Sudut Test Mouse Kiri

Tinggalkan pesanan anda di sini

Khamis, 27 Disember 2012

Masih lagi gagal rayuan semakan semula pertukaran

 

Berita sedih hujung tahun 2012 iaitu makngoh telah gagal dalam semakan semula rayuan pertukaran guru.

Sedih yang amat mengenangkan anak yang masih kecil di kampung bersama ibu yang sakit.

Semasa buat rayuan di KPM, pengawai KPM memberitahu makngoh
"In sya ALLAH kami akan cuba tolong memandangkan kes puan adalah kritikal"

Tetapi...keputusan masih lagi gagal walaupun telah disertakan dengan dokumen yang lengkap, surat pakar dari HUSM dan juga gambar pembedahan ibu makngoh.

Jadi..............

TAHUN 2013 yang bakal menjelang beberapa hari lagi masih sama dan tiada yang baru dalam penjalanan hidup makngoh seperti beberapa tahun yang lalu. TETAP jauh dari anak, suami dan keluarga.

Bilalah makngoh boleh tukar?





p/s : tiba-tiba nak letak gambar Dr Puad.

Rabu, 28 November 2012

Bas Mutiara tuntut RM15 000 dari KAFA

Sumber dari Facebook Tan Sri Annuar Musa  menyebut


Mendakwa kerosakan bas Mutiara pada 2 tahun lepas adalah disebabkan oleh penyokong-penyokong liar Kelantan, maka pemilik bas Mutiara mengemukakan tuntutan mahkamah sebanyak RM 15000 dari pihak KAFA untuk membaiki dan menanggung kos kerugian kerosakkan terbabit.

Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa meluahkan rasa terkilan dengan sikap pemilik bas yang berpangkalan di Kelantan  dilihat seolah-olah tiada rasa ingin membantu menaikkan lagi nama The Red Warriors malahan ditambah lagi bebanan tuntutan kerugian. Musykil dengan tuntutan tersebut, kerosakkan terbabit berlaku di luar stadium dan juga di luar kawalan pihak KAFA sendiri.



Apa-apa pun, kita tunggu laporan rasmi dari berita arus perdana dan juga dari pemilik bas Mutiara sendiri.

Yang pastinya, 'kebodohan' segelintir penyokong Kelantan yang 'mabuk tuak' ini menyebabkan pihak KAFA terpaksa menanggung kerugian. Sudah-sudahlah berlagak samseng dan berlagak hero. Tak ke mananya kita ni. Disebabkan wujudnya penyokong sebegini, penyokong Kelantan yang baik-baik turut mendapat tempias dan buruk nama.

Bukti, hukuman dan tindakan tegas perlu diambil terhadap penyokong-penyokong sebegini. Selain tindakan dari pihak berwajib, pihak penyokong sendiri perlu sama-sama membantu KAFA membanteras penyokong 'bodoh' dan kurang ajar. Kita tidak mahu penyokong vandalisme.

Ingin tambahan cerita mengenai bas Mutiara?
Ikuti cerita saman oleh anak-anak tokey bas Mutiara terhadap tokey bas Mutiara mengenai isu harta sepencarian tokey bas dengan arwah isteri pertamanya. Klik di sini

Rayuan pertukaran guru sesi Januari 2013

Salam semua.

Makngoh dengar-dengar khabar bahawasanya keputusan rayuan guru bagi sesi Januari 2013 akan diumumkan pada 17 Disember 2012 pada hari Isnin melalui web egtukar KPM. 

Kepada rakan-rakan guru yang memohon rayuan diharapkan agar rayuan kita semua berjaya hendaknya.

Makngoh sendiri telah 2 kali naik ke Putrajaya untuk merayu agar permohonan pertukaran makngoh disemak semula dan ditempatkan berdekatan dengan suami dan anak makngoh yang masih kecil.

Kali pertama ke Putrajaya pada 6 November 2012 bersama rakan-rakan sekolah makngoh yang turut merayu atas masalah masing-masing.

Kali kedua pula pada 9 November 2012 bersama dengan suami.

Jawapan yang diberikan oleh pengawai-pengawai yang bertugas tidak mengecewakan tetapi tidak boleh diletakkan harapan yang tinggi. Jawapan standard yang diberikan adalah "kami akan cuba bantu"

Jadi, sama-sama kita tunggu 17hb ini, adakah nasib kita dibantu atau tidak.

Khamis, 20 September 2012

337 orang terminum air mayat, minta ganti rugi RM100 juta

Sejumlah 337 penghuni perumahan Taman Titingan di sini hari ini memfailkan tuntutan saman berjumlah RM100 juta terhadap Presiden Majlis Perbandaran Tawau (MPT) dan Jurunilai & Perunding Hartanah Sabah (JPHS) atas dakwaan cuai sehingga menyebabkan mayat hampir reput dijumpai di dalam tangki simpanan perumahan berkenaan.

Penduduk yang diwakili peguam Chong Kian Ming, memfailkan saman terhadap MPT sebagai defendan pertama dan JPHS selaku defendan kedua di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Tawau, di sini kira-kira 2.45 petang.

Dalam pernyataan tuntutannya, plaintif mendakwa pada 12 Mei 2012, selepas beberapa kali membuat aduan sejak 30 April 2012 berhubung bau air paip tidak menyenangkan di perumahan itu, seorang daripada pekerja defendan menjumpai mayat hampir reput di dalam satu daripada tangki simpanan air perumahan itu.

Plaintif juga mendakwa sejak 20 April 2012, mereka menyedari perubahan bau air tidak menyenangkan yang dibekalkan kepada mereka dari tangki simpanan berkenaan dan mereka telah meminum serta menggunakan air dari tangki yang dicemari mayat hampir reput itu.

Menurut plaintif, penemuan mayat hampir reput yang tidak diketahui identitinya dan bukan penghuni perumahan itu di dalam satu daripada tangki simpanan perumahan Taman Titingan, adalah disebabkan kecuaian defendan kedua yang merupakan ejen defendan pertama.

Plaintif mendakwa pihak defendan telah melakukan enam kecuaian termasuk membiarkan tangki simpanan berkenaan tidak dikawal sehingga memudahkan sesiapa sahaja memasukinya dan gagal menghalang si mati daripada memasuki kawasan perumahan seterusnya masuk ke dalam satu daripada tangki simpanan di situ.
- gambar hiasan
Plaintif mendakwa pihak defendan telah cuai sehingga gagal mengambil langkah berkesan bagi menghalang sesiapa sahaja daripada memasuki kawasan tangki simpanan air perumahan itu.

Defendan juga didakwa cuai dengan tidak mengambil langkah berkesan sama ada memeriksa dan menjalankan ujian bagi memastikan tidak ada dan tidak akan ada risiko pencemaran apabila plaintif membuat aduan kepada defendan kedua mengenai perubahan bau air berkenaan.
Plaintif mendakwa disebabkan kecuaian defendan berkenaan, mereka telah terminum air tercemar dalam tempoh tertentu dan akibatnya mereka sangat tertekan.

 Selain menuntut RM100 juta, plantif juga menuntut supaya semua paip di dalam atau di luar rumah penghuni serta kesemua tangki simpanan air perumahan berkenaan diganti dengan yang baharu- utusan malaysia

Khamis, 13 September 2012

UPSR : Kertas jawapan bermasalah | Kenyataan Akhbar oleh KPM



Tetapi...
kenapa ada guru pengawas UPSR memaklumkan arahan yang diterima oleh Ketua pengawas
"Jika pelajar ingin menjawab E, maka kosongkan ruang jawapan" ???
Mana satu yang betul ni?

Cara-cara buat surat izin suami egtukar sesi Januari 2013

Ramai yang bertanya mengenai format surat keizinan suami yang perlu dilampirkan bersama borang egtukar. Makngoh sendiri pun tak pernah tengok format sebenar apa itu surat keizinan suami tetapi makngoh berikan kaedah surat yang makngoh selalu buat. Dengan format tersebut, makngoh berjaya tukar dari Sabah ke KL. Sekarang makngoh usaha tukar dari KL ke Kelantan. 

Format -:
1. Mesti ikut format rasmi dialamatkan kepada pegetua sekolah atau kpm atau pihak yang berkenaan.

2. tajuk ditulis seperti 'surat keizinan suami' ataupun "keizinan suami untuk pertukaran tempat bekerja isteri" dan tajuk lain yang cikgu fikirkan sesuai.

3. Perenggan pertama, suami kenalkan diri sebagai suami kepada si fulan si fulan dan kalau boleh letaklah nombor ic isteri dan tempat mengajar isteri sekarang.

4. Perenggan kedua, ceritalah masalah kenapa suami tidak boleh berpindah ke tempat bekerja isteri.

5. Perenggan ketiga, ceritalah masalah-masalah yang dihadapi isteri di tempat bekerjanya.

6. Perenggan terakhir, ucapkan terima kasih dan 'kata-kata rayuan yang ringkas' agar permohonan pertukaran isteri diluluskan.

Ingatan -:
Semasa makngoh mula-mula belajar surat rasmi semasa di sekolah rendah dulu, makngoh masih ingat cikgu makngoh pesan kalau buat surat rasmi jangan panjang berjela-jela sangat dan jangan sangat bersifat peribadi. Mereka-mereka itu orang besar yang sibuk dan ada banyak lagi surat yang perlu dibaca. Jadi tulislah dengan padat dan straight to the point tak perlu berkias-kias panjang. Cikgu Bahasa Melayu pun cakap English gak dalam kelas BM. Dikhuatiri  jika ada tulis panjang lebar dan sangat berkias menyebabkan mereka hilang mood nak baca, tak jumpa isi penting surat anda dan risau terus tolak tepi surat anda ketika di perenggan pertama lagi. Siapa yang rugi kan? 

YA ALLAH, semoga kami yang memohon bertukar tempat mengajar ini diluluskan dan dapat tinggal dengan bahagia bersama keluarga masing-masing. Amin.

Liyana Adnan dan Nurul Ain Ann tubuh kelab anti-cikgu ke?

Dua bukti penting di bawah yang makngoh ambil dari blog rakan-rakan. Isu yang telah lama disebut-sebut oleh rakan-rakan guru seluruh Malaysia sebenarnya tetapi baru hari ini makngoh berkesempatan mengabadikan isu penting ini dalam blog kesayangan makngoh untuk dikenang hingga akhir hayat. 
 
Untung laa sape jadi cikgu - Liyana Adnan

assalamualaikum
entry kali ini mungkin akan menyebabkan aku akan dicemuh masyarakat. tapi ini adalah pendapat peribadi aku dan aku rasa bukan setakat aku je rasa menda ni.

kerja as a cikgu. of course la dihormati.tapi bagi aku.. kalau cikgu tu betul-betul berkualiti barulah wajar dihormati.

"eh yana, kurang ajar la ang...dulu kalau ang tak sekolah, belum tentu ang boleh jadi engineer sekarang ang tau dak?"

-yup, memang kalau aku tak pergi sekolah dulu, takde cikgu yang mengajar semua..belum tentu aku jadi engineer sekarang tapi disini, apa yang aku nak tekankan adalah...

betapa beruntungnya menjadi seorang cikgu

1. gaji basic je dah almost 2K, tu pun paling sikit la kot, tak termasuk elaun-elaun tambahan lagi. seriously untung. kerja masuk pukul 7.30 pagi balik pukul 4.30 petang (tu pun paling lambat la tu) selalu pukul 2 je cikgu-cikgu dah balik. takde kerja dah nak buat.kalau nak di bandingkan dengan operator kilang yang kerja 8jam or 12 jam, 7pagi masuk, pukul 7 malam baru nak balik..gaji? basic 7ratus...plus overtime dapat la hampir 1.6K. untunglaa sapa jadi cikgu..oh, aku banding dengan operator ok..bukan dengan engineer mahupun manager...yang tu pergi gelap, balik pun bergelap jugak!

2. cuti berlambak+kerja half day. tu pun cikgu-cikgu ada annual leave lagi. kursus pulak dijalankan pada hari persekolahan. isk, untung ye jadi cikgu? dah la kerja setengah hari je. cuti banyak, gaji masyuk. cuti ujung tahun..gaji jalan..wahh..tu pun ade jugak la cikgu-cikgu yang memberontak bila timbalan menteri pelajaran, Datuk Wee Ka Siong bagi cadangan guru kerja 9jam..adoyai...cikgu-cikgu ni sebenarnya ikhlas ke tidak bekerja ni...

"aip, ceyana, keihlasan seorang guru tak boleh dipertikaikan, kang cikgu tak halalkan ilmu yang dia bagi baru tahu!"

-aku nak bidas, kalau tak nak halalkan..nampak sangat dah mengajar tu tak ikhlas.

3. cikgu cikgi ni siap mengupdate blog, jual barang online, bukak bisnes sana sini, bukak butik and macam-macam lagi..and yang paling tak boleh blaaahhhhhhhhhhhhh...cikgu-cikgu bukak pusat tuisyen sendiri. ok, yang ini paling tak best bagi aku. ye la..kalau kat sekolah, kenapa tak nak bagi all out?kenapa hanya 5-10 orang student je yang dapat skor subjek yang kau bukak kelas tuisyen tu and kenapa untuk budak-budak tuition ekau, dorang boleh score (most budak tuition datang dari sekolah-sekolah yang berbeza kan?). dan selalunya secara keseluruhan, budak-budak tuition ni susah nak fail exam dowang, tapi student dalam sekolah..ada je yang fail..tambah-tambah subjek add maths?! adakah itu taktik pemasaran?sangat teruk kan cikgu-cikgu ni?

dulu masa aku student, mana nak realize sangat dengan semua ni.. minda seorang student hanya nampak cikgu je sebagai idol. "wah...terer gila cikgu ni selesaikan masalah add maths ni", wah...cikgu ni pandai la manipulate ayat", "cikgu ni pandai la selesaikan masalah fizik ni' blablabla...but, now bila aku dah kenal erti duit, dah kenal erti masa..baru aku sedar.."wah, untungnya jadi cikgu, kerja senang, gaji banyak, orang kagum, disegani".."soklan add maths ni lagi senang kalau kita guna kaedah ni, fizik ni lagi mudah kalau guna cara ni..sains ni fakta, maths ni banyak buat latihan, kau dah boleh paham. sejarah ni kau kena rajin membaca, bahasa melayu ni kau kena baca selalu..semua ni ada kat sekeliling kita. "
mungkin ramai cikgu-cikgu yang kata mana ada kerja kami senang?
"Malahan guru sudah menjadi ‘multi purpose’ kerana semua perkara guru terpaksa lakukan.
“Guru juga pemandu Ambulan jika pelajar sakit, menjadi polis trafik ketika pelajar keluar sekolah, pengawal disiplin, pegawai kewangan kalau ia guru kelas, menjadi kerani untuk masuk markah," kata ahli jawatankuasa PAS, Idris Ahmad dalam satu kenyataan media.   sumber

multi purpose? iye ke? kalau bab hantar murid ke hospital tu, aku rasa semua cikgu berlumba-lumba nak tolong menghantar..ye la, nanti dapat skip kelas, tak payah nak mengajar..manjadi polis trafik? setakat setengah jam selepas waktu persekolahan, takkan tu pun nak berkira and tak salah aku, banyak sekolah sekarang dah ada pak guard dan pak guard ni yang bekerja sebagai polis trafik.
pegawai kewangan?ehem-ehem..kalau duit kelas, ketua bendahari yang jaga..tu pun student sendiri, kalau nak kata duit yuran...yuran persekolahan dan yuran peperiksaan dah pun dimansuhkan..menjadi kerani untuk masukkan markah???aku sendiri as a student pernah buat kerja ni..cikgu suruh..so what?maknanya cikgu aku dulu?curi tulang?ermmm..ye la,,beliau curi tulang dan student still anggap cikgu mereka cikgu terbaik..padahal.......!@#$%^

banyak benda yang aku rasa cikgu ni snagat beruntung. so para cikgu sekalian, tolonglah bagi yang terbaik kepada anak bangsa ye..

aku sangat salute kalau cikgu tu menjadi seorang cikgu disebabkan oleh minat dia yang mendalam.dimana dia sedar akan tanggungjawab dia, mengajar sampai budak yang tak minat belajar jadi rajin dan pandai. budak yang bodoh jadi cerdik, budak yang asalnya keluarga miskin tapi berjaya tanggung keluarga, budak yang terbela nasibnya kerana cikgu fightkan biasiswa untuk pelajar tu, budak yang bermasalah menjadi seorang yang berdisiplin, budak yang lemah dibimbing menjadi perkasa, budak yang lembab dapat menguasai ilmu teknikal, budak yang hilang akhlak jadi manusia bertakwa. yes. yang ni betul seorang guru.

kepada guru-guru sekalian, please la..stop baca blog, stop main facebook, stop buat tuition kalau niat nak cari wang tambahan dan bukannya nak memajukan anak bangsa, stop la jual shawl, jual supplement bagai...jadilah cikgu yang terbaik...

isk, kalau nak complain pasal kerja cikgu pulak..aku rasa lagi panjang la entry ni....

 --------------------------------------------------------------------------------- 

"Guru broken English, kurang ajar,makan gaji buta, kerajaan juga buta"- Nurul Ain Ann-Kamil


Keceluparan Nurul Ain Ann Kamil pula menyebut
  1. Guru bergaduh dengan suami/kekasih etc dan melepaskan geram kepada pelajar. 
  2. Guru kurang ajar.
  3. Guru tak tahu berkomunikasi dengan ibubapa
  4. Guru melayu tak boleh bercakap bahasa Inggeris
  5. Guru bahasa Inggeris salah menggunakan bahasa Inggeris
  6. Guru asyik bergosip
  7. Guru berniaga barang Cosway, Avon etc
  8. Guru selalu MC
  9. Guru selalu mengandung semata-mata kerana cuti bersalin 3 bulan
  10. Guru makan gaji buta
  11. Kerajaan buta (kerana beri guru cuti bersalin yang lama)
  12. Ibubapa tak percayakan guru dan hantar anak ke pusat tuisyen (doktor ke yang mengajar di pusat tuisyen? ) 
---------------------------------------------------------------------- 

Setelah dihentam dengan teruk, makngoh dimaklumkan Liyana Adnan si jurutera 
telah pun menutup blog dan juga akaun facebooknya. Nurul Ain Ann Kamil pula mengeluarkan
 status ini beberapa hari lepas. 
 
-sumber gambar dari encik google

Rabu, 1 Ogos 2012

Indonesia : Lagi berita bayi tanpa tengkorak kepala


Bayi yang lahir tanpa tempurung kepala, mata, hidung dan mulut dikhabarkan mampu bertahan hidup sehingga 29 Ogos 2012. Kebanyakkan kes  seperti itu yang berlaku di Indonesia, ada bayi yang hanya mampu bertahan selama 3 jam selepas dilahirkan dan kes terakhir adalah seorang bayi perempuan Aprilia yang bertahan hidup selama 5 hari sahaja.

Menurut doktor yang merawat bayi tersebut, sekarang bayi malang itu diletakkan di dalam inkubator bagi mengawal suhu badannya.

 Berbeza, Aprilia  dijaga di rumah kerana ibubapa tidak mahu menjaga di hospital disebabkan tiada masa. Di rumah, bapa Aprilia telah mencipta sendiri inkubator yang tidak lengkap dan sempurna serta mendedahkan otak Aprilia kepada udara berkuman.

Indonesia : Bayi lahir tanpa tengkorak, mata dan hidung


Seorang bayi laki-laki tanpa tengkorak kepala, hidung, telinga, mata, dan mulut lahir dalam keadaan sihat dengan berat badan 2,6 kilogram di Hospital Lasinrang, Kabupaten Pinrang, Sulawesi Selatan, Rabu (25/7/2012) sekitar pukul 21.35.

Anak pasangan Agus (22) dan Rostina (23), bayi itu juga memiliki bahagian tubuh mirip tanduk di bahagian atas kepala.

"Ia lahir dengan lancar. Hanya, ketika bayi itu keluar, bokong yang muncul terlebih dahulu," kata Nurmudia, bidan rumah sakit, Khamis (26/7/2012).


Nurmudia menerangkan, selama mengandung, Rostina tidak pernah melakukan pemeriksaan, termasuk tidak pernah melakukan USG.

Doktor di Hospital Lasinrang, Syahrir, mengatakan bahawa bayi yang baru lahir itu dalam keadaan sihat, tetapi tidak memiliki beberapa alat indera, seperti mata, hidung, dan telinga, serta mulut.

Isi kepala bayi ini, kata Syahrir, rawan mengalami infeksi. Adapun tulang yang menyerupai tanduk itu adalah tulang rahang yang menonjol, "Potensi hidup anak ini, sangat tipis untuk bertahan," ujarnya.

Syahrir memberi kemungkinan, ibu si bayi sering mengambil ubat semasa kehamilan sehingga menyebabkan kecacatan.

Agus, bapa bayi, mengatakan bahwa selama proses kehamilan, istrinya tidak menunjukkan tanda-tanda bahwa ada kelainan pada janin. "Semuanya berjalan normal seperti wanita hamil lainnya," ucap.

Selasa, 31 Julai 2012

Kembar 12 - ibubapa pilih 1, 11 lagi dicampak dari atas gunung



Berlaku di negara China. Makngoh harap berita yang makngoh baca itu tidak benar sama sekali. Kasihan pada bayi-bayi kecil yang tidak bersalah ini.

Cerita mereka di bawah -:

Jinan Huang, seorang ibu yang berumur 33 tahun, melahirkan bayi kembar 12 di Shanghai pada hari isnin yang lalu. Jinan, sekarang ini dalam keadaan stabil setelah proses melahirkan selama 31 jam, diberikan peluang selama seminggu oleh kerajaan untuk memutuskan seorang bayi yang akan dipilih untuk dibesarkan.

“Saya bersama suami belum boleh memastikan pilihan,” ujar Jinan yang bercakap kepada wartawan beberapa saat setelah kelahiran yang ajaib tersebut terjadi.
“Tetapi kami telah mempertimbangkan dengan serius untuk membesarkan seorang bayi lelaki yang lahir pada urutan ke dua. Dia adalah bayi paling berat dan oleh kerana itu kami berharap bayi tersebut akan berumur panjang dan kelak boleh menjaga kami di usia tua nanti"

"Kami pastinya tidak akan memilih bayi perempuan,” tambah suami Jinan.

 “Kami yakin dengan keputusan kami.” lagi sebelas baki bayi yang tidak dipilih oleh Jinan dan suaminya akan dilemparkan dari atas puncak gunung, sesuai ketetapan yang sudak termaktub dalam Undang Undang Kelahiran Kembar China. Sejak undang-undang ‘Satu Keluarga Satu Anak’ diwartakan pada tahun 1983, kerajaan China sudah membunuh lebih dari 65 juta bayi kembar di negara tersebut.

Jinan, yang mengaku bahawa sudah bertahun-tahun berusaha mendapatkan anak, dengan tegas menolak tuduhan bahawa dia mengambil pil kesuburan, sebuah amalan yang juga dijanjikan dengan hukuman mati di China. “Saya tidak mengerti kenapa ini boleh terjadi,” tambahnya.

“Kepada seluruh rakyat China dan para pemimpin kami yang terhormat, saya memohon permintaan maaf atas kelahiran bayi kembar kami yang memalukan dan tidak bertanggung jawab ini.”

sumber

Negara China kena buat peraturan, ibubapa yang melahirkan kembar perlu dibunuh. Baru adil. Bayi yang dilahirkan tidak bersalah pun.

Kanak-kanak 4 tahun didera dan ditinggalkan di hospital meninggal


tak tergamak melihat keadaan anak ini. Gambar hiasan


Sepasang suami isteri dari Bandar Sri Permaisuri, Cheras, di sini, bukan saja sanggup mendera anak mereka hingga pengsan, malah turut membiarkan anaknya itu yang berusia empat tahun bersendirian di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), pagi kelmarin.

Bagaimanapun, kanak-kanak lelaki itu yang menunggu rawatan di unit kecemasan gagal diselamatkan doktor dan disahkan meninggal dunia pada jam 6.15 pagi.


Sumber polis berkata, dalam kejadian itu, sepasang suami isteri yang tinggal berdekatan PPUKM menghantar seorang kanak-kanak lelaki dipercayai anak mereka ke unit kecemasan.


“Beberapa minit kemudian, ibu bapa kanak-kanak itu keluar sebelum menaiki sebuah kereta yang sedia menunggu mereka di pekarangan PPUKM dan melarikan diri,” katanya.


doktor yang merawat mangsa membuat laporan di Balai Polis Salak Selatan, di sini.

Isnin, 16 Julai 2012

Kontroversi Ghaddar

 

Kelantan telah pun selamat ditabalkan JUARA Liga Super 2012 secara rasminya semalam di stadium keramat The Red Warriors. Tahniah!

Namun isu mengenai pergaduhan Ghaddar dengan beberapa orang pemain Selangor dan juga kapten Perak nampaknya belum lagi selesai. Makngoh sendiri menunggu masa Ghaddar bersuara untuk mengetahui kejadian sebenar dari pihak beliau.
Terdahulu isu Ghaddar dengan pemain Selangor. Baca laporan Berita Harian di bawah.

KUALA LUMPUR: Penyerang import Kelantan,Mohammed Ghaddar didakwa memulakan provokasi terlebih dahulu sebelum tercetus 'kekasaran melampau' ke atasnya pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, 29 Jun lalu. “Ghaddar yang mulakan provokasi terlebih dahulu dengan menumbuk bawah muka saya. Saya hanya bertindak balas terhadap perbuatannya,” kata pemain Selangor, Bunyamin Umar, semalam.
“Ghaddar yang mulakan provokasi terlebih dahulu dengan menumbuk bawah muka saya. Saya hanya bertindak balas terhadap perbuatannya,” - Bunyamin Umar, pemain Selangor.
Bunyamin, 24, seorang daripada pemain yang terbabit dalam insiden itu berkata, dia membuat penjelasan bagi mempertahankan dirinya selepas Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) tampil menyerahkan bukti rakaman video kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Ahad lalu.

Sekarang, seorang lain pemain bersuara. Kapten Perak yang menerima kad merah akibat menumbuk Ghaddar. Laporan Berita Harian di bawah -:

Kuala Lumpur: "Dia menggunakan perkataan lucah terhadap ibu saya... selepas saya mengatakan dia penipu kerana berlakon dikasari dalam insiden perebutan bola. “Memang saya hilang pertimbangan apabila orang bercakap macam itu pada saya, lebih-lebih lagi ibu saya baru saja menjalani pembedahan dua hari sebelum itu,” kata kapten Perak, Shahrulnizam Mustapa, semalam.

Shahrulnizam, seorang daripada pemain menjadi mangsa provokasi penyerang import Kelantan, Mohammed Ghaddar, dikenakan tindakan buang padang selepas menumbuk pemain berasal dari Lubnan itu ketika Perak bertandang ke Stadium Sultan Mohammad IV, Kota Bharu, 7 Julai lalu.

Bagaimanapun, katanya dia tidak mempunyai bukti mengenai insiden itu berbanding kes membabitkan pemain Selangor, Bunyamin Omar dan Amri Yahyah yang boleh dilihat dalam You Tube.

Sehubungan itu, Shahrulnizam berpendapat, pemain import itu turut bersalah dan perlu dijatuhi hukuman jika kes itu dibawa ke Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Lagi satu nama yang berkaitan dengan Ghaddar adalah Amri Yahyah.


Ahad, 15 Julai 2012

Zakat Pendapatan | Dah bayar ke belum?

Zakat adalah satu daripada Rukun Islam yang lima. Zakat diertikan sebagai tumbuh dan bertambah. Ianya juga bererti berkat,bersih,suci,subur dan berkembang maju.

DALIL WAJIB MENGELUARKAN ZAKAT

Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
"Dan dirikanlah kamu akan sembahyang serta keluarkanlah zakat dan taatlah kamu kepada Rasul supaya kamu beroleh rahmat."
(Surah An-Nur : 56)
Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
"Ambillah zakat dari harta mereka yang berada bagi membersihkan diri dan harta mereka dan doakan mereka setelah menerimanya."
(Surah At-Taubah : 103)
Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
"Dan di dalam harta benda mereka ada hak untuk yang meminta dan orang yang tidak memperolehi belanja hidupnya."
(Surah Adz-Dzariat : 19)

Dari ayat-ayat di atas amat jelas tentang kewajipan berzakat dan sesiapa yang mengingkari atau meragui kefardhuannya maka ianya terkeluar dari agama islam. Sejarah telah membuktikan bahawa Khalifah Abu Bakar telah memerangi orang-orang yang mengingkari membayar zakat. Mereka yang kaya dan berada juga harus menyedari bahawa wujudnya hak orang-orang fakir dan miskin di dalam harta yang mereka miliki. 


KAEDAH MENGIRA ZAKAT PENDAPATAN @ ZAKAT PENGGAJIAN 

Sila klik link di bawah. Anda akan dibawa ke halaman Majlis Agama Islam Kelantan. Sebelum itu, anda perlu sediakan beberapa maklumat seperti jumlah gaji, bonus dan lain-lain pendapatan. Anda juga perlu mengisi nilai KWSP yang dipotong, simpanan tabung haji dan lain-lain tanggungan.

KALKULATOR ZAKAT 

KAEDAH BAYARAN ZAKAT MAIK

Ada pelbagai kaedah untuk membuat bayaran zakat dengan MAIK. Antarnya -:

1. Membayar di Kaunter Zakat Pejabat Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan.

2. Membayar melalui potongan gaji menerusi bahagian gaji tempat anda bekerja. Kod potongan gaji Kakitangan Kerajaan Persekutuan 4368 dan Negeri 2367. Manakala kakitangan swasta menerusi majikan masing-masing.

3. Membayar menerusi pos (cek, kiriman wang dan bankdraf) atas nama Majlis Agama Islam Kelantan.

4. Membayar di Bank Islam (M) Berhad. (No.Akaun 03-018-01-000005-0) atas nama Majlis Agama Islam Kelantan. Hantarkan salinan slip bank ke pejabat Majlis Agama Islam Dan Istiadat Melayu Kelantan beserta nama, nombor kad pengenalan dan alamat untuk mendapatkan resit rasmi.


5. Membayar di Kaunter Pejabat POS (M) Bhd.

6. Membayar secara online (internet banking) melalui bank-bank berikut : 
i - Maybank 2u - www.maybank2u.com.my
ii - CIMB - www.cimbclicks.com.my
iii - BIMB - www.bankislam.biz
iv - RHB Bank - www.rhbbank.com.my 
v- Ambank - www.ambank.com.my  
vi - Bank Kerjasama Rakyat - www.irakyat.com.my

DOWNLOAD BORANG POTONGAN GAJI ZAKAT MAIK

Borang 1 : Kebenaran potongan gaji salinan MAIK
file icon download

Borang 2 : Kebenaran potongan gaji salinan majikan
file icondownload

Borang 3 : Kebenaran potongan gaji salinan pemohon
file icondownload

Di negeri manakah kita harus keluarkan zakat? Jawapan yang makngoh tahu adalah di negeri tempat kita mencari rezeki. Dulu, semasa mengajar di Sabah, makngoh berzakat dengan negeri tersebut. InsyaALLAH, menunggu masa untuk berzakat di Kelantan pula.

Tambahan : Kadar zakat fitrah tahun 2012 di Kelantan adalah sebanyak RM 7.00 seorang.
Kadar zakat fitrah bagi umat Islam di Kelantan kekal pada RM7 tahun ini, kata Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) Datuk Kamaruddin Mohd Zin. Beliau berkata ketetapan tersebut diputus Maik selepas diperkenan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V. - Sumber dari Snar Harian
 info di atas adalah dari Majlis Agama Islam Kelantan.

Kelate Kito by Fendi Kenali | Video


ini lagu peberet suami makngoh. huhu

Sabtu, 14 Julai 2012

Rayuan pertukaran guru sesi Jun 2012 | Apa cerita?

Hai...tak tahu nak berkata apa. Pertukaran bulan Jun lepas makngoh gagal. Semasa result pertukaran tu keluar, makngoh sedang berada di hospital menemani emak yang operate kepala pada 15 Mei. Sebabnya ada darah di selaput otak atau istilah sebenar "acute on chronic subdural haemmorage". Selain ambil CRK, makngoh juga ambil cuti separuh gaji untuk jaga emak dan anak kecil makngoh di kampung. 

      
Walaupun sibuk di kampung, makngoh usahakan juga untuk menulis surat rayuan, disertakan juga dengan laporan doktor mengenai penyakit emak dengan harapan adalah peluang makngoh untuk pindah mengajar di kampung menemani emak dan menjaga anak serta bersama suami. 

Hingga tarikh sekarang ni 14 Julai, sudah berkali-kali suami makngoh telefon JPN Kelantan, JPWPKL dan juga ke KPM. Apa yang diberitahu oleh kerani, "sekolah menengah belum meeting". Jadi, makngoh dan makngoh pasti guru-guru lain juga menunggu bilakah mereka akan meeting? Bilakah akan keluar nama untuk mereka yang lulus rayuan? Adakah sebenarnya rayuan ini tiada? 

Tapi, beberapa minggu lepas memang sudah ada guru yang berjaya rayuan dan berpindah dekat dengan keluarga masing-masing. GURU SEKOLAH RENDAH. Hanya guru sekolah menengah sahaja yang diam dengan berita "belum meeting lagi".

Walaupun ada suara-suara mengatakan rayuan sekolah menengah sebenarnya tiada tetapi makngoh masih berharap agar khabar angin tersebut salah. Makngoh berharap agar masih ada sinar untuk pindah. Makngoh mahu bersama anak, suami dan menjaga emak. Teringat lagi kata-kata doktor, walaupun telah dibedah, penyakit emak makngoh mungkin akan berulang lagi. Bukan bertahun-tahun tetapi bulan.

Orang atasan tolonglah faham masalah guru-guru yang mohon bertukar. Bukan sesuka hati sahaja kami mahu bertukar sekolah. Kami ada masalah masing-masing. Janganlah korbankan jiwa dan semangat kami semata-mata kerana sistem pertukaran berasaskan kabel. Kami tidak faham tetapi kami hanya mendengar...kabel...kabel...kabel...barulah boleh tukar. 

Sedih. Sangat sedih. Terbeban dengan tugas yang banyak, ditambah pula dengan hati yang risau, ditambah pula dengan rindu kepada anak kecil, ditambah pula dengan keselamatan seorang diri di tempat orang. Ah...macam-macam masalah. Bukan merungut dengan satu-satu masalah tersebut, tetapi minta difahami dan diselami apa yang jiwa kami sedang rasakan. Bertahun-tahun berjauhan dengan suami, anak dan keluarga. Seolah-olah tiada erti berumahtangga. Seolah-olah robot yang tiada perasaan dan hati nurani, hanya jalankan tugas dengan istilah saya yang menurut perintah.

Betul, kami senyum. Kami berjenaka dan kami ketawa di sekolah. Tetapi dalam hati kami hanya ALLAH yang tahu perit dan deritanya. Di benak kepala kami ini...ibarat ada batu besar yang melekat di medula oblongata. Amat berat terasa. Setiap hari menghadapinya walaupun di saat mata terpejam. Stress yang amat.

 

Makngoh harap, akan dapat surat lulus rayuan pertukaran yang bertarikh 1 Ogos 2012. 
Amat terdesak untuk pindah.

Jumaat, 11 Mei 2012

Mangsa dera Mohd Danish Aiman telah sedar dari koma

Makngoh baru tahu mengenai berita ini. Bayi malang ini dilaporkan telah sedarkan diri pada 29 April 2012. Alhamdulillah. Namun, pendera kejam bayi ini masih belum dapat ditangkap.

KUALA TERENGGANU: Kanak-kanak mangsa dera, Mohd Danish Aiman Abdullah telah sedar dari koma empat hari lepas, kata pegawai perubatan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).

Pegawai perubatan yang enggan dikenali itu berkata bagaimanapun kanak-kanak malang berkenaan masih gagal memberi respon tindak balas.

"Kecederaan di kepala yang dialami Mohd Danish agak teruk dan ketika ini kami mendapati Mohd Danish tidak mampu bergerak seperti biasa dan kemungkinan dia boleh diserang sawan," katanya ketika ditemui di HSNZ, di sini, Ahad.

Beliau berkata kanak-kanak itu kini diberi makan dan minum melalui tiub dan dia diberi rawatan fisioterapi agar saraf-sarafnya tidak keras dan sentiasa bergerak.
 
Keadaan Mohd Danish dilihat semakin stabil setelah kanak-kanak berusia dua tahun setengah itu itu menjalani pembedahan di bahagian kepala Sabtu lepas.

Mohd Danish koma dipercayai akibat didera oleh teman lelaki ibunya Sabtu lepas ekoran perselisihan faham antara ibu kanak-kanak itu dengan lelaki terbabit.

Akibat penderaan itu Mohd Danish mengalami pendarahan pada otak sebelah kiri dan dia dijangka akan menjalani pembedahan buat kali kedua.

Sementara itu Ketua polis Terengganu Datuk Jamshah Mustapa berkata gerakan memburu suspek masih giat dijalankan oleh polis dan lelaki itu dipercayai masih berada di sekitar Kuala Terengganu.
Polis telah menemui beberapa petunjuk namun masih gagal mengesan suspek, katanya.

Beliau meminta orang ramai yang mempuyai maklumat mengenai lelaki yang dikenali sebagai Azhar Jusoh, 31, berasal dari Kampung Tualang, Manir, di sini supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membatu siasatan. BERNAMA

~Komen Terbaru~

Get This Recent Comment Widget!