Sudut Test Mouse Kiri

Tinggalkan pesanan anda di sini

Ahad, 31 Julai 2011

Apek putus tunang | Jangan samakan mereka dengan Mawi dan Ina

Mengejutkan makngoh dengar cerita mengenai Khairul Fahmi Che Mat @ Apek @ MIA @ KFCM yang dikatakan telah putus tunang dengan Elia short and sweet.

Makngoh dah survey beberapa blog dan memberi komen negatif menyalahkan Apek. Ada yang kata "dah agak dah. Dari dorang bertunang lagi, memang dah agak tak ke mana pun perhubungan dorang tu" Amboi, hebatnya orang itu kerana boleh ramal jodoh pertemuan orang yer.

Namun, ramai juga yang tepuk tangan di atas putus tunang Apek ini. Ada yang kata, bekas tunang Apek hanya sekadar menumpang populariti Apek je. Dari blog dia yang suam, jadi hot meletup disebabkan statusnya sebagai kekasih Apek. Itu cerita dari AFF Cup.

Wajarkah Apek disalahkan? Apek bukan Mawi le. Elia bukan Ina le. Adakah Apek lupa diri setelah menjejaki hidup glamour? Ye ke? Ina dulu ada ambil kesempatan ke di atas populariti Mawi?

Siapa juga yang mencanang-canang dan mempamerkan gambar-gambar kemesraan mereka? Tup tup, tak jadi. Adoi. Itu baru kekasih. Tidak pula isteri-isteri pemain bola sepak yang lain mencanang-canang kisah mereka di internet dan suratkhabar. Isteri Safee Sali, isteri Sharul Idlan Talaha ada ke yang bising-bising pasal kisah mereka? Semuanya low profile.

Percayalah pada jodoh dah pertemuan ALLAH. Kalau memang ditakdirkan ada jodoh, yang putus tunang pun boleh sambung kembali dan berkahwin. Yang dah bercerai pun boleh rujuk semula dan hidup bersama semula.

Kepada Elia dan Apek semoga tabah dengan dugaan ALLAH ini. Dugaan sebelum Ramadhan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila komen jika sudi :)

Labels

~Komen Terbaru~

Get This Recent Comment Widget!