Sudut Test Mouse Kiri

Tinggalkan pesanan anda di sini

Ahad, 22 April 2012

Mohd Danish Aiman bin Abdullah | Mangsa dera teman lelaki ibu



Laporan Utusan Malaysia 

 KUALA TERENGGANU 21 April - Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun koma dipercayai akibat ditampar oleh teman lelaki ibunya di Kampung Tualang, Manir malam tadi.

Mohd. Danish Aiman Abdullah yang masih belum sedar akibat mengalami pendarahan dalaman di kepala, kini dirawat di Unit Rawatan Rapi Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9 malam itu, difahamkan Mohd. Danish berada bersama ibunya yang merupakan seorang bekas tentera laut di dalam sebuah bilik di rumah seorang penganggur yang juga teman lelaki ibu mangsa.

Kejadian dipercayai berlaku apabila suspek berang dengan kerenah mangsa yang tidak duduk diam sebelum bertindak menampar mangsa sehingga pengsan.

Laporan Harian Metro 

KUALA TERENGGANU: Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun cedera di kepala dan dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini, selepas dipercayai dipukul teman lelaki ibunya di sebuah kampung di Manir, kelmarin.

Dalam kejadian jam 9 malam, mangsa dipercayai dipukul suspek berusia 26 tahun ketika bersama ibunya berusia 22 tahun di kediaman lelaki terbabit.

“Suspek yang panas baran dipercayai memukul mangsa selepas berang dengan kanak-kanak terbabit yang dikatakan aktif.

“Mangsa yang cedera di kepala kemudian dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut dan kini ditempatkan di wad kanak-kanak. Laporan kejadian dibuat di pondok polis HSNZ,” kata sumber kepada Metro Ahad.


TERBARU : MOHD DANISH AIMAN SUDAH STABIL 

KUALA TERENGGANU: Kanak-kanak malang yang dipercayai mangsa penderaan teman lelaki ibunya selamat menjalani pembedahan bagi membuang pendarahan pada otak mangsa petang semalam.

Mohd Danish Aiman Abdullah, tiga tahun kini dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Rawatan Rapi Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner K Manoharan, berkata pihaknya masih giat mengesan suspek berumur 31 tahun yang juga teman lelaki ibunya yang berasal dari Kampung Tualang, Manir, di sini.

Pihaknya percaya suspek yang tidak bekerja itu telah menghilangkan diri dan bersembunyi setelah mengetahui pihak polis sedang memburunya.

"Setakat ini kita telah menjalankan siasatan dan turut mengambil keterangan ke atas beberapa orang termasuk ibu mangsa berumur 22 tahun namun belum menemui petunjuk di mana suspek bersembunyi," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau turut meminta orang ramai yang mengenali dan mempunyai maklumat berkaitan suspek yang bernama Azhar Jusoh, dapat menghubungi mana-mana balai polis berhampiran.

Kanak-kanak itu koma setelah dipercayai didera dengan ditampar oleh teman lelaki ibunya dalam kejadian kira-kira jam 9 malam kelmarin.

Kejadian dipercayai berlaku akibat perselisihan faham di antara ibu mangsa dengan lelaki berkenaan di rumah milik keluarga suspek.

Kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001


NOTAKAKI  : 

SYUKUR ALHAMDULILLAH apabilla makngoh baca berita tadi, kanak-kanak tersebut sudah stabil.
Ada hikmah di sebalik kejadian ini yang mengundang pelbagai persoalan di benak makngoh
1. Ibu kanak-kanak ini tinggal bersama teman lelakinya sejak 3 bulan yang lalu?
2. Di mana ibu kanak-kanak ini ketika kejadian?
3. Di mana bapa kandung kanak-kanak ini?

Jika tidak mampu menjaga anak dan tidak mengasuhnya dengan baik serahkanlah kepada orang yang memerlukan anak-:
1.  supaya tidak menderita anak tersebut.
2. supaya terbela nasib anak tersebut
3. supaya anak tersebut ada masa depan.
4. supaya anak tidak menjadi mangsa masalah ibu bapa
4. supaya anak tidak menjadi mangsa akibat dosa ibu bapa

Sesungguhnya ALLAH itu Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.

YA ALLAH, sihatkan Mohd Danish Aiman bin Abdullah. Sembuhkanlah anak ini dari sakitnya dan berikanlah dia kebahagian di dunia dan di akhirat. Cerahkanlah masa depan anak ini agar menjadi insan yang berguna dan beramal soleh. Aminnn...

1 ulasan:

  1. Salam makngoh,
    sedih saya baca kisah bayi ni. saya pun aa anak berusia 2 tahun, aktif juga. Tak berhati perut betul lelaki tu. Ibu nya pun bersalah dalam hal ni.

    Semoga adik Danish sihat seperti sediakala hendaknya.

    BalasPadam

sila komen jika sudi :)

Labels

~Komen Terbaru~

Get This Recent Comment Widget!