Sudut Test Mouse Kiri

Tinggalkan pesanan anda di sini

Selasa, 31 Ogos 2010

Hohoho...balik kampung

Dalam bulan ni, penyanyi yang glamour sudah tentu allahyarham Sudirman. Selain lagu kemerdekaan 31 Ogos (lepas perhimpunan sekolah tadi sekolah makngoh nyanyi), Sudirman juga terkenal dengan lagu Balik Kampung. Sesuai untuk perantau jauh-jauh. Al-fatihah untuk arwah.

Esok makngoh balik kampung dah. 31 Ogos. Makngoh ambil cuti awal 3 hari, sebab nak balik buat persiapan perkahwinan makngoh. InsyaALLAH akan dilangsungkan pada 13 September 2010 bersamaan 4 Syawal. Doakan semua berjalan lancar ye.

Mata belum lagi mengantuk ni. Lepas tu, barang-barang belum siap packing. Tapi banyak yang dah siap dalam 95%. Hehehe. Makngoh duk fikir nak bawa balik laptop ke tidak? Macam malas pulak. Tapi macam nak guna juga laptop ni di kampung. Selain nak update blog, nak buat kerja sikit.

Tapi kawan makngoh cakap, nak kahwin pun masih nak buat kerja. Cuti sepuas-puasnya lah. Nantilah macamana esok pagi, samaada laptop ni ikut balik kampung sama beraya dengan makngoh atau tidak.

Sebenarnya elok juga tidur lewat kalau nak berjalan jauh ni. Maknanya esok boleh tidur dalam flight. Pernah tu makngoh naik flight dari Sandakan tidur setidurnya sampailah tiba di LCCT baru terjaga.

Jadi sempena raya yang bakal menjelma ini, makngoh nak menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf di atas kekasaran bahasa dalam penulisan makngoh yang menyinggung hati mana-mana pihak. Maaf kepada blogger yang mungkin makngoh tak balas kunjungannya ke blog makngoh dan maaf juga kepada blogger yang klik nuff makngoh tetapi mungkin makngoh tak dapat klik nuff dia. Biasanya sebab blognya error bila makngoh try masuk atau sebab utama sebab makngoh sibuk seminggu dua ni.

Makngoh juga nak minta maaf kepada yang baru follow makngoh tapi mungkin makngoh terlepas pandang hingga tak follow blognya kembali. InsyaALLAH, kalau bersempatan, makngoh akan recheck balik, mana-mana blog yang makngoh hutang :)

Walaupun tanpa blogwalking seminggu dua ni, follower makngoh naik mencecah 162 orang dah. Terima kasih pada semua yang link blog makngoh dalam blog anda. Ops lagi satu pesanan, penulisan makngoh tiada sebarang kepentingan peribadi dan kepentingan politik yer. Makngoh menulis berdasarkan pandangan makngoh dan selain tu rujukan dari buku dan blog. Memanglah ada ketikanya, penulisan makngoh ni tiada fakta, tetapi setakat ni makngoh tidak hipokrit dalam menulis dan cuba jujur dalam buat entri.

Okies semua. Selamat Hari raya dan selamat menyambut kemerdekaan ke 53.

p/s : kita sudah merdeka secara fizikal tetapi kita masih terjajah minda?

5 ulasan:

  1. salam makngoh..nok kelik doh ko? cepatnya..huhu..Amir raya sini jah..(Kuching)..

    hurm...ok makngoh..bereh..hehe..AMir pun minta maaf gak...

    semoga selamat perjalanan tue...

    p/s: laptop harus disisi..kih3

    BalasPadam
  2. wsalam...raya kuching...mujur oyak, makngoh ingat raya dalam blog :) ekekeke jgn mare.

    xpolah raya di kuching pun. bunyi kaba beshh ugop raya situ..masakan kelate pun ado situ khe :) nasi kabu ado nasi dage ado..hok lagi sedak ado kek lapis muroh situ :(

    p/s : selain di sisi, tido pun dakak laptop, mimpi pun pasal laptop

    BalasPadam
  3. seronoknya makngoh dah balik kampung:)

    BalasPadam
  4. Selamat bercuti MAKNGOH..
    Tahniah bakal melangsungkan perkahwinan.

    MAAF selama ni dok sangka MakNgoh ni baya baya Kak Azie, rupanya masih muda lela...

    Moga jodoh dimakbulkan, dan berkekalan hingga hujung nyawa.

    BalasPadam

sila komen jika sudi :)

Labels

~Komen Terbaru~

Get This Recent Comment Widget!