Kelantan telah pun selamat ditabalkan JUARA Liga Super 2012 secara rasminya semalam di stadium keramat The Red Warriors. Tahniah!
Namun isu mengenai pergaduhan Ghaddar dengan beberapa orang pemain Selangor dan juga kapten Perak nampaknya belum lagi selesai. Makngoh sendiri menunggu masa Ghaddar bersuara untuk mengetahui kejadian sebenar dari pihak beliau.
Terdahulu isu Ghaddar dengan pemain Selangor. Baca laporan Berita Harian di bawah.
KUALA LUMPUR: Penyerang import Kelantan,Mohammed Ghaddar didakwa memulakan provokasi terlebih dahulu sebelum tercetus 'kekasaran melampau' ke atasnya pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, 29 Jun lalu. “Ghaddar yang mulakan provokasi terlebih dahulu dengan menumbuk bawah muka saya. Saya hanya bertindak balas terhadap perbuatannya,” kata pemain Selangor, Bunyamin Umar, semalam.
“Ghaddar yang mulakan provokasi terlebih dahulu dengan menumbuk bawah muka saya. Saya hanya bertindak balas terhadap perbuatannya,” - Bunyamin Umar, pemain Selangor.Bunyamin, 24, seorang daripada pemain yang terbabit dalam insiden itu berkata, dia membuat penjelasan bagi mempertahankan dirinya selepas Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) tampil menyerahkan bukti rakaman video kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Ahad lalu.
Sekarang, seorang lain pemain bersuara. Kapten Perak yang menerima kad merah akibat menumbuk Ghaddar. Laporan Berita Harian di bawah -:
Kuala Lumpur: "Dia menggunakan perkataan lucah terhadap ibu saya... selepas saya mengatakan dia penipu kerana berlakon dikasari dalam insiden perebutan bola. “Memang saya hilang pertimbangan apabila orang bercakap macam itu pada saya, lebih-lebih lagi ibu saya baru saja menjalani pembedahan dua hari sebelum itu,” kata kapten Perak, Shahrulnizam Mustapa, semalam.
Shahrulnizam, seorang daripada pemain menjadi mangsa provokasi penyerang import Kelantan, Mohammed Ghaddar, dikenakan tindakan buang padang selepas menumbuk pemain berasal dari Lubnan itu ketika Perak bertandang ke Stadium Sultan Mohammad IV, Kota Bharu, 7 Julai lalu.
Bagaimanapun, katanya dia tidak mempunyai bukti mengenai insiden itu berbanding kes membabitkan pemain Selangor, Bunyamin Omar dan Amri Yahyah yang boleh dilihat dalam You Tube.
Sehubungan itu, Shahrulnizam berpendapat, pemain import itu turut bersalah dan perlu dijatuhi hukuman jika kes itu dibawa ke Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
Lagi satu nama yang berkaitan dengan Ghaddar adalah Amri Yahyah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
sila komen jika sudi :)