Sudut Test Mouse Kiri

Tinggalkan pesanan anda di sini

Selasa, 4 Januari 2011

Putrajaya : Lembu lintas jalan dan lompat atas cermin kereta

Hukhuk, kalau kejadian ni berlaku di negeri pantai timur atau di utara makngoh percaya. Tetapi kejadian ini berlaku di Putrajaya. Tak sangka la pula makngoh rupanya ada juga kumpulan lembu yang sama-sama memajukan dan meramaikan diri di jalan-jalan Putrajaya. Al-maklumlah, makngoh tak pernah jejak kaki ke Putrajaya. Konvo UPSI hari tu buat di Putrajaya pun, makngoh tidak pergi... Tak merasa pakai jubah konvo pun. Ekeke.

Kejadian berpunca apabila sekumpulan lembu melintas jalan, kemudian sebuah kereta Waja membunyikan hon menyebabkan lembu terperanjat dan melompat ke atas cermin kereta tersebut. Dua ekor lembu mati di tempat kejadian.

Berita penuh makngoh dapat dari Metro.

Isnin, 3 Januari 2011

Pengalaman makngoh di hari pertama persekolahan

Hehehehe....macam cerita budak darjah satu je.

Pukul 6 pagi tadi makngoh dah bertolak ke sekolah. Time tu sangatlah gelap dengan hujan yang lebat. Biasanya pukul 6, matahari dah keluar

Dalam kegelapan tu diterangi dengan lampu kereta makngoh drive ke sekolah seorang diri. Sampai di lorong ke sekolah tu, alahai banjir la pula. Tetapi walaupun dalam banjir tu,banyak kereta ibubapa pelajar berpusu-pusu dan berderet-deret meredah air. Maka, terpaksalah juga makngoh ikut mereka mengharung air banjir tu. Tenggelam ooo tayar kereta. Dan syukur sangat-sangat, kereta okay...masuk jer parking makngoh biarkan kereta memanaskan diri. Hehe.

Lepas punch card, makngoh dan kawan-kawan menunggu pulak depan bilik guru. Alahai, rupanya guard tiada kunci bilik guru. Maklumlah guard baru. Pintu pun baru. Ekeke... Jadi, makngoh pun membawa diri ke kantin...dalam hujan lebat lagi tu. Ingat nak breakfast. Tapi adeh, menu tak menyelerakan. Kantin pun orang baru jugak. Alahai~

Jadi, makngoh cuma temankan kawan-kawan makan sambil berbual dan berkenalan kembali setelah sebulan terpisah antara lautan. Macam-macam cerita. Eiiii, rindunya dengan dorang nih.

Khairul Fahmi dapat hadiah rumah


muka masam mencuka jer

makngoh petik dari Kelate.net yang menwar-warkan kerajaan negeri Kelantan menghadiahkan Khairul Fahmi sebuah rumah.

Sebelum ini, kerajaan negeri Terengganu menghadiahkan tanah dan duit RM 5000 kepada  6 orang pemain kebangsaan anak Terengganu yang beraksi dalam Piala AFF Suzuki.

p/s : dengar cerita Shahrul Idlan memang lahir di Terengganu tetapi ibubapanya orang Kelantan. Betul ker?

Ahad, 2 Januari 2011

Makngoh dapat tukar ke KL...yahoo ke huwaaa?

Tengah makngoh baring-baring melayari blog Elia kekasih Khairul Fahmi Che Mat tu, tiba-tiba....

.
.
.

telefon makngoh berdering. Ada sms dari nombor yang tidak dikenali yang berbunyi

"esk da mula hr persekolahan...ckgu mengajar d sekolah baru kan...sya doa kan agar ckgu dmura kan rezki d tmpat br tu ......zul 5c"

Eh..eh cepat pula tersebar berita yang makngoh akan berpindah sekolah. Di facebook pun pelajar-pelajar dah mula say bye-bye. Aik...macam mahu menghalau aje...ekekeke.

Lupa pula makngoh nak share dalam blog yang makngoh dapat bertukar sekolah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.  Makngoh dapat yang rayuan keputusan keluar 24 Disember 2010 hari itu. Keputusan bulan November makngoh apply ke Kelantan...tak dapat pung :( so sad.

Jadi, apabila dapat KL ni, makngoh diam-diam jer. Sebenarnya langsung tidak excited dapat pindah. Lain pula dengan kawan makngoh yang sangat gembira dapat pindah ke KL. Kalau dapat pindah ke Kelantan or Terengganu memang makngoh akan bergumbira sangat-sangat tetapi KL...suatu tempat yang tak pernah makngoh impi untuk berbakti. Uiks....adakah makngoh tak bersyukur?

Namun, bila difikirkan hubby dan family ada baiknya makngoh pindah ke KL. Dekat dah dengan Kelantan dan jimat dah satu tiket kapal terbang. Kasi X tiket ke Sabah. Saat menaip entri ni pun, makngoh belum buat keputusan betul-betul lagi. Barang pun belum dipacking. Nasib baik hubby pula tidak paksa makngoh pindah dan tidak marah jika makngoh nak terus mengajar di bumi Sabah ni.

Apakah yang terbaik sebenarnya? Mungkin esok ada jawapan dah sebab esok pejabat JPNKL buka, jadi makngoh boleh telefon tanya dan usha mereka mengenai sekolah baru nanti. Jika rasa best makngoh pindah ler....jika tak best makngoh duduk jer lah di sini setahun lagi. ERK!!! boleh ke gitu?


huwaaaaa.................

Kalau tak boleh tidur malam ni, bacalah dan fahamilah kata-kata di bawah ni yer...
kadang2 terlalu asyik mengejar penyelesaian bagi sesuatu masalah.
Apabila penyelesaian telah ditemui, terlupa pula masalah kepada penyelesaian itu.

Safee Sali dan Norshahrul Idlan Talaha ingin berhijrah?

Kejayaan Skuad Harimau Malaya menjuarai Piala Suzuki AFF diiringi dengan sedikit kegusaran di hati penyokong bola sepak negara apabila kedengaran khabar dari media dan tuan punya badan bahawa Safee dan Shahrul Idlan bakal berhijrah ke kelab bola sepak luar negara. Walaupun ada yang menyokong keinginan kedua-dua wira negara ini, namun makngoh tetap yakin yang menyokong tidak seramai yang menghalang.

Safee Sali dikhabarkan menerima pelawaan dari kelab Indonesia dan Vietnam manakala Shahrul pun dipelawa menyertai Skuad Srivijaya FC dan satu lagi kelab yang belum dikenalpasti dari Indonesia.

Positifnya, jika ternyata mereka berdua berpindah ke skuad luar negara, itu memberi sedikit gambaran bahawa pemain-pemain kita sudah mula mendapat perhatian negara luar. Mengapa mendapat perhatian? Sudah tentu kerana bakat, kebolehan dan ketangkasan mereka beraksi di padang. Tidakkah kita tumpang bangga?

Bagi yang berfikiran positif, mereka menganggap peluang keemasan bermain untuk skuad luar negara hanya datang sekali dan bukannya datang bergolek. Jadi kerana itu ada di kalangan penyokong menasihatkan Safee dan Shahrul menerima peluang yang ada. Timba pengalaman sebanyak mungkin di tempat orang dan yang paling penting, tingkatkan skill dan kemahiran untuk digunapakai bagi pasukan kebangsaan kelak.

Namun sayangnya, makngoh secara peribadi menganggap jika benar mereka berhijrah, negara akan kehilangan dua permata yang sedang bersinar dalam arena bola sepak. Mengapa mereka ingin pergi ketika Malaysia sedang dan masih ghairah memburu kejuaraan dan kejayaan dalam bidang bola sepak? Sangat tidak adil untuk jurulatih dan penyokong yang memberi mereka semangat dan kemahiran tetapi mereka tabur kebolehan mereka itu untuk negara lain. Di manakah semangat patriotik mereka? Selain itu, mengapa mereka memilih Indonesia? Negara yang penduduknya sangat membenci Malaysia? Mengapa mereka ingin menolong negara tersebut?

Lagi satu yang terdetik di fikiran makngoh, ikhlaskah niat kelab dari Indonesia untuk mengambil dua wira negara kita ini? ATAU agenda mereka hanyalah untuk menyekat kebangkitan kuasa bola sepak Malaysia dengan mencantas wira-wira negara yang berkebolehan? Mereka taburkan duit lumayan untuk menarik minat wira-wira ini, itu kata Hamidin sendiri.




Pasukan dan kuasa bola sepak negara ibarat bunga yang mula memekar. Namun makngoh risau bunga tersebut akan terus layu dan layu sebelum sempat mekar berkembang sepenuhnya.

Kami penyokong bola sepak akan terus menyokong bola sepak negara.
FAM akan terus berjuang memajukan bola sepak negara.
Pemain pula bagaimana?
Adakah akan membawa diri ke negara orang?

p/s : namun makngoh sedar, bukan mereka dua orang ini sahaja pemain Malaysia. Ramai lagi pemain berbakat di Malaysia. Yang penting mereka diberi peluang untuk beraksi. Kadang-kadang terdetik juga di hati makngoh, nasib baik si kembar Negeri Sembilan cedera dan tidak dapat beraksi.
Jika tidak, adakah peluang untuk Shahrul dan Safee beraksi di posisi mereka semasa AFF?

Kerana kita tahu kembar tersebut sentiasa diberi kelebihan dan keutamaan. Walaupun tidak beraksi untuk Piala AFF Suzuki Cup, namun mereka tetap dicari wartawan untuk memberi komen dan pendapat.
 Lain pula dengan pemain yang beraksi.
Dalam 11 orang itu, berapa orangkah pemain yang ditemubual oleh wartawan?  ekeke

Sabtu, 1 Januari 2011

Selebiriti Indonesia : Apabila perigi mencari timba

Naiknya nama pasukan bola sepak negara kita, ada pula cerita suam-suam kuku mengenai artis wanita Indonesia yang kononnya terpikat dengan pemain bola sepak kita iaitu Safee Sali.

Mungkinkah mahu menumpang nama glamour pasukan bola sepak Malaysia atau sekadar nak mengedik sahaja.

Dalam laman sosial miliknya, artis berkenaan tidak segan silu mengakui memang dia berminat terhadap pemain tersebut. Kononnya pemain tersebut adalah sasarannya dan berminat untuk menonton wayang dengannya.

Ayam telur sebiji riuh sekampung rasanya belum lagi kerana belum lagi bertelur. Macamlah cerita sekarang ni, belum apa-apa tapi dicanang-canang di suratkhabar.

Artis wanita Malaysia pula apa cerita?

Labels

~Komen Terbaru~

Get This Recent Comment Widget!