Sudut Test Mouse Kiri

Tinggalkan pesanan anda di sini

Ahad, 31 Oktober 2010

Kemalangan di Setiu : Ragut 5 nyawa | Gambar kereta remuk


REMUK...Keadaan kenderaan yang terlibat dalam kemalangan mengakibatkan empat sekeluarga termasuk seorang bayi berumur setahun antara lima yang terkorban di Kilometer 67.5 Jalan Penarik, Permaisuri di sini.

Empat sekeluarga termasuk seorang bayi berumur setahun antara lima yang terkorban dalam kemalangan ngeri melibatkan dua buah kenderaan di Kilometer 67.5 Jalan Penarik, Permaisuri di sini hari ini.

Dua lagi parah manakala 10 yang lain cedera ringan dalam kemalangan ketika hujan lebat antara kereta Proton Wira dan sebuah van berhampiran Kampung Nyatuh, di sini kira-kira pukul 1.30 tengah hari.

Mereka yang maut ialah pemandu kereta Proton Wira, Noorazdy Yelwy Sidek, 32; adiknya, Noorazry Elmy, 29; Noor Afzan Efizalman, 16; Nor Amisya Maisarah, anak Noorazry Elmy yang berumur setahun.

Turut terkorban seorang penumpang van, Mek Wook Yacub, 76. Kesemua mereka berasal dari Besut.

Kesemua yang terbunuh kecuali Nor Amisya Maisarah disahkan mati di tempat kejadian akibat kecederaan serius di kepala dan tersepit dalam kenderaan. 

p/s : Al-fatihah. Makngoh tak ada mood nak bebel pasal kemalangan. Antara kecuaian dan takdir ALLAH. Redha dengan apa yang berlaku.

Dalam kejadian di Ipoh pula seorang lelaki berumur 28 turut meninggal akibat kemalangan ketika menyeberang jalan.

Raja Melayu gusar

Trend politik semasa cabar kedaulatan Perlembagaan

Majlis Raja-Raja Melayu menyatakan kebimbangan dan memandang berat trend politik semasa di negara ini yang dilihat sedang meniup angin perkauman dan mencabar kedaulatan Perlembagaan negara.Berikutan itu, Raja-Raja Melayu menitahkan seluruh rak-yat memahami dan menghayati sejarah pembentukan negara dan Perlembagaan Persekutuan yang diasaskan kepada kontrak sosial iaitu semangat permuafakatan dan persefahaman antara kaum dan persetujuan Raja-Raja Melayu.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah dalam kenyataannya semalam, berkata Raja-Raja Melayu berpegang bahawa kontrak sosial yang dipersetujui itu adalah watikah yang menjadi asas kepada keadilan sosial di negara ini yang merangkumi cita-cita bagi mencapai hasrat pembahagian ekonomi secara adil.

“Sikap tolak ansur antara kaum menunjukkan kematangan rakyat pelbagai kaum di negara ini,” katanya dalam kenyataan hasil Mesyuarat Majlis Raja-Raja kali ke-222 yang berlangsung di Istana Negara pada 13 dan 14 Oktober lalu.

“Mesyuarat Majlis Raja-Raja mengambil maklum akan perkembangan semasa serta kebimbangan yang disuarakan oleh individu dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berhubung perkara menyentuh agama Islam, kedudukan Raja-Raja Melayu, orang Melayu dan bahasa Melayu,” katanya.

Selain itu, katanya, Majlis Raja-Raja juga memandang serius kewujudan jenayah yang dikategorikan sebagai jenayah berat, yang boleh mengancam keselamatan, ketenteraman dan imej negara.
“Raja-Raja Melayu bersama Yang di-Pertua negeri memahami serta menghargai usaha Kerajaan Persekutuan menyatupadukan rakyat berlandaskan semangat yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Beliau berkata, Raja-Raja Melayu menitahkan setiap rakyat tanpa mengira kaum dan agama terus bersatu serta setia kepada negara demi memelihara kedaulatan dan kemakmuran negara kerana setiap rakyat mempunyai peranan dalam pembangunan negara.

“Setiap rakyat hendaklah terus menghormati dan akur kepada Perlembagaan Persekutuan serta undang-undang dan mengelakkan tindak-tanduk yang membawa pertelingkahan, perselisihan faham dan syak wasangka antara kaum yang menjejaskan kemakmuran dan keharmonian negara.

“Demi kedaulatan dan keharmonian negara yang kita kasihi ini, Raja-Raja Melayu berharap rakyat tidak akan memberi peluang untuk pembabitan dan campur tangan pihak luar dalam urusan negara,” katanya.

Raja-Raja Melayu turut menyeru orang Melayu bersatu dan tidak bertelingkah sesama sendiri berlandaskan semangat persaudaraan Islam, agar kedudukan orang Melayu tidak terpinggir dan terhakis dalam arus pembangunan negara.

“Pemimpin pertubuhan Melayu wajib mencari persamaan, bermuafakat menggunakan hikmah dan kebijaksanaan, melindungi dan membela nasib orang Melayu,” katanya.

Raja-Raja Melayu menegaskan bahawa keutuhan bangsa Melayu serta nasib orang Melayu tidak akan terpelihara jika pemimpin pertubuhan Melayu lebih cenderung bertelagah dan memilih untuk berselisih faham.

“Raja-Raja Melayu berdoa supaya Malaysia yang dikasihi ini sentiasa berada dalam keadaan aman damai dan rakyatnya yang berbilang kaum terus bersatu serta kekal makmur dan sejahtera.

“Semoga Malaysia terus mendapat perlindungan dan rahmat Allah SWT,” katanya.

Dipetik dari Utusan Online

Pertanyaan orang Arab kepada Rasulullah

Daripada Sayidina Khalid bin Al-Walid Radiallaahu’anhu telah berkata: Telah datang seorang Arab desa kepada Rasulullah SAW dan dia telah menyatakan tujuannya: Wahai Rasulullah! Sesungguhnya kedatangan aku ini adalah untuk bertanya engkau mengenai perkara yang akan menyempurnakan diriku di dunia dan akhirat.

Maka Baginda SAW telah berkata kepadanya. "Tanyalah apa yang dikehendaki":


PERTANYAAN ORANG ARAB TERSEBUTdan RASULULLAH BERSABDA:
  1. Bagaimana sekiranya aku ingin menjadi orang yang alim? Takutlah kepada Allah, maka engkau akan jadi orang yang alim.
  2. Bagaimana sekiraya aku mahu menjadi  orang yang paling kaya?Jadilah orang yang yakin pada diri, maka engkau akan jadi orang yang paling kaya.
  3. Bagaimana sekiranya aku mahu menjadi orang yang adil?   Kasihanilah manusia yang lain sebagaimana engkau kasih pada diri sendiri, maka jadilah engkau seadil-adil manusia.
  4. Bagaimana sekiranya aku mahu menjadi orang yang paling baik?   Jadilah orang yang berguna kepada masyarakat maka, engkau akan jadi sebaik-baik manusia.
  5. Bagaimana sekiranya aku mahu menjadi seorang yang istimewa di sisi Allah?   Banyakkan zikrullah, nescaya engkau akan jadi orang yang istimewa di sisi Allah.
  6. Bagaimana sekiranya aku mahu disempurnakan imanku?   Perelokkan akhlakmu, nescaya imanmu akan sempurna.
  7. Bagaimana sekiranya aku mehu termasuk dalam golongan orang muhsinin(baik)?   Beribadatlah kepada Allah seolah-olah engkau melihat-Nya dan jika engkau tidak merasakan begitu sekurangnya engkau yakin Dia tetap melihat engkau maka dengan cara ini, engkau akan termasuk dalam golongan muhsinin.
  8. Bagaimana sekiranya aku mahu termasuk dalam dalam golongan yang taat?   Tunaikan segala kewajipan yang difardukan maka engkau akan termasuk dalam golongan mereka yang taat.
  9. Bagaimana sekiranya aku mahu berjumpa dengan Allah dalam keadaan bersih daripada dosa?   Bersihkan dirimu daripada najis dosa nescaya engkau akan menemui Allah dalam keadaan suci daripada dosa.
  10. Bagaimana sekiranya aku mahu dihimpunkan pada hari kiamat di bawah cahaya?   Jangan menzalimi seseorang maka engkau akan dihitungkan pada hari kiamat di bawah cahaya.
  11. Bagaimana sekiranya aku mahu dikasihi oleh Allah pada hari kiamat?   Kasihanilah dirimu dan kasihanilah orang lain nescaya Allah akan mengasihimu pada hari kiamat.
  12. Bagaimana sekiranya aku mahu dihapuskan segala dosaku?   Banyakkan beristighfar nescaya akan dihapuskan (kurangkan) segala dosamu.
  13. Bagaimana sekiranya aku mahu menjadi semulia-mulia manusia?   Jangan mengesyaki sesuatu perkara pada orang lain nescaya engkau akan jadi semulia-mulia manusia.
  14. Bagaimana sekiranya aku mahu menjadi segagah-gagah manusia?   Sentiasa menyerah diri (tawakal)kepada Allah nescaya engkau akan menjadi segagah-gagah manusia.
  15. Bagaimana sekiranya aku mahu dimurahkan rezeki oleh Allah?   Sentiasa berada dalam berkeadaan bersih (daripada hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki kepadamu.
  16. Bagaimana sekiranya aku mahu termasuk dalam golongan mereka yang dikasihi Allah dan rasul-Nya.   Cintailah segala apa yang disukai Allah dan rasul-Nya maka engkau termasuk dalam golongan yang dicintai oleh Mereka.
  17. Bagaimana sekiranya aku mahu diselamatkan dari kemurkaan Allah pada hari kiamat?   Jangan marah kepada orang lain, nescaya engkau akan terselamat daripada kemurkaan Allah dan rasul-Nya.
  18. Bagaimana sekiranya aku mahu diterima segala permohonanku?   Jauilah makanan haram nescaya segala permohonanmu akan diterima-Nya.
  19. Bagaimana sekiranya aku mahu agar Allah menutup segala keaibanku pada hari Kiamat?   Tutuplah keburukan orang lain nescaya Allah akan menutup keaibanmu pada hari kiamat.
  20. Siapakah yang terselamat daripada dosa?   Orang yang sentiasa mengalir air mata penyesalan, mereka yang tunduk pada kehendak-Nya dan mereka yang ditimpa kesakitan.
  21. Apakah sebesar-besar kebaikan disisi Allah?   Elok budi pekerti, rendah diri dan sabar dengan ujian(bala).
  22. Apakah sebesar-besar kejahatan disisi Allah?   Buruk akhlak dan sedikit ketaatan.
  23. Apakah yang meredakan kemurkaan Allah di dunia dan akhirat?   Sedekah dalam keadaan sembunyi (tidak diketahui) dan menghubungkan kasih sayang.
  24. Apakah yang memadamkan api neraka pada hari kiamat?   Sabar di dunia dengan bala dan musibah.

Widget Entri Terbaru | Cara pasang widget entri terbaru di blog

Salam semua pembaca. Makngoh  dapat widget  dari satu laman web. Kegunaan widget ini adalah untuk memudahkan blogger menyenaraikan setiap entri terbaru mereka secara automatik. Jadi, makngoh nak kongsi dengan anda semua yang berminat nak buat macam tu juga.

    Ops, bukan makngoh nak mengajar yer. Makngoh pun tak pandai gak bab-bab IT dan ICT yang pelik-pelik ni. Maklumlah tua sudah. Amir Aizat dan Syeragh  jugaklah yang power bab-bab blog ni. Mungkin anda juga ada widget recent post yang lebih canggih. Okay, cara-cara nak buat senarai entri terbaru.

1. Copy semua kod di bawah ini.

<script language="JavaScript">

imgr = new Array();

imgr[0] = "http://i43.tinypic.com/orpg0m.jpg";

imgr[1] = "http://i43.tinypic.com/orpg0m.jpg";

imgr[2] = "http://i43.tinypic.com/orpg0m.jpg";

imgr[3] = "http://i43.tinypic.com/orpg0m.jpg";

imgr[4] = "http://i43.tinypic.com/orpg0m.jpg";



showRandomImg = true;

boxwidth = 450;

cellspacing = 8;

borderColor = "#ffffff";

bgTD = "#000000";

thumbwidth = 20;

thumbheight = 20;

fntsize = 11;

acolor = "#666";

aBold = true;

icon = " ";

text = "comments";

showPostDate = false;

summaryPost = 40;

summaryFontsize = 10;

summaryColor = "#666";

icon2 = " ";

numposts = 10;
home_page = "http://makngohselamoh.blogspot.com/";

</script>

<script src="http://wittoblog.googlecode.com/files/thumnil.js" type="text/javascript"></script>


2. Paste dalam gadget ( Page Elements - Add a Gadget - pilih HTML/javascript)

3. Edit apa yang perlu mengikut citarasa anda.

boxwidth - Ukuran Lebar Widget
cellspacing - Spacing diantara cells
borderColor - Warna Border
thumbwidth & thumbheight - Ukuran lebar dan tinggi gambar Thumbnails
fntsize - Ukuran Font pada title
acolor - Warna title
aBold - Tebal huruf pada title? (true or false)
numposts - Jumlah recent post yang anda nak?
home_page : Tukar kepada url blog anda. Jangan tak tukar pulak. Nanti kang yang keluar adalah entri terbaru blog makngoh...

Kronologi ringkas sejarah Piala Malaysia

 

  1. 1921 dinamakan Piala HMS
  2. 1933 ditukarkan nama menjadi Piala HMS Malaya sempena nama kapal perang HMS Malaya kerana kapten kapal Ion Beauchamp Butler telah menyumbang piala.
  3. 1942 - 1947 dihentikan ekoran Perang Dunia ke dua.
  4. 1948 Piala HMS Malaya dimulakan semula.
  5. 1967 digantikan dengan nama Piala Malaysia dan Sabah, Sarawak dan Brunei turut menyertai PM.
  6. 1982 Liga kejohanan diperkenalkan bagi memilih siapa yang layak perlawanan akhir.
  7. 1994 Singapura menang Piala Malaysia
  8. 1995 Singapura menarik diri dari Liga Malaysia dan tidak lagi beraksi.
  9. 1999 bilangan pasukan yang menyertai Liga Malaysia meningkat sebanyak 12 pasukan.
  10. 2000 > 16 pasukan menyertai Liga Malaysia . Johor FC pasukan kelab pertama yang menyertai liga.
  11. 2003 MPPJ Selangor merupakan kelab pertama yang menang Piala Malaysia.

Fakta Sejarah Piala Malaysia Negeri Sembilan dan Kelantan

Pasukan Kelantan

> Menyertai Final Piala Malaysia sebanyak 4 kali
1995 (Naib Juara)
1970 (Naib Juara)
2009 ( Naib Juara)
2010 ( Juara)

> Menjadi juara setelah 89 tahun menunggu dan menjadi pasukan ke 14 yang menang Piala Malaysia

Pasukan Negeri Sembilan

> Menyertai Final Piala Malaysia sebanyak 4 kali
1948 (Juara)
2006 ( Naib Juara)
2009 ( Juara)
2010 ( Naib Juara)

13 fakta pasukan-pasukan Piala Malaysia

  1. Juara pertama di Stadium Merdeka adalah  Perak 1957
  2. Juara pertama di Stadium Shah Alam adalah Singapura 1994
  3. Juara pertama di Stadium Bukit Jalil ialah Perak 1999
  4. Pasukan yang pernah menjuarai hatrik adalah Singapura 5 kali (1923-1924-1925), (1928-1929-1930), (1932-1933-1934), (1939-1940-1941) dan (1950-1951-1952) Selangor 4 kali (1927-1928-1929), (1961-1962-1963), (1971-1972-1973) dan (1995-1996-1997) dan Kuala Lumpur 1 kali (1987-1988-1989)
  5. Pasukan kelab pertama bertanding adalah Johor FC 2000
  6. Pasukan kelab pertama juara adalah MPPJ Selangor 2004
  7. Pasukan memasuki perlawanan akhir berturut-turut paling lama adalah Singapura 1921-1941
  8. Pasukan-pasukan berkongsi juara adalah Selangor & Singapura 1928 dan 1929
  9. Pasukan memasuki akhir tapi tewas Sabah 3 kali (1996, 2002 dan 2003) Kelantan 3 kali (1955, 1970 dan 2009) ATM 2 kali (1949 dan 1966) dan Sarawak 1 kali 1999
  10. Pasukan yang belum masuk final lagi adalah Melaka
  11. Pasukan yang memasuki final tiga kali (atau lebih) tapi tidak menang kesemuanya (kecuali Selangor dan Singapura) adalah Perak 2 kali (1959, 1960 dan 1961) dan (1970, 1971 dan 1972)  Pulau Pinang 1952, 1953 dan 1954, Kedah 1987, 1988 dan 1989 Perlis 2004, 2005 dan 2006
  12. Pasukan memerlukan tempoh paling panjang untuk memenangi semula adalah Negeri Sembilan 61 tahun (1948-2009)
  13. Pasukan memerlukan tempoh paling panjang untuk memenangi Piala Malaysia Kelantan 89 tahun (1921-2010)  dan Perlis 83 tahun (1921-2004)

Pencapaian setiap pasukan sejak Piala Malaysia 1921

Pencapaian pasukan


#KelabJuaraNaib juara
1Selangor3215
2Singapura2419
3Perak711
4Pulau Pinang49
6Kedah46
5Kuala Lumpur31
7Pahang24
8Negeri Sembilan22
9Johor21
9Perlis21
10Kelantan13
11Terengganu13
12Brunei1-
13Sabah-3
14MPPJ Selangor1-
15Tentera-2
16Sarawak-1

 


Rekod Pasukan Catatan
  1. Juara terbanyak : Selangor 32 kali, termasuk 2 kali juara bersama Singapura
  2. Juara pertama Piala Malaya : Singapura 1921
  3. Juara pertama Piala HMS Malaya :  Singapura 1933
  4. Juara pertama Piala Malaysia : Perak 1967
  5. Juara pertama selepas Perang Dunia ke 2 : Negeri Sembilan 1948
  6. Juara pertama abad ke-21 :  Perak 2000

Sejarah juara dan naib juara Piala Malaysia sejak 1921

 
TahunJuaraJaringanNaib JuaraStadium
2010Kelantan Bendera Kelantan2 – 1Bendera Negeri Sembilan Negeri SembilanStadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur
2009Negeri Sembilan Bendera Negeri Sembilan3 – 1Bendera Kelantan KelantanStadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur
2008Kedah Bendera Kedah3 – 2Bendera Selangor SelangorStadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur
2007Kedah Bendera Kedah3 – 0Bendera Perak PerakStadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur
2006Perlis Bendera Perlis2 – 1Bendera Negeri Sembilan Negeri SembilanStadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur
2005Selangor Bendera Selangor3 – 0Bendera Perlis PerlisStadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur
2004Perlis Bendera Perlis1 – 0Bendera Kedah KedahStadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur
2003Selangor MPPJ Bendera Selangor3 – 0Bendera Sabah SabahStadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur
2002Selangor Bendera Selangor1 – 0 (gol emas)Bendera Sabah SabahStadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur
2001Terengganu Bendera Terengganu2 – 1Bendera Perak PerakStadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur
2000Perak Bendera Perak2 – 0Bendera Negeri Sembilan Negeri SembilanStadium Shah Alam, Selangor
1999Brunei Bendera Brunei2 – 1Bendera Sarawak SarawakStadium Merdeka, Kuala Lumpur
1998Perak Bendera Perak1 – 1 (5-3 Penalti)Bendera TerengganuTerengganuStadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur
1997Selangor Bendera Selangor1 – 0 (suntuk dadak)Bendera Pahang PahangStadium Shah Alam, Selangorr
1996Selangor Bendera Selangor0 – 0 (5-3 Penalti)Bendera Sabah SabahStadium Shah Alam, Selangor
1995Selangor Bendera Selangor1 – 0 (suntuk dadak)Bendera Pahang PahangStadium Shah Alam, Selangor
1994Singapura Bendera Singapura4 – 0Bendera Pahang PahangStadium Shah Alam, Selangor
1993Kedah Bendera Kedah2 – 0Bendera Singapura SingapuraStadium Merdeka, Kuala Lumpur
1992Pahang Bendera Pahang1 – 0Bendera Kedah KedahStadium Merdeka, Kuala Lumpur
1991Johor Bendera Johor3 – 1Bendera Selangor SelangorStadium Merdeka, Kuala Lumpur
1990Kedah Bendera Kedah3 – 1Bendera Singapura SingapuraStadium Merdeka, Kuala Lumpur
1989Kuala Lumpur Bendera Kuala Lumpur2 – 1Bendera Kedah KedahStadium Merdeka, Kuala Lumpur
1988Kuala Lumpur Bendera Kuala Lumpur3 – 0Bendera Kedah KedahStadium Merdeka, Kuala Lumpur
1987Kuala Lumpur Bendera Kuala Lumpur1 – 0Bendera Kedah KedahStadium Merdeka, Kuala Lumpur
1986Selangor Bendera Selangor6 – 1Bendera Johor JohorStadium Merdeka, Kuala Lumpur
1985Johor Bendera Johor2 – 0Bendera Kuala Lumpur Kuala LumpurStadium Merdeka, Kuala Lumpur
1984Selangor Bendera Selangor3 – 1Bendera Pahang PahangStadium Merdeka, Kuala Lumpur
1983Pahang Bendera Pahang3 – 2 (Masa Tambahan)Bendera Selangor SelangorStadium Merdeka, Kuala Lumpur
1982Selangor Bendera Selangor1 – 0Bendera TerengganuTerengganuStadium Merdeka, Kuala Lumpur
1981Selangor Bendera Selangor4 – 0Bendera Singapura SingapuraStadium Merdeka, Kuala Lumpur
1980Singapura Bendera Singapura2 – 1Bendera Selangor SelangorStadium Merdeka, Kuala Lumpur
1979Selangor Bendera Selangor2 – 0Bendera Singapura SingapuraStadium Merdeka, Kuala Lumpur
1978Selangor Bendera Selangor4 – 2Bendera Singapura SingapuraStadium Merdeka, Kuala Lumpur
1977Singapura Bendera Singapura3 – 2 (Masa Tambahan)Bendera Pulau Pinang Pulau PinangStadium Merdeka, Kuala Lumpur
1976Selangor Bendera Selangor3 – 0Bendera Singapura SingapuraStadium Merdeka, Kuala Lumpur
1975Selangor Bendera Selangor1 – 0Bendera Singapura SingapuraStadium Merdeka, Kuala Lumpur
1974Pulau Pinang Bendera Pulau Pinang2 – 1Bendera Perak PerakStadium Merdeka, Kuala Lumpur
1973Selangor Bendera Selangor2 – 1Bendera TerengganuTerengganuStadium Merdeka, Kuala Lumpur
1972Selangor Bendera Selangor3 – 1Bendera Perak PerakStadium Merdeka, Kuala Lumpur
1971Selangor Bendera Selangor3 – 1Bendera Perak PerakStadium Merdeka, Kuala Lumpur
1970Perak Bendera Perak1 – 0Bendera Kelantan KelantanStadium Merdeka, Kuala Lumpur
1969Selangor Bendera Selangor1 – 0Bendera Pulau Pinang Pulau PinangStadium Merdeka, Kuala Lumpur
1968Selangor Bendera Selangor8 – 1Bendera Pulau Pinang Pulau PinangStadium Merdeka, Kuala Lumpur
1967Perak Bendera Perak2 – 1Bendera Singapura SingapuraStadium Merdeka, Kuala Lumpur
1966Selangor Bendera Selangor1 – 0TenteraStadium Merdeka, Kuala Lumpur
1965Singapura Bendera Singapura3 – 1Bendera Selangor SelangorStadium Merdeka, Kuala Lumpur
1964Singapura Bendera Singapura3 – 2Bendera Perak PerakStadium Merdeka, Kuala Lumpur
1963Selangor Bendera Selangor6 – 2Bendera Pulau Pinang Pulau PinangStadium Merdeka, Kuala Lumpur
1962Selangor Bendera Selangor1 – 0Bendera Pulau Pinang Pulau PinangStadium Merdeka, Kuala Lumpur
1961Selangor Bendera Selangor4 – 2Bendera Perak PerakStadium Merdeka, Kuala Lumpur
1960Singapura Bendera Singapura2 – 0Bendera Perak PerakStadium Merdeka, Kuala Lumpur
1959Selangor Bendera Selangor4 – 0Bendera Perak PerakStadium Merdeka, Kuala Lumpur
1958Pulau Pinang Bendera Pulau Pinang3 – 3 (3-1 Ulangan)Bendera Singapura SingapuraStadium Merdeka, Kuala Lumpur
1957Perak Bendera Perak3 – 2Bendera Selangor SelangorStadium Merdeka, Kuala Lumpur
1956Selangor Bendera Selangor2 – 1Bendera Singapura SingapuraPadang Kelab Selangor, Kuala Lumpur
1955Singapura Bendera Singapura3 – 1Bendera Kelantan KelantanJalan Rifle Range, Singapura
1954Pulau Pinang Bendera Pulau Pinang3 – 0Bendera Singapura SingapuraPadang Kelab Selangor, Kuala Lumpur
1953Pulau Pinang Bendera Pulau Pinang3 – 2Bendera Singapura SingapuraDewan Perhimpunan Cina, Ipoh
1952Singapura Bendera Singapura3 – 2Bendera Pulau Pinang Pulau PinangDewan Perhimpunan Cina, Ipoh
1951Singapura Bendera Singapura6 – 0Bendera Perak PerakPadang Kelab Selangor, Kuala Lumpur
1950Singapura Bendera Singapura2 – 0Bendera Pulau Pinang Pulau PinangPadang Kelab Selangor, Kuala Lumpur
1949Selangor Bendera Selangor3 – 2TenteraPadang Kelab Selangor, Kuala Lumpur
1948Negeri Sembilan Bendera Negeri Sembilan2 – 2 (2-1 Ulangan)Bendera Selangor SelangorPadang Kelab Selangor, Kuala Lumpur
1941Singapura Bendera Singapura2 – 1Bendera Pulau Pinang Pulau PinangPadang Kelab Selangor, Kuala Lumpur
1940Singapura Bendera Singapura2 – 0Bendera Kedah KedahPadang Kelab Selangor, Kuala Lumpur
1939Singapura Bendera Singapura3 – 1Bendera Selangor SelangorPadang Kelab Selangor, Kuala Lumpur
1938Selangor Bendera Selangor1 – 0Bendera Singapura SingapuraPadang Kelab Selangor, Kuala Lumpur
1937Singapura Bendera Singapura2 – 1Bendera Selangor SelangorPadang Kelab Selangor, Kuala Lumpur
1936Selangor Bendera Selangor1 – 0Bendera Singapura SingapuraJalan Rifle Range, Singapura
1935Selangor Bendera Selangor3 – 2Bendera Singapura SingapuraPadang Kelab Selangor, Kuala Lumpur
1934Singapura Bendera Singapura2 – 1Bendera Pulau Pinang Pulau PinangStadium Merdeka, Kuala Lumpur
1933Singapura Bendera Singapura8 – 2Bendera Selangor SelangorJalan Rifle Range, Singapura
1932Singapura Bendera Singapura5 – 3Bendera Selangor SelangorPadang Kelab Selangor, Kuala Lumpur
1931Perak Bendera Perak3 – 1Bendera Singapura SingapuraDewan Perhimpunan Cina, Ipoh
1930Singapura Bendera Singapura3 – 0Bendera Selangor SelangorStadium Jalan Anson, Singapura
1929Selangor Bendera Selangor2 – 2 (Berkongsi Juara)Bendera Singapura SingapuraPadang Kelab Selangor, Kuala Lumpur
1928Selangor Bendera Selangor2 – 2 (Berkongsi Juara)Bendera Singapura SingapuraPadang Kelab Selangor, Kuala Lumpur
1927Selangor Bendera Selangor8 – 1Bendera Singapura SingapuraPadang Kelab Selangor, Kuala Lumpur
1926Perak Bendera Perak1 – 0Bendera Singapura SingapuraPadang Kelab Selangor, Kuala Lumpur
1925Singapura Bendera Singapura2 – 1Bendera Selangor SelangorStadium Jalan Anson, Singapura
1924Singapura Bendera Singapura1 – 0Bendera Selangor SelangorPadang Kelab Selangor, Kuala Lumpur
1923Singapura Bendera Singapura2 – 1Bendera Perak PerakPadang Kelab Selangor, Kuala Lumpur
1922Selangor Bendera Selangor3 – 2Bendera Singapura SingapuraPadang Kelab Selangor, Kuala Lumpur
1921Singapura Bendera Singapura2 – 1Bendera Selangor SelangorPadang Kelab Selangor, Kuala Lumpur
*sumber wikipedia

Labels

~Komen Terbaru~

Get This Recent Comment Widget!