Sudut Test Mouse Kiri

Tinggalkan pesanan anda di sini

Selasa, 20 Disember 2011

Rayuan Eg-tukar Guru | Syarat kelulusan semakan semula pertukaran guru sesi Januari 2012

Makngoh yakin ramai juga guru yang buat rayuan untuk semakan semula permohonan pertukaran mereka bagi sesi Januari 2012. Sebabnya, makngoh tengok analitik blog, ramai yang mencari alamat dan nombor telefon Bahagian Pengurusan Sekolah Harian.

Makngoh juga di antara guru yang memohon rayuan disebabkan permohonan makngoh TIDAK DILULUSKAN. Sekarang ini makngoh menanti-nanti keputusan rayuan memandangkan ada guru yang memaklumkan bahawasanya keputusan rayuan keluar esok 20hb Dec melalui Eg-tukar online. Namun, yang makngoh perhatikan tidak sebarang pengumuman dari pihak BPSH mengenai perkara tersebut tidak seperti tahun lepas, pihak KPM telah memaklumkan bahawa keputusan rayuan boleh disemak melalui egtukar.


Ramai juga dikalangan guru yang berani menelefon BPSH dan mendapat maklumat bahawa guru yang membuat rayuan perlu menunggu surat kelulusan yang dihantar ke sekolah masing-masing. Kalau tak dapat surat, maknanya GAGAL.

Di bawah ni, makngoh copy paste dari blog BPSH tanpa sebarang edit.




Faktor-Faktor Penentuan Kelulusan

1 .Keperluan opsyen
2 .Kes kesihatan kronik
3 .Kes ikut suami/isteri
4 .Tempoh berkhidmat di sesebuah negeri

Isu / Kekangan Rayuan Pertukaran

1.Kelulusan pertukaran keluar dari negeri yang mengalami kekurangan guru yang kritikal seperti Sabah, Sarawak dan Johor perlu dikawal supaya kekurangan tidak menjadi terlalu besar pada awal tahun 2012.

2.Pertukaran dari negeri yang tepu seperti Kelantan dan Terengganu bagi guru opsyen Bahasa Inggeris tidak diluluskan kerana keperluan kritikal opsyen tersebut di kedua-dua negeri berkenaan.

3. Bagi kes pertukaran bersama (suami-isteri guru bersama-sama mohon bertukar) tidak dipertimbangkan kerana memerlukan pengisian dua orang ke sesebuah negeri.

4.Pertukaran bagi opsyen yang berlebihan seperti Fizik, Kimia, Biologi dan Matematik dipertimbangkan berasaskan lama berkhidmat di sesebuah negeri (sekurang-kurangnya 3 tahun). Kawalan pertukaran adalah perlu disebabkan semua negeri mengalami lebihan opsyen berkenaan.

5.Pertukaran ke PPD yang penuh tidak dapat dipertimbangkan. Contohnya PPD Seremban, PPD Kota Setar, PPD Hulu Langat, PPD Kuantan dan PPD Kinta.

6. Pertimbangan rayuan memberi keutamaan kepada kes-kes mengikut pasangan manakala guru yang masih bujang tidak dipertimbangkan.

7. Rayuan tidak dipertimbangkan bagi kes-kes negeri bersempadan atau PPD yang bersempadan seperti WP Kuala Lumpur dan PPD Hulu Langat, Gombak; PPD Seberang Perai dan Kulim/Bandar Baru.

notakaki : kasihan anak makngoh yang baru berumur 4 bulan terpaksa ditinggalkan di kampung :(

34 ulasan:

  1. isu pertukaran kakitangan awam ni perlu di bawa ke parlimen la kot..

    BalasPadam
  2. tinggal anak,tinggal suami bila la nk dpt tukar ni, dh merana hidup kt kl.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi.. dh dpt tukar? nk mintak tukar kat mne?

      Padam
    2. sama la kiter..

      Padam
  3. salam, sy dah leh tukar ikut suami ke melaka.

    BalasPadam
  4. samalah terpaksa tinggal berasingan dari suami dan anak...mcmana nk jd satu keluarga yang sempurna minta tkar xdpt2...kasihan anak n suami...huhuhu

    BalasPadam
  5. Mana jawapan rayuan eg-tukar Jun 2012...Kt dua minggu lepas? Kalu surat gagal pn x kesah...dh gagal nk buat mcm mn lg? Kl ada tu bolehlah nk beli beras, gas , apa2 keperluan lg...sbb senua brg2 suami ku dh bw balik ke Semenanjung. Kl x bw balik siapa nk bayar tamabang berpuluh ribu nanti..tukar ikut suami dan akan pencen 3 Julai 2012...pn x dpt..sy ni dah tua..50 tahun..anak2 dok tunggu ibu balik kat KL...tak kn suami dan anak2 hr2 mkn kedai..org br kahwin 6 bulan dan br 2 thn posting kuching semua dapat tukar...knp org tua ganyut yg ikut laki pencen..dah ada rumah tangga di kampung halaman tidak dpt balik? Ada sesuatu yan tidak kena di sini...kronism...

    BalasPadam
  6. Saya harap orang Kementerian telus lah dlm hal tukar menukar guru ni...jgn cakap saja sedap..sekolah penyayang lah mcm2...tp kebajikan guru dipandang remeh..memang gaji cikgu dah tinggi...terima kasih byk2...tp perasaan cikgu yang seperti teraniaya. Tidak adil!

    BalasPadam
  7. Opsyen ...sy rasa yang opsyen ni x boleh dipakai pun...yang dpt tukar pun opsyen yang dah penuh...dapat jgk..

    BalasPadam
  8. Saya harap orang Kementerian jangan buat pekaka badak dan butakan mata aja...dgn masalah2 cikgu ni...hargailah jasa guru....penat jerih mereka..memang gaji naik , banyak,...tapi kalau cikgu sakit jiwa, merana, mcam mana nk mendidik anak murid...saya ni suami sedang sakit tenat di KL...hari2 menangis, meraung, ...suami terbaring, kencing, berak...sapa nk basuh...anak2???Dia orang pn ada masa depan...nk belajar!!!Saya di Sarawak!!!!!!!!!Aku rs macam dah nk gilo!!!!!!!!!!!!!!!!Keputusan rayuan Jun 2012 aku 'GAGAL" Wp alasan balik KL ikut suami!!!!!!!!!!!!!!!!Takdir Allah siapa tahu..2 hr lps suami aku jatuh sakit...dari pinggang ke bawah...dh terbaring,,,x boleh bangun,...duduk pn x boleh....aku nak balik pn susah..nk cuti apa byk2 ni? Kl aku dpt tukar terus x apa balik dan x payah datang2 lg..ke negeri yg berikan musibah bg aku ni??..Ya Allah siapa yg boleh tolong hambamu ini!!!!duit byk pn x guna....habis....tamabang,mkn barang MAHAL!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!Tak boleh nk sabar lagi ni...nk tunggu bulan 9 nk mohon lain...pasti ke dapat?????????????????????????????????Ya Allah sesiapa yg menganiaya guru terimalah akibatnya...doa orng teraniaya di bulan Ramadhan....Insya Allah mujarab!!!!

    BalasPadam
  9. Ad ckg br kahwin 6 bulan di Kuching..baru posting 2 tahun...AjAR sAINS..dpt balik KL Jun 2012 hari tu....memang x telus...ada lorong tikus!!!!!!!!!!!!!!Tak adil.....habis kl orang tua ikut suami duduk lah Sarawak sampai kau pencen atau mati di situ...

    BalasPadam
  10. lorong tikus memang ramai orang suke lagi2 jika mereka ada kawan,kenalan BAPAK SEDARA di KPM tu..kawan aku dari skpr pontian ngajar maths senang2 dpt tukar pada 1 julai 2012 ke selangor..bila ditanya baru 2 tahun ngajar macamane boleh pindah?dia cakap ikut nasib dan rezeki..pelik aku bertambah bila alasan kawan aku tu adalah ikut isteri..orang lain nak ikut suami bukan main susah lagi nak lulus,dia ikut isteri senang2 je dapat..

    aku selidik dengan berjumpa guru2 di sekolah berkenaan..mereka memberitahu "pakcik zul kerja di KPM"..aku cakap tak payah teruskan penerangan berkenaan kerana sakit hati mendengar..

    negara dah maju,pendapatan tinggi tapi pagawai atasan tidak lagi ada integriti,tidak telus..sape2 ada pakcik atau sedara kat sana perlu la insaf..manusia mane yang tak ada masalah..kerja mana yg tidak ada beban..tapi kalo asyik dipotong barisan je,mau juga kita lawan..aku tunggu keputusan egtukar untuk januari 2013 ni..kalo masih sama jawapan nya,susah la aku nak urus keluarga..

    BalasPadam
  11. kita tunggu kptsn 3 nov nanti..kalo x dpt jgak mmg peg di jpns nak kene..sy dh 8 thn d sarawak, anak 3 terpaksa tinggal kt suami dsmnanjung..call jpn mcm2 alasan..keje pn dh x smagt lg..sdh 3 kali ke kpm buat rayuan ke semenanjung tp x prnh dilayn.

    BalasPadam
  12. sape yg ade lorong tikus memang senang tukar... ade sorang ckgu kat srawak baru posting bulan 8 2011 tapi dpat pindah slangor april 2012..dengan alasan SAKIT. padahal bile balik selangor, sihat walafiat je . dhla gune org dalam. saya cadangkan Kite berhenti keje je ramai2.. biar kurang guru nnt.haha. mane tahu dengan niat ikhlas nak bersama suami dan anak2 tercinta, Allah beri rezeki yg lebih besar lagi pada kite. dahla dunia pendidikan makin mndapat tekanan dengan isu PBS dan lain2 dasar pendidikn yg merepek ditambah lagi dengan tak dpt tukar mengikut suami. memang boleh gile jadi cikgu niyh. Ya Allah bantulah hamba2mu ini

    BalasPadam
  13. Akk...da dpt tukar ker? Sy bru 4 thn dsrwk..hrp sy tk mgalami nsb mcm akk :-(

    BalasPadam
  14. Salam sejahtera kepada warga guru sekalian, bagaimana cara nak membuat rayuan pertukaran guru di putrajaya?

    BalasPadam
  15. sy pn da 2x mohon ikut suami kat kk tp asyik2 kuar keputusan GAGAL!!!!!!!!!SKG NI KLU XKENAL ORG ATASAN PAYAH NK PINDAH....

    BalasPadam
  16. Ade x pertukaran suka sama suka ke untuk pindah dari jb ke kl?

    BalasPadam
  17. Ade x yg nak tkar suke same suke dr pj ke ppd larut matang & selama?sy di ppd petaling utama.klau ade tlg email hana_orange22@ yahoo.com.

    BalasPadam
  18. alasan opsyen tu menipu saja...yg setahun jagung pun dapat tukar masuk kelate dan yg fresh dapat penempatan jkat kelantan...ape alasan menipu belako...org yg dah lama dok kat luar x diluluskan yang baru dapat masuk...menipu menipu menipu nak bodo orang bulehlah...

    BalasPadam
  19. Memang betul pun..alasan opsyen mengarut je...kalau alasan opsyen je...sampai bila pun kita x dapat pindah..kenapalah masalah ikut suami x diambil kira..mereka x fikir ke..apa akibat pasangan tinggal berjauhan...yang dah ada anak..mcmn isteri nak uruskan seorang. Isu ni x pernah ambil perkara yang utama untuk diluluskan..mereka ni saja nak suruh guru2 ni berhenti keje ke?

    BalasPadam
  20. ya btl tu... alasan PPD x ada kosong n guru berlebihan pun x masuk akal... sal ada kawan ble masuk pun ... yang sy da 13 tahun d luar daerah x dapat masuk2 daerah asal...semakin tahun semakin saya macam kurang percaya dengan ketulusan pgurusan d KPM ni..ari tu tym sy bt rayuan, prwai tu mcam mau sy kuar cpat ja dr biliknya... mcam x nak dgar je alasan& rayuan sy... kpda pgwai2bkenaan jgan terlalu ego dgan jawatan yang anda duduk masa ini.... ada masa ga anda akan berada d bawa...

    BalasPadam
  21. Saya ni bru postg jan 2012 , suami pn bru taun lps mgjr.kmi bru lg kawen. Mslhnya kmi dok lain2 ngri kt tnh sbrg. Sj mntk tuka smnnjung pdhl da taukompem gagal. Pstu g gk kpm wt rayuan. Org kpm ckp kmi ada potensi utk tuka, dduk skli suami istri.haha. Jeles x bc? 1 blk msyuarat tu yg pnuh dgn ckgu2 rayuan pn mcm tkesima dgn statement org kpm. Hehe. Bruntung kn klu btol dpt tukar dduk dkt ngn suami. ( sj ja wt ayat mjeleskn org) . Org tkesima smpai tketawa dgn tuah kmi suami istri. Hehe. Mmg ada potensi dok skli, TAPI NAK LETAK KAMI DI PEDALAMAN!! Hehe..kmi ni bcmpor2 prsaan dgr tu, antara gmbira klu dpt dok skli, @ tkejut utk k pedalaman.

    BalasPadam
  22. Maaf ye kepada siapa2 yang dah berjaya ditukarkan kan tu..boleh tak jangan post kat sini,kasihan dekat guru2 yang masih belum berjaya ditukarkan ke negeri pilihan masing2..bukan jealous,cuma rasa sedih je..

    BalasPadam
  23. Setuju ngn Firdawani...

    BalasPadam
  24. Setuju ngn Firdawani. Dh dpt tukar tu diam 2 je lh.Sebak ht kami yg mcm mnunggu buah x gugur ni mbacanye.Nape susah sgt hu3x

    BalasPadam
  25. Saya yg kes sakit kronik pun x dapat.x adil betul la...

    BalasPadam
  26. Alasan x cukup tempoh n ppd d pohon penuh mmg x msk akal..kalo penuh knp ada yg dpt msk..kalo x cukup tempoh knp ada yg br posting thn ni dpt pindah...sakit kronik, surat pakar, surat mc berkeping2 even siap bg tgk xray pun x lulus jg...br lps operation bln 11 lepas, bln 3 next yr kena operate lg...apakah justifikasi tindakan pegawai2 d sps yg x mluluskan permohonan..dulu ckp surat salah format minta betulkan dah d betulkan n d hntr..pas tu ckp isi borang offline..dah buat..tgu punya tgu..gagal jg..dah pi buat rayuan blk..pegawai tu ckp..cikgu kena jaga tugas cikgu walau d manapun cikgu bertugas..mcm mana nak jaga tugas if diri sendiri x terjaga...yg plg best salah sorg pegawai kat sps tu ckp, cikgu masih blh jln lg kan, ckgu blh tukar kalau ckgu dah terlantar d hospital...sungguh baik sekali pegawai tersebut...

    BalasPadam
  27. kita yang rasa ....kita faham macam mana,,,,kita tahu nasib dan perasaan kawan kawan kita....posting belon cukup 6 bulan pon dapat tukar.Tak ke rasa macam nak pitam. Kalau umur 50 tahun pon masih dinafikan hak bertukar....i rasa kita tak salah dalam memeberikan komen yang pedas ini.....i dah 11 kali mohon.......tak pernah berjaya.....kedah, perlis , penang mahupon perak....telah aku mohon, aku cuba untuk yang terdekat...hampa...semua tak dapat....longkang tangki septik bawah tanah memang ada.....untuk laluan ....

    BalasPadam
  28. Saya pernah lalui pengalaman jauh dari suami. Semoga cikgu lain teruskan berusaha. Doa jangan putus.

    BalasPadam
  29. salam. saya betul2 ingin bpindah ni. kalau saya dah isi egtukar (bkn yg rayuan)... then, borang tu hantar ke jpn dan ke putrajaya, boleh jgk mcm tu?

    BalasPadam
  30. salam. saya betul2 ingin bpindah ni. kalau saya dah isi egtukar (bkn yg rayuan)... then, borang tu hantar ke jpn dan ke putrajaya, boleh jgk mcm tu?
    utk perpindahan antara negeri, kputusa di tgn ppd atau jpn? tq.

    BalasPadam
  31. A.kum saya ingin bertukar ke negeri kedah. dah 3 tahun dok sebatang kara di pehang ini tanpa suami, anak-anak ...saya betul2 nak ke kedah bukannya di belakang rumah yang selalu diejek oleh pegawai2 yang saya minta tolong.saya berkhidmat selama 12 tahun sebagai P.Makmal di sekolah menengah dan sambung belajar.. 3 thn jadi cikgu kpli...minta tukar tak dapat.x keistimewaan langsung...balik2 dia suruh berdoa dan bersyukur...x nak ckp la kita selalu berdoa...tapi...TAK DAPAT..dok Pahang gak...kesempurnaan hidup ini penting KERJA atau RUMAHTANGGA yang bahagia...di sisi suami...saya ingin memohon rakan2 agar berdoa agar thn 2015 ini memberi saya peluang untuk balik di sisi keluarga di KEDAH.sya opsyen prasekolah...saya x peduli apa org kata kpr saya tapi hakikatnya saya yg tempuh...memangla dkt mana pun boleh hidup TAPI....yang faham sahaja yg memahami rintihan saya ini...saya bukan saudara kepada pegawai di putrajaya atau di JPN itu...itulah x dpt cubala saya ada kabel.....dapat tak...bilala semua ini akan berakhir

    BalasPadam

sila komen jika sudi :)

Labels

~Komen Terbaru~

Get This Recent Comment Widget!