Sudut Test Mouse Kiri

Tinggalkan pesanan anda di sini

Ahad, 22 April 2012

Eternal Beauty | Pengurut wajah dan badan






Makngoh sebenarnya 'ter'beli Eternal Beauty semasa di Sabah pada tahun 2008. Harga ketika itu lebih kurang RM 19xx.00 dengan 1 set Eternal Beauty, facial massaging pack dan juga eye contour untuk mata.

Walaupun ada, tetapi makngoh jarang guna sebab terlalu sibuk dan penat sedangkan sebenarnya 10 minit sehari urut muka pun dah okay. Rasanya dari 2008 hingga sekarang, tak sampai 20 kali makngoh menggunakannya. Sekarang masih cantik dan baru. Baru 2 kali cas sejak beli. Percaya tak?

Tahun lepas, mengandung lagilah makngoh tak sentuh pun. Sampaikan berdebu dan terbiar je. Makngoh terfikir nak jual murah-murah je benda alah ni. TETAPI bila fikir balik, benda dah ada kalau dijual sayang, nak beli semula belum tentu akan beli. Jadi makngoh pun simpan.

Bulan ni, barulah makngoh menggunakannya semula. Lebih setahun tak guna, tapi baterinya masih ada dan makngoh tak perlu cas pun. Memang tahan dan baguslah barang Elken ni.

Pagi tadi, dengan rajinnya, makngoh mengurut muka dengan Eternal Beauty....mahu wajah cantik tegang untuk suami tersayang. Hehe.

Apa itu Eternal Beauty? Sila saksikan video di bawah untuk penerangan.





p/s : terasa diri bertuah kerana memiliki Eternal Beauty walaupun gunanya amatlah jarang sekali.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila komen jika sudi :)

Labels

~Komen Terbaru~

Get This Recent Comment Widget!