Nabi Muhammad s.a.w bersabda " Sesungguhnya ALLAH menyukai bersin dan membenci menguap"
Bersin merupakan rahmat dari ALLAH sedangkan menguap itu dari syaitan. Bersin itu membuka urat nadi hati dan melonggarkan dada. Kerana itulah bersin adalah rahmat ALLAH dan hanya ALLAH mengetahui rahsia di sebalik bersin itu. Kita semua hambanya, kita berkewajipan mengucapkan "Alhamdulillah" selepas bersin.
Mengenai menguap pula, kita diminta untuk usaha semampunya menahan dari menguap. Cara berkesan untuk mengelal dari menguap adalah minum air dan mencuci muka ataupun mandi.
Sabda Nabi Muhammad
"Jika salah seorang di antara kamu bersin, hendaklah dia mengucapkan, 'Alhamdulillah' (segala puji bagi ALLAH) dan hendaklah saudaranya mengucapkan 'Yarhamukallah' (semoga ALLAH merahmatimu). Jika saudaranya itu telah mengucapkan 'Yarhamukallah' , maka hendaklah orang yang bersin kembali mengucapkan 'Yahdikumullah wa yushlihubalakum (semoga ALLAH memberikan petunjuk kepadamu dan memperbaiki keadaanmu)"
Tetapi, jika orang bersin itu tidak mengucapkan Alhamdulillah, maka tidak perlu orang di sebelahnya untuk mengucapkan Yarhamukallah.
Hadis dha'if ada menyatakan " Menguap yang kuat dan bersin yang kuat adalah sebagaian daripada perbuatan syaitan" DAN " Sesungguhnya ALLAH membenci perbuatan menguatkan suara ketika menguap dan ketika bersin"
Sunnah Nabi Muhammad s.a.w ketika baginda bersin, baginda meletakkan tangan atau kain pada mulut baginda, sambil menunduk atau menahan suara. Tujuannya agar seorang muslim tidak menguatkan suara ketika bersin.
Tengoklah agama kita. Setiap perkara ada cara yang betul.
Sudut Test Mouse Kiri
Entri Popular
Tinggalkan pesanan anda di sini
Rabu, 7 Julai 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Labels
AFF
(3)
ALLAH
(127)
artis
(30)
award
(2)
bajet 2011
(5)
bencana
(1)
berita
(171)
blog
(33)
bola
(37)
buang bayi
(4)
cerpen
(5)
doa
(6)
ibubapa
(6)
iklan
(7)
ilmu
(34)
istana
(7)
kartun
(4)
kelate
(75)
kemalangan
(6)
kesihatan dan kecantikan
(9)
khidmat masyarakat
(3)
kisah benar
(16)
lain-lain
(5)
lawak
(15)
matematik
(5)
neraka
(5)
pelik
(33)
penderaan
(12)
pendidikan
(131)
penerbangan
(4)
peperiksaan
(9)
pergigian
(1)
peribadi
(87)
Piala Malaysia
(8)
piala presiden 2011
(1)
politik
(3)
prestasi blog
(6)
puasa
(10)
puisi
(4)
resepi
(33)
solat
(13)
sosial
(85)
sukan
(13)
Sukan Asia Guangzhou
(3)
surat pekeliling
(2)
tips dan petua
(31)
tutorial
(1)
video
(15)
terima kasih..info yang menarik..!
BalasPadamyerpp..
BalasPadammacam terase diri..
haha..
tank 4 da info..
gud! (,^)