Sudut Test Mouse Kiri

Tinggalkan pesanan anda di sini

Jumaat, 10 September 2010

Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1431 H


Salam semua,
Makngoh mencuri sedikit masa untuk mengucapkan selamat menyambut Hari Raya AidilFitri 2010 kepada penjelajah dan penjejak alam maya di serata dunia yang menyambut perayaan ini. Makngoh juga sekali lagi memohon maaf jika ada kekasaran bahasa makngoh di dalam penulisan-penulisan entri makngoh @ kesombongan makngoh @ kealpaan makngoh terhadap pengunjung-pengunjung blog ini.

Tadi makngoh terdengar sedikit tazkirah di radio dalam kereta semasa makngoh menuju ke Pasar Borong Wakaf Che Yeh mengenai Habisnya Bulan Ramadhan.

Kegembiraan menyambut Syawal sebenarnya bermakna kita telah rugi dan meninggalkan bulan Ramadhan yang penuh dengan fadhilat kebaikannya. Di akhir Ramadhan, seluruh bumi dan langit akan menangis kerana risaukan musibah dan kekurangan yang akan diterima oleh umat Nabi Muhammad selepas bulan Ramadhan.

Ini kerana hanya di bulan Ramadhan, amalan sunat dilihat ALLAH seperti amalan wajib, amalan wajib pula diberi pahala berlipat kali ganda, doa-doa di bulan Ramadhan dimakbulkan ALLAH, sedekah dan pemberian dengan niat kerana ALLAH diterima sepenuhnya oleh ALLAH dan macam-macam lagi kelebihan dan kebaikan.

Namun sayangnya, tidak ramai manusia yang merasa sedih meninggalkan bulan yang penuh berkat ini. Malah terlalu ramai yang gembira dan tidak sabar menunggu habisnya bulan Ramadhan - tidak seperti langit dan bumi.

Hari Raya Aidilfitri disambut dengan berlebihan, hiburan yang melampui batas dan penuh dengan pembaziran. Dalam Islam, memang umat Islam disuruh menyambut Hari Raya Aidilfitri malah, kita diHARAMkan berpuasa pada hari tersebut supaya kita sama-sama menyambut perayaan ini. Namun, biarlah sambutan itu berpada-pada.

Penceramah tersebut juga mengingatkan agar kita menanam sedikit rasa sedih meninggalkan bulan Ramadhan tetapi tetap bergembira menyambut Syawal sebagai tanda kemenangan kita umat Islam melawan hawa nafsu menahan lapar dahaga dan segala macam dugaan sepanjang bulan tersebut.

Saat makngoh menaip entri ni, Ramadhan telah berlalu dan Syawal telah menjelma. Marilah kita berdoa agar dipanjangkan umur untuk menikmati Ramadhan pada tahun 1432H (2011). InsyaALLAH.

Ingatan kepada diri sendiri dan semua rakan perempuan dan wanita, budaya bersalaman di hari raya memanglah bagus. Salam orang yang menghulur terlebih dahulu mendapat pahala lebih banyak berbanding salam orang yang menerima hulur. TETAPI INGATLAH, janganlah kita bersalaman dengan yang bukan muhrim walaupun, lelaki itu kita anggap macam ayah sendiri, macam adik sendiri dan macam-macam lagi.

SELAMAT HARI RAYA. MAAF ZAHIR DAN BATIN.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila komen jika sudi :)

Labels

~Komen Terbaru~

Get This Recent Comment Widget!