Sudut Test Mouse Kiri

Tinggalkan pesanan anda di sini

Jumaat, 10 Julai 2015

Oh Cuti Raya!


Al-kisahnya, pada 17 Jun 2015 makngoh dah beli tiket Malindo Air dari Subang ke KB pada 16 Julai 2015 (Khamis)  dan KB ke Subang pada 22 Julai 2015 dengan jumlah kos lebih kurang RM513.

Tup-tup keluar pulak surat siaran yang mengizinkan sekolah memohon cuti berganti pada 15 Julai 2015 iaitu Rabu. Maka sekolah makngoh pun mohonlah cuti tersebut.

Disebabkan risau jika cuti tersebut lulus, kebetulan housemate makngoh pun semua balik pada 14 Julai 2015, maka makngoh pun telefon Malindo nak tukar flight ke 15 Julai 2015 (Rabu). Kira punya kira, kebetulan harga tiket pun dah mahal, makngoh boleh tukar tiket tetapi makngoh kena bayar lagi RM 343. Oh...duit! Lepas tu plak, Malindo ni...kena bayar di kaunter kalau nak tukar tiket flight. Payah makngoh nak gi kaunter Subang dan makngoh memang tengah sibuk sangat-sangat.

Jadinya pada 1 Julai 2015 lepas, makngoh pun try la google harga Firefly. Fuhhh harga punya tinggi dari RM4XX hingga ke RM8XX. Tapi..nak cuti punya pasal, makngoh beli je la tiket Firefly dari Subang ke KB pada 14 Julai malam dengan harga dalam RM530 kut.

Jadi sekarang makngoh ada 2 tiket flight ke KB pada tarikh berbeza. Jumlah kos dah cecah lebih RM1K untuk tiket SAHAJA. Kayaaaaaaaaa weh!

Hingga hari ini 10 Julai, masih belum ada jawapan dari pihak jabatan samada meluluskan atau tidak meluluskan cuti berganti yang sekolah makngoh pohon tu. Mahu tak mahu besok makngoh terpaksa gak batalkan tiket pada Khamis 16 Julai.

Salah percaturan la raya tahun ni....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila komen jika sudi :)

Labels

~Komen Terbaru~

Get This Recent Comment Widget!