Sudut Test Mouse Kiri

Tinggalkan pesanan anda di sini

Ahad, 7 November 2010

Erra Fazira kutuk penyokong bola Kelantan?

                           

Status facebook ERRA FAZIRA pada malam Piala Malaysia -:
 "Terus balik rumah, sebelum ada yang terbakar. Tetapi rupanya Kelantan menang, jadi tak adalah yang terbakar." 

Makngoh baru tahu cerita ini, kalau tidak, dah lama dah makngoh  post entri ini. Dalam maklumbalas Erra Fazira, kononnya status FBnya itu hanyalah gurauan semata-mata. Oh, patutlah Pak Nil pun ada buat entri, beralas bila berkata dalam kolumnya di Metro. Ewah...ewah. Memang tepatlah Pak Nil.

Mana makngoh dapat cerita ini. Bukan dari Kelate.net walaupun Erra Fazira bercerita mengenai penyokong Kelantan tetapi dari Utusan Online.  Hai, Utusan pun satu hal, dari cerita yang orang tak tahu, ini dah menjadikan orang tahu. Dari makngoh tak tahu, ini makngoh dah tahu. Rasanya, peminat facebook Kelate.net pun tak tahu ini. Hanya segelintir sahaja. Tak apalah, nanti makin ramailah yang tahu ini. Terima kasih Utusan kerana memberitahu.

Petikan dari Utusan. Baca di sini kalau nak cerita penuh
Ceritanya macam ini. Erra telah membuat satu posting ke akaun FB dalam nada gurauan. Antaranya yang ditulis ialah "Terus balik rumah, sebelum ada yang terbakar. Tetapi rupanya Kelantan menang, jadi tak adalah yang terbakar."

Lebih kurang macam itulah apa yang dicoret Erra dalam FBnya pada malam final Piala Malaysia antara Kelantan dan Negeri Sembilan minggu lepas.
Komen penuh humor Erra tanpa disangka-sangka membuatkan segelintir peminat bolasepak Kelantan beremosi dan membuat serangan balas terhadap Erra di dalam FB itu juga. (makngoh kata : komen penuh humor? Tak nampaknya humor satu habuk pun. Nampak celupar je)
Macam-macam komen. Bila sudah macam-macam tu, segala jenis bahasa yang molek dan tak molek terus terkeluar dan bertambah panas lagi apabila ada yang minta supaya Erra buat permohonan maaf kepada seluruh rakyat Kelantan.
Tidak puas hati lagi, ada pula yang membuka laluan baru di FB bertajuk Mahu Erra Fazira Minta Maaf Kepada Rakyat Kelantan. Tiba-tiba ni, sampai macam tu sekali. (makngoh kata : alah, propaganda wartawan je tu)
Saya percaya, ketika menulis itu, Erra langsung tidak berniat untuk memburukkan sesiapa pun. Jauh sekali untuk 'menghukum' orang Kelantan, ia tidak lebih hanya kata-kata gurauan. Berapa banyak antara kita bergurau perkara yang sama setiap kali bertemu dengan teman-teman dari Kelantan?
Di FB saya juga, banyak kawan-kawan yang hantar posting dalam nada gurauan yang sama kerana isu bakar kerusi, bakar stadium ni sudah jadi isu lawak satu Malaysia, satu humor. (makngoh kata : Cisss...lawak ke?, kalau sampai menguris hati orang Kelate?)
Tetapi saya faham, oleh kerana Erra Fazira adalah artis, maka sudah tentulah ia menjadi perkara besar kalau dilihat dari sudut yang negatif.
Senang cerita, begini sajalah. Erra pun sudah minta maaf. Nada kesalnya berkali-kali ditulis dalam ruangan yang sama.
Jadi, pada saya tak perlulah dia sampai nak menghadap akhbar atau stesen tv untuk menyatakan permohonan maaf bagai yang disarankan itu. Itu sudah berlebih-lebih jadinya.
Dia menulis kata-kata itu di dalam FB dan beberapa jam selepas itu dia telah meminta maaf dan mengakui kesilapannya yang membuatkan orang tak senang.
Sebagai manusia, kita juga membuat salah dan silap yang tidak disengajakan. Kita mungkin anggap okey, tetapi orang lain sebaliknya. Sesungguhnya sukar penuhi hati dan perasaan semua orang, tetapi sekurang-kurangnya Erra sudah meminta maaf.
Ingat, bukan semua orang mampu meminta maaf dan mengakui kesilapan. Banyak antara kita yang akan menuding jari, salahkan si polan salahkan orang itu ini, tanpa mahu mengaku sendiri buat silap, jauh sekali meminta maaf atas apa yang telah berlaku.

Namun, bagi makngoh bukan semua laporan Utusan itu betul.
1.  Facebook Mahu Erra Fazira Minta Maaf Kepada Rakyat Kelantan- wujud ker? Kalau betul wujud, tolong berikan link.


makngoh dah cuba cari facebook seperti yang didakwa oleh wartawan tu, tapi tak jumpa pun.
 Maklumlah, makngoh nih orang tua dah. Tak mahir bab-bab facebook ni.

2. Laporan Utusan tu pun sebenarnya menghentam Erra Fazira tetapi buat-buat membela. Yang penting, buruk Erra Fazira kelihatan. Kalau nak bela Erra Fazira, tentu wartawan tak bercerita mengenai hal ini. Mesti hal ini ditutup!

3. Status fb sebenarnya, tak pasti sebab makngoh tak fren dengan Erra Fazira. Artis kan!.

4. Jangan disalahkan orang Kelate marah mencaci ke apa-apa dalam fb Erra Fazira tu. Sape pergi usik sarang tebuan!

p/s : Tak sangka celupar juga mulut jari Erra Fazira nih!


baca sambungan cerita ini di sini

9 ulasan:

  1. ish3... macam2 karenah manusia sekarang nie ye..

    BalasPadam
  2. its just gurauan...dont take serious...ermmm

    BalasPadam
  3. mungkin org luar tak tahu betapa seriusnya isu bakar stadium tu...org luar hanya tahu mgutuk dan mcaci kelate shj. lepas tu kata just joking. kami ore kelate menangung malu akibat pbuatan ore kelate yg tak cerdik tu. makngoh dengar bdk yg bakar kerusi tu ditampar oleh pyokong kelate sdiri. isu tahun lepas masih lg disebut2 dan ditertawakan oleh org luar. cukup2lah perli, hina dan caci kami dgn isu bakar tu. teruk sangat ke kami ni? badutkah kami hingga boleh dinamakan gurauan? sbb bakar itu, seorang yg buat seluruh ore kelate dituduh tk btamadun, bodoh dan keturunan binatang. makngoh simpan dlm hati ptuduhan begitu dan harap diadili di akhirat nnt.

    BalasPadam
  4. sy tau makngah...dr red warrior grup
    ramai budak2 klate duk kutuk post ni,
    ada yg marah. tp lepas tu...
    erra dah post "mntak maaf" kpd pyokong klate...
    niat dia gurau je..so kira settle la, sb dia dah terang2 mtak maap...sy pon komen gak kat post tu..
    silap dia sikit je, kalau nak kutu ke..
    spatutnya kena taruk pkataan "SESETENGAH" penyokong klate..kalo wat penyokong kalte....
    mmg sah2 ramai marah sb xsemua ore klate minat api untuk bakar2 ni...

    love, cikmek klate

    BalasPadam
  5. http://www.facebook.com/errafaziraofficial

    ni link official erra punye..tp post tu dia dah delete...

    post yg tinggal
    Erra Fazira Official Fanpage Salam..

    Hari yg baru.. Semangat yg baru.. Pheewww... Bola? Kasi cik Abe sajolah layan..!! Kita layan computer game je la.. Hehehe.. Nway, sesiapa yg layan n tgk Mari Menari mlm tadi, psgan Yat hampir terkeluar.. Katanya, minggu ni dorg nak buat yang terbaekkk.. Kita sama2 tgk k.. ;)
    November 1 at 4:24pm

    okai...tu je;)

    BalasPadam
  6. http://www.facebook.com/home.php?sk=group_125947344129094

    page nie rasanya

    BalasPadam
  7. mulut erra x smanis rupe paras rupenya..huhu..

    BalasPadam
  8. kita 1 negara,1 bangsa..xkira la orang dari negeri mana pn..kalau orang kedah bt mcm tu (bakar)sama jgk orang lain nak kata mcm tu..mulut orang kita x bleh nk tutup..biaq p la..lama2 depa dh penat,depa diam sendiri la..

    BalasPadam

sila komen jika sudi :)

Labels

~Komen Terbaru~

Get This Recent Comment Widget!