Sudut Test Mouse Kiri

Tinggalkan pesanan anda di sini

Ahad, 31 Julai 2011

Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz @ Aleesha Farhana meninggal dunia

SAYA TAK SEMPAT

KUALA TERENGGANU – Kisah kontroversi yang menyelubungi seorang lelaki, Mohd. Ashraf Hafiz Abdul Aziz selepas permohonannya untuk menukar nama kepada Aleesha Farhana ditolak Mahkamah Tinggi di sini dua minggu lalu berakhir apabila dia menghembuskan nafas terakhir pagi semalam

Lelaki berusia 26 tahun itu disahkan meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini pada pukul 4.55 pagi, iaitu hanya sehari selepas mendapatkan rawatan.

Bapa mangsa, Abdul Aziz Ahmad, 60, ketika mengesahkan kematian Ashraf menjelaskan, anaknya itu dimasukkan ke HSNZ pukul 3 pagi kelmarin selepas mengalami muntah yang teruk

Jelasnya, pihak keluarga juga akur dengan keputusan mahkamah dan telah bersetuju untuk menguruskan serta mengebumikan jasad arwah sebagai Ashraf dan bukannya Aleesya Farhana.

Semua keluarga terdekat berada di sisi arwah pada saat-saat terakhirnya. Pemergian Ashraf merupakan satu kehilangan besar buat keluarga,” katanya ketika ditemui di pekarangan Bilik Mayat HSNZ di sini semalam.

Menurut wanita berusia 50 tahun itu yang hanya ingin dikenali sebagai Mak Yah, arwah sebelum ini menyebut dia tidak sempat menyambut hari raya walaupun sudah menyiapkan sepasang baju kurung Pahang berwarna merah hati

“Malah, dua minggu sebelum ini arwah turut meminta sepupunya menjahit segera baju rayanya. Akur dengan permintaan arwah, sepupu arwah menyiapkan baju berkenaan dalam masa satu hari saja.

“Sebaik siap, baju kurung itu digantung di dalam biliknya, cuma niat arwah untuk menjahit labuci pada baju itu tidak kesampaian.

"Sementara itu, bapa Mohd Ashraf Hafiz, Abdul Aziz Ahmad, 60, berkata arwah bertanya mengenai adik-beradiknya ketika dirawat di Unit Rawatan Jantung (CCU) HSNZ petang semalam (kelmarin) sebelum dia menghubungi anaknya, termasuk abang dan kakak arwah di Kuala Lumpur dan Kedah,


KUALA TERENGGANU: “Sejak kebelakangan ini arwah sering menyebut perkataan ‘tak sempat.’ Namun apabila saya bertanya apa yang tak sempat, arwah tidak menjawab.

“Melihat arwah enggan menjelaskan maksud di sebalik kata-kata itu, saya tidak bertanya lanjut kerana tidak mahu menambah tekanannya,” kata ibu kepada Mohd Ashraf Hafiz Abd Aziz, 26, yang permohonannya untuk menukar nama kepada Aleesha Farhana ditolak Mahkamah Tinggi, di sini, 18 Julai lalu.

“Sebagai ibu, kehilangan arwah sangat dirasai dan dirindui kami sekeluarga. Arwah bukan saja anak yang baik tetapi rapat dengan ahli keluarga,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini, semalam.


“Namun, hasrat arwah untuk bertemu abang dan kakaknya tidak kesampaian. Mujur kami sekeluarga ada di sampingnya ketika arwah menghembuskan nafas terakhir,” katanya sambil memaklumkan arwah sememangnya mengalami penyakit tekanan darah rendah.

"Menurut bekas anggota tentera itu, mereka sekeluarga reda dengan apa yang berlaku sambil memaklumkan segala pengurusan jenazah dijalankan berdasarkan identiti arwah sebagai Mohd Ashraf Hafiz.

"Ketika ditanya mengenai keputusan mahkamah sebelum ini, Mak Yah berkata, dia dan keluarganya menerima keputusan itu seadanya selain memaklumkan keputusan sebenar atau terbaik untuk arwah anaknya terletak pada Allah SWT.

"Jenazah Mohd Ashraf Hafiz selamat dikebumikan mengikut jantina asalnya sebagai lelaki di Tanah Perkuburan Islam Seberang Takir, di sini, jam 5 petang semalam selepas solat Asar.


Allahyarham menghembuskan nafas terakhir jam 4.50 pagi semalam di CCU HSNZ, di sini, kerana mengalami masalah jantung dan tekanan darah rendah.

"Allahyarham dimasukkan ke HSNZ jam 3 pagi kelmarin selepas mengalami muntah teruk dan tidak sedarkan diri sebelum disahkan doktor mengalami serangan jantung tidak stabil atau ‘unstable angina with cardiogenic shock’, dipercayai akibat kemurungan selepas permohonan untuk menukar kepada nama wanita yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu, ditolak.

"Pada 18 Julai lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu menolak permohonan Mohd Ashraf Hafiz selaku pempetisyen setelah mengambil kira tiga faktor iaitu kromosom, kewujudan alat kelamin ketika pemohon dilahirkan dan kewujudan organ dalaman.

"Allahyarham yang berasal dari Seberang Takir, di sini, memohon menukar nama di dalam Mykadnya kepada Aleesya Farhana Abdul Aziz setelah melakukan pembedahan menukar jantina di Thailand, dua tahun lalu.

"Permohonan itu dibuat bagi memudahkannya diterima masuk ke universiti tempatan untuk menyambung pelajaran dan kesukarannya menjalani kehidupan sebagai wanita.


Kematian lelaki tukar jantina jadi iktibar

KUALA LUMPUR: Masya­­rakat diingatkan supaya tidak melemparkan hinaan, cercaan serta mengaibkan jena­zah Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz, pemuda berusia 26 tahun yang mencetuskan kontroversi, baru-baru ini selepas memohon menukar namanya kepada Aleesha Farhana tetapi ditolak mahkamah.

"Penasihat Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Datuk Nooh Gadut, berkata orang ramai juga tidak wajar menghina keluarga pemuda terbabit yang meninggal dunia semalam kerana segala yang berlaku ada hikmah tersendiri dan secara tidak langsung memberikan pengajaran cukup besar kepada masyarakat.

"Mengenai urusan pengebumian jenazah, beliau berkata, jenazah umat Islam perlu disempurnakan dan diuruskan mengikut jantina ketika mereka dilahirkan walaupun kemudian sudah berubah keadaan fizikal, sama ada lelaki mengubah fizikal menjadi wanita atau sebaliknya.

"Urusan memandikan jenazah yang sudah berubah fizikal kepada wanita dengan perubahan alat kelamin dan buah dada, saya berpandangan sebaik-baiknya jenazah diuruskan perempuan kerana bimbang apabila ia diuruskan lelaki, akan timbul fitnah dan prasangka negatif. Hassan Din Al-Hafiz Pendakwah bebas.

Lelaki tukar jantina dilapor tertekan.

KUALA TERENGGANU: "Makcik terkilan kerana Aleesha tidak sempat menggayakan baju kurung Pahang berwarna merah jambu yang ditempah untuk Aidilfitri. Atas permintaannya, baju kurung itu siap sehari saja, cuma belum dipasang labuci.

“Arwah selalu menyebut ‘tidak sempat’ di hujung perbualannya mengenai pelbagai perkara terutama Ramadan dan Aidilfitri. Rupanya dia memang tidak sempat melalui bulan mulia Ramadan kerana terlebih dulu pergi meninggalkan kami,” kata Mak Yah, 50, ibu kepada Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz, 26, lelaki yang gagal dalam permohonannya menukar nama dan status jantina dalam MyKad kepada Aleesha Farhana.

"Dalam sebak dan terkejut dengan kematian anak sulungnya, Mak Yah yang enggan memberitahu nama penuhnya berkata, mereka benar-benar terasa kehilangan kerana arwah terlalu akrab dengannya dan bapanya, Abdul Aziz Ahmad, 60.


sumber berita dari akhbar tempatan negara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila komen jika sudi :)

Labels

~Komen Terbaru~

Get This Recent Comment Widget!