saya ingatnya, saya akan bencikan awak. Saya maafkan kesilapan awak tu. Saya baru sedar…keegoan saya menyebabkan awak bertindak begitu”

“Tasha…betul ke ucapan awak tu?”. Tasha berpaling mengadap Hanif. Dia menganguk. Hanif senyum. Penantiannya selama ini bakal berakhir.

~~~***~~~~**~
“Along, buah hati along ada kat bawah ni” jerit Lia, adik perempuan Hanif.
“Dia tidur kut, kaklong…”tambah gadis itu. Tasha senyum. Begitu cepat gadis itu memanggilnya kak long.

“Tak apalah. Nanti akak naik atas tengok dia. Lia sekarang belajar form berapa?”
“Form 4”
“Oh, tahun depan SPM. Macamana study?”

“Bab study baik jangan tanya dia, Tasha. Aunty tak penah tengok dia study. Tengok tv dan tidur je kerjanya. Petang-petang keluar jumpa kawan main bola jaring, bola tampar macam-macam bola. Budak zaman sekarang ni”keluh Datin Rafidah.

“Ala mama ni. Malukan Lia je. Along tu tak mau abihkan master, mama tak marah pun”muncung Lia.

“Along kamu lain. Sekurangnya dia dah degree. Tak macam kamu result PMR pun cukup makan. Belajar malas. Ataupun nak mama kawinkan kamu. Bersanding sama-sama dengan kaklong nanti, nak tak?”usik Datin Rafidah.

“Tak nak !!!. Lia pegi study la. Kaklong, Lia naik dulu ye”minta gadis itu. Tasha mengangguk dalam senyuman. Matanya tertumpu pada gambarnya yang tergantung di ruang tamu itu. Dia mengeluh dengan perangai Hanif.

“Hanif dah tak mahu sambung study ke aunty?”soalnya.
“Entahlah. Katanya nak tunggu Tasha dan sambung belajar sama-sama dengan Tasha”
“Bukan macam tu mama. Along taknak tinggalkan kaklong kat Malaysia. Dia takut kaklong berubah hati. Lagipun dia risau akan rindukan kaklong bila kat Jepun nanti”celah Lia dari tingkat atas.

“Isk, budak-budak jangan menyampuk bila orang tua bercakap”marah Datin Rafidah. Tasha senyum.

“Tasha nak naik tengok dia boleh tak aunty?”

“Naiklah. Dia jarang turun kat bawah. Susah. Kaki dia sakit lagi. Rasa sengal-sengal katanya”
Tasha masuk perlahan-lahan ke bilik Hanif. Benar kata Datin Rafidah, bilik itu dipenuhi dengan gambarnya. Sesungguhnya hati Tasha terasa terharu dengan perasaan lelaki itu.

“Tasha…”tegur satu suara. Hanif sedang memerhatinya dari meja komputer.
“Erk, sorry. Saya masuk tak beri salam”ucap Tasha terkejut.

“Takpe”. Tasha diam. Tidak tahu bagaimana ingin mulakan bicara. Dia duduk di sofa yang berhampiran dengan Hanif. Pemuda itu memandangnya dengan senyuman. Senyuman yang tidak pernah lekang.

“Aunty kata kaki awak sakit lagi. Betul ke?”. Hanif angguk lemah.
“Sakit rindu pada awak. Sakit yang tiada ubat”. Lain yang ditanya, lain yang dijawab, desis hati Tasha.

“Itu baru dua hari saya tidak jenguk awak. Macam mana bila awak kembali ke Jepun nanti”duga Tasha.

“Saya ingat nak batalkan pelajaran saya kat sana. Bekerja dengan papa dulu. Kemudian, saya akan sambung belajar dengan awak nanti. Buat masa ni, saya tak nak berjauhan dengan awak”luah Hanif.

“Hanif… sambunglah pelajaran awak. Bukankah saya dah kata, kalau ada jodoh tak ke mana”. Masing-masing diam.Tidak mahu memaksa.

“Boleh saya tanya sesuatu?”pinta Tasha. Hanif angguk.

“ Apa tindakan awak bila awak cemburu?”
Hanif tergelak.

“Kenapa tanya begitu?”

“Awak akan jadi terlalu agresif. Awak mungkin akan berubah jadi orang lain. Split personality, awak pernah dengar?. Saya tahu awak amat sayangkan saya. Tetapi perasaan awak tu akan menyiksa saya juga. Awak akan menjadi bengis, awak sedar?”terang Tasha. Bukan niat menyakiti hati lelaki itu.

“Saya sendiri tidak pasti bagaimana reaksi saya”ujar lelaki itu perlahan. Dia cuba memahami maksud yang ingin disampaikan. Mungkin Tasha masih kenangkan peristiwa hitam yang pernah berlaku itu.

“Hanif…saya takut pada lelaki yang garang. Saya takut apabila ada orang memarahi saya. Saya takut pada seseorang agresif dan saya takut apabila teringatkan keadaan awak pada malam hitam tu. Malam tu seolah-olah bukan awak”Tasha mengetap bibir meluahkan perasaan.

“Ucapan sayang dan cinta awak malam tu masih lagi kedengaran. Saya nampak awak menangis sambil mengucup saya. Awak tak habis-habis ucapkan ‘I love you’ tetapi kenapa awak tidak hiraukan tangisan saya? Saya tidak faham”sambung gadis itu. Perit juga untuknya menyingkap sejarah itu kembali. Namun dia perlukan kepastian dan dia perlu memahami lelaki itu.

“Sayang…bukankah kita dah janji tidak ingin bicara pasal perkara tu lagi. Saya pun tersiksa dengan dosa yang telah saya lakukan. Setiap saat saya mengutuk diri sendiri. Saya amat menyesal dengan apa yang telah saya lakukan. Saya berjanji saya takkan kasari awak lagi. Saya amat…amat dan amat cintakan awak”

“Saya tahu. Saya cuma risaukan cara awak. Awak keterlaluan menyayangi saya. Saya takut”

“Awak takutkan saya? Please…janganlah macam ni. Saya ingin awak bahagia bersama saya. Bukannya hidup dalam ketakutan. Saya janji akan betulkan segalanya. Berilah saya peluang. Saya bukannya pesakit psikologi. Saya manusia biasa yang normal. Cuma saya jadi tidak tentu arah kerana amat cintakan awak. Malam tu saya tidak dapat mengawal perasaan bila awak tidak izinkan saya jumpa dan hubungi awak. Saya tidak boleh bayangkan hidup saya tanpa melihat awak Tasha”

“Saya tanya perkara itu sekadar ingin memahami awak. Saya memang ingin berikan awak peluang. Memang itu tujuan saya. Saya…sudi bersama awak”. Hanif kelihatan terkejut di dalam senyuman yang bertambah mekar.

“Dengan syarat kita bertunang sebelum awak ke Jepun. Dan kita berkahwin selepas awak tamat belajar”tambah Tasha.

“Tapi…saya. Tasha, saya tidak ingin teruskan pelajaran saya. Saya akan ambil alih perniagaan papa tidak lama lagi. Kita terus kahwin, boleh?” pinta Hanif dalam cemas. Dia melutut di depan Tasha. Rasa sakit di kakinya tidak dihiraukan.

“Boleh, sekarang ke?” Tasha cuba mengusik. Segaris senyuman dihadiahkan kepada lelaki itu. Itulah senyuman pertama untuk Hanif. Hanif turut tersenyum. Rambutnya diselak dan wajahnya berseri.

“Bangunlah. Jangan melutut macam ni. Kaki awak masih sakit lagi”

“Saya cuma harap awak memahami saya, perlukan saya seperti saya perlukan awak dan sama-samalah kita lupakan segala kepedihan masa lalu. Saya nak mulakan hidup baru bersama awak”tambah Tasha merenung Hanif yang masih melutut di depan. Hanif mengangguk. Lidah menjadi kelu untuk berkata-kata. Dia begitu gembira dengan keputusan Tasha. Dia berazam untuk membahagiakan gadis itu sepanjang hayatnya.

Nak baca Part 1? Klik sini

Rabu, 23 Jun 2010

Malu eh, nenek 43 tahun pun edar dadah

KUALA TERENGGANU: Seorang nenek berusia 43 tahun dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini terhadap pertuduhan mengedar dadah di hadapan tandas awam stesen bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu pada Khamis lalu.

Harini Che Soh, dari Rantau Panjang, Kelantan yang juga seorang ibu tunggal dan mempunyai empat anak serta dua cucu, dituduh mengedar heroin seberat 83 gram di situ pada 6 pagi 17 Jun lalu.

Dia dituduh mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman mati mengikut Seksyen 39B (2) akta yang sama. Tiada pengakuan direkodkan daripada Harini ketika pertuduhan dibaca di hadapan Majistret Wan Nor Aklima Wan Salleh.


Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Hazeelia Mohammad.


Wan Nor Aklima kemudian menetapkan 23 Ogos ini sebagai tarikh sebutan semula kes itu dan tidak menawarkan sebarang ikat jamin.-Bernama

Selasa, 22 Jun 2010

Perempuan aka Gadis aka Wanita

Macam-macam berita pasal gadis, perempuan serata Malaysia sejak akhir-akhir nih yer.

Yang paling gempar, kisah pelajar Tingkatan 5 yang meninggal dunia akibat keguguran di Kelantan. Mengandung anak haram,kemudian digugurkan? PCB ~ Pantai Cinta Berahi...ahakss

Ada pulak tu kes, suami menangkap isterinya yang berkhalwat dengan lelaki lain. Kalau tak silap mak ngoh, kes tu berlaku di Melaka. Betul tak? Eh...eh...eh kejam sungguh isteri yang buat macam tu kat suami sendiri.

Kemudian terbaca plak kisah budak pompuan di Terengganu yang keluar jumpa kekasih SMS dia melalui tingkap bilik tidur pastu dirogol oleh 8 orang lelaki.

Itu belum lagi kes-kes lain tangkap basah yang dilaporkan hampir setiap hari di surakhabar. Yang mak ngoh perasan, punca utama adalah diri perempuan itu sendiri gak. Cubalah letak pendirian diri dan cubalah letak maruah diri.

Berfikir panjanglah sebelum buat sesuatu anda namakan 'enjoy' ataupun 'release rension' ataupun 'cinta sejati'

Eumora Original Vs Tiruan

Sambil mak ngoh jalan-jalan main internet, mak ngoh terjumpalah satu cerita mengenai sabun Eumora. Mak ngoh memang guna sabun nih, sebab yang sabun kotak pertama mak ngoh beli tu, berkesan dan rasa ada perubahan.
Kemudian, bila beli yang kotak kedua, tak rasa apa-apa pun. Macam pakai sabun biasa jer. Pelik gak. Jadi mak ngoh terfikirlah kut-kut mak ngoh terbeli sabun tiruan. Tengok gambar kat sebelah kiri tu, ejen kata sabun Eumora yang original ada hologram, simbol yang kat kotak sebelah kiri bawah.


Gambar kat bawah nih pula, kotak kedua Eumora yang mak ngoh beli


Tengok pula gambar kotak pertama di sebelah kanan tu... sama jer kan?

Jadi adakah ini bermaksud, mak ngoh telah terbeli 2 kotak Eumora tiruan?
Tapi kenapa kotak pertama (belah kanan) yang mak ngoh beli tu kan berkesan jer...ada perubahan pada kulit.
Apa kes?
Ada orang pakar Eumora tolong jawab leh?

Isnin, 21 Jun 2010

Pertama kali terlewat sampai airport

Alhamdullillah....

Flight mak ngoh ke Sandakan 20hb (semalam). Disebabkan flight pukul 12.20 tengahari jadi mak ngoh pun santai-santai lah di rumah. Maklumlah, sedih nak tinggal kampung jadi sengaja lewat-lewat bertolak.


Pukul 11 pagi baru bertolak pergi airport Pengkalan Chepa. Biasanya perjalanan kami ambil masa 30 minit jer tapi this time 50 minit. Fuh, jalan jem bukan main. Sampai jer di airport, tengok-tengok kaunter airasia dah tutup. Haha... mak ngoh dah mengelabah. Macam-macam dah terfikir di otak. Kena beli tiket baru ler...kena naik bus pergi Kl ler...


Kemudian mak ngoh pergi ke kaunter jualan tiket dan jumpalah mereka-mereka di sana. Nasib baik dorang terima lagi mak ngoh check in walaupun time tu dah pukul 12. Kemudian kedengaran plak, flight delay 20 minit. Lega skit mak ngoh dengar pengumuman tu... Biasanya tak suka kalau dengar pasal flight delay tapi ini sebab kes mak ngoh yang lewat, jadi dengan gembiranya terima berita delay.


Walaupun leh check-in semua beg mak ngoh terpaksa dibuat hand carry... 3 beg lak tu. Terpaksalah satu beg ditinggalkan. Beg tu plak penuh dengan keropok ikan yang dikirim oleh kawan-kawan Sabah. Sorry kepada kawan-kawan yang mengirim. Tapi mak ngoh sempat sumbat-sumbat plastik keropok yang kecil-kecil untuk kawan-kawan merasa sedikit sorang. InsyaALLAH lain kali ada keropok lekor + kerepok keping.

Seorang abang airasia cakap " Lain kali kena ada 2 jam awal sebelum flight" dengan muka masamnya Erk, kena memang pesen dia tak suka senyum.
Mak ngoh pun jawablah " Memanglah biasa-biasanya saya sentiasa awal, kali ni jer saya terlewat"... Abang tu senyum la plak...Ewah

Pukul 12.40, kami bertolak ke KL dan sampai di LCCT, mak ngoh menunggu selama lebih kurang 3 jam untuk check in ke Sandakan. Dalam pukul 4 pm check in, tengok tiket, ahaks...boleh HOT SEAT rupanya. Seat 2A. Alhamdullillah. Seumur hidup duk naik turun airasia, inilah kali pertama dapat hot seat secara percuma...hehe. Terima Kasih Airasia.

Dalam perjalanan ke sini, mak ngoh terfikir
~~~ di sebalik kesusahan semestinya ada kegembiraan di akhirnya. InsyaALLAH.

Yang penting kena bersabar dan percaya kepada rahmat ALLAH.

Jumaat, 18 Jun 2010

Entri untuk mereka yang mengatakan "Bertudung atau tidak: sama jer"

Astghafirrullah…

Sehelai rambut itu dah dikira berdosa jika didedahkan dengan sengaja apatah lagi satu kepala rambut.

Apabila ada ustaz, ustazah dan juga orang lain yang berdakwah supaya gadis dan wanita yang telah akil baligh bertudung, macam-macam alasan yang mereka gunakan bagi mengelakkan bertudung.

Ada tu yang lagi bersungguh-sungguh, sanggup mencari di internet dan surat khabar gambar wanita bertudung yang buat dosa. Mereka menggunakan gambar dan video wanita bertudung ini untuk menolak dakwah yang disampaikan oleh mereka yang menegur mengenai tudung.

Hm, tahukah anda dari mana arahan bertudung ini? Bukan dari ustaz, bukan dari ustazah, bukan dari buku agama, bukan dari cikgu dan bukan dari orang yang celik mengenai tudung. Sesungguhnya semua ini adalah dari firman ALLAH.

ALLAH yang menyuruh wanita supaya bertudung dengan firmanNya yang bermaksud

1. "Hai anak Adam! Sesungguhnya kami turunkan ke atas kamu pakaian untuk menutup aurat dan pakaian untuk perhiasan. Dan yang paling takwa itulah yang paling baik.."(Surah al-A'af, ayat 26)

2. "Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya." [Surah An-Nur:31}

3. "Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." [Surah Al-Ahzab:59]

Bayangkan jika firman tersebut dibacakan di hadapan anda oleh seorang ustaz dan terus anda jawab “Eh, bertudung dan tak bertudung pun sama juga. Perempuan bertudung pun buat dosa”

Tidakkah anda berasa MALU? Anda telah mengingkari arahan. Arahan siapa? Ustaz yang membaca firman tersebut ker? Tidak.

Tapi ALLAH. ALLAH yang menurunkan firman bertudung dan menutup aurat itu.

Janganlah berbangga dengan mengatakan
1. “dari mereka yang bertudung dan berbuat dosa baik aku lagi tidak bertudung” ~~~ mereka bertudung dan buat dosa, okay, mereka memang berdosa tapi anda yang tidak bertudung juga berdosa kerana anda memang diwajibkan bertudung.

2. “dari mereka yang bertudung dan berbuat dosa baik aku lagi tutup separuh-separuh kepalaku” ~~~ bertudung dan buat dosa, okay, mereka memang berdosa tapi anda yang tutup-tutup separuh kepala pun berdosa kerana wanita diwajibkan menutup seluruh kepala dan semua rambut. Tiada perintah istilah tutup-tutup separuh kepala anda di dalam al-quran

3. “bertudung dengan tidak bertudung sama jer” ~~~ bacalah dan fahami isi al-quran, Firman ALLAH dan wasiat-wasiat para Nabi dan sahabat-sahabat Nabi. Kalaulah bertudung dan tidak bertudung itu sama jer, kenapa wanita Islam diwajibkan bertudung? Bagi mak ngoh, orang yang mengatakan tudung atau tidak itu sama adalah orang yang cetek ilmu tetapi ingin membangkang perintah ALLAH. Inilah mereka yang berfikiran moden tanpa ada asas fardu ‘Ain yang lengkap.

4. “apa guna bertudung kalau tidak sembahyang, baik aku lagi tidak bertudung tapi aku sembahyang” ~~~ Sembahyang itu yang pertama. Sembahyang itu tiang agama. Sembahyang yang sempurna adalah sembahyang yang mencegah anda dari melakukan kemungkaran dan mendorong anda untuk menuruti perintah ALLAH yang lain. Jika anda bersembahyang tapi anda masih mengingkari perintah ALLAH yang lain (contohnya perintah bertudung), sempurnakah sembahyang-sembahyang yang telah anda kerjakan itu?

5. “apa guna bertudung tapi pakaian ketat sampai nampak bontot baik aku terus tak tudung”~~~ eh eh pandai pula anda komen wanita bertudung tapi pakaian ketat… Kenapa anda komen? Sebab dia berpakaian ketat… Kenapa komen pakaian dia ketat? Sebab ketat itu tidak tutup aurat. Nah, pandai pun…kalau dah tahu ketat itu tak menutup aurat, takkanlah tak tahu tak bertudung pun dikira tidak menutup aurat. Salah dia pakaian ketat (satu kesalahan), salah anda pakaian ketat + tidak bertudung ( dua kesalahan). Ada beza kan?

Adakah anda setuju dengan jawapan yang mak ngoh berikan dari 1 hinga 5?

Sebenarnya ada kesalahan pemikiran dari permasalahan nombor 1 hingga 5 yang mak ngoh taip kat atas tu

~~~Salahnya :::: Erk, siapa anda, siapa mak ngoh dan siapa kita untuk menentukan dosa, pahala, sembahyang yang dikerjakan oleh orang lain dan sembahyang yang dikerjakan oleh kita sendiri ??? Kalau kita tepuk dada 1000 kali dan tanya selera 1000 kali pun kita tidak tahu dengan pasti jumlah dosa, jumlah pahala dan sembahyang kita diterima ALLAH atau tidak. Hanya ALLAH yang Maha Mengetahui dan kita cuma diberi tanda-tanda untuk mengetahui sedikit.

Contohnya permasalahan nombor 1 dan nombor 2~ bertudung pun buat dosa…mana kita tahu mereka buat dosa? Dan mana kita tahu, ALLAH tidak akan ampunkan dosa yang dia buat? Mana tau, orang bertudung yang buat dosa itu telah bertaubat…tapi anda masih lagi bercakap tentang dosa silam dia dan anda mengiklankan bahawa bertudung pun buat dosa. Bayangkan betapa ruginya anda.

Kerana itulah, kita sebagai hamba yang kurang ilmu, hendaklah diam dan menuruti perintah ALLAH yang memang sudah termaktub di dalam al-quran. Janganlah membangkang atau menjawab sesuatu perintah ALLAH itu kerana dikhuatiri sekiranya percakapan kita atau jawapan kepada sesuatu perintah ALLAH itu membawa kita kepada kesimpulan yang terpesong apatah lagi akidah yang salah.

Sabda RasuluLlah SAW bermaksud
"Wahai Asma! Seseorang wanita itu apabila baligh, maka seluruh danannya tidak boleh dilihat melainkan ini dan ini." (Hadith riwayat Abu Daud)

Bahagaian yang dimaksudkan boleh dilihat ialah muka dan tapak tangan sahaja

Nauzubillah.

Betulkan penulisan ini jika mak ngoh tersalah kerana ilmu mak ngoh sangat cetek dan mak ngoh mohon maaf.

Mak ngoh tidak benci dan tidak bermusuh pun dengan orang yang tidak bertudung dan tidak menutup aurat. Mak ngoh kawan semua orang.

Khamis, 17 Jun 2010

Fakta Mengenai Syaitan dan Iblis


  1. Syaitan sentiasa kufur enggan dan takabur terhadap perintah ALLAH. Demikianlah sebagaimana FirmanNya "dan ingatlah ketika Kami berfirman kepada para malaikat : Sujudlah kamu kepada Adam" , maka sujudlah mereka kecuali iblis, ia enggan dan takabur dan adalah ia termasuk golongan orang-orang yang kafir"(Al-Baqarah : 34)

  2. Syaitan menggelincirkan Adam dan Hawa, sehingga keduanya dikeluarkan dari Syurga. "Lalu keduanya (Adam dan Hawa) digelincirkan oleh syaitan dari syurga itu dan dikeluarkan dari keadaan semula) - Al Baqarah :36)

  3. Syaitan berusaha agar manusia lupa mengingatkan ALLAH "Syaitan telah menguasai mereka lalu menjadikan mereka lupa mengingat ALLAH ; mereka itulah gologan syaitan. Ketahuilah, bahawa sesungguhnya golongan syaitan itulah golongan yang merugi" - Al-Mujadilah : 29)

  4. Syaitan berusaha menghalang-halang jalan kebenaran. "Dan sesungguhnya syaitan itu benar-benar menghalangi mereka dari jalan yang benar dan mereka menyangka bahawa mereka mendapat petunjuk " - Az-Zukhruf : 37

  5. Syaitan menjadi musuh, menggoda, menipu, memujuk dan merayu manusia " Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap nabi itu musuh iaitu syaitan-syaitan dari jenis manusia dan jenis jin, sebahagian mereka membisikkan kepada sebahagian yang lain perkataan-perkataan yang indah-indah untuk menipu" - Al-Ab'aam :112

  6. Syaitan mengajak manusia untuk menjadi kafir. "Pujukan orang-orang munafik adalah seperti pujukan syaitan ketika dia berkata kepada manusia "Kafirlah kamu" maka tatkala manusia itu telah kafir ia berkata "Sesungguhnya aku berlepas diri dari kamu kerana sesungguhnya aku takut kepada ALLAH, Tuhan semesta alam" -Al - Hasyr:16)

  7. Iblis menyesatkan manusia dengan segala kemampuannya " Dan tiada ada yang dijanjikan oleh syaitan kepada mereka melainkan tipuan belaka" - Al-Israa :64

  8. Syaitan berusaha menakut-nakuti manusia menjadi miskin dan menyuruh berbuat kejahatan. "Syaitan menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan menyuruh kamu berbuat kejahatan (kikir) : sedang ALLAH menjanjikan untukmu ampunan dari pada-Nya dan kurnia" - Al -Baqarah : 268

  9. Syaitan berusaha menyuruh berbuat jahat dan keji. "Sesungguhnya syaitan itu hanya menyuruh kamu berbuat jahat dan keji dan mengatakan terhadap ALLAh apa yang tidak kamu ketahui" - Al-Baqarah : 169

  10. Iblis bersumpah akan senantiasa menggoda manusia. - Iblis berkata " Kerana Engkau telah menghukum aku tersesat, aku benar-benar akan menghalang mereka dari jalan Engkau yang lurus. Kemudian aku akan mendatangi mereka dari muka dan dari belakang mereka, dari kanan dan dari kiri mereka" - Al-A'raaf : 16 -17

  11. Iblis dan syaitan memberi khayalan. " Syaitan itu memberikan janji-janji kepada mereka dan membangkitkan angan-angan kosong pada mereka padahal syaitan itu tidak menjanjikan kepada mereka selain dari tipuan belaka" An-Nisaa':120

  12. Syaitan senang menimbulkan pertikaian, pertengkaran, permusuhan, dendam kesumat dan kebencian sesama manusia. " Sesungguhnya syaitan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu lantaran (meminum) khamar dan berjudi itu dan menghalangi kamu dari mengingati ALLAH dan sembahyang ; maka berhentilah kamu (dari mengerjakan pekerjaan itu) - Al- Maidah : 91

  13. Syaitan senang mengajak berbuat keji, seperti minum khamar, berjudi, korban untuk berhala dan botohan. "Sesungguhnya (minum) khamar, berjudi (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntugan" Al-Ma'idah : 90

  14. Syaitan berusaha menyesatkan manusia. " Dan syaitan bermaksud menyesatkan mereka (dengan penyesatan) yang sejauh-jauhnya" An-Nisaa : 60

  15. Syaitan membuat keraguan dan membisikkan kejahatan dalam hati manusia. "dari kejahatan (bisikan) syaitan yang biasa bersembunyi yang membisikkan (kejahatan) ke dalam dada manusia. An-Naas : 4-5

Cerpen : Kesilapanmu Keegoanku Part 1


Tasha melangkah lemah keluar dari dewan kuliah. Minggu pertama semester memang hanya membuang masa. Kelas masih tidak berjalan dan hanya meletihkannya berlari ke kelas sedangkan kelas dibatalkan.

“Bazir makeup aku je. Aku melaram bukan main ingat nak tackle pensyarah tapi dia tak masuk pulak”gelak seorang gadis bersama teman-temannya yang berjalan di hadapannya.
“Patutlah aku tengok makeup kau tebal semacam je”jawab seorang lagi kawan mereka dan sekali lagi tawa mereka berderai.

“Happynya mereka ni. Baguslah… Mereka tiada apa yang nak disedihkan. Hidup mereka bahagia, tidak seperti aku…”keluh Tasha sendirian.

“Wei, sedihnya semacam je. Kenapa?”tegur Ain, rakan sekelasnnya. Tasha geleng meneruskan langkah ke cafeteria.

“Al-maklumlah, abang Hanif dah fly ke Jepun. Lupa pulak”usik Ain dengan muka selambanya.

Tersirap darah Tasha mendengarnya. Nama itulah yang paling dibencinya dan kenapa semua orang di kampus sentiasa mengaitkannya dengan Hanif, senior mereka yang baru sahaja tamat pelajaran di kampus itu. Kini pemuda itu menyambung pelajarannya di Jepun selama setahun. Tasha melajukan langkahnya. Dia amat benci bercerita tentang Hanif. Ain berlari mengejarnya yang telah ke depan.

“Dia tak hantar berita ke?” tanya kawannya sungguh-sungguh. Tasha merenung tajam. Ingin saja dia menjerit meminta gadis itu tidak berbicara mengenai Hanif.

“Tolong jangan ganggu aku boleh tak. Aku sebenarnya tak suka berkawan dengan perempuan kepoh macam kau”bicara Tasha sinis dan berlalu meninggalkan Ain yang wajahnya sudah bertukar warna.


***
Tasha mengambil tempatnya di sudut yang agak asing. Dia meneguk milo panas sambil meneliti borang tambah gugur kursus yang belum diisinya.

“Saudari…boleh saya duduk di sini”pinta seorang pemuda menganggu ketenangannya. Tasha merengus melihat wajah pemuda itu.

“Macamlah tak ada meja lain. Dari sem lepas kau ni tak habis-habis nak kacau aku ni kenapa? Tak faham Melayu ke? Aku takkan jadi awek kau. Faham!!!”marahnya berapi.

Pemuda itu mengaru-garu kepalanya yang tidak gatal dan kemudian menuju ke meja kawan-kawannya yang sedang menunggu. Kedengaran dari jauh kawan-kawannya tergelak besar mendengar jawapan Tasha.

“Rileksla…esok lusa Emieza Natasha jadi hak aku jugak”ujar pemuda itu menutup kecewa di hatinya. Kawan-kawannya semakin galak menertawakannya.

Tasha cepat-cepat menghabiskan airnya. Hanif juga selalu mengucapkan kata-kata begitu. Tiba-tiba, Tasha menjadi takut…benci…dan kecewa terhadap diri sendiri. Tangannya mengelatar.

Tasha meletakkan kembali cawan yang dipegang. Dia tunduk ke meja. Ada airmata menitis di pipi. Lelaki memang suka memaksa. Lelaki pantang dicabar.
“Aku benci kau, Hanif Asran. Sampai mati aku takkan maafkan kau”jerit hatinya.



***
Usai makan malam, Tasha menemani papanya menonton tv. Sebenarnya dia bosan . Ingin mengulangkaji pelajaran namun dia tidak tahu apa yang harus dibaca.
“Tadi ,papa lunch dengan Uncle Rahim. Dia kirim salam kat Tasha”beritahu papanya dengan wajah berseri-seri.
“Waalaikumussalam”
“Kami dah bincang tentang pertunangan Tasha dengan anaknya. Anaknya minta pertunangan kamu selepas dia habis belajar nanti. Macammana pendapat Tasha?”

“Tasha ikut je. Kalau papa rasa elok, eloklah pada Tasha”beritahunya kosong. Teringat makan malamnya di rumah Datuk Rahim 2 minggu lalu. Dia dilayan bagaikan puteri, isteri Datuk Rahim begitu mesra dengannya walaupun baru mengenalinya. Namun dia masih tidak mengenali anak Datuk Rahim. Malah namanya pemuda itu juga tidak diketahuinya. Sebenarnya hatinya telah tawar. Dia cuma mengikut kata papanya yang begitu pentingkan persahabatan dan juga perniagaan. Malangnya menjadi anak businessman . Anak dijadikan saham yang boleh membawa untung besar.

“Papa dan Uncle Rahim dah lama kawan. Sejak kecil lagi. Harap hubungan Tasha dengan anaknya boleh merapatkan kami lagi”ujar papanya mengusap bahu Tasha. Tasha menelan air liur kelat. Mungkin juga hubungan itu akan memutuskan hubungan kedua-dua sahabat itu apabila terbongkar suatu rahsia.



***
Tasha mencari buku-buku yang disenaraikan oleh pensyarah. Apabila menemui kesemua buku-buku itu, Tasha mengambil tempat yang agak jauh dari pelajar-pelajar lain. Itulah caranya. Dia tidak suka melihat hiruk-pikuk mereka yang bersahabat. Persabatan banyak mendatangkan keburukan dari kebaikan.

“Tasha, minta maaf semalam”tegur Ain mengejutkannya. Tasha tidak menjawab sebaliknya menjeling gadis itu. Buku di depannya direnung. Sepatutnya dia yang meminta maaf.

“Kau suka ke hidup macam ni? Hidup seorang diri, sombong. Aku taulah kau tu anak Tan Sri”sindir Ain lagi yang masih berdiri. Tasha diam. Dia tidak ingin menganggu emosi. Dia kembali membelek buku. Entah apa yang dicarinya di dalam buku itu.

“ Aku cuma ingin berkawan. Walaupun kau ni sombong dan keras hati tapi bagi aku, kau kawan yang baik. Kau pernah tolong aku bayarkan yuran aku dulu. Kau banyak membantu aku. Tetapi kenapa sejak akhir-akhir ini kau semakin panas baran. Aku tak faham dengan sikap kau”luah Ain. Tasha diam lagi. Wajah Ain langsung tidak dijamahnya.

“Cuba kau senyum. Sejak kenal aku tak pernah tengok kau senyum. Apa kesedihan yang kau pendamkan? Tapi… mungkin sebab kau tidak senyum, kau ni ramai peminat kut”sambung Ain. Ada kegelian di hati Tasha mendengarnya. Namun Tasha masih mengawal hati.
“Dah habis cakap?”soal Tasha menatap wajah kawannya.

“Lom, erm…kalau aku tak suka senyum macam kau tentu aku pun dapat ramai peminat kan?”soal Ain menukar emosi sendiri. Tasha mengeluh malas.

“ Hebat sangatkah kalau ada ramai peminat?”soal Tasha kembali. Buku di tangannya ditutup. Ain mengangkat bahu.

“ Kau harus syukur dengan apa yang kau ada. Mungkin kerana tiada peminat kau dapat hidup dengan tenang dan selesa. Bila ada peminat, nak ke mana-mana pun tak senang. Dan…mungkin juga bahaya”terang Tasha.

“Bahaya? Kenapa? Peminat kau pernah ugut kau ke?”soal Ain terkejut. Tasha geleng. Mindanya teringat betapa ‘bahaya’nya insan bergelar peminat.

“Jom lunch. Aku belanja”ajak Tasha.


****
“Waalaikummussalam, siapa ni?”
“Saya… anak Datuk Rahim”ujar satu suara di hujung talian. Tasha tersentak. Suara itu seolah-olah pernah didengarnya.
“Anak Datuk Rahim?”soal Tasha kembali. Dia sudah dapat mengagak gerangan insan yang bercakap dengannya itu.
“Ya. Yang bakal bertunang dengan awak, Tasha” jawab suara itu kembali. Tasha kaku. Tekaan mengena.
“Oh, ada apa?”soalnya cuba menghidupkan perbualan mereka.
“Sekadar bertanya khabar” Tasha diam.
“Ehem, saya cuma ingin mendengar suara awak. Untuk melepaskan rindu. Menatap gambar saja tidak cukup bagi saya. Saya amat rindukan awak, Emieza Natasha”ujar suara itu perlahan dan cukup menyentuh hati.

“Macamana dengan study awak?” soal Tasha mengubah perbualan mereka. Dia tidak ingin berbicara mengenai rindu dan perasaan. Hatinya pedih.

“Alhamdulillah. Susah juga nak menyesuaikan diri di sini. Lebih-lebih lagi teringatkan family dan teringatkan awak. Tasha…saya harap apabila saya pulang nanti, awak sudi terima saya, sudi menjadi permaisuri hidup saya”

Tasha diam lagi. Kedengaran keluhan di hujung talian.
“Lambat lagi tu. Saya rasa baik kita jangan bercakap pasal ni. Lagipun mana tau awak berkenan dengan seseorang yang istimewa kat sana nanti”ujar Tasha.

“Takkan terjadi begitu. Hati saya pada awak saja. Hanya awak, Tasha. Saya pun tidak tahu kenapa hati saya hanya terbuka kepada awak. Awak sangat istimewa, Tasha. Saya harap hati awak terbuka untuk saya. Sembilan bulan lagi awak jadi milik saya”. Tasha semakin keliru. Bahasa dan suara itu pernah didengarinya sedangkan ini pertama kali dia berbicara dengan anak uncle Rahim. Selama ini dia tidak pernah hiraukan siapakah bakal tunangnya itu. Nama pemuda itu pun tidak diketahuinya. Namun hatinya mengatakan dia mengenali pemuda itu. Dia sudah biasa dengan pemuda itu.

“Siapakah sebenarnya bakal tunangnya itu?”bisik hatinya gentar.



***
“Papa, boleh Tasha tanya sesuatu?”
“Ya, ada apa?”soal papanya sambil membelek suratkhabar.

“Em, anak uncle Rahim tu nama apa?”. Tan Sri Baktiar gelak. Hatinya terusik dengan soalan itu. Anak gadisnya memang seorang yang sambil lewa.

“Tasha…nama bakal tunang sendiri pun tidak tahu. Papa pun kurang pasti nama penuhnya lagipun familynya panggilnya ‘along’. Kalau tidak silap papa, namanya Asran”. Hati Tasha menjerit mendengar nama itu.

“Asran atau Hanif Asran, papa?”soalnya gementar.
“Papa pun tidak pasti, sayang. Mungkin juga Hanif Asran”

“Kalau betul namanya Hanif Asran, Tasha tidak sudi bertunang dengannya. Tasha takkan bertunang dengan orang yang bernama Hanif Asran. Papa tolong sampaikan perkara ni kepada uncle Rahim. Tasha minta maaf” ujar Tasha tegas. Dia berlari ke biliknya tanpa menunggu ucapan dari papanya. Pintu biliknya dihempap kuat. Terasa hidupnya itu bagaikan satu sumpahan. Hanif Asran masih lagi menghantuinya.


***
“Tasha…”tegur satu suara. Tasha mengangkat wajahnya. Melihat gerangan pemilik suara. Terasa ada sesuatu yang pedih menusuk hatinya. Buku yang ditatapnya ditutup rapat serapat hatinya.

“Sampai hati awak batalkan pertunangan kita”ujar pemuda di depannya. Wajahnya muram dan suram. Tasha diam. Api kemarahannya masih belum padam. Sampai mati dia mendendami pemuda itu.

“Ya, Hanif Asran. Aku ada hak untuk batalkan pertunangan. Mana boleh aku bertunang dengan lelaki zalim macam kau”

“Tasha…I love u so much. Fahamilah. Jangan buat macam ni. Saya tinggalkan kuliah dan bergegas balik ke Malaysia untuk jumpa awak. Maafkanlah dosa saya yang lalu. Apa yang saya buat ni untuk buktikan betapa saya cintakan awak. Saya nak awak jadi isteri saya. Saya nak sehidup semati dengan awak”rayu Hanif.

Lelaki itu hampir mengalirkan airmata. Riak wajahnya sedih dan penuh kesalan.
“Aku dah fed up dengan semua ni. Terimalah kenyataan. Aku amat bencikan kau. Rasa macam nak ludah je ke muka kau. Kau sedar tak, kau bukan manusia…kau ni binatang…iblis!!!” marah Tasha berapi. Buku dan alat tulisnya dimasukkan ke dalam beg. Segera dia meninggalkan pemuda yang terpaku di situ.


***
“Pertunangan Tasha dengan Hanif akan tetap dilangsungkan. Kami dah bincang. Kebetulan Hanif ada balik, jadi kami nak cepatkan tarikhnya”beritahu Tan Sri Baktiar dengan gembira.

Datuk Rahim dan isterinya turut tersenyum. Tasha bisu. Semua mata menombak ke arahnya.
“Mak bapak sama dengan anak. Tak tahu malu”cetus hati Tasha.
“Tasha taknak bertunang dengan dia. Kenapa payah sangat papa nak faham? Uncle dan aunty, Tasha minta maaf. Tasha takkan jadi menantu uncle dan aunty”. Tasha bingkas bangun untuk ke biliknya.

“Tasha, kenapa biadap sangat?”jerkah papanya. Tasha terkedu. Memang papanya seorang yang panas baran.
“Kalaulah papa tahu siapa sebenarnya yang biadap”luah Tasha dengan hati yang sebak. Dia berlari ke laci, mengambil kunci keretanya dan terus meninggalkan tiga pasang mata yang tidak tahu apa sebenarnya terjadi.


***
“Aku nak tumpang tidur kat sini boleh?”
“Tasha, kenapa kau nangis? Masuklah”. Ain memimpin Tasha ke katilnya. Sepanjang perkenalan mereka itulah kali pertama dia melihat Tasha menangis.
“Nak air?”. Tasha geleng.
“Kenapa ni?”
“Papa nak aku bertunang dengan Hanif”.
“Oh…Baguslah”jawab Ain pantas.

“Kau tak nak? Beritahulah papa kau elok-elok. Tentu dia faham. Aku dengar abang Hanif ada kat sini sekarang. Dia cuti ke?”soal Ain. Ada sesuatu yang dia tidak faham namun dia tidak ingin paksa kawannya itu luahkan segala.

“Aku dah beritahu papa aku, Ain. Tapi dia tak faham. Aku tiada alasan untuk tolak pertunangan tu. Aku tak tahu macamana nak jelaskan pada semua orang. Yang aku tahu Hanif tu jahat. Dia sangat jahat, Ain”luah Tasha dalam tangisan. Kawannya itu dipeluk erat. Terasa dia selamat di dalam pelukan itu.

“Kenapa kau cakap macam tu?. Semua orang tahu abang Hanif hanya cintakan kau. Dia amat gilakan kau, Tasha”

“Ya. Dia amat gilakan aku. Dia ego. Dia tidak boleh terima kenyataan bahawa aku tidak cintakan dia. Sebab itulah dia rogol aku…untuk balas dendam aku tolak cintanya”perit juga untuk Tasha luahkan rahsia itu.

Selama ini dia pendamkannya. Namun malam ini, hatinya sudah tidak mampu untuk menahannya. Tasha amat takut. Takut dia akan menjadi milik lelaki binatang itu untuk selamanya. Ain terkejut mendengar pengakuan kawannya itu. Bibirnya terkunci. Barulah dia mengerti sikap Tasha selama ini.

“Masa malam dinner pelajar senior sem lepas, kami bertengkar hebat. Aku tidak tahu macam lagi untuk bagi dia faham bahawa aku tidak cintakan dia. Dia paksa aku, dia zalim!!!”tambah Tasha dalam sedu sedan. Ain meleraikan pelukan mereka. Dia menatap wajah yang dibasahi airmata itu. Tangannya menyapu pipi Tasha.

“Bodohnya aku sebagai kawan kau, Tasha. Sepatutnya aku cari sebab kenapa kau bencikan dia. Tapi aku asyik salahkan kau yang jual mahal. Maafkan aku. Aku akan sentiasa menyokong kau”ujar Ain dalam tangisan kesalannya. Juga tangisan mengenangkan nasib Tasha. Ain memeluk Tasha kembali dan dua sahabat itu sama-sama menangis. Hanya kebuntuan yang mereka rasakan.


***
Tasha menatap mesej di telefonnya berulangkali. “Demi Allah saya sudah bertaubat. Saya sedar iman saya rapuh. Saya turutkan nafsu. Saya jadi buta kerana cinta. Fahamilah saya amat cintakan awak. Awaklah nyawa saya”. Tasha keliru dengan apa yang dirasakannya sekarang. Dia benar-benar keliru. Setelah diluahkan rahsianya kepada Ain semalam, terasa hatinya sudah tiada beban lagi. Hatinya sudah tenang. Adakah kerana dia pendamkan rahsia itu menyebabkan dia keras hati dan ego selama ini? Dia tidak mengerti.

“Apa yang kau baca?”soal Ain sambil menyikat rambut. Tasha menghulurkan telefonnya kepada Ain. Giliran Ain pula menatap mesej itu. Dahi Ain berkerut. Kemudian gadis itu mengeluh panjang. Sikatnya diletakkan di meja solek.

“Lelaki bila terlampau sayangkan perempuan inilah jadinya. Walaupun dia dah buat salah tapi kau tidak boleh nafikan dia amat cintakan kau. Kalau kau buka hati kau untuknya tentu kau adalah perempuan yang palinggg bahagia. Dia sayangkan kau lebih dari nyawanya sendiri”
“Tapi aku tidak boleh lupakan apa yang dia dah buat pada aku”
“Dia buat macam tu sebab kau kau tak layan dia. Kau ego. Kau langsung tidak bagi dia peluang”suara Ain kedengaran keras. Tasha diam.

“Ceritakan pada aku apa yang berlaku malam tu”pinta Ain.
“Apa yang berlaku kau tanya? Aku tidak mahu ingat semua tu. Aku jadi takut bila ingat benda tu. Aku betul-betul takut, Ain”luah Tasha dan terus menangis.

“Tasha…memang benar kau kena lupakan perkara hitam tu. Tapi sekarang cuba kau imbas sekejab untuk ketenangan hati kau sendiri. Bila kau luahkan segalanya, sekurang-kurangnya kau dapat mengembalikan semangat hidup kau kembali. Anggaplah kau buang segala penderitaan kau tanggung setelah kau luahkannya kepada aku. Aku kawan kau. Kau boleh percayakan aku. Aku tidak mahu kau fobia”.

“Malam tu…dia tampar aku, Ain. Dia tidak habis-habis katakan yang dia cintakan aku. Dia paksa aku dengar luahan hati dia walaupun berkali-kali aku cuba pekap telinga aku dengan kedua-dua tangan aku. Dia tidak kesian tengok aku menangis. Dia panggil aku ‘sayang’ tapi dia menyakiti aku. Aku benci dia !!!”


***
“Jom ikut saya !!!”paksa Hanif dan menariknya ke kereta.
“Tak nak. Kau jangan paksa aku. Aku jerit kang” marah Tasha. Beberapa orang pelajar memerhatikan kelakuan mereka itu. Namun tiada seorang pun yang sudi menolong. Mungkin mereka menyangka itu hanyalah pertengkaran antara dua kekasih.

“Duduk diam-diam. Sekarang kita ke balai polis”jerkah Hanif dan memecut keretanya laju. Tasha kaku dan gementar. Teringat peristiwa hitam yang lampau. Dia takut peristiwa itu kembali berulang. Tasha memekap telinga dan menjerit ketakutan. Serta merta Hanif menghentikan keretanya.

“Kenapa ni sayang?”soal Hanif kerisauan. Dia tidak menyangka kelakuan Tasha begitu. Rambut
Tasha cuba diselaknya.
“Don’t touch me !!!”marah Tasha. Dia memandang Hanif dengan wajah yang bengis. Hanya Tuhan saja yang tahu betapa bencinya dia pada lelaki itu.
“Saya nak terima hukuman atas dosa yang saya buat. Kita ke balai polis dan saya buat pengakuan. Semoga cara ini boleh meringankan beban di hati awak. Semoga awak akan tenang selepas ini”

“Kalau kau bunuh diri sekalipun sakit hati di hati aku takkan hilang, binatang !!!”. Riak wajah Hanif berubah. Dia menyandarkan diri. Dia begitu kesal di atas kesilapannya dulu. Mengapa Tasha tidak pernah dapat mengerti hatinya? Dia juga tersiksa dengan dosa yang telah dilakukannya.

“Baliklah, saya lepaskan awak” ucap Hanif perlahan sambil mengurut dahinya yang semakin sakit. Tasha diam. Kenapa pula tiba-tiba Hanif melepaskannya?

“Keluarlah!!!” jerkah Hanif kuat. Tasha meneguk air liur pahit. Pintu kereta itu dibukanya.

“Janganlah ganggu saya lagi. Izinkanlah saya hidup dengan tenang tanpa kehadiran awak. Saya ingin bahagia dengan cara saya. Carilah gadis lain yang menyintai awak” pesan Tasha sebelum meninggalkan lelaki itu. Hatinya lega. Mungkin dia sudah boleh kembali ke rumah papanya dan tidak perlu menumpang rumah sewa Ain lagi. Hanif kelihatan sudah membencinya.



***
Tasha termanggu di pintu wad Hanif. Dia tidak pasti samaada tindakannya betul atau tidak. Papanya memaksa supaya dia melawat Hanif yang mendapat kemalangan. Ikutkan hati ingin saja dia doakan agar lelaki itu mati. Lelaki seperti itu tidak layak untuk hidup. Lelaki itu telah banyak menyusahkan dan merosakkan hidupnya. Hanif Asranlah punca dia benci lelaki.

“Eh, Tasha. Kenapa tidak masuk?” tegur Datin Rafidah, emak kepada Hanif yang tiba-tiba berada di muka pintu bilik itu.

“Ha…”Tasha tiada jawapan. Jambangan bunga dipeluknya erat. Jarinya mengengam kuat bungkusan buahan. Datin Rafidah memerhatikan gadis di depannya. Gadis itu perlukan kekuatan dan selama ini gadis itu memang seorang yang kuat semangat.

“Mari masuk, sayang” ajaknya dan memimpin Tasha ke dalam bilik. Kelihatan sebujur tubuh berbalut di kepala dan tangan sedang baring di katil.

“Baru lepas kena suntik dan makan ubat. Tidur…”beritahu Datin Rafidah. Wanita itu mengukir senyuman. Wajahnya dipenuhi dengan kesedihan dan kelihatan pucat. Tentunya risaukan Hanif. Tasha meletakkan jambangan bunga dan buahan di rak sebelah katil Hanif. Wajah Hanif langsung tidak dilihatnya. Dia benci!!!

“Mari duduk sini. Aunty nak cakap sesuatu dengan Tasha”ajak wanita itu. Dia menepuk sofa di sebelahnya. Tasha bergerak perlahan dan duduk di sebelah wanita itu. Dia tidak mahu menduga apa yang ingin dikatakan oleh wanita itu. Datin Rafidah mengusap –usap rambut Tasha. Dia menyelak rambut ke telinga Tasha. Wajah gadis itu direnungnya dalam. Wajah itu lembut dan manis namun ada segaris kesedihan yang disimpan oleh wajah itu. Tasha tersentuh dengan belaian itu. Dia dapat merasakan kasih sayang Datin Rafidah terhadapnya. Itukah belaian seorang ibu yang tidak pernah dia rasakan?

“Tasha ni cantik. Patutlah Along sukakan Tasha”pujinya dan mengengam kedua-dua tangan Tasha. Tasha diam. Dia tidak memberi sebarang reaksi. Datin Rafidah mengeluh berat.

“Along dah ceritakan dosa dia pada Tasha”beritahu wanita itu sambil menatap wajah Hanif dari jauh. Gengaman tangan Tasha dieratkan. Dia tidak berniat untuk mengungkit dan melukakan Tasha namun kelihatan airmata Tasha sudah mengalir. Gadis itu kelihatan kaku.

“Along kata Tasha keras hati. Tetapi kenapa dengan aunty Tasha tak macam tu. Kenapa senang Tasha menangis depan aunty?”ujarnya lagi sambil menyapu airmata di pipi gadis itu.

“Aunty yang nasihat dia supaya menyerah diri di balai polis. Semalam aunty ingat panggilan dari balai polis tapi rupanya dari hospital. Inilah balasan atas dosa dia pada Tasha”keluhnya lagi.

“Aunty takkan paksa pertunangan kamu berdua lagi. Aunty pun perempuan… faham apa yang Tasha rasakan. Salah aunty yang manjakan dia. Apa yang dia nak kami pasti dapatkan walau susah macamanapun. Tetapi sekarang dia minta hati Tasha dan dia usaha sendiri untuk dapatkannya. Kemudian dia gagal memenangi hati Tasha dan minta kami campur tangan supaya dia dapat memiliki Tasha walau apapun yang terjadi”.

Tasha merenung wanita itu. Kemudian matanya menjamah wajah Hanif yang sedang lena. Dagu lelaki itu berbalut. Dia merenung kosong pada wajah lelaki itu.

“Dia amat sayangkan Tasha. Bilik tidurnya penuh dengan gambar Tasha. Setiap ruang rumah kami ada gambar Tasha. Adik-adik nak sentuh frame gambar Tasha dia tak kasi…dia takut rosak. Wallpaper komputernya gambar Tasha. Telefon bimbitnya ada gambar Tasha. Dalam keretanya ada gambar dan nama Tasha. Motosikalnya pun ada nama Tasha. Dia amat sayangkan Tasha” beritahunya dengan jujur. Segaris senyuman dihadiahkan untuk Tasha.

“Tasha takut dia, aunty. Dia seolah-olah pesakit jiwa. Dia tidak berhenti-henti kejar Tasha. Dah berkali-kali Tasha beritahu dia yang Tasha tak cintakan dia. Tapi dia…” bicara Tasha terhenti.

“Entahlah. Aunty pun tidak faham kenapa dia amat sayangkan Tasha. Tapi aunty faham bila dia nakkan sesuatu dia akan berusaha dapatkannya. Bila dia sayangkan sesuatu, dia akan jaga bagaikan nyawanya sendiri. Robot kesayangannya masa dia umur lima tahun sampai sekarang dia masih simpan”.

Pelik sungguh Hanif Asran, desis hati Tasha.

“Aunty berjanjilah simpan rahsia Tasha dan Hanif. Janganlah sampai ke pengetahuan papa dan uncle Rahim. Biarlah ia menjadi rahsia hidup kami selamanya”


Opsss putus.
Cerpen ini ditulis oleh mak ngoh sendiri, sebarang salinan perlu minta izin dulu ye

sambungannya ada.......tapi kena tunggu

~Komen Terbaru~

Get This Recent Comment Widget!