PTPTN ... kadang-kadang bertindak macam ayam. Telor sebiji riuh sekampung. Bukan makngoh bengang atau marah tapi tertunggu-tunggu janji yang diwar-warkan seluruh negara oleh PTPTN bahawa peminjam akan dapat menikmati penurunan 1% kos pentadbiran. Janji yang dihebohkan itu berlaku pada tahun 2008. Sekarang, sudah 2 tahun berlalu dan makngoh yakin lebih 90% peminjam PTPTN masih lagi membayar kos pentadbiran 4%.
Kini, riuh pula isu bayaran balik guna potongan gaji. Biarlah yang itu.
Yang peliknya, mana janji yang diberikan oleh PTPTN bahawasanya peminjam lama akan menerima satu surat yang perlu ditandatangan menyatakan bahawa kos pentadbiran diturunkan 3%. Surat tersebut akan diberi selewat-lewatnya MAC 2009. AKAN DAN AKAN hinggalah sekarang 2010.
Alasan yang diberi oleh pihak PTPTN pula adalah proses tersebut mengambil masa dan perlu dibuat urusan secara individu. Makngoh tak faham.
Bayaran PTPTN makngoh dibuat secara potongan gaji sejak makngoh mula-mula bekerja dan setakat ini makngoh telah menerima 2 surat lewat bayar dan dikenakan bunga. WAJARKAH BEGITU? sedangkan, makngoh telah membuat pembayaran setiap bulan melalui potongan gaji. Bukan salah makngoh kalau bayaran itu terlewat sehari dua atau seminggu dua. CEPAT PULA PTPTN BERTINDAK BAGI KES TERLEWAT BAYAR MACAM MAKNGOH NI.
TAPI 2 tahun sudah berlalu, 3% kos pentadbiran hanyalah berita tergempar dan belum menampakkan tindakan.
DI BAWAH pula adalah LUAHAN SEORANG PEMINJAM PTPTN yang disiarkan di Utusan Online.
BARU-BARU ini Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) memaklumkan kaedah potongan gaji melalui Lembaga Hasil dalam Negeri (LHDN) akan dikuatkuasakan bagi mengutip bayaran pinjaman pelajar. Saya terpanggil untuk memberikan pandangan kepada pihak PTPTN.
Saya lihat pihak PTPTN cuba mencari alternatif bagi membuat kutipan bagi memastikan dana yang digunakan peminjam akan datang tidak kehabisan.
Usaha ini boleh dilaksanakan, namum pihak PTPTN janganlah hanya melihat tanggung jawab peminjam sahaja. Pihak PTPTN juga harus melihat tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh kerajaan kepada mereka.
Misalnya, pihak PTPTN masih belum melaksanakan penurunan kos pentadbiran daripada tiga peratus kepada satu peratus seperti mana yang diuar-uarkan oleh kerajaan.
Hal ini menunjukkan hasrat Kerajaan untuk mewujudkan kerajaan yang mesra rakyat selaras dengan moto 'Satu Malaysia: Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan' tidak diterjemahkan oleh PTPTN.
Saya sendiri sudah menghubungi PTPTN sebanyak tiga kali, termasuk kali terakhir pada 15 April 2010 bertanyakan tarikh penguatkuasaan kadar kos pengurusan satu peratus serta surat perjanjian baru.
Namun jawapan yang diberikan masih sama iaitu surat perjanjian baru akan dihantar dalam sedikit masa lagi dan kadar baru akan dikira berdasarkan tarikh yang diumumkan oleh Menteri Pengajian Tinggi.
Seingat saya sewaktu pengumuman dibuat, hanya peminjam yang menandatangani surat persetujuan yang baru sahaja akan menikmati kadar satu peratus.
Saya telah membuat pembayaran setiap bulan melalui online, namun sehingga kini masih belum menerima apa-apa notis mahupun surat berkaitan pengurangan kadar caj daripada tiga peratus kepada satu peratus.
Adakah pihak PTPTN dan kerajaan telah lupa kepada janji-janji yang telah dibuat dan disiarkan oleh seluruh media cetak dan elektronik?
Sesuatu yang pelik dan bermain di fikiran saya mengapa begitu lambat dan tidak agresif sekali tindakan susulan yang dibuat oleh pihak PTPTN terhadap polisi baru yang diumumkan oleh kerajaan.
Sekiranya terdapat masalah pengurusan, saya mencadangkan agar pengurusan PTPTN bukan sahaja diuruskan oleh golongan profesional tetapi individu yang benar-benar berdedikasi kepada tugas, hatta bijak membuat unjuran masa dengan secara tepat dan proaktif.
Kalau saya tidak silap telah lebih setahun pengumuman kadar satu peratus dibuat oleh kerajaan namun belum nampak tindakan PTPTN.
Sudahlah semasa meminjam (belajar) tempoh kemasukan duit pinjaman kerap kali lambat, sesudah menamatkan pengajian masalah lain pula yang menimpa.
M.ZAM
Kuala Lumpur
BACA LAPORAN JAWAPAN MENTERI BERKAITAN DI SINI
Sudut Test Mouse Kiri
Entri Popular
Tinggalkan pesanan anda di sini
Khamis, 23 September 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Labels
AFF
(3)
ALLAH
(127)
artis
(30)
award
(2)
bajet 2011
(5)
bencana
(1)
berita
(171)
blog
(33)
bola
(37)
buang bayi
(4)
cerpen
(5)
doa
(6)
ibubapa
(6)
iklan
(7)
ilmu
(34)
istana
(7)
kartun
(4)
kelate
(75)
kemalangan
(6)
kesihatan dan kecantikan
(9)
khidmat masyarakat
(3)
kisah benar
(16)
lain-lain
(5)
lawak
(15)
matematik
(5)
neraka
(5)
pelik
(33)
penderaan
(12)
pendidikan
(131)
penerbangan
(4)
peperiksaan
(9)
pergigian
(1)
peribadi
(87)
Piala Malaysia
(8)
piala presiden 2011
(1)
politik
(3)
prestasi blog
(6)
puasa
(10)
puisi
(4)
resepi
(33)
solat
(13)
sosial
(85)
sukan
(13)
Sukan Asia Guangzhou
(3)
surat pekeliling
(2)
tips dan petua
(31)
tutorial
(1)
video
(15)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
sila komen jika sudi :)