Hai...tak tahu nak berkata apa. Pertukaran bulan Jun lepas makngoh gagal. Semasa result pertukaran tu keluar, makngoh sedang berada di hospital menemani emak yang operate kepala pada 15 Mei. Sebabnya ada darah di selaput otak atau istilah sebenar "acute on chronic subdural haemmorage". Selain ambil CRK, makngoh juga ambil cuti separuh gaji untuk jaga emak dan anak kecil makngoh di kampung.
Walaupun sibuk di kampung, makngoh usahakan juga untuk menulis surat rayuan, disertakan juga dengan laporan doktor mengenai penyakit emak dengan harapan adalah peluang makngoh untuk pindah mengajar di kampung menemani emak dan menjaga anak serta bersama suami.
Hingga tarikh sekarang ni 14 Julai, sudah berkali-kali suami makngoh telefon JPN Kelantan, JPWPKL dan juga ke KPM. Apa yang diberitahu oleh kerani, "sekolah menengah belum meeting". Jadi, makngoh dan makngoh pasti guru-guru lain juga menunggu bilakah mereka akan meeting? Bilakah akan keluar nama untuk mereka yang lulus rayuan? Adakah sebenarnya rayuan ini tiada?
Tapi, beberapa minggu lepas memang sudah ada guru yang berjaya rayuan dan berpindah dekat dengan keluarga masing-masing. GURU SEKOLAH RENDAH. Hanya guru sekolah menengah sahaja yang diam dengan berita "belum meeting lagi".
Walaupun ada suara-suara mengatakan rayuan sekolah menengah sebenarnya tiada tetapi makngoh masih berharap agar khabar angin tersebut salah. Makngoh berharap agar masih ada sinar untuk pindah. Makngoh mahu bersama anak, suami dan menjaga emak. Teringat lagi kata-kata doktor, walaupun telah dibedah, penyakit emak makngoh mungkin akan berulang lagi. Bukan bertahun-tahun tetapi bulan.
Orang atasan tolonglah faham masalah guru-guru yang mohon bertukar. Bukan sesuka hati sahaja kami mahu bertukar sekolah. Kami ada masalah masing-masing. Janganlah korbankan jiwa dan semangat kami semata-mata kerana sistem pertukaran berasaskan kabel. Kami tidak faham tetapi kami hanya mendengar...kabel...kabel...kabel...barulah boleh tukar.
Sedih. Sangat sedih. Terbeban dengan tugas yang banyak, ditambah pula dengan hati yang risau, ditambah pula dengan rindu kepada anak kecil, ditambah pula dengan keselamatan seorang diri di tempat orang. Ah...macam-macam masalah. Bukan merungut dengan satu-satu masalah tersebut, tetapi minta difahami dan diselami apa yang jiwa kami sedang rasakan. Bertahun-tahun berjauhan dengan suami, anak dan keluarga. Seolah-olah tiada erti berumahtangga. Seolah-olah robot yang tiada perasaan dan hati nurani, hanya jalankan tugas dengan istilah saya yang menurut perintah.
Betul, kami senyum. Kami berjenaka dan kami ketawa di sekolah. Tetapi dalam hati kami hanya ALLAH yang tahu perit dan deritanya. Di benak kepala kami ini...ibarat ada batu besar yang melekat di medula oblongata. Amat berat terasa. Setiap hari menghadapinya walaupun di saat mata terpejam. Stress yang amat.
Betul, kami senyum. Kami berjenaka dan kami ketawa di sekolah. Tetapi dalam hati kami hanya ALLAH yang tahu perit dan deritanya. Di benak kepala kami ini...ibarat ada batu besar yang melekat di medula oblongata. Amat berat terasa. Setiap hari menghadapinya walaupun di saat mata terpejam. Stress yang amat.
Makngoh harap, akan dapat surat lulus rayuan pertukaran yang bertarikh 1 Ogos 2012.
Amat terdesak untuk pindah.
Saya pn tgh tunggu rayuan hingga saat ini....suami ada di Gombak,,,di rumah ..tgh sakit. Hari-hari call...sakit dr pinggang ke kaki...x boleh berjalan...x dpt sy nk balik tengok...tinggu raya...tu pn flight malam raya br dpt balik....kl x sabar dah lama jadi cikgu "GILO!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
BalasPadam