Sudut Test Mouse Kiri

~mereka yang sudi~

Tinggalkan pesanan anda di sini

Isnin, 5 Mac 2012

N3 Beauty Care : Produk yang makngoh guna sejak 2010.

Sebahagian dari koleksi produk N3 Beauty

Makngoh dapat tahu kewujudan produk ni dari suami tercinta. Dia yang terlebih dahulu belikan makngoh set percubaan N3. Sebelum ini makngoh guna Sabun Eumora sebagai pencuci muka makngoh, tetapi produk ni susah nak dapat yang asli. Lagipun makngoh pernah terkena produk tiruan. Sila baca link ni

Melihatkan makngoh bersusah-payah nak dapatkan Eumora, jadi suami cuba syorkan set N3 beauty kerana pada masa tu kakak, kakak ipar dan emaknya juga menggunakan N3. 

Alhamdulillah, selepas mencuba, memang ada perubahan pada wajah. Lebih cerah, licin, tegang dan kelihatan bersih sampaikan kawan-kawan pun tegur. 

Mak suami makngoh pun, dulu kulit ada jeragat sekarang cantik tegang licin. Cuma kakak ipar makngoh berhenti gunakan N3 kerana katanya tidak sesuai dengan jenis kulitnya. 
 
Apa yang tak best, toner 1 N3 memang memedihkan dan menyebabkan kulit mengelupas. Jadi, mungkin ada terasa malu dan tak mahu guna sebab sakit. Tapi percayalah, sakit pedih dalam 2 minggu sahaja, selepas itu kulit jadi licin cantik terutamanya bagi kulit berjerawat. Tetapi, produk ini kena sentiasa pakai, kalau tak pakai...masalah kulit akan muncul semula. Makngoh bercerita berdasarkan pengalaman makngoh semasa mengandung, makngoh berhenti menggunakan toner dan produk yang N3 yang lain. Makngoh hanya menggunakan sabunnya sahaja. 

Sekarang, makngoh kembali aktif menggunakan produk ni kembali. 

Anda nak tahu lebih lanjut tentang produk ni boleh ke laman web rasminya di sini www.n3beautycare.com

10 ulasan:

  1. saye baru jek cube 3 hari..tp mmg pedih la..xtahan asenyer..muke pon smpai luke pakai bnde ni..kne tahan jek lah ek

    BalasPadam
  2. kenapa tiada gambar untuk kami tengok supaya kami yakin produk ini adalah selamat untuk digunakan.Seperkara lagi bukankah proses pengelupasan kulit terjadi apabila bahan yang dipakai mempunyai tahap asid yang berlebihan yang menyebabkan kulit menjadi merah dan pedih.SAYA INGINKAN PENJELASAN SEBELUM MENGGUNAKAN PRODUK INI

    BalasPadam
  3. mcm salah baca je anony 3.03 nih. penulis tak ada cakap pun sila beli produk kat atas tu. penulis tak ada cakap pun dia dealer atau tuan puan produk. salah kaunter pertanyaan la weii...dia pun dah bagi web produk tu. tanya kat web tu la

    BalasPadam
  4. memang tiada gambar. makngoh tak penah letak gambar sendiri dlm blog. sebab makngoh tak mahu ada apa2 hutang di akhirat nanti. hehe.

    boleh surf blog ini utk mlihat gambar keberkesanan n3. makngoh suka n3 sbb bkesan.
    www.mellissabeauty.blogspot.com

    BalasPadam
  5. saya pun baru pakai 5 hari. memang pedih toner 1 tu. teringat masa pakai RDL dulu. tapi RDL tu haram. nanti saya gtau kesan lepas 2 minggu ;). hope jadi cantik cam mell ( www.mellissabeauty.blogspot.com )

    Raza..

    BalasPadam
  6. kne pkai terus ke?xbhye mcm tia amelia ke?sy bru pkai 3 hari

    BalasPadam
  7. memang berkesan...pengelupasan tu 2 minggu je yang teruk...selepas 2 minggu mengelupas sikit2 je...saya dah guna N3 sejak bulan Mac 2012...alhamdulillah, saya dah ketemu produk yg sesuai dgn saya...

    BalasPadam
  8. saya baru pakai 5 hari.teruk sangat mengelupas...memang mcm tu ke ..dua minggu akan ok ke..???takut le...

    BalasPadam
  9. sesiapa yang pernah guna tolong le...bg respons

    BalasPadam
  10. Sy sdg memggunakan n3...mmg.bgus..masa awal penggunaan mmg pedih dan menggelupas.slps 6 bulan sy gunakan n3 sgt puas hati.mslh kulit spt jeragat belum hilang sepenuhnya tp kulit bertambah cerah.dan bersih.tq n3..

    BalasPadam

sila komen jika sudi :)

Labels

~Komen Terbaru~

Get Recent Comments Widget