PENGENALAN
Kalau anda bekerja, anda seharusnya pandai memandu. Tak kiralah motorsikal atau kereta.
Bukan apa, bagi memudahkan pergerakan anda tanpa perlu bergantung kepada orang lain. Yang mak ngoh nak kongsi nih, kisah kawan-kawan mak ngoh sendiri. Mendengar luahan orang yang menumpang dan orang yang ditumpang.
Memang betul kerajaan mengalakkan kongsi kereta dengan tujuan berjimat dan mengelakkan kesesakan lalu lintas. Tapi ada baik dan buruknya kongsi kereta ini. Di tempat kerja mak ngoh nih, kiranya ramai juga yang menumpang kawan sekerja untuk datang dan balik. Di hujung bulan, biasanya mereka ini memberikan duit minyak dalam lingkugan RM80- RM 100 sebulan.(jarak perjalanan ke tempat kerja kami nih dalam 40km pergi balik)
Fakta-fakta yang makngoh tulis di bawah nih, adalah berdasarkan kisah benar, dari luahan mereka yang berpengalaman ditumpang dan menumpang.
FAKTA 1 : HULURLAH DUIT MINYAK
Bagi yang beri duit minyak tu baguslah, tapi ada juga jenis tak fikir macam tu. Tumpang orang bertahun-tahun, tak pernah hulur duit minyak pun. Kononnya, sama tempat dituju juga, buat apa nak beri duit minyak. Kalau tak tumpang pun, minyak dia habis juga sebab ke tempat kerja. Jadi, nasihat mak ngoh kepada yang menumpang kereta atau motorsikal kawan tu, bermurah hatilah sedikit untuk menghulurkan duit minyak. Sekurang-kurang ringan sikit beban kawan anda tu dan sebagai tanda berterima kasih. Bukan minta anda menanggung kos perjalanan tapi kongsi separh-separuh okay dah tu.
Kena ingat juga ye, liter minyak digunakan bergantung kepada jisim kenderaan dan beban kenderaan itu juga. Kalau tidak banyak beban, kenderaan menggunakan sedikit minyak, berbanding dengan kenderaan yang bebannya berat. Seorang bawa kereta , tidak habis minyak yang sama dengan 5 orang di kereta.
FAKTA 2 : ANDA YANG PATUT TUNGGU, BUKAN ANDA YANG DITUNGGU.
Macam juga point di atas, ini melibatkan makan-minum di dalam kenderaan yang ditumpang. Kalau kawan yang anda tumpang tu jenis serabai jugak tak mengapa. Tapi kalau kawan yang jenis cerewet dan pembersih, tentunya dia tak suka makan dan minum dalam kereta. Buatnya pula tumpah air ker jatuh sisa-sisa makanan ker…anda nak tolong vacuum ker? Ingat senang ke nak mencuci kusyen kereta yang tumpah air?

Bila anda menumpang orang tu…tahu-tahulah adab menumpang orang. Janganlah marah kalau orang tu terlewat atau lambat datang menjemput anda. Janganlah berkira dengan waktu. Ini tidak, bila dia datang lewat menjemput anda, anda masam, membebel dan mengatakan “sudah lewat 15 minit nih” sambil menunjukkan jam tangan anda. Sedarlah, anda tu penumpang. Kenalah terima dan bertolak ansurlah. Begitu juga bila masa habis waktu bekerja, janganlah kawan anda menunggu anda di kereta untuk pulang tapi anda masih lagi sibuk dengan urusan kerja walhal sudah habis waktu kerja. Anda sebagai penumpang, anda memang kena menunggu bukannya anda yang ditunggu. Kalau memang ada urusan yang tidak dapat dielakkan, anda minta maaflah dan terangkan kepada kawan yang anda tumpang tu.
FAKTA 3 : JAGA BAU KERETA YANG DITUMPANG
FAKTA 3 : JAGA BAU KERETA YANG DITUMPANG
Jangan keluarkan bau pelik semasa dalam kenderaan yang ditumpang. Bau pelik bukan bermakna kentut je tapi bermakna juga bau buah-buahan seperti durian, cempedak, bau gula-gula herba yang kuat ataupun bau makanan. Contohnya, semasa ke tempat kerja, anda berdua singgah di kedai dan beli buah durian, kemudian buah durian tu disimpan seharian dalam kereta kawan anda sehinggalah habis waktu bekerja. Kalau dia pun beli sama taka pa. Tapi, dia sendiri alergik bau durian. Alahai. Begitu juga dengan gula-gula yang mengeluarkan bau yang busuk terutamanya gula-gula herba. Jangan tak percaya,ada gula-gula tu bila dimakan dalam kereta, baunya dalam kereta hilang selepas seminggu. Adoi!
FAKTA 4 : JAGA KEBERSIHAN DALAM KERETA
Macam juga point di atas, ini melibatkan makan-minum di dalam kenderaan yang ditumpang. Kalau kawan yang anda tumpang tu jenis serabai jugak tak mengapa. Tapi kalau kawan yang jenis cerewet dan pembersih, tentunya dia tak suka makan dan minum dalam kereta. Buatnya pula tumpah air ker jatuh sisa-sisa makanan ker…anda nak tolong vacuum ker? Ingat senang ke nak mencuci kusyen kereta yang tumpah air?
FAKTA 5 : JANGAN SELONGKAR BARANG DALAM KERETA
Bila berada dalam kenderaan orang, janganlah ada suka-suka menyelongkar barang-barang orang dalam kereta tu. Terutamanya kalau anda berada di sebelah pemandu tu. Kan ada banyak tempat letak barang dan dokumen-dokumen di situ. Macam mak ngoh nih, bil air, elektrik, kad kredit, dan surat-surat mak ngoh…kat situ je mak ngoh simpan. Mak ngoh rasa orang lain pun sama juga. Jadi, jika anda sebagai penumpang, janganlah suka-suka hati je belek dan baca surat-surat tu walaupun sampul surat itu dah dibuka. Pemandu tengah memandu, anda pula sibuk membaca, meneliti bil-bil dia. Tak manis la macam tu.
FAKTA 6 : ANDA TUMPANG DIA KE ATAU DIA DRIVER ANDA?
FAKTA 6 : ANDA TUMPANG DIA KE ATAU DIA DRIVER ANDA?
Dah namanya tumpang, kalau boleh pilihlah orang yang ditumpang itu kawan yang memang melalui kawasan rumah anda bila dia ke tempat kerja dan pulang dari tempat kerja. Barulah namanya tumpang. Kalau boleh janganlah namakan tumpang, jika kawan anda tu terpaksa melalui jalan lain semata-mata nak jemput anda dan bila pulang dari tempat kerja pula, lalu kawasan rumah dia dulu barulah ke kawasan rumah anda pulak. Tapi, kalau memang duduk satu taman perumahan, lain-lain lorong itu kiranya masalah kecil. Cuma yang jadi isu, bila kawan anda kena bergerak ke jalan lain, lalu trafik light, lalu roundbout dan macam-macam jalan untuk jemput anda, kemudian berpatah balik, lalu kawasan rumah dia dan ke tempat kerja. Sekali dua boleh. Tapi kalau setiap hari, ditambah pula dengan hari terlewat bangun, kemudian ditambah pula dengan penat dan tekanan di tempat kerja…malasnya nak pusing-pusing jalan. Kalau boleh nak cepat-cepat sampai ke rumah dan berehat. Itu perasaan kawan yang anda tumpang. Percayalah!
FAKTA 7 : KERETA MILIK ANDA TAPI KENA HORMAT PENUMPANG JUGA.
Yang ini ingatan untuk orang yang ditumpang. Walaupun kereta milik anda, kunci kereta pun milik anda tapi sekurang-kurangnya bertolak ansur lah dan kasihanlah orang yang menumpang anda. Waktu kerja habis pukul 6 petang, tapi anda masih mahu berada di pejabat sehingga malam atau pun anda tidak mahu pulang ke rumah dulu. Anda mahu berjalan-jalan ke shopping complex atau mahu pergi dating, mahu tidak mahu terpaksa orang yang menumpang anda tu menurut jejak kaki anda juga. Kasihanlah kalau dia tu penat dan banyak urusan lain yang perlu diuruskan. Tolak ansur itu penting.
KESIMPULAN
KESIMPULAN
Mungkin bagi sesetengah orang, menumpang orang dan ditumpang orang itu perkara remeh. Boleh beri pahala dan boleh dapat pahala. Tapi mak ngoh takut, pahala tak dapat, dapat dosa pula yang bertimbun. Dosa mengumpat orang yang menumpang atau dosa mengumpat orang yang ditumpang. Yelah, manusia kan, kita ni selalu nampak salah orang, tapi tak nampak salah sendiri.
Bagi yang tak suka fakta-fakta dalam artikel ni, boleh tinggalkan komen. Sila betulkan mana yang salah. Bagi yang suka, sila tepuk tangan.
Bagi yang tak suka fakta-fakta dalam artikel ni, boleh tinggalkan komen. Sila betulkan mana yang salah. Bagi yang suka, sila tepuk tangan.
saya suke n3 ni..mmg btul..fahamilah org yg mberi tumpang..tpi frankly speaking sya x suke org yg mnumpang sya, sbb stlh pnat keja sya lbih suke lyan radio dr lyan org borak2 sbb nk rilek..lg satu kite wat baik bg tumpang tpi blakang ngumpat kite pastu wat2 toya jer..fuhhh mmg nyirap!!blajar2 la drive sdri jgn mnyusahkan org lain..=)
BalasPadamSetuju sangat dengan mak ngoh selamah.. Kadang2 org yg menumpang ni fikir, alah dah 1 jalan, buat apa nak bayar.. Hakikat makin berat kereta, makin banyak minyak digunakan diorang tak faham (ke ..buat2 x faham..)
BalasPadamAda tu, siap tanya pulak si pemilik kereta, "berapa akak nak kena bayar ni?"
erk.. saya tak tau apa jawapan nak bagi. Kadang2 ada benda yang kita tak payah utarakan tapi boleh difikir logik.. Kalau tumpang untuk perjalanan 30 minit tu x pe la, ini perjalanan 2-3 jam.
sejak duk kl ni, makngoh tumpang kereta utk balik kampung. maklumlah 8 jam pjalanan takkan nak drive sorang2. tapi kadang2 kawan kita mmg tak tgamak nak ambil duit minyak, so makngoh ganti dengan kain baju kurung utk dia jahit. boleh dia pakai wat gi sekolah. beli yg harga lebih kurang harga minyak... okla tu. salah satu cara klu tak nak bagi duit.
BalasPadamD2 cm tu la sy rs skrg nie...dl ad gak bg hint psl duit minyak tp die bt x tau je...cm x bslh lgsg....jgn kt minyak tol n parking smue sy yg bayar..mmg la laluan yg sama....tp kne la pepaham...skrg nie rs cm x ikhlas tuk tumpangkn die...ikt ati mls nk bg tumpang dh...huhuuhuu..
BalasPadamSaya start tumpang kawan sepejabat sejak thn lepas.sb dia mmg stuju utk tmpangkan say.lalu jln yg sama.jarak perjalanan dr rumah ke tempat kerja 70km.stp bln mmg saya akan byr dlu duit minyak n toll ygbtlh dipersetujui.yg xbestnya..kalau saya xdtg kja sy msg ja dia tuk elak dia tertunggu2.sb jln yg kami nak pergi kerja ni kalau lewat 5 minit alamat sangkut dlm jem la.sblm ni boleh ja msg 1 jam sblm pergi kerja.maklum dia xpergi keja.tp kblkgan ni saya kna msg dia,tanya dia pergi kerja ke x?kdg2 kita hormat privacy org.takut hari2 masg nt org menyampah.tp hari ini,sakit ati sgt,saya tunggu dkt 30 minit.call xangkat.msg xjawab.last msg akk xpergi keja.Allah...klu ya pon xsihat xnak pergi keja bgtau lah.merah la punchcard saya.
BalasPadam#sayasedarsayamenumpang
#tapijanganbuatsayacamni
#xsukabgtauja
Kalu ada kereta sendiri. Tp tumpang org. Mcm mna
BalasPadamKalu ada kereta sendiri. Tp tumpang org. Mcm mna
BalasPadamDah 2 tahun tumpang tp xpernah pun bg duit minyak. Huhu. Xdpt pahala btul tumpangkn dia. Sbb asyik sakit hati je. 😔
BalasPadam